Khamis, 15 Mac 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Dasar Penswastaan Air Di Malaysia Bebankan Rakyat

Posted: 15 Mar 2012 02:00 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MARSEILLE, PERANCIS,15 MAC : Dasar penswastaan air di Malaysia gagal kerana disalahguna untuk manfaatkan golongan 'rentier' menggunakan kos yang ditanggung pengguna, beritahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Forum Air Sedunia kali ke enam di sini.

Bercakap pada sesi Pihak Berkuasa Tempatan dan Serantau sempena Forum Air Sedunia kali ke enam di Marseille, Perancis, Abdul Khalid berkata, walaupun terdapat kes kejayaan penswastaan air di peringkat antarabangsa, namun keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia.

"Ini adalah contoh klasik kegagalan percubaan menswastakan kemudahan awam yang diburukkan dengan dua faktor iaitu pertembungan antara politik dan perniagaan di mana keuntungan kepada individu diutamakan di samping konflik kepentingan politik," kata Abdul Khalid.

Beliau menegaskan teori penswastaan tidak salah kerana antara lain bertujuan menggurangkan beban kerajaan dan meningkatkan kecekapan sekali gus menambahkan daya saing.

"Namun di Selangor, syarikat konsesi swasta yang dipilih untuk merawat dan menyalurkan air kepada pengguna tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri perkhidmatan air. Tanpa suntikan kewangan, syarikat-syarikat ini mula berkompromi dengan kualiti air dan penyampaian perkhidmatan air, memaksa tarif air yang tinggi kepada pengguna," katanya.

"Separuh daripada 13 negeri berdepan kewangan defisit dalam operasi air yang dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Melantik pihak luar untuk menguruskan perkhidmatan industri air bukan saja mengurangkan kecekapan malah soal pembiayaan tidak ditangani sebaiknya," katanya yang menambah kelemahan syarat perjanjian konsesi juga antara punca kegagalan penswastaan air.

Saran beliau, perjanjian ini sepatutnya memasukkan fasal secara spesifik dan terperinci mengenai denda kepada konsesi yang gagal mematuhi syarat. Dalam kes kita(Malaysia), penjanjian konsesi sangat lemah. Apabila syarikat konsesi berdepan masalah kewangan, Kerajaan Pusat akan menanggung hutang-hutang ini.

Bagi beliau, perjanjian antara negeri dan syarikat swasta sepatutnya mengandungi klausa yang melindungi kedua-dua pihak selain butiran terperinci bahawa perbelanjaan modal oleh kerajaan dengan peraturan jelas serta telus berhubung pemberian kontrak untuk projek-projek utama. Pada masa kini penswastaan perkhidmatan air di Malaysia banyak silapnya.

Sebagai penyelesaian jelasnya, kerajaan negeri berusaha merawat air secara holistik dengan merujuk kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang digubal untuk menggabungkan industri air di mana pembubaran penswastaan merupakan satu kemungkinannya.

"Walaupun akta ini diluluskan peringkat persekutuan, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai BN keberatan melaksanakannya ekoran kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Mac 2008.

"Apabila tiba masa kerajaan negeri membeli saham syarikat konsesi (seperti yang ditetapkan dalam akta), Kerajaan Pusat bertindak balas dengan menunjukkan sikap bermusuhan," katanya.

Sehingga kini kerajaan negeri telah membuat tawaran rasmi melalui tiga kali rundingan, tetapi syarikat konsesi menuntut pampasan tinggi bagi penjualan saham serta ekuti dan keadaan ini tiada perubahan sehingga kini.

Kerajaan Pusat mendesak kerajaan negeri segera membeli syarikat konsesi air sebagai cara penyelesaian holistik, tetapi pada masa sama melanjutkan tempoh pajakan kepada syarikat konsesi ini.

"Walaupun atas nama Persekutuan, kuasa kerajaan negeri dinafikan sejak sekian lama. Ini kerana Kerajaan Persekutuan di Malaysia mengawal polisi utama dan ini menambah kesukaran kepada kami sebagai sebuah kerajaan negeri untuk membuat keputusan terhadap sumber yang menjadi milik kami," katanya.

Abdul Khalid antara tujuh ketua negeri yang dijemput menyampaikan ucapan pada sesi itu yang bertemakan 'Towards Better Water Governance' yang dihoskan Region United (FOGAR) sempena Forum Air Sedunia.

Ini kali pertama kerajaan negeri membangkitkan isu air di peringkat antarabanga selepas lebih dua tahun berunding untuk mengambil alih industri perkhidmatan air.

Abdul Khalid dijangka berucap mengenai isu yang sama ketika berada di London pada Jumaat ini.

SELANGORKU/-

‘Dia ni bapak hang’, anak pura-pura tak kenal

Posted: 15 Mar 2012 01:30 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KULIM - "Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang," antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

"Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya," katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

"Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

"Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya," katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.

SINAR HARIAN/-

Kilang Vale: Rakyat Perak bakal bangkit

Posted: 15 Mar 2012 01:00 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LUMUT, 15 Mac: Pada waktu rakyat Malaysia masih berkempen kuat untuk menutup kilang rare earth milik Lynas Corp dari Australia, satu protes besar bakal berlaku di Perak terhadap sebuah kilang pemprosesan bijih besi milik Vale International dari Brazil.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Gabungan Rakyat Perak Prihatin (CCCP) menuntut projek tersebut dihentikan sementara supaya analisa impak terhadap penduduk setempat, terutamanya di Lumut dapat dilakukan.

Pengerusinya, Zainal Abidin Osman berkata CCCP akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan bermula 21 Mac ini untuk memaksa kerajaan negeri Perak untuk mengkaji semula projek berkenaan dan meletakkan langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya bagi menjamin keselamatan alam sekitar, kehidupan penduduk setempat dan masa depan.

Oleh itu, beliau menggesa penduduk Perak, terutamanya Lumut dan Pangkor untuk menyertai kempen ini.

"Selain itu, kita turut menggesa kerajaan negeri untuk menghalang Valemax, kapal kontainer bijih besi terbesar untuk memasuki Lumut," kata beliau, sambil menambah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mesti mengambil langkah sewajarnya untuk meredakan kebimbangan penduduk.

Zainal berkata kemasukan kapal besar tersebut bakal membawa kesan kepada alam sekitar, dan negeri China juga telah bertindak menghalang kapal Vale untuk berlabuh di pelabuhannya atas faktor masalah teknikal kapal dan kesan kepada persekitaran.

Satu perhimpunan rakyat akan diadakan, dan butiran lanjutnya akan didedahkan kepada rakyat pada 29 Mac nanti, tambah Zainal.

"Rakyat Perak tidak boleh ditipu untuk menerima projek ini atas nama membawa keuntungan kepada mereka dan negeri. Kesan daripada projek ini adalah besar dan langkah-langkah segera perlu diambil sebelum projek ini dikaji semula sebelum mengakibatkan kemusnahan yang tidak boleh diselamatkan," tambah Zainal.

Akhir tahun lepas, Harakahdaily telah melaporkan bantahan rakyat Perak terhadap jeti RM676.8 juta yang diletakkan di bawah syarikat asing.

Mereka menyoal sama ada Zambry berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.

Menurut blog say no to Vale International, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai cuai, blog tersebut mendakwa banyak perkara yang tidak diketahui impaknya sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

"Sementara kesan terhadap alam sekitar masih menjadi persoalan, impak kerana jeti ini dipegang warga asing pula menimbul pelbagai persoalan lain. Dan berapa banyakkah spinoff downstream value (aliran tunai ke bawah) kepada rakyat Perak juga masih tidak terjawab.

"Kerajaan Perak di bawah Zambry sedang melakukan sesuatu yang tidak sihat yang tidak pernah dilaksanakan jika ia tetap membenarkan syarikat asing untuk memiliki jeti di satu lokasi yang begitu strategik seperti di Lumut," blog tersebut memberikan amaran.

Kilang Vale yang terletak di Teluk Rubiah mempunyai kapasiti untuk memproses 60 juta ton bijih besi setiap tahun.

Kilang tersebut mula dibina Julai lepas, dan dijangka akan mula beroperasi pada Jun 2014.

Kerajaan Perak pernah berkata jumlah pelaburan yang bakal diterima daripada Vale adalah antara RM9 bilion ke RM14 bilion.

harakahdaily/-

Kenapa media Umno serang saya - Kadir

Posted: 15 Mar 2012 12:44 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.

Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.

"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.

"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.

Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.

"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.

"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.

Nafi beli undi

Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.

Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.

"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.

"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh.

harakahdaily/-

Mahmoud nafi silap urus Iran

Posted: 15 Mar 2012 12:40 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TEHERAN - Presiden Mahmoud Ahmadinejad menolak tuduhan anggota-anggota Parlimen Iran yang menyatakan beliau cuai dalam menguruskan ekonomi negara.

Perkembangan itu berlaku ketika inflasi di Iran meningkat lebih 30 peratus, nilai mata wang rial Iran pula merudum susulan sekatan ekonomi oleh Barat manakala dana projek infrastruktur mega seperti pembinaan rangkaian tren bawah tanah di sini turut dibekukan.

Namun, dalam jawapan beliau kepada anggota-anggota Parlimen Iran, Mahmoud tetap mempertahankan dasar ekonominya dengan menyatakan ekonomi Iran masih kukuh.

"Tiada bukti dasar pentadbiran saya melanggar undang-undang negara setakat ini," kata Mahmoud.

Ini adalah kali pertama Presiden Iran disoal oleh 290 anggota Parlimen negara itu berhubung cara beliau mentadbir negara sejak Republik Islam Iran diasaskan pada 1979.

Semasa disoal oleh anggota-anggota Parlimen, Mahmoud kelihatan tenang dan bersahaja dalam memberikan jawapan.

Beliau turut mempersenda peraturan baharu yang mewajibkan wakil rakyat baharu memiliki ijazah sarjana atau kelulusan setaraf dengan menyatakan, draf peraturan tersebut dibuat oleh mereka yang memiliki ijazah sarjana.

Mahmoud berkata, beliau boleh mengusulkan peraturan yang lebih baik.

Bercakap tentang kod berpakaian yang ketat bagi masyarakat Islam Iran, Mahmoud tetap berpegang kepada pendapatnya bahawa peraturan tersebut perlu dilonggarkan.

"Kita perlu menghormati hasrat rakyat," ujarnya.

- AFP

Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN

Posted: 15 Mar 2012 12:25 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PEKAN, 15 Mac: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.
Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ..PahangDaily.

PAS bawa isu MAS-AirAsia ke Parlimen

Posted: 15 Mar 2012 12:00 AM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Penggabungan saham antara MAS dan AirAsia perlu ditamatkan segera memandangkan terdapat asas kukuh tekanan ke atas kakitangan MAS itu sendiri.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menegaskan selain kakitangan MAS, integriti MAS itu sendiri turut tertekan dengan kolaborasi tersebut.

Beliau berkata, tekanan yang dirasai MAS itu ekoran aduan dan rungutan Malaysia Airlines System Employees Union (MASEU) yang mendakwa kebanyakan pengurus atasan di kalangan kakitangan AirAsia.

Salahuddin berkata, PAS pada prinsipnya tidak menolak sebarang kolaborasi sekiranya ia mewujudkan 'suasana menang-menang' bagi mewujudkan perkongsian yang bijak.

"Sayangnya, hasil mesyuarat dengan wakil MASEU yang kami terima hari ini, kita nampak kolaborasi ini lebih banyak menguntungkan AirAsia, berbanding MAS," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, berkata pihaknya akan membawa perkara tersebut ke parlimen dengan menjadikannya satu tajuk yang memerlukan tindakan segera daripada kerajaan.

"Dengan kesempatan yang ada, perkara ini akan dipanjangkan ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Yang Dipertuan Agong kelak. Dan Pakatan Rakyat mengharapkan kerajaan segera campur tangan demi menjaga kepentingan pekerja MAS dan imej syarikat itu sendiri," tegas beliu lagi.

Terdahulu, Salahuddin menerima kunjungan wakil MASEU di parlimen dan menghabiskan masa kira-kira satu jam membincangkan perkara tersebut.

Selain Salahuddin, turut dalam mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (MP Kota Raja); Khalid Samad (MP Shah Alam); Firdaus Jaafar (MP Jerai); Nasir Zakaria (MP Padang Terap) dan Abdullah Sani (MP Kuala Langat).

Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambilalih 20.5 peratus saham dalam MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

HARAKAHDAILY/-

Pengebom Berani Mati Serang Kediaman Presiden Somalia

Posted: 14 Mar 2012 11:50 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MOGADISHU: Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam kawasan kediaman Presiden Somalia, Sharif Sheikh Ahmed, semalam, menyebabkan empat orang terbunuh, kata polis.

Jurucakap polis, Abdulahi Hasan Barise berkata, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh, termasuk pengebom terbabit, manakala 10 orang lagi cedera.

Militan al-Qaeda di Somalia, al-Shebab mendakwa, mereka bertanggungjawab dalam serangan berani mati itu. - AFP

Isu YBK : PM Cuba Kelirukan Rakyat

Posted: 14 Mar 2012 11:39 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM,15 MAC : Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Negeri Selangor menjadi punca Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) gagal melaksanakan Pelan Tranformasi Lima Tahun (2012-2016) amat tidak bertanggungjawab dan cuba menggelirukan rakyat Selangor.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, dalam kenyataan medianya berkata, Perdana Menteri sedia maklum tindakan ini adalah jalan terakhir yang terpaksa diambil kerajaan negeri selepas banyak peluang diberikan kepada pengurusan YBK kerana tidak membayar cukai tanah dan melanggar syarat-syarat tanah yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri perlu bertindak adil kepada semua pihak hatta melibatkan anak syarikat milikan penuh atau agensi di bawahnya. YBK yang diberikan tanah secara percuma sepatutnya melunaskan tunggakan cukai tanah dan menggunakan tanah-tanah yang diberikan itu untuk program kebajikan bukan membangunkan dengan projek pembangunan untuk keuntungan kroni-kroni.

"Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana tindak tanduk YBK yang merugikan harta rakyat," tegas Faekah.

Tambah Faekah, kerajaan negeri mendedahkan senarai syarikat yang mendapat manfaat daripada projek pembangunan tanah yang diberikan kepada YBK dan akibatnya, kerajaan negeri telah disaman tetapi kemudian ditarik balik oleh YBK. Jika dakwaan ini salah, sudah tentu YBK tiada alasan menarik semula saman ini.

Perdana Menteri sepatutnya menjadi seorang yang jujur seperti mana yang dituntut dalam Islam. Beliau tidak boleh berterusan menggunakan taktik menipu rakyat semata-mata untuk menang pilihanraya.

Menurut Faekah lagi, kerajaan negeri telah membantu banyak badan bukan kerajaan (NGO) dengan mendermakan dana atau bantuan lain dan akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni mereka. Banyak NGO ini yang berjaya membantu golongan memerlukan dan mempunyai aset jutaan ringgit walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan negeri.

"Ini amat berbeza sekali dengan YBK yang mendapat banyak bantuan termasuk pemberian tanah percuma tetapi tiada impak besar kepada golongan sasar sebaliknya golongan kaya yang mendapat faedah. Inilah natijahnya apabila badan kebajikan diuruskan orang politik yang berselindung disebalik kerja-kerja kebajikan," ujar beliau.

selangorku/-

Soalan jawab lisan ahli Parlimen PAS 15 Mac

Posted: 14 Mar 2012 11:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini, 15 Mac 2012.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sumbangan besar kepada Negara dari Kajian Kutub.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan perancangan pihak Kerajaan untuk membangunkan dan memperbaiki imej Pasar Chow Kit dan kawasan di sekelilingnya.

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan dalam menjayakan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan yang diadakan di Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 16 Januari 2012 yang lalu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kedudukan terkini nasib anak-anak luar nikah di seluruh negara kerana angkanya yang semakin meningkat dan apakah jalan penyelesaiannya.

harakahdaily/-

[Bergambar & Video] 28 Maut, 24 Cedera Bas Langgar Terowong

Posted: 14 Mar 2012 08:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Geneva: Sebuah bas membawa pulang pelajar Belgium dari pusat percutian ski terbabas dan melanggar dinding terowong di lebuh raya Switzerland, mengakibatkan 22 pelajar berusia 12 tahun dan 6 orang dewasa terbunuh, kata polis, semalam.

Seramai 24 lagi pelajar dikejarkan ke hospital kerana kecederaan, kata jurucakap polis negeri Valais, Jean-Marie Bornet memberitahu agensi berita.

Bas yang membawa 52 orang termasuk pelajar berusia 12 tahun dari dua sekolah berbeza terbabit dalam pelanggaran jam 9 malam waktu tempatan kelmarin di terowong di Sierre, Switzerland, berdekatan kawasan ski popular di Banjaran Alps.

Polis berkata, bas itu terbabas dan melanggar selekoh sebelum menghentam dinding konkrit terowong.

Bahagian depan bas rosak teruk dan menyukarkan penumpang keluar dari kenderaan itu. Punca kemalangan belum diketahui.

Ketua Polis Valais, Christian Varone, memberitahu anggota penyelamat yang tiba menyifatkan tempat kejadian seperti keadaan perang.

"Kemalangan di Valais memang ada yang teruk sebelum ini tetapi tidaklah sehingga membabitkan begitu ramai mangsa kanak-kanak," katanya.

Lebuh raya ditutup di kedua-dua arah bagi operasi menyelamat. Sebanyak lapan helikopter dan puluhan ambulans dikejarkan untuk membantu menghantar mangsa ke hospital.

Selain itu, berpuluh-puluh anggota bomba, polis, 15 doktor dan tiga pakar psikologi turut berada di tempat kejadian.

Jurucakap kerajaan berkata, pusat krisis ditubuhkan dan nombor kecemasan disediakan untuk keluarga.

Polis berkata, semua mangsa dipercayai warga Belgium yang tinggal di Flanders. Media Belgium melaporkan tiga kanak-kanak itu dari dua pekan iaitu Lommel, timur Antwerp dan Heverlee, berdekatan Leuven.

Duta Belgium, Jan Luykx turut bergegas ke tempat kejadian. Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, berkata pihak berkuasa masih mengenal pasti mangsa.

"Ada tiga bas dan hanya satu yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

"Ia melanggar dinding di terowong," katanya yang dipetik dalam laman web, La Capitale.

Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan bas berkenaan di terowong menetapkan had kelajuan 100 kilometer sejam.

"Kami akan teliti apa yang berlaku," kata pendakwa raya Valais, Olivier Elsig. – AP

greenbox/-

Sambutan Hari Jadi Super Mewah, Najib Permainkan "Wasatiyyah" Lagi

Posted: 14 Mar 2012 08:15 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kenapa Pejabat PM tempah hari jadi Najib RM79,053?

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Belum reda dengan pendedahan kos pertunangan anak Perdana Menteri, PKR hari ini pula mempersoalkan kenapa tempahan majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Najib Razak yang bernilai RM79,053 dibuat atas nama Pejabat Perdana Menteri.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ianya berdasarkan Banquet Event Order oleh Hotel Shangri-La yang secara jelas menunjukkan ianya ditempah atas nama akaun Pejabat Perdana Menteri.

Majlis sambutan hari jadi itu dakwanya berlangsung di Sri Perdana pada hari Ahad, 24 Julai tahun lalu.

"Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri.

"Berbeza dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini secara jelas menyatakan ianya majlis peribadi. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan itu tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya 'majlis Pejabat Perdana Menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Majlis itu, menurut Rafizi, turut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Kos RM79,053 itu antara lain merangkumi Buffet untuk 100 tetamu dengan kadar RM207 satu kepala (RM20,700), Band Syed Sobri (RM7,738), Band Batak (RM5,300), minuman 5 gallons (RM795), gubahan bunga (RM31,800) dan caj pengendalian (RM12,720).

"Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

"Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat," katanya.

Berikut adalah soalan-soalan Rafizi yang menuntut jawapan ikhlas daripada Najib berhubung kos majlis pertunangan anak (RM409,767) dan kos sambutan hari jadi beliau (RM79,053).

Saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia

1- Bilakah beliau (Datuk Seri Najib Razak) akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2- Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengan juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3- Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4- Wajarkan perdana menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan dana awam NFC sehingga BN terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Datuk Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarkah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan. -HD

Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Selepas Motosikal Terbabas

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Pinang, di sini pada pukul 12.40 tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Kpl R. Govindaraju, 57, yang bertugas sebagai anggota Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

"Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa telah bergesel dengan sebuah motosikal lain dari arah sama sebelum dia terbabas ke arah bertentangan dan dirempuh sebuah lori.

"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Adik-beradik Trump dikecam

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ANAK Trump dengan harimau bintang yang berjaya dibunuh mereka di Zimbabwe.

LOS ANGELES: Anak lelaki bilionair hartanah, Donald Trump, mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran tindakan mereka memburu haiwan liar dan dengan megah bergambar bersama bangkai haiwan berkenaan.

Aktivis hak asasi haiwan menyelar Donald Trump Jr, 34, serta adiknya, Eric, 28, yang membunuh pelbagai binatang liar, termasuk seekor gajah, buaya, musang dan rusa.


Mereka berburu di Zimbabwe, tahun lalu, dan gambar itu dipaparkan syarikat pengendali aktiviti berkenaan, Hunting Legends.

Satu daripada imej itu menunjukkan Eric memegang bangkai seekor harimau bintang sambil berdiri di sebelah abangnya.


Gambar lain memaparkan Trump Jr menunjukkan ekor gajah yang dipotong pada satu tangan, manakala tangannya yang lagi satu memegang pisau.


Kumpulan pencinta haiwan menganggap aktiviti berburu sebagai kejam dan tidak sensitif.

Bagaimanapun, adik-beradik itu mempertahankan tindakan itu dengan mendakwa, daging haiwan berkenaan diberi kepada penduduk setempat untuk dijadikan makanan mereka.


Melalui Twitter, Trump Jr berkata, dia tidak rasa bersalah langsung atas tindakannya itu.

"Ia adalah aktiviti memburu dan memberi makan. Saya seorang pemburu dan tidak perlu saya meminta maaf," katanya.


Menurut Trump Jr, semua hasil buruan itu tidak dibuang begitu saja.


"Penduduk kampung sangat gembira kerana dapat makan daging yang jarang-jarang diperoleh.


"Tambahan pula, buruan kami bukan haiwan diancam kepupusan," katanya.


Sebagai pemburu, katanya, dia juga menyayangi hidupan liar, tetapi yakin bayaran yang dikenakan untuk mendapat lesen berburu memberi banyak manfaat.


"Sumbangan kami jauh lebih besar berbanding apa diberikan aktivis hak asasi haiwan," katanya. - TS

63 Peratus Rakyat India Miliki Telefon Berbanding Tandas

Posted: 14 Mar 2012 08:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW DELHI: Satu bancian di India menunjukkan kebanyakan penduduk negara ini memiliki telefon berbanding sebuah tandas di rumah masing-masing.

Bancian yang dibuat pada tahun lalu itu sekali gus membuktikan revolusi komunikasi yang berkembang pesat di kalangan 1.2 bilion penduduk negara ini berbanding keperluan asas seperti tandas.

Data tersebut juga mendedahkan 47 peratus daripada 330 juta isi rumah mempunyai tandas namun 63 peratus lagi memiliki talian telefon, kebanyakannya telefon bimbit. - AFP

Selepas SBPA, tarik balik gabung MAS dan AirAsia?

Posted: 14 Mar 2012 07:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Selepas menarik balik Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), apakah mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menarik balik pula pegangan silang saham MAS dan AirAsia?

Ini ekoran janji Najib mahu mengkaji balik pegangan silang yang disifatkan merugikan MAS ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan di muka depan kegusaran kakitangan MAS ekoran pegangan silang yang dikatakan membentuk kuasa monopoli dalam industri penerbangan negara itu.

Walaupun MAS lebih besar, tindakan yang diumumkan Najib sebelum ini juga melahirkan suasana kelas dua kepada kakitangan MAS.

Ini kerana, kakitangan AirAsia menjadi pegawai kanan baru MAS ekoran pergabungan melalui pegangan silang saham kedua-dua syarikat pernerbangan itu.

Baru-baru ini, Najib telah menarik balik SBPA dan menggunakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) ekoran bantahan kakitangan kerajaan.

Kini, kakitangan MAS melalui kesatuan mereka membuat bantahan itu akibat dari kesan langsung yang mereka terima ekoran pergabungan itu.

Di bawah perjanjian yang diumumkan Ogos tahun lalu itu, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS.

Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS.

Kesatuan Pekerja Sustem Penerbangan MAS (Maseu) semalam menggesa kerajaan agar mengkaji semula pertukaran saham antara MAS dan AirAsia.

Pengerusinya, Alias Aziz berkata, tindakan ini perlu kerana pergabungan secara tidak langsung itu menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu AirAsia.

Ia langsung tidak memberikan kelebihan kepada MAS, bahkan kakitangan pengurusan atasan MAS kini dikuasai oleh bekas kakitangan AiAsia.

Baru-baru ini, MAS dilaporkan mengalami kerugian besar dalam sejarahnya iaitu sebanyak sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Bagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Idris telah memulihkan MAS sebelum ini tetapi semua usahanya sudah sia-sia sekarang.

harakahdaily/-

IRI HATI YANG DIBENARKAN

Posted: 14 Mar 2012 07:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dari Ibnu Mas'ud R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-sebenarnya, dan kedua, keadaan orang yang dikurniakan Allah S.W.T. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya." Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi.

Pelajaran yang kita dapati dari hadith ini ialah, kita TIDAK boleh mempunyai sikap iri hati kepada seseorang apabila melihat orang itu memiliki sesuatu kelebihan yang tidak ada pada diri kita. Sebagai contoh kita tidak boleh beriri hati jika seseorang itu memilikki harta yang banyak, atau seseorang itu berjawatan tinggi atau seseorang itu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sedangkan kita tidak memilikki semuanya itu. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada pada kita dan berikhtiar untuk mencari yang selebihnya. Jangan sekali-kali kita bersikap iri hati kerana semuanya itu datang dari Allah S.W.T. Tetapi kita boleh beriri hati jika melihat:

a. Seorang kaya yang tidak membazir dengan hartanya, tidak kedekut, tidak tamak dan tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menghabiskan hartanya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan dan ianya membelanjakan hartanya hanya kepada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

b. Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama dan manghabiskan masanya melakukan amal ibadah dengan sebaiknya, menghindari perbuatan yang dilarang Allah S.W.T. dan sanggup menyampaikan ilmu pengetahuan agamanya demi untuk menegakkan syiar Islam.
Kita hendaklah beriri hati terhadap sifat dua kumpulan hamba Allah yang disebutkan di atas dan berdoa memohon taufik dan hidayah dari Allah S.W.T. agar kita memiliki sifat yang demikian demi untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

sumber: lamantokbah.blogspot.

Serdang Bandar Biomass Pertama

Posted: 14 Mar 2012 06:40 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dalam usaha menyokong usaha kerajaan untuk mengurus sisa buangan domestik daripada penempatan penduduk dan kawasan pusat komersial khususnya di sekitar Serdang, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tampil menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama di negara ini dalam perlaksanan 'Bandar Biomass' yang akan dilancarkan pada Mac ini.

Perlaksanan Bandar Biomass yang memilih Bandar Serdang itu mendapat kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penyelidik daripada Kementerian Perikanan dan Perhutanan negara Jepun.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata inisiatif itu dilakukan dalam usaha untuk menangani sisa buangan seperti makanan atau organik yang perlu dirawat kerana jika tidak, ia akan memberi impak kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan sejagat.

Katanya, ianya juga selaras dengan tagline baru MPSJ iaitu 'Vibrant City' yang mana mahu menjadikan MPSJ sebagai sebuah perbandaran yang mampan.

" Program ini bukan sahaja melibatkan MPSJ tetapi juga melibatkan jabatan-jabatan kerajaan di Persekutuan, berdasarkan daripada kerjasama ini, kita akan menjadi salah satu PBT yang terawal melaksanakan bandar biomass.

" Saya harap program ini akan dapat menjadikan bandar Serdang bukan saja sebgai bandar Biomass tapi juga akan dipertandingkan di peringkat negeri sebagai bandar zon bersih MPSJ untuk tahun 2012," katanya selepas Majlis Melafaz Ikrar dan menandatangani Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MPSJ.

Majlis Perlancaran itu akan diadakan pada 17 Mac ini di Taman Tasik Sri Serdang bermula 7.30 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti serta pameran dirancang bagi memeriahkan majlis itu antaranya, aktiviti konvoi berbasikal, demonstrasi pengasingan sisa bagi Medan Selera Awam dan Pasar Awam dan pameran pelbagai daripada agensi kerajaan.

selangorku/-

Jeneral Perang PAS

Posted: 14 Mar 2012 06:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:

Andai anda seorang Jeneral Perang PAS untuk PRU-13, apakah yang anda lakukan untuk menyiap-rapikan persediaan pasukan menghadapi perang. Apakah nilai yang terpenting untuk seorang jeneral?

Abang Mat

Sebagai jeneral perang PRU13, saya akan pastikan di sudut jiwa, persediaan berada pada keyakinan paling tinggi dan juga segala peralatan yang secukupnya dapat dibekalkan.

Saya juga akan pastikan strategi dan taktik yang tepat digunakan untuk hadapi lawan. Selain itu, saya akan pastikan sumber kewangan yang cukup sebagai enjin penggerak, bukan punca membawa permasalahan dan meniup semangat nilai jihad yang tinggi di kalangan petugas.

Nilai terpenting seorang general ialah beliau mesti yakin terhadap diri sendiri dan yakin dengan dasar dan matlamat perjuangan parti atau kumpulannya.

Ustaz Tuan

Pilihanraya adalah peperangan di era kita. Ketentuan kemenangan dalam medan perang ialah kemenangan mengalahkan musuh, sedang kemenangan PRU diukur sejauh mana rakyat (pengundi) menyokong parti yang kita sertai.

Sebagai jeneral perang kita perlu melakukan serangan maklumat bagi membina dan mengubah rakyat untuk menyokong parti yang kita dokong.

Sebagai jeneral, penyusunan jentera perang mesti bersifat menyerang musuh, strategi bertahan atau sekadar menjawab serangan musuh tidak akan mencapai kejayaan yang dihasratkan.

Pada zaman dulu, strategi yang baik dan tepat tidak akan dimanfaatkan sekiranya general tidak dapat memastikan sumber makanan dan bekalan senjata yang mencukupi untuk menghadapi tempoh peperangan.

Pada zaman ini, peperangan di PRU13 memerlukan dana. Seseorang jeneral harus berikhtiar mencari dana secukupnya senantiasa untuk memastikan kelicinan fungsi mesin perangnya.

Jeneral perlu juga memastikan seluruh sayap parti mesti memberi fokus kepada sasaran utama, bergerak dengan selari dalam satu arah. Dalam mencapai kemenangan asas utama ialah meletakkan sasaran yang perlu dicapai dengan kemampuan yang ada, dan memanfaatkan kelemahan musuh.

Segala kelemahan unit yang ada perlu dikenalpasti dan diperkemaskan segera oleh jeneral agar tidak ditembusi oleh musuh.

Seseorang jeneral tidak harus buntu bilamana menghadapi sebarang kekurangan. Segalanya – cuaca, masa, tempat, media lawan, lawan kita – boleh dimanfaatkan sebagai senjata perang menggunakan kebijaksaan.

Ustaz Nasrudin

Dalam konteks negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya, maka istilah "perang" boleh saya takwilkan sebagai pertarungan atau persaingan mendepani lawan politik untuk memenangi pilihanraya.

Tentu sahaja apabila kita bertarung atau ber"perang" maka kita mendambakan kemenangan. Bertolak dari premis inilah kita mesti terlebih dahulu mempersiapkan pasukan kita dengan pra syarat kemenangan dalam 2 kategori kekuatan dan persediaan.

Kategori pertama ialah kekuatan dan persediaan dalaman.

a] Justeru kemenangan adalah keputusan dan anugerah mutlak daripada Allah swt. , selayaknya bagi setiap anggota pasukan bermula dari saff kepimpinannya hinggalah kepada ahli biasa membina hubungan baik dan erat dengan Allah swt Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijak. [Taqarrub Ilallah]

b] Motivasi untuk memiliki jiwa yang optimis dan minda yang positif terhadap pahit getir perjuangan serta cabaran dan rintangan yang bakal ditempuh agar tidak putus asa, kecewa, resah dan gelisah.

c] Pemantapan Ilmu dan penguasaan manhaj perjuangan. Memahami dan menghayati matlamat, objektif dan hala tuju perjuangan yang didokong. Juga berupaya memiliki maklumat mengenai strategi dan gerak operasi pihak lawan.

Kategori kedua ialah kekuatan dan persediaan luaran.

a] Keupayaan fizikal [jumlah tenaga siap bertugas] dan material (jumlah dana terkumpul) yang munasabah berbanding saiz medan pertarungan dan persaingan yang bakal ditempuh.

b] Penyatuan saff perjuangan berteraskan semangat ukhuwwah fillah dan Pengukuhan organisasinya yang menepati standard piawaian sebuah pengurusan, pentadbiran dan disiplin atau akhlak berjamaah yang baik.

c] Memiliki jaringan kerja rasmi atau tidak dalam lapangan yang berbagai dengan semua pihak dan hubungan baik dengan pelbagai saluran untuk menerima maklumat dan menghantarnya pula kepada pihak yang memerlukan iaitu ahli dan pengundi atau masyarakat awam.

d] Merakyatkan pasukan [parti] , kepimpinan, ahli dan aktivitinya agar perjuangan ini rasa dimiliki oleh semua.

e] Membina minda negarawan pada anggota parti [pemimpin dan ahli ] lantas keluar dari kepompong fikir sebagai pembangkang. Sebaliknya persiapkan mental , fizikal dan spiritual sebagai kerajaan menanti [government in waiting]

Sementara nilai terpenting bagi seorang jeneral yang mengepalai pasukan atau parti ini ialah Kepimpinan Yang Terarah iaitu kepimpinan yang bukan sahaja mampu mencipta gelombang perubahan tetapi berkeupayaan memimpin dan mengarah perubahan tersebut agar menepati matlamat, objektif dan road map perjuangan.

Ustaz Nik Zawawi

Sebagai jeneral, saya akan fokus kepada persiapan terpenting iaitu jentera kempen yang hebat dan berwibawa untuk menarik simpati pengundi.

Pada masa yang sama, saya akan memastikan pasukan saya mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membiayai perang PRU13.

Saya juga akan mengeluarkan pelan taktik menyerang terakhir yang bijak dan memastikan maklumat rahsia terakhir digunakan secara bijak secara tepat dari segi masanya untuk menumbangkan musuh.

Nilai terpenting yang perlu ada pada seseorang jeneral pada PRU- 13 ialah kebijaksaannya untuk menarik musuh dan bukan semata-matanya menyerang musuh.

harakahdaily

Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah

Posted: 14 Mar 2012 06:20 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.

Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia.

harakahdaily/-

Pencabul Mabuk Dibelasah Sehingga Cedera Teruk

Posted: 14 Mar 2012 06:00 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pencabul dibelasah

SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Gambar: KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.

Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.

Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.

Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.

Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan. -kosmo

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa

Posted: 14 Mar 2012 05:50 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

"KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,"ujarnya.

harakahdaily/-

Tatih sampai lemas

Posted: 14 Mar 2012 05:40 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

"Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

"Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya," katanya.

metro/-

Loji rawat air kembali beroperasi

Posted: 14 Mar 2012 05:30 PM PDT

22 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

LOJI Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di Ijok, Kuala Selangor, kembali beroperasi seperti biasa pukul 8 malam tadi setelah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan selama 12 jam semalam.

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 8 malam tadi setelah operasinya dihentikan selama 12 jam bermula pukul 8 pagi semalam ekoran kerja-kerja penyelenggaraan loji berkenaan.

Bagaimanapun, bekalan air bersih di 153 kawasan yang diramal terjejas iaitu di daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat tidak mengalami sebarang gangguan ekoran kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Sombagaimanapun berkata, gangguan bekalan air hanya akan berlaku pada hari ini sebelum bekalan kembali pulih secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sebahagian kawasan yang jauh atau berada di tempat tinggi dijangka mendapat bekalan paling akhir disebabkan faktor tekanan air yang rendah.

kosmo/-

Tiada ulasan:

Nuffnang