Isnin, 13 Februari 2012

s

s


Bersantai Bersama Sham Kamikaze di Masjid Nakhoda

Posted: 12 Feb 2012 05:48 PM PST


Tarikh : 12 Februari 2012
Tempat : Dataran Masjid Kg.Nakhoda 










Sambutan Maulidur Rasul Sekitar Batu Caves

Posted: 12 Feb 2012 08:17 AM PST


Kg.Sungai Tua Tambahan (Kampung Boyan )





Flet Sri Batu Caves 





                                          Surau An-Nasihin Kg.Sg.Kertas








Kenyataan akhbar Bersama YB.Shuhaimi & YB.Amirudin Shari mengenai Tuduhan RPK

Posted: 12 Feb 2012 08:01 AM PST


TUDUHAN UMNO MELALUI RAJA PETRA: 
TIDAK ADA SALAHGUNA KUASA, PENYELEWENGAN MELAINKAN CUBAAN BARISAN NASIONALMENAWAN SELANGOR

Saya merujuk kepadapenulisan Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" didalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahatdengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddinterbabit dengan salahlaku rasuah.
Artikel beliau ituditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:
1.     Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat;atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengantujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd(KSSB) secara tidak sah;
2.     Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yangmakan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd;dan
3.     Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktivitikecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu.
Penjelasan saya mengenaiDouble Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddinhanya menggunakan beberapa insiden biasa dengan menyembunyikan perkara sebenarbertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN danmemfitnah saya serta YB Amiruddin Shari.

LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY(M) SDN BHD
§    Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) SdnBhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untukmemperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009.
§    En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagaisebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapasawit di Sabah.
§    Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidakpunya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor.
§    En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyairancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktivitiperladangannya di Sabah.
§    Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa EnAdnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarangpertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat.
LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAHDOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
§    Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untukmenjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliaumenyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli LembagaPengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan.
§    Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai sayadan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikanbahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkanperangkap seperti yang berlaku di Perak.
§    Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa EnAdnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dansyarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang AhliLembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang WakilRakyat dari UMNO.
§    Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasarprofesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik keLembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telahmenyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikantersebut dalam bulan Jun 2009.
§    Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawaperlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatandengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan olehRaja Petra Kamaruddin.
§    Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya keLembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihanpasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat,kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal.
§    Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatanahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yangbersesuaian.
§    Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kaliperbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahliLembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
§    Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikanYB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulanSeptember 2009.
TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAKPEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
§    Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M)Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan SemestaSdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009.
§    Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawapada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonantersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.
§    Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakandengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.
§    Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:
1.     Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar denganKumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar denganKumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);
2.     Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarangpermohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta SdnBhd; dan
3.     Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerjapembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd.
§    Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk danmemberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhdadalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikatterbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan KumpulanSemesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.
§    Oleh yang demikian;
1.     Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhdmembuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan
2.     Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telahdibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd jugasatu pembohongan.
3.     Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka saukseperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnyaditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannyaKumpulan Semesta.
§    Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagaitarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YBAmiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupunbutiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.
§    Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individudari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari –bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.
§    Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupauntuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankandengan tarikh 18 Januari 2010 itu.
SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONANDOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD
§    Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB AmiruddinShari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan DoubleDignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.
§    YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapidengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yangditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itusupaya mematuhi semua peraturan.
§    Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyaiapa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.
§    Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orangramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabilabertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan(melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunyasurat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.
§    Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan BarisanNasional ialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidakmenghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhikeputusan.
§    Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidakpernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarangsalahguna kuasa mahupun penyelewengan.
§    Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawatindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikansama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah PakatanRakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini.
BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M)SDN BHD
§    Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memerasugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari DoubleDignity (M) Sdn Bhd.
§    Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan DoubleDignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliausebagai ahli Lembaga Pengarah.
§    Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnyaadalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkanoleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.
§    Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petraseperti berikut:
TARIKH
JUMLAH (RM)
TUJUAN PEMBAYARAN
15 Ogos 2009
3,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
25 Ogos 2009
2,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
9 September 2009
10,000
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai dan Ogos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata.
Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata
16 dan 17 September 2009
5,000
Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan.
Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan September dibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung
30 September 2009
10,000
Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan. Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.
Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya
5 Januari 2010
50,000
Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya.
Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliau pada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu.
Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS.
Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjaman tersebut.
Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd.
Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkan kegunaannya.
Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut:
RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bank kepada kontraktor
RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah
Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak saya yang kemudiannya disampaikan kepada A.
Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain.
Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan.
Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam 'permainan' ini

§    Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari rayaberjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepadasaya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) SdnBhd.
§    Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalamDouble Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitubagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitubagi tempoh Oktober hingga Disember 2009.
§    Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagitujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan sayaseperti yang dituduh Raja Petra.
PERBUALAN TELEFON DAN CUBAANMENGAITKAN YB AZMIN ALI
§    Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra.Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrakoleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidakwujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yangdiselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam
§    Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkanfitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalamperkara ini.
§    Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah initerkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugasbagi pihak saya.

Kesimpulannya, RajaPetra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaranburuk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.
Saya yakin beliau kinibersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkanperhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka denganmenimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepadamana-mana parti politik Pakatan Rakyat
Saya juga ingin menyebutbahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidakada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasasaya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secaraperibadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidakmelibatkan salahguna kuasa.
Ini bukanlah kalipertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petramengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyatdi Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidupdan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turutdijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.
Akhir sekali, cabaransaya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalaubenarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntutbayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklahkawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan bagi kepentinganperibadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yangdilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.
Tuduhan yang hendakdibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa olehKEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untukmenggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI
ADUN SRI MUDA

AMIRUDDIN SHARI
ADUN BATU CAVES



10 FEBRUARI 2012

Sumbangan Tahun Baru Cina DUN Batu Caves 2012

Posted: 12 Feb 2012 07:41 AM PST



Tiada ulasan:

Nuffnang