DUN BUKIT PAYONG |
Konsert BIG JAM 2012: Sejauh mana mendidik jiwa? Posted: 10 Mar 2012 10:02 AM PST Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) terpanggil untuk mempersoalkan sejauhmana sebenarnya Kerajaan Negeri Terengganu serius dan mengambil berat dalam menangani permasalahan sosial yang melanda anak-anak muda di Negeri Terengganu pada hari ini. [Gambar - Konsert Monsson Cup di Dataran Shahbandar Tahun 2007 ] DPPNT melihat akhir-akhir ini pelbagai program berbentuk Konsert Hiburan diadakan hampir di seluruh negeri. Terbaru BIG JAM 2012 yang akan diadakan pada 10 Mac ini di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Penganjuran sesebuah konsert, bukanlah menjadi satu kesalahan. Malah jika kena dengan caranya, ianya boleh mendatangkan manfaat. Bagaimanapun, berkenaan dengan BIG JAM 2012 ini, DPPNT melihat ianya hanya bertumpu kepada hiburan semata-mata. Malah dibimbangi menjurus kepada hiburan melalaikan memandangkan konsert ini bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sehingga jam 12 malam. Di sana juga dibimbangi berlaku pergaulan bebas, pendedahan aurat, perlakuan sumbang dan sebagainya. Kita baru sahaja meninggalkan 'bulan Maulud'. Hampir setiap hari di sana-sini berselawat, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berarak. Pelbagai sepanduk, kain rentang diusung bagi menunjukkan semangat. Semuanya dilakukan bagi menunjukkan cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W. Apakah cinta dan kasih kita sebagai Umat Muhammad hanya untuk sebulan? DPPNT juga mempersoalkan sejauh mana garis panduan sesuatu program hiburan dibenarkan diadakan di Negeri Terengganu. Apakah tiada peraturan yang boleh mengawal atau memandu sesuatu program hiburan yang ingin diadakan supaya lebih bermanfaat dan lebih sihat untuk dinikmati? Akhirnya, DPPNT mencadangkan supaya program-program umum yang melibatkan kehadiran muda-mudi seperti konsert ini diasingkan tempat penonton lelaki dan wanita. Ini bagi mengelakkan pergaulan bebas dan memastikan wanita yang hadir dapat menjaga dirinya dari diambil kesempatan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Muhammad Zaidan Abdullah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan