Sabtu, 18 Februari 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[MerdekaReview.com/bm] "Seluruh Malaysia ingin saksi debat Najib vs Anwar"

Posted: 18 Feb 2012 04:14 AM PST

~ Oleh Lim Hong Siang

Meskipun dianggap sedikit keluar tajuk, namun kesemuanya teruja dengan debat antara Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dengan Presiden MCA Chua Soi Lek.  Dari pengulas, pengacara rancangan, sehingga hadirin yang ditemubual, kesemuanya menyatakan hasrat yang sama, yang turut diungkapkan oleh Lim Guan Eng sebermulanya debat pada petang ini, "Seluruh rakyat Malaysia ingin menyaksikan debat antara Najib dengan Anwar!"

Perbahasan dua pemimpin tertinggi dari DAP dan MCA ini diadakan dalam conference bertemakan "Kaum Cina Malaysia di persimpangan politik", dengan tajuk debat "Apakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Perkauman untuk dua kaum?", pada jam 5 petang di Hotel Berjaya Times Square.  Perdebatan anjuran bersama Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dengan badan pemikir MCA, INSAP ini berlangsung untuk sejam, merangkumi sesi soal-jawab dari bawah pentas, dipengerusikan oleh Tang Ah Chai, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), disiarkan secara langsung oleh ASTRO.

Chua Soi Lek bermula dengan mengakui kebaikan "sistem dua parti" di negara demokrasi, namun menyerang DAP sebagai parti yang menabur fitnah dan mengamalkan politik dendam untuk merampas kuasa.  Chua mendakwa DAP sekarang sudah tidak sama dengan DAP yang lalu, kerana bersekutu dengan PKR dan PAS - satu gandingan politik yang akan didominasi PAS pada akhirnya.  Chua mengulangi serangannya, bahawa PAS akan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia, dan ia gagal dihalang oleh DAP, yang disifatkan  olehnya sebagai "eunuch" (pegawai yang dimandulkan) politik.

Chua (gambar kanan) menyindir DAP sebagai parti yang bijak menyolek imej dirinya, memberi contoh bagaimana parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum itu selama ini hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina.  Malah, Chua sekali lagi menyindir bahawa DAP tidak berani bertanding untuk mencabar UMNO.

Pakatan bersedia diperalatkan Rakyat
(More......)

[Jawapan Parlimen] Kos pembinaan Lebuh Raya Cheras-Kajang dan kutipan tol setakat ini

Posted: 18 Feb 2012 01:08 AM PST

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DARIPADA : Y. B. PUAN TEO NIE CHING
KAWASAN : SERDANG

SOALAN :

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:

(a) kos pembinaan Lebuh Raya Cheras-Kaiang, terma-­terma perjanjian konsesi antara Kerajaan Pusat dan Grand Saga dan tempoh masa konsesi; dan

(More......)

[Soal Jawab Parlimen] Status pembinaan Terowong di Lebuhraya SILK ke Taman Kajang Utama

Posted: 18 Feb 2012 01:01 AM PST

PERTANYAAN : TAMBAHAN SESI PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN 2012 (BAJET 2012) PERINGKAT JAWATANKUASA
DARIPADA : Y. B. PUAN TEO NIE CHING
KAWASAN : SERDANG
TARIKH : 10.11.2011

SOALAN :

Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pembinaan Terowong Kajang Utama yang akan menghubungkan penduduk Taman Kajang Utama ke Bandar Kajang.

Jawapan daripada Menteri Kerja Raya:
(More......)

[Feb 21 (Tue) - Bangi, 9pm] Ceramah Umum bersama Tok Guru Nik Aziz

Posted: 17 Feb 2012 10:23 PM PST



Click to enlarge the picture above (More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang