Rabu, 1 Februari 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Xavier: SYABAS Guna Taktik 'Ugutan' Takutkan Rakyat Selangor

Posted: 01 Feb 2012 01:30 AM PST

SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Negeri kesal dengan taktik syarikat konsesi air, Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) secara tergesa-gesa tanpa mengkaji kepentingan rakyat Selangor secara menyeluruh.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui dalam kenyataannya berkata keengganan SYABAS tidak meluluskan usaha menambahbaik penyaluran paip serta perkhidmatan pembersihan air masa hadapan itu adalah wajar atas alasan bekalan air tidak mencukupi.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar menyifatkan kenyataan Peter sebagai suatu yang tidak beretika berserta ugutan kepada rakyat Selangor kerana kerajaan negeri sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa tiada sebarang tentangan untuk pembinaan Langat 2.

"Dalam isu ini, kita berpendirian bahawa keutamaan dan motif Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek tersebut tanpa mengambil kira isu-isu lain.

"keutamaan perlu diberikan kepada penstrukturan semula perkhidmatan air seperti yang dikehendaki dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang bertujuan meningkatan kualiti air dan mutu perkhidmatan kepada rakyat,"katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Xavier menegaskan keutamaan kerajaan negeri untuk melaksanakan penstrukturan semula air bagi membenarkan kerajaan negeri menguruskan kadar tarif air jauh lebih rendah berbanding kenaikan 37 peratus yang dicadangkan SYABAS.

"Sekirannya penstrukturan ini berada di peringkat akhir, barulah Kerajaan Negeri tiada sebarang masalah untuk meluluskan pembinaan projek Langat 2,"katanya.

Bercakap kepada pemberita, Xavier menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan seharusnya melihat kepada permasalahan sebenar iaitu masalah pengurusan dan perkhidmatan yang lemah syarikat konsesi dan bukannya menumpukan kepentingan kroni berbanding rakyat.

"Kerajaan Negeri sedar pendekatan terbaru ini adalah sebahagian pelengkap kepada taktik menakut-nakutkan rakyat kononnya lembah Klang akan mengalami krisis air," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Xavier berkata Loji Rawatan Sungai labu, Negeri Sembialan boleh beroperasi pada bila-bila masa dan tidak akan berlaku kelewatan seperti yang didakwa Menteri berkenaan.

Ini kerana Kerajaan Negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd,  yang mempunyai kepakaran menguruskan loji tersebut.

Sehubungan itu kerajaan negeri tetap bertegas untuk mengurus tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat negeri itu mendapat manfaat dari pemberian 20 meter padu air percuma dapat diteruskan.


Sumber: TVSNEWS

Isu Kepala Babi: Selangor Tawar RM10,000

Posted: 01 Feb 2012 12:30 AM PST

SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.

Pagi semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan dengan penemuan satu kepala babi di pintu masuk utama masjid itu.

Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.

Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Sebelum ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.


Sumber: TVSNEWS

Sekitar Program Ponggal di Estet Kinta Valley, Batu Gajah

Posted: 29 Jan 2012 03:00 AM PST

Batu Gajah, 29 Januari 2012 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diarak lebih 100 meter dari jalan besar Batu Gajah-Tanjong Tualang ke tapak pesta menaiki kereta lembu bersama kepimpinan PKR Pusat, Negeri Perak dan kempimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Lebih 300 periuk dan peralatan memasak telah digunakan dalam program tersebut. Pertandingan tarik tali juga turut diadakan. 

Turut serta ialah N. Surendran, Naib Presiden PKR, Dr. Mohd Nor Manuty, Pengerusi PKR Perak, Dr. Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan V. Sivakumar, bekas Speaker DUN Perak  serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Tiada ulasan:

Nuffnang