Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Bilakah suasana politik di Malaysia akan matang?
- Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda
- Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya
Bilakah suasana politik di Malaysia akan matang? Posted: 31 Jan 2012 04:54 PM PST Kita di Malaysia ini , ahli politik serta medianya saling tuduh menuduh, mengatakan masing-masing ada kaitan dengan Israel. Sedangkan ahli-ahli parlimen di Indonesia secara serius membahaskan isu ini dalam sidang parlimen sebelum sesuatu pembelian peralatan persenjataan itu dibuat. Terkini ahli-ahli parlimen di Indonesia sedang memperincikan pembelian pesawat tanpa pemandu UAV yang berkemungkinan dikeluarkan syarikat dari Israel, dimana menurut sumber lain dikhabarkan Malaysia juga ada membeli senjata yang berkemungkinan dikeluarkan oleh syarikat dari Israel. Menang Sorak, Kampung Tergadai ! Tuesday, January 31, 2012 TB Hasanudin Curiga Kemhan Akan Beli Pesawat Tanpa Awak Buatan Israel 31 Januari 2012, Senayan: Wakil Ketua Komisi I DPR TB Hasanuddin curiga, pesawat tanpa awak yang akan di beli Kemhan dari Filipina merupakan pesawat buatan Israel. Sebab, selama ini tidak pernah terdengar akan kemampuan Filipina dalam pengembangan industri pesawat terbang, termasuk soal pengembangan pesawat tanpa awak untuk penunjang kegiatan Militer. Sumber : http://beritahankam.blogspot.com/2012/01/tb-hasanudin-curiga-kemhan-akan-beli.html RI & Malaysia juga pakai produk militer Israel 10 Januari , 2012 JAKARTA: Singapura bukan satu-satunya negara yang memakai senjata buatan Israel. Malaysia dan Indonesia diam-diam juga merupakan pengguna beberapa senjata negara tersebut. Sumber : http://bisnis-jabar.com/index.php/2012/01/ri-malaysia-juga-pakai-produk-militer-israel |
Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda Posted: 31 Jan 2012 04:54 PM PST Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda 1 Feb 2012 , JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak munasabah sejak beberapa bulan lalu. Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas. Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini. Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan penggunaan yang cukup minimum. Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember apabila bil mencecah RM150. "Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang ditetapkan. Saya akur dan membayarnya. "Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak ada duit untuk membayarnya," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm |
Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya Posted: 31 Jan 2012 04:52 PM PST Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya Harakahdaily, 31 Jan 2012 KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Shafri yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL. Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya. Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi. Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini. Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat. Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan. Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak. Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana. Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan. Shafri dan Harakah Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu. Pada tahun 2008, Shafri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah. Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah. Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan. Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain. "Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah. Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau. Jenazah Shafri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga. Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Alfatihah. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7856--shafri-wartawan-harakah-pergi-untuk-selama-lamanya |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan