Nurul Izzah Anwar |
Meneruskan “Agenda Pemulihan Demokrasi” Posted: 11 Mar 2012 01:39 AM PST KENYATAAN MEDIA Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah menjadi tugas, amanah, dan tanggungjawab saya kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Lembah Pantai untuk memastikan bahawa hasrat dan suara hati rakyat didengar dengan jelas di dalam setiap debat dan perbincangan penggubalan undang-undang di Parlimen. Oleh itu, agenda utama saya di Parlimen ialah Agenda Pemulihan Demokrasi menerusi mekanisma Rang Undang-Undang Ahli Persendirian. Agenda ini telah saya lancarkan pada 23 Disember 2010, dan ia bermatlamat untuk:
Usaha awal saya yang bermula dengan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian (Private Member's Bill) bertajuk "Akta Pemansuhan Darurat" pada 9 Mac 2011 telah ditolak. Namun, tujuh bulan selepas itu – pada 24 November 2011 – Perdana Menteri pula telah membentangkan usul yang sama yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 20 Disember 2011 yang lalu. Ini membuktikan bahawa usaha memulihkan demokrasi melalui Parlimen mampu mendatangkan kesan dan hasil, terutamanya dengan menarik perhatian Kerajaan Persekutuan terhadap sesuatu agenda untuk manfaat rakyat; Perdana Menteri sendiri pada 16 September 2011 telah mengumumkan hasrat beliau untuk meminda beberapa akta seperti AUKU dan ISA yang akan digantikan dengan RUU baru. Maka dengan itu, saya meneruskan usaha memperkukuhkan demokrasi dengan cadangan membentangkan tiga RUU Ahli Persendirian di Dewan Rakyat yang akan berlangsung mulai 12 Mac 2012. Tiga RUU Ahli Persendirian tersebut adalah: 1) Pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Petroleum Development Act 1974), di mana saya mencadangkan agar kuasa Perdana Menteri ke atas Petronas dibataskan, dan Petronas mestilah membentangkan akaun perbelanjaan tahunan di Parlimen yang akan menjamin ketelusan dan penggunaan khazanah bumi terhad negara secara seimbang dan mengutamakan kepentingan dan manafat rakyat; 2) Pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Printing Presses and Publications Act 1984), di mana saya mencadangkan agar akta drakonian dan lapuk ini dimansuhkan sama sekali demi memastikan media bebas dan adil dalam menjalankan tugasnya sebagai pelapor berita dan saluran maklumat yang seimbang; dan terbentuknya sebuah Suruhanjaya untuk mengawal selia urustadbir media. Rakyat mahukan laporan yang menjana budaya ilmu dan maklumat berteraskan kebenaran lagi terpisah daripada fitnah dan kepalsuan propaganda. Ini seterusnya akan membuka ruang demokrasi, langsung menjadikan negara lebih menarik untuk pelabur yang memerlukan maklumat tepat dan cepat. 3) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2012, di mana saya mencadangkan satu pindaan di buat kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan agar institusi kehakiman negara menjadi benar-benar bebas seperti keadaan asal selepas Merdeka. Ini juga akan mengembalikan prinsip perpisahan kuasa (separation of powers) dan menjadi timbang-tara semakan (checks and balances) agar tidak ada salah guna kuasa dan pecah amanah oleh setiap cabang kerajaan. InsyaAllah, dengan sokongan Ahli-ahli Parlimen dan dokongan rakyat Malaysia, saya yakin kesemua RUU Ahli Persendirian di atas akan dibentangkan, demi Malaysia yang lebih baik. YB Nurul Izzah Anwar |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan