(
Bang Non, sapa bayaq pengundi Kulim Bandaq Baru RM52 juta tu? Jah dah naik fenin dok pikiaq duit RM52 juta tu! Jah kompius ni..kompius!)
Salam 2 all.
Alkisah tersebut cerita seorang Parasit melawat sebuah hospital mental. Dilihatnya seorang pesakit mental menghulurkan tali pancing dalam sebuah baldi yang kosong. Lalu Sang Parasit menyapa Sang Mentalis, "banyak dapat ikan hari ni yop!?".
Sang Mentalis tersenyum sinis lalu mengherdik Sang Parasit dengan berkata, "mike giler ke yop, mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!".
Pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu ada 52,127 orang. Untuk membayar tiap pengundi RM1,000-00 seorang, sekurang-kurangnya kena ada RM52,127,000-00! Bukan kecik anak tu yop, kena ada RM52 juta ringgit!
Itu pun ada parasit yang percaya fitnah konon teman membayar RM1,000-00 seorang kepada pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menang dalam PRU 12 pada 08 Mac 2008 dulu. Pada teman, mempercayai fitnah teman bayar RM52.7 juta kepada pengundi Kulim Bandar Baharu sama macam mike percaya Anwar meliwat Lim Kit Siang yop!
Yang kelakarnya, inilah parasitus yang menyatakan akan lebih percaya berita yang dema terima daripada syaitan daripada mempercayai berita dari Utusan atau TV3! Sampai dema buat kempen boikot dan bakar akhbar Utusan dan hemPAS peti TV!
Inilah parasitus yang mengangguk sakan kepada patwa yang kata VCD Datuk Eskay yang begitu terang dan jelas hanya sekadar "besi sejuk" dan tidak boleh jadi saksi! Videoklip yang punya terang macam tu dema tolak tak mau caya, takkan berita kat kertas dema nak caya yop?
Tapi rupanya dema ni pengamal politik dualam jugak! Bila semalam keluar berita konon teman bayar 52,127 pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebanyak RM1,000-00 seorang menjadikan jumlah RM52 juta semasa PRU 12 lepas, dengan segera para parasitus ini melalak dan berkokok sakan! Seolah-olah "besi sejuk" dah jadi bukti tanpa sebarang keraguan!
Lalakan dan kokokan para parasitus ini sudah pasti membuatkan Sang Mentalis tersenyum sinis yop! Dah 4 tahun berlalu baru nak sebar fitnah yop..isyk..isyk!!
Soalan yang para parasitus patut tanya ialah, mana datang dan mana dia duit RM52 juta tu? Teman pun tak pernah nampak! Kalau betul ada, nak juga teman tanya para parasitus ni dimana duit tu! Nak juga teman tengok besar mana lori yang bawak duit berguni-guni banyaknya tu!
Dan teman nak tau juga datang mana duit RM52 juta tu. Nak juga teman tanya Wan Azizah atau Anwar atau sapa-sapa dalam PKR kalau-kalau dema ada dengar cerita sapa yang bayar RM52 juta tu? Kalau ada, teman nak tau juga dari mana datangnya duit RM52 juta tu. Jangan duit tu datang dibawa dengan kapal Israel yang berlabuh kat Pelabuhan Kelang udah yop, naya teman!
Takkan Wan Azizah atau parti dia yang keluar duit RM52 juta tu yop. Kalau dema sanggup melabur RM52 juta untuk menangkan teman, takkan dema pecat teman pulak yop! Tak masuk akal! Kompius Sang Mentalis dibuatnya nanti!
Takkan parti Wan Azizah yang bayar RM52 juta tu. Sebab kalau betul, tentu dema bayar juga pengundi di kawasan Parlimen yang lain. Ada 222 kerusi Parlimen yop. Takkan parti Wan Azizah sanggup bayar RM52 juta kali 222 kerusi Parlimen = RM11,544,000,000-00!!!
Mak datok, RM11.5 billion ringgit. Boleh bina sebijik lagi Menara Kembar Petronas KLCC tu yop! Boleh bina sebijik lagi Putrajaya! Tak payah dema letih-letih nak rebut Putrajaya kalau macam tu yop!
Tapi yang nyata, pengundi di Kulim Bandar Baharu tentu tersenyum sinis. Sebab dema pun tak pernah terima duit RM1,000-00 seorang, apatah lagi nak tengok lori membawa berguni-guni duit berjumlah RM52 juta tu.
Dan yang jelas, pengundi Kulim Bandar Baharu pasti berasa sangat terhina dengan fitnah mereka dibayar untuk mengundi teman. Kerana dema tahu dema mengundi dan memenangkan teman bukan pasal duit, tetapi kerana prinsip perjuangan. Dan mereka tau mereka tidak menerima atau mengambil sesen pun daripada teman!
Jadi kepada para parasit yang tengah galak melalak tu, tolong berikan senarai nama dan nombor kad pengenalan serta nombor telefon para penerima RM1,000-00 tu yop sebab teman nak tanya cukop ke tak cukop RM52 juta tu!!
Oh ya, jangan lupa bagi nama drebar lori yang bawak duit RM52 juta tu yop, sebab teman nak tau dia hantar kemana duit tu ;)
Tapi bak kata Sang Mentalis tadi, buat penat je melayan orang yang buat keje giler khinzir ni yop! Sebab khinzir giler pun tak buat keje macam tu yop!
Mike fenin yop? Mike kompius? Jangan mike tanya "mana RM52.7 juta tu yop?". Takut nanti Sang Mentalis herdik kata "mike giler ke, mana ada lori bawak RM52.7 tu yop!!!".
Adios amigos, grasias monsieur!
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
04 Rabi'ul Akhir 1433
26 Feb 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan