(
PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e! Berapa lama Ayah Chik boleh bersabar dengan KaLut @ Keadaan Luar Tabi'e ini?)
Salam 2 all.
Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.
Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?
Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan "manja" untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.
Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!
DUA AMANAT YANG BERBEZA
Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan "Amanat Hadi 1981" yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.
"Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!".
JELAS MAKSUD 'AMANAT HADI 1981'
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR
Cuba bandingkan "Amanat Hadi 1981" ini dengan "Amanat Hadi 2003", iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam "Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang" bertajuk "Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".
"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!
Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!".
JELAS MAKSUD 'AMANAT HADI 2003'!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
POLITIK DUALAM?
Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk", seseorang yang "sudah terbalik kot"? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai "politik dualam"!!!
"Amanat Hadi 1981" mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan "KAFIR"!
"Amanat Hadi 2003" mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!
Akibat daripada "Amanat Hadi 1981" ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!
Kemuncak kepada "Amanat Hadi 1981" ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.
Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.
Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan "Amanat Hadi 1981", akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang "dikafirkan", dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!
Tetapi sebaliknya yang berlaku. "Amanat Hadi 2003" menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai "cukup Islamik dan boleh didukongi"! Dan kesan "Amanat Hadi 2003" membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!
Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.
Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na'uzubillah).
DILEMA AYAH CHIK
Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!
Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh "parasit Anwarinas" yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama' muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!
Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?
Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan "tidak disebut dalam Quran", dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang "dikafirkan" dahulu sebagai "cukup Islamik"!
Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!
Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai'ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.
Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la'natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!
Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!
Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.
Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!
Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!
Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.
Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.
Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!
Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia "kencing" diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!
Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina 'Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!
Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama!
Apa pun, sebagai orang yang pernah mendampingi Ayah Chik, pernah bersama dipentas ceramah, teman sedih melihat penghujung perjuangan Ayah Chik yang tidak kesampaian. Malah menjadi terbalik kong!
Addeneul naseehah – agama itu nasihat, sabda Rasulullah saw.
Sebab itu nasihat teman kepada Ayah Chik, sebelum mengambil sebarang keputusan, perbanyakkanlah solat istikharah, mintalah ALLAH memberikan pilihan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan. Pohonlah kepada ALLAH dengan doa saperti berikut, "Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada ku dalam membuat keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada kehidupan ku, kematian ku, dunia ku, akhirat ku, 'amalan ku dan 'ibadah ku".
Dan teman nasihatkan juga kepada Ayah Chik, dirikanlah solat hajat, mohon ALLAH memberi petunjuk adakah persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ini sesuatu yang dirahmati ALLAH. Pohonlah kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran, terutama berkenaan salahlaku seks & liwat Anwar Ibrahim.
Jika benar dialah manusia didalam videoklip rakan baiknya Datuk Eskay itu, jika benarlah Anwar telah meliwat Saiful, maka pohonlah kepada ALLAH supaya melaknat Anwar Ibrahim, menghancurkan persekongkolan dengan Anwar & BiaDAP, dan memberi jalan keluar yang terbaik buat Ayah Chik dan wadah perjuangan yang dibawa.
Dan Ayah Chik janganlah risau berdoa saperti itu, kerana contoh sudah ada bila Datuk Nik Aziz berdoa memohon supaya YAB Dato' Sri Najib pecah perut!
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberikan Ayah Chik petunjuk dan kekuatan - ammantu billah summastaqeem!
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Persaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu; dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul utusan ALLAH!
Wallahua'lam & Wassalam!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Rabi'ul Awal 1433
12 Jan 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan