Khamis, 1 Mac 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


MP Sabak Bernam dihukum penjara 6 tahun, denda...!

Posted: 01 Mar 2012 04:38 AM PST

NONEMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri.

Wakil rakyat BN itu didapati bersalah atas lapan tuduhan berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 untuk setiap kesalahan.
Abdul Rahman (foto) didapati bersalah melakukan perbuatan itu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar, empat tahun lalu, lapor Bernama.

Abdul Rahman juga dihukum penjara setahun sekiranya gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.(malaysiakini)

Tumpu PRU13, jangan terperangkap titik bengik

Posted: 01 Mar 2012 04:34 AM PST


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal perlantikan pimpinan dari kalangan bukan Islam dalam parti.


Ini, katanya kerana perlembagaan parti jelas memperuntukkan Islam sebagai syarat utama dengan menjadikan al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias sebagai rujukan.

"Tidak mungkin seseorang yang tidak yakin dengan sumber rujukan parti akan dipilih sebagai pimpinan," ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan media  mengenai pandangan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Justeru, Tuan Ibrahim menambah, PAS menyeru seluruh ahli memberikan fokus kepada persiapan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang semangkin hampir.

"Jangan terperangkap dengan plot yang dirancang oleh musuh, tanpa kita sedari. Kerana terlalu banyak masa, tenaga dan tumpuan kepada titik bengik dalaman parti, sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan Pilihan raya Umum," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang