Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Banduan lebih berpeluang melanjutkan pelajaran
- Keputusan SPM 2011 meningkat, tapi masih ramai yang buta huruf
- Keluarga Melayu merempat di Seremban, perlu bantuan
Banduan lebih berpeluang melanjutkan pelajaran Posted: 21 Mar 2012 01:06 AM PDT Alangkah baiknya lepasan SPM dan STPM kita yang kurang berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran dengan yuran yang minima sepertimana banduan-banduan di bawah ini, tanpa perlu memohon PTPTN. Laporan Khas: 11 banduan akan dapat ijazah Sekolah integriti buka peluang pendidikan pesalah juvana terus pengajian KUALA LUMPUR: Sebelas banduan muda, termasuk juvana yang dijatuhkan hukuman kerana kes bunuh bakal menjadi pemegang ijazah sarjana muda dan diploma menjelang 2013 melalui skim peluang kedua pendidikan yang disediakan Jabatan Penjara di sekolah integriti di seluruh negara. Sembilan daripada mereka mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Pendidikan, Teknologi Maklumat (IT), Perundangan, Pengajian Islam, Pengurusan Perniagaan, manakala dua lagi pada peringkat diploma di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Mereka adalah antara 544 pelajar yang dipilih daripada 1,733 banduan muda, termasuk yang dikenakan perintah reman untuk menyertai skim pendidikan dalam tahanan sebagai persiapan menghadapi cabaran hidup sekiranya dibebaskan selepas tamat tempoh hukuman. Ketika ini, 11 pelajar itu adalah kumpulan pertama yang mengikuti pengajian tahun kedua peringkat ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dan dijangka akan menamatkan pengajian dalam tempoh empat setengah tahun. Walaupun hidup dalam kurungan dengan kemudahan dan kebebasan terhad, mereka berjaya mengikuti pengajian dengan baik secara on-line dan berhubung dengan pensyarah melalui internet. Kumpulan pelajar itu mendapat keistimewaan menggunakan kemudahan komputer untuk mengakses internet secara bersyarat dan kawalan ketat berbanding kumpulan lain yang cuma diajar asas menggunakan komputer. Selain program ijazah dan diploma, banduan muda juga berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Pra SPM, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Pra PMR dan kelas asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Berdasarkan tinjauan Berita Minggu di Sekolah Integriti Kajang, mereka disediakan kemudahan perpustakaan mini, kelas multimedia, bilik komputer dengan bantuan guru sepenuh masa Kementerian Pelajaran dibantu Guru Mentor (kakitangan Penjara). Waktu persekolahan juga sama seperti sekolah harian biasa dengan setiap murid terpilih untuk meneruskan pengajian diwajibkan memakai pakaian sekolah putih yang dibezakan dengan warna kolar baju menandakan tahap pemulihan serta tempoh tahanan. Timbalan Komandan Sekolah Integriti Kajang, Cif Inspektor Ahmad Nasir Md Ali, berkata pelajar peringkat tinggi dibenarkan mengakses internet seperti laman web pendidikan bagi mengelakkan salah guna kemudahan. "Waktu pembelajaran terhad digunakan sepenuhnya untuk belajar dan faktor disiplin tinggi banyak membantu mereka untuk menggunakan masa yang ada secara berkualiti. Bukan semuanya layak menyertai skim ini kerana mereka akan melalui tapisan pemilihan. "Usia mereka masih muda, ada yang dihukum penjara 10 tahun...sekurang-kurangnya apabila dibebaskan, mereka mempunyai 'bekalan' untuk hidup," katanya. Kos pengajian mereka ditanggung universiti tempat mereka belajar melalui program derma siswa dan keluarga banduan cuma perlu membawa yuran peperiksaan serta yuran berulang. Setiap program pengajian siswazah memerlukan kos sehingga RM20,000 manakala peringkat diploma dianggarkan RM13,000 bagi setiap pelajar. Bagi pelajar OUM, mereka akan mengikuti kelas tutorial pada setiap hujung minggu bersama seorang tutor khas OUM di Sekolah Integrasi. Ini membolehkan mereka berbincang terus mengenai topik pengajian yang sebelum ini diikuti melalui online. Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/LaporanKhas_11banduanakandapatijazah/Article/print_html |
Keputusan SPM 2011 meningkat, tapi masih ramai yang buta huruf Posted: 20 Mar 2012 11:18 PM PDT Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2011. Tahniah juga kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, khususnya para pelajar, guru, ibu bapa serta penjaga. Walaubagaimana pun usah dilupakan mereka yang tidak berjaya, khususnya mereka yang buta huruf. Semoga pengambilan pelatih PLKN selepas ini dilakukan tapisan yang rapi agar tidak menjejaskan modul latihan PLKN. Semoga pelajar yang gagal dan buta huruf ini dibimbing mengikut kemampuan mereka di institusi yang khusus. 559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+ Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf 11 Jan 2012 - Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Sumber : http://beritaplkn.blogspot.com/2012/01/8-peratus-dari-6667-orang-pelatih-plkn.html |
Keluarga Melayu merempat di Seremban, perlu bantuan Posted: 20 Mar 2012 07:01 AM PDT Berikut e-mel dari Sdr Rozmal ; Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 2007 pada harga RM 55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM 32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM 7,000 apabila tempat kerja lamanya mempunyai masalah kewangan. Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga yang berpatutan. Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi. Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang. Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid. Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk mendapatkan rumah sebulan dua , sementara menunggu rumah PPR Senawang. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185. Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi untuk sewa lori pindah rumah , atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir , No Akaun 05060136279529. Pengesahan cerita Ashadi Kadir ini boleh dibuat melalui Rozmal bin Malakan tel 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan