PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Nizar ziarah keluarga Nurul Ain Bt Mohd Saimon yang mati dibunuh. Posted: 25 Feb 2012 06:34 PM PST 24 FEBRUARI-- Bukit Gantang Perak telah dikejutkan dengan suatu berita yang menyayat hati dengan kes seorang pelajar perempuan SMK Dato'Wan Rashdi ,Jalan Trong,Taiping(Parlimen Bukit Gantang) mangsa adik Nurul Aien berumur 16 tahun disyaki dirogol sebelum dibunuh. Mengikut laporan polis pada hari berikutnya (25 Feb) 2 orang suspek telah diberkas untuk disiasat kes berkenaan. 25 Feb 2012 ~ Penulis bersama rombongan PAS Kawasan Bukit Gantang telah menziarah jenazah Allahyarhamah dirumah Tok Wan mangsa sebelum dibawa ke Masjid di Kg Batu 9,Jln Trong untuk di solat jenazah. Suasana pilu menyelubungi dikediaman Tok Wan mangsa yang dikunjungi oleh sanak saudara serta rakan sahabat yang mengenali Allahyarhamah. Disini seorang bekas guru yang baru bersara menemui penulis dan meluahkan rasa terkilan kerana tiada wakil dari Pegawai Pelajaran Daerah datang menjenguk untuk menziarahi keluarga mangsa,sedangkan mangsa Allahyarham Adik Nurul Aien ini masih seorang pelajar di sebuah sekolah disini dan ibu mangsa seorang yang aktif dalam PIBG di sekolah tersebut. Manakala seperkara lagi ialah sikap YB Rosli Wakil Rakyat DUN Terong (UMNO) yang hanya hadir seketika saja pada malam kejadian dan tiada kelihatan hadir atau menghantar wakil semasa urusan solat jenazah dijalankan. Berlainan dengan Dato' Seri Nizar yang berada di Pulau Pinang untuk suatu program disana telah bergegas ke Bukit Gantang dengan tujuan menziarahi keluarga mangsa disini. Sikap keperihatinan beliau memang diketahui oleh ramai penduduk di Parlimen Bukit Gantang ini. Dato Seri Nizar melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kejadian ini. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar dengan ujian dari Allah ini. Lensa penulis sempat merakam suasana berkaitan untuk tatapan bersama YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang sudah menziarahi keluarga mangsa semalam datang lagi hari ini. Suasana pilu dengan permergian insan yang tersayang Rakan sekolah SMK Dato'Wan Ahmad Rashdi ,BT 8,JLN Trong,redha dengan pemergian sahabat mereka. Dato Seri mendengar cerita kejadian dari Tok Wan mangsa, Pak Musa. Dato Seri Nizar memimpin tahlil di rumah Tok Wan Allahyarham Adik Nurul Ain Dato Seri Nizar juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pak Musa,dato mangsa dibunuh. Dato Seri Nizar menyampaikan salam takziah kepada ibu Adik Allahyarhamah Adik Nurul Ain. Beliau mendoakan dosa Nurul Ain diampun Allah s.w.t dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan