Isnin, 13 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG DI KG. PADANG TEMBAK

Posted: 13 Feb 2012 08:11 AM PST


TELUK INTAN, 12 Februari - Misi DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera diteruskan oleh ADUN Changkat Jong dengan mengadakan ziarah kebajikannya ke Kg. Padang Tembak. Selepas menziarahi kematian seorang penduduk di Kg. Banjar, beliau telah hadir ke majlis sambutan maulidur rasul di sebuah surau dekat sini
YB Anuar turut sama mendengar ceramah maulidur rasul.

Sebahagian muslimat yang hadir mendengar ceramah.

YB Anuar menyampaikan ucapan.

Beliau turut diberi peluang menyampaikan ucapan selepas majlis ceramah maulid. Kemudian turut menikmati jamuan bersama-sama hadirin.

Selepas itu, YB Anuar Sudin bersama kepimpinan PAS Cawangan Kg. Padang Tembak Dalam berserta muslimat telah melawat ke empat buah rumah di mana sebahagian besar adalah kalangan warga emas yang uzur dan ibu tunggal di Kg. Cerah, dekat sini.
Menjengah teratak rakyat.
Bersama seorang warga emas. Turut serta Ketua Cawangan Padang Tembak Dalam, Hj. Ramli Jilani (kiri).

Muslimat PAS Padang Tembak menyantuni seorang warga emas.
YB Anuar menziarahi seorang penduduk yang sakit buah pinggang.

YB Anuar bertanya khabar seorang warga emas.
Kemudian, YB Anuar telah melawat tiga buah rumah lagi di sekitar Kg. Tersusun Padang Tembak. Turut serta ialah ahli jawatankuasa cawangan Padang Tembak, pemuda dan muslimat cawangan. YB Anuar turut mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan masalah rumah yang dikunjungi. Banyak mesej dakwah dan politik telah disampaikan oleh beliau.

Selepas itu, beliau telah bergegas pula menziarahi kematian ibu seorang ahli DHPP Teluk Intan di Batu 12, Jalan Changkat Jong. Beliau telah disambut mesra oleh pihak tuan rumah dan penduduk di situ.

intanhijau.blogspot.com

ADUN CHANGKAT JONG TEMU RAKYAT DI PASAR MALAM

Posted: 13 Feb 2012 03:27 AM PST


TELUK INTAN, 11 Februari - Kesempatan orang ramai yang mengunjungi Pasar Malam di bandar Teluk Intan telah diambil peluang oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin untuk bertemu rakyat.



Rombongan ADUN turut disertai oleh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan dan Pemuda kawasan yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Sdr. Esma Hafiz Isa. YB Anuar berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga sambil mendengar masalah yang diutarakan.

Pada masa yang sama, risalah penerangan tentang Pakatan Rakyat dan isu semasa diedarkan kepada orang ramai. Sambutan daripada para pengunjung dan peniaga begitu baik sekali kerana mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan wakil rakyat mereka.

Ziarah Pasar Malam tersebut bermula selepas solat Asar di Masjid Daerah Teluk Intan dan berakhir jam 7.00 malam.

intanhijau.blogspot.com
Foto ehsan : Sdr. Sam

Tiada ulasan:

Nuffnang