. |
Laksana konsep wasatiyyah secara menyeluruh Posted: 13 Mar 2012 04:21 AM PDT
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menegaskan konsep wasatiyyah yang diperkenalkan kerajaan harus dilaksanakan secara menyeluruh. Katanya, konsep itu harus dilaksanakan sebagaimana dituntut agama Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "bagitulah Allah menjadikan kamu manusia supaya kamu dapat menjadi saksi dan model umat Islam kepada umat-umat yang lain". Ketika mengemukakan soalan tambahanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Abdul Hadi berkata Islam mengamalkan pendekatan bahawa agama itu ada kuasa, malangnya hari ini agama seolah-seolah diketepikan. Malah tambahnya, apabila pendekatan itu tidak diamalkan maka fitnah memfitnah antara satu sama lain, keruntuhan moral dan rasuah berlaku di kalangan orang Islam. Bukan itu sahaja, katanya kesalahan berhubung Islam misalnya penyelewengan wang zakat, faraid, hatta fitnah dibicarakan dalam mahkamah sivil. "Kita sudah memerintah lebih 50 tahun tetapi kita masih dibelenggu dengan hal-hal seperti ini. "Apakah perkara ini termasuk dalam agenda membebaskan umat Islam terus dibelenggu dalam masalah ini?" Tanya beliau yang juga Presiden PAS. Terdahulu, Abdul Hadi dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan konsep wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa ini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut. Sementara itu, Najib dalam jawapannya menjelaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai gagasan negara di mana konsep itu ada persamaan dari segi nilai-nilai yang menjadi amalan agama lain Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8765-laksana-konsep-wasatiyyah-secara-menyeluruh | ||
Pesalah rasuah tetap terima hukuman Allah Posted: 12 Mar 2012 01:18 PM PDT
1. Saya ditanya tentang pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengundur diri dari memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 8 April ini. Pada saya, ia bukan satu pengumuman yang mengejutkan memandangkan ia hanya berkuatkuasa apabila tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara. Lebih tepat sebenarnya ia hanyalah pengumumam untuk tidak menyambung kontrak sebagai Senator atau Ahli Dewan Negara. 2. Meletak jawatan atau mengundur diri berkemungkinan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun perlu diingat sebarang kesalahan yang melibatkan wang rakyat dan orang ramai tetap tidak akan selesai dengan meletak jawatan. Ia perlu dibayar dan diperjelaskan kerana jika tidak, ia akan menjadi beban di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. 3. Persoalan beban di akhirat hanya ada di dalam Islam. Ia tidak wujud di dalam pengajian aliran sekular mahupun aliran-aliran selain daripada Islam. Justeru, seorang muslim jika dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah tidak akan melakukan rasuah dan penyelewengan kerana yakin ia akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Orang yang melakukan rasuah ialah orang yang yakin bahawa amalannya tidak akan menjadi pahala di akhirat, lantas baginya cukuplah dengan kekayaan di dunia memuaskan hatinya sekalipun diperolehi dengan cara yang haram. Hakikat inilah yang disebut oleh Allah SWT : وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ yang bermaksud : "Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka (serta dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik" - Surah al-Ahqaf, ayat 20 4. Manakala orang yang beriman, kerjanya di dunia diperhalusi agar tidak melanggar syariat Allah SWT kerana dia yakin di sebalik kepayahan yang ditempuhi di dunia, ia dijanjikan dengan pahala oleh Allah SWT di akhirat. Keyakinan inilah yang menghalang tangannya untuk menandatangani cek secara tipu, meluluskan projek secara tipu dan menerima deposit wang secara tipu. 5. Hakikatnya, manusia mungkin boleh sahaja terlepas daripada pendakwaan di dunia dengan meletakkan jawatan kerana baginya perletakan jawatan dan mengundur diri itu boleh menutup cerita, tetapi cerita yang sebenar tetap jua akan terdedah di mahkamah Allah SWT. Dalam hal ini saya bukanlah merujuk kepada kes ini semata-mata, tetapi untuk semua kes dan melibatkan sesiapa sahaja. 6. Pada saya, tidak mengejutkan jika perjuangan sekular diseliputi oleh kes-kes penyelewengan dan rasuah kerana itulah sahaja cara mereka mendapat laba setelah Islam pun mereka ketepikan. Tinggal lagi, banyak atau sedikit. Yang di atas kerjanya merompak dengan jumlah billion, yang di tengah jumlahnya jutaaan dan yang di bawah pula menghirup saki baki kuah yang ditinggalkan! Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8742--pesalah-rasuah-tetap-terima-hukuman-allah |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan