Khamis, 15 Mac 2012

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Soalan-soalan Parlimen Penggal ke-5 Mesyuarat Pertama 2012

Posted: 14 Mar 2012 07:40 PM PDT

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…

Berikut adalah soalan-soalan yang saya bangkitkan di dalam Sesi Parlimen bagi Penggal ke-5 ini.

Soalan Jawab Lisan


 1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan:

 a) kadar faedah keseluruhan skim kepada pembeli serta pecahan yang akan diterima  oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan di dalam Skim Pembiayaian Khas Pembelian PPR-MTEN dan PA DBKL

 b) sebab-sebab kerajaan tidak menggunakan kaedah secara 'grant' atau pinjaman pada kadar faedah 2%

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan meminda Artikel 121 Perlembagaan Malaysia kepada bentuk asalnya

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

 a) adakah sebuah jawatankuasa pilihan akan diwujudkan bagi memastikan skim cadangan kementerian 1Care dapat dibincangkan oleh semua ahli-ahli dewan rakyat sebelum diputuskan.

 b) nilai permulaan peratusan pendapatan yang akan dikenakan kepada pengguna di dalam skim 1Care

 4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan:

 a) adakah kerajaan bersedia untuk menetapkan PETRONAS menyertai "Extractive Industries Transparency Initiative" dan jika tidak, apakah sebabnya

 b) adakah cadangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk membolehkan PETRONAS membentangkan laporan terus ke parlimen

5. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihanraya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada kerajaan pusat.

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah PROTON akan terus menikmati status syarikat berstatus nasional walaupun peratusan majoriti saham syarikat tersebut dijual kepada individu yang tiada kaitan dengan kerajaan

7. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan status pemberian konsesi lapangan minyak persisiran terkini (marginal oil fields). Nyatakan syarikat-syarikat yang telah mendapat konsesi tersebut dan keupayaan kewangan mereka.

8. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan:

 a) adakah JPM akan menuntut FBC memulangkan kepada rakyat Malaysia 17 juta pound sterling yang dibayar kerana gagal didalam memenuhi tugasan publisiti untuk tidak memalukan negara

b) apakah penilaian pencapaian dan skop tugasan syarikat APCO Worldwide menepati terma-terma yang ditetapkan di dalam perjanjian yang dimeterai antara pegawai Perdana Menteri dan syarikat tersebut. Nyatakan sebab-sebab seandainya terma gagal dipenuhi dan adakah bayaran yang telah dibuat akan diminta untuk dikembalikan kepada kerajaan

9. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri apakah langkah-langkah untuk menubuhkan jawatan kuasa tetap parlimen yang memiliki fungsi pemantauan pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar dibawah kategori ekonomi dan kewangan, keselamatan dan pertahanan, pendidikan dan tenaga kerja, kesihatan dan khidmat masyarakat dan pembangunan bandar dan luar bandar.

SOALAN BERTULIS


1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan:

 a) siapakah pemilik baru tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields terdahulu di Jalan Tun Sambanthan memandangkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Galian Wilayah Persekutuan bahawa kerajaan sudah tidak lagi memiliki tapak tersebut.

 b) bukankah pindah milik komersil ini bertentangan dengan dasar CF3 Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

 

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan:

 a) jumlah pemberian dana ICU, dan pecahan yang disalurkan kepada setiap ahli parlimen dan dewan undangan negeri. Nyatakan bagi tahun 2008 hingga 2011

 b) apakah mekanisma pengagihan dan pemantauan penggunaan wang tersebut. Nyatakan mengikut jabatan yang dipertanggungjawabkan.

3. Puan Nurul Izzah binti Anwar minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

 a) Jumlah yang telah dibelanjakan untuk "National Agricultural Policy" (NAP) 3 sejak pengenalannya sehingga 2011 mengikut program-program yang dilaksanakan

 b) Status dan pencapaian dasar NAP 3, khususnya kesan NAP 3 terhadap bekalan dan harga makanan

4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan kadar nilaian tanah semasa di Kampung Haji Abdullah Hukum sebelum perjanjian dimeterai di antara DBKL dan SP Setia Sdn. Bhd.


SOALAN DITOLAK

1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyenaraikan projek-projek, termasuk jumlah geran pembiayaan atau pinjaman kerajaan yang melebihi RM5 juta yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Menteri dan Timbalan Menteri. Sila nyatakan jika ada sejak tahun 2004 hingga 2011.

2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan susulan yang diambil atas dakwaan penyelewengan dan salahguna kuasa di Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai yang melibatkan:

 a) pelanggaran syarat Perkara 7, Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan 1987 menerusi pelantikan Pengerusi Masjid yang baru yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Lembah Pantai

 b) jumlah kemasukan dana ke dalam akaun Masjid hanya RM 9,706.47 sementara jumlah kutipan sumbangan bagi bulan Disember 2011 adalah sebanyak RM 16,660.00

Tiada ulasan:

Nuffnang