PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Dewan Rakyat 13 Mac 2012 (Selasa) Posted: 12 Mar 2012 09:27 PM PDT Sidang parlimen sedang masuk hari kedua.Berikut merupakan soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Nombor yang tertera,nombol soalan mengikut peraturan dewan. 2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut. 4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mengapa Kerajaan dari awal tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian Kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs. 6. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa Entry Point Programs (EPPs) yang merupakan projek kitar semula sebelum Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti projek-projek Karambunai Integrated Resort dan Tanjong Agas Industrial Park dimulakan dan bagaimanakah ini memberi kesan kepada dakwaan bahawa ETP mewakili "pendekatan baru yang berani" untuk pertumbuhan ekonomi. 8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah definisi yang digunakan untuk membezakan syarikat teras dan bukan teras berhubung dasar pelupusan syarikat-syarikat bukan teras oleh Khazanah dan PNB memandangkan Khazanah dan PNB adalah entiti yang terlibat dalam pelaburan. 10. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :- (a) berapakah gaji harian yang diberikan kepada guru sementara yang memegang Sijil UEC (Unified Examination Certificate) dan guru sementara yang memegang Sijil SPM; dan (b) apakah puncanya masalah kekurangan guru yang masih tidak dapat diselesaikan dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru ini dan bilakah akan dilaksanakan. 12. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :- (a) dengan terperinci syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat telekomunikasi apabila memuat turun lagu di telefon bimbit supaya ianya memberikan pulangan yang seimbang kepada pihak penerbit dan juga tenaga kreatif; dan (b) apakah satu tarif tetap yang lebih adil akan disyaratkan. Soalan MP PAS yang disenaraikan: 32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. 33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya. 37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji. 54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya. 58. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah. 60. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut. 66. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina. 72. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan