Isnin, 2 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Apr 2012 di Senawang

Posted: 01 Apr 2012 09:43 PM PDT



KULIAH AGAMA
Bersama Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak
Tarikh : 6 April 2012, Jumaat
Masa : 7 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rintihan anggota tentera, rumah terbengkalai di Port Dickson

Posted: 01 Apr 2012 08:30 PM PDT



(Bukankah hari tu Perdana Menteri kita ada melawat Port Dickson merasmikan Rumah Mampu Milik? Macamana boleh terlepas masalah tentera di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson ni?)

Saya ……. ialah anggota tentera dari kem ……. ingin meminta jasa dari pihak aduan rakyat berkenaan rumah terbengkalai di Taman Desa Pingitan, Sri Rusa, Port Dickson.

Saya telah membeli salah satu lot rumah di taman ini, tetapi sudah 3 tahun menunggu rumah ini masih gagal diduduki sehingga kini. Saya hanya berpangkat ....... di unit ..... kem ...... telah mengalami masalah kewangan sejak gaji saya dipotong untuk membayar pinjaman rumah ini walhal rumah ini masih gagal mendapat sijil layak menduduki.

Gaji saya telah dipotong sejak Februari 2008 sebanyak RM657.00 sebulan. Saya berharap pihak aduan rakyat boleh menolong saya dapatkan hak sijil menduduki rumah tersebut kerana gaji bersih bulanan saya sekarang hanya tinggal RM163.45.

Saya dan isteri terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa rumah lain untuk tinggal sedangkan saya telah membeli rumah sendiri..

Di harap pihak aduan rakyat boleh menolong saya mencari penyelesaian dalam masalah ini. Jutaan terima kasih buat pihak aduan rakyat kerana prihatin terhadap rakyat Malaysia..

Kepada mana-mana pihak yang ingin membantu, membela nasib anggota tentera ini sila e-melkan ke pasn9@yahoo.com

CARIAN GOOGLE :

Nama projek : Taman Desa Pingitan
Nama Pemaju : Actral Fairway Sdn. Bhd.
Lokasi : Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.Sembilan
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-479351.html

Desa Pingitan, Actral Fairway Sdn. Bhd.
http://www.propnet.my/projects.php?state=0&city=&cat=0&group=0&type=0&sort=city&order=desc&page=261

SENARAI PEMAJU GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012
7 ACTRAL FAIRWAY SDN BHD
http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/pemaju_senarai_hitam/feb12/gagal_bayar_kompaun.pdf

Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB
March 24, 2012

PORT DICKSON, 24 Mac – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato' Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20' x 55' dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja.

http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb

MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di Rembau selepas 4 tahun

Posted: 01 Apr 2012 07:55 PM PDT



Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan.

Berapakah pampasan yang akan diberikan kepada orang kampung sekiranya tanah mereka diambil untuk pembinaan kampus UiTM ini? Adakah ianya seperti tawaran tanah PKNNS di Chembong untuk pembinaan Hospital Rembau iaitu RM 958,320.00 seekar bersamaan dengan RM 22 sekaki persegi?

REMBAU, 31 Mac 2012 – "Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak." Ujar Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi.

SEREMBAN 31 Jan 2008 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

Beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Sumber :

http://n9kini.com/uitm-cawangan-negeri-sembilan-yang-ketiga-bakal-di-bina-di-rembau-menteri-besar

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta?

Posted: 01 Apr 2012 07:54 PM PDT



Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

1 ekar = 43,560 kaki persegi
1 hektar = 2.47105 ekar
1 hektar = 107639.104 kaki persegi

Jalan raya, pilihan raya tuntut mansuh PTPTN

Posted: 01 Apr 2012 06:43 PM PDT



KUALA LUMPUR, 2 April 2012 : Jalan raya dan pilihan raya, kedua-duanya mesti jadi pilihan untuk menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"(Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri) Khaled Nordin suruh mahasiswa yang mahu menuntut pemansuhan PTPTN supaya menggunakan peti undi dan bukan demonstrasi.

"Sebenarnya semua jalan yang selaras dengan amalan demokrasi mesti digunakan untuk menuntut pemansuhan PTPTN, tidak kira (berdemonstrasi di) jalan raya atau pilihan raya," kata beliau.

Bagi Mohamad, jika mahasiswa berdemonstrasi di jalan raya, kerajaanlah yang menyebabkan tindakan itu dipilih oleh mereka.

"Kepada (Tan Sri) Tajudin Ramli, senang-senang kerajaan hapus kira hutang RM589 juta dan kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) pula senang-senang kerajaan bagi pinjaman mudah RM250 juta.

"Itu kepada mereka berdua. Bolehkah rakyat percaya pemimpin Umno lain, keluarga serta kroni mereka sanggup tengok begitu sahaja Tajudin dan keluarga Shahrizat mendapat habuan lumayan?" kata beliau.

Mahasiswa, kata Mohamad, tentulah tidak berpuas hati apabila hutang Tajudin dilupuskan begitu sahaja sedangkan mereka diburu dengan keras dan kasar walaupun hutang mereka amat kecil berbanding hutang Tajudin.

Para pelajar tersebut juga tahu, keluarga Shahrizat mendapat pinjaman mudah sedangkan mereka disusahkan dengan pelbagai syarat dan perubahan berkali-kali cara pembayaran balik apabila meminjam dari PTPTN.

"Sebenarnya para pelajar tidak perlu meminjam dan PTPTN pun tak perlu diwujudkan kalau wang negara digunakan dengan betul dan bukan dikenduri-kendarakan kepada kroni.

"Sebagai contoh, jika sebahagian dari subsidi RM17 billion setahun kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), sebahagian dari RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara atau sebahagian dari RM10 bilion kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) digunakan untuk menubuhkan dana bagi tujuan pendidikan tinggi kepada rakyat, tentu tidak berlaku kejadian menyedihkan para pelajar yang berhutang semata-mata kerana hendak belajar diburu dengan begitu begis dan kasar untuk memaksa mereka membayar hutang," katanya.

Kesemua itu, kata Mohamad, belum diambilkira lagi wang yang dibelanjakan untuk menaikkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaannya seperti bayaran kepada Apco Worldwide dan FBC Media (UK) misalnya.

Ketika memberikan reaksi kepada cadangan mahasiswa mengadakan demonstrasi untuk menuntut pemansuhan PTPTN, Khaled mempersoalkan tindakan hendak berdemonstrasi itu sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, jika terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran, mahasiswa boleh memilih parti itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.

Dalam kenyataan mengenai demonstrasi itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman PTPTN akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9258-jalan-raya-pilihan-raya-tuntut-mansuh-ptptn

Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji

Posted: 01 Apr 2012 06:26 AM PDT


Pemilik apartmen desak pemaju tunai janji

1 April 2012

MANTIN - Kecewa dengan penyelenggaraan yang tidak sempurna, pemilik apartmen di Bandar Universiti Teknologi Legenda, dekat sini mengadakan piket aman, semalam menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Seramai 70 pemilik mengadakan piket dengan memasang kain rentang di hadapan kawasan apartmen berkenaan bagi meminta pemaju terbabit bertanggungjawab serta menunaikan janji mereka.

Pemilik mendakwa, mereka membeli apartment berkenaan pada 2000 dengan harga antara RM120,000 dan RM135,000 seunit.

Menurut mereka, pemaju sebelum ini memberi janji kononnya pembeli beruntung kerana apartmen berkenaan boleh disewakan kepada pelajar.

Malangnya, apartmen berkenaan yang telah siap sepenuhnya terbiar tanpa penjagaan sehingga menyebabkan beberapa komponen dalam apartmen dicuri serta dirosakkan.

Seorang pemilik, Amelina An­nuar, 47, berkata dia kecewa apabila apartmen dibeli dengan harga RM135,000 tidak seperti mana dijanjikan pemaju.

Amelina berkata, dia membayar ansuran bulanan RM900 sejak 2000 dengan harapan menjadi aset.

"Pemaju janji kepada kami, sebaik sahaja rumah siap, ia akan disewakan kepada pelajar dengan kadar RM1,000 sebulan untuk tempoh 15 tahun.

"Malangnya, apabila rumah siap, pelajar pun tidak ada menyewa. Lebih memeranjatkan rumah ini tidak mempunyai hak milik strata, menyebabkan ia tidak boleh diduduki," katanya.

Selain itu, katanya. keadaan rumah juga teruk apabila pintu, meter air, api, pintu cermin semuanya telah dicuri.

Pesara, Shaharuddin Abd Manap, 62, berkata, dia membuat laporan pada 10 April tahun lalu di Balai Polis Mantin, di sini berhubung kecurian berlaku di apartmen berkenaan.

Shaharuddin membeli rumah berkenaan dengan harga RM124,000 pada 2002 membabitkan ansuran bulanan sebanyak RM1,200.

"Pada peringkat awal, pemaju beri jaminan ada pelajar akan menyewa. Namun, saya terpaksa tanggung kerugian kira-kira RM25,000 ekoran kerosakan kerana dimasuki pencuri.

Sementara itu, adik Shaharudin, Aziz Abd Manap, 61, turut menerima nasib sama apabila terpaksa berhutang kad kredit semata-mata kerana masalah itu.

"Saya bayar ansuran menggunakan dua kad kredit, namun sebaik sahaja had kad kredit mencapai maksimum, saya tidak boleh membayar," katanya.

Sementara, Ariffin Ahmad, 63, pula berkata, apartmen berkenaan mempunyai 5,400 pembeli dan setiap pembeli membayar yuran pelenggaraan sebanyak RM150 sebulan kepada pemaju bagi kerja-kerja pembersihan.

"Semua pembeli telah membayar yuran berkenaan sejak 2002 dan anggaran jumlah yuran itu hampir mencecah RM6 juta," katanya.

Menurut Ariffin, lebih 50 peratus pembeli apartmen berkenaan telah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemilik-apartmen-desak-pemaju-tunai-janji-1.36599

Tiada ulasan:

Nuffnang