Sabtu, 18 Februari 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sekatan akibatkan kesesakan 5km di ceramah Anwar

Posted: 18 Feb 2012 12:06 AM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit".

Ketika dihubungi, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.

Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam.

Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.

Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan".

Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976.(MK)

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Posted: 17 Feb 2012 11:56 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua'lam

Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa

Posted: 17 Feb 2012 11:47 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).

"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.

Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.

Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.

Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.

Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.

"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.

Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.

Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.

"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.

"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.

"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.

Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.

"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya. (HD)

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal

Posted: 17 Feb 2012 11:44 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. (HD)

Keadilan Islam atasi perkauman sempit

Posted: 17 Feb 2012 07:12 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BUKIT KATIL, 18 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata keadilan Islam berjaya mengatasi masalah semangat perkauman sempit dalam sesebuah negara.

"Islam mengajar konsep keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa di mana Allah menjadi manusia berbangsa-bangsa supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain.

"Islam adalah agama yang sesuai untuk semua kaum, agama dan bangsa dan Islam tidak pernah menafikan keujudan pelbagai bangsa dan agama di dunia ini, semuanya dilayan dengan adil," ujarnya.

Beliau berkata Rasulullah yang menegakkan pemerintahan Islam di Madinah mengadakan tahalluf dengan semua penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi, malah membenarkan orang munafik untuk terus menjadi rakyat negara Islam Madinah.

"Negara Islam Madinah menjadi Negara Madani negara bertamadun yang berjaya menyatukan semua bangsa dan agama.

"Hati manusia tidak boleh disatukan dengan duit tetapi dengan keadilan Islam yang mentadbir negara dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana pihak," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS itu berkata demikian semasa berucap pada program taklimat penerangan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka pagi tadi.



Beliau berada di Melaka dalam lawatan sehari menyertai Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat turun ke seluruh negara.

Tuan Guru juga berkata Melaka adalah sebuah pusat pendagangan Islam dan pemerintahan Islam semasa zaman kegemilangannya sebelum ditakluk oleh Portugis pada tahun 1511.

"Semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis para paderi di Vatican City berpesta kegembiraan menyambutnya.

"Penjajah datang ke Melaka bukannya untuk berdagang tetapi bertujuan untuk menakluk dunia Islam yang berkembang pesat di dunia sebelah timur ini,"tambah beliau.

Beliau berkata, penjajah menggunakan cara pecah dan perintah dalam pentadbirannya untuk kekal menakluk Melaka dan memunggah segala kekayaan yang ada di sini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan semula negeri Melaka kepada Islam yang pernah menjadi didaulatkan di negeri ini.

"Seluruh ahli PAS mesti bekerja kuat untuk memenangkan Islam dan menyelamatkan rakyat dari pemerintahan kerajaan BN yang sudah memerintah lebih dari 50 tahun," tambah beliau.

Turur berucap dalam program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Putera Friso cedera bermain ski dalam runtuhan salji

Posted: 17 Feb 2012 06:55 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

VIENNA 18 Feb. - Anak lelaki kepada Permaisuri Belanda, Ratu Beatrix, Putera Johan Friso dikejarkan ke hospital ekoran cedera dalam runtuhan salji ketika bermain ski di resort peranginan Lech di barat Austria Lech, semalam.

Pihak Istana menerusi kenyataan yang memetik laporan Hospital Universiti Innsbruck berkata, Putera Friso, 43, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

Menurut Agensi Akhbar Austria, Putera Friso dilaporkan terperangkap di bawah salji selama 15 minit sebelum beliau diselamatkan dan dibawa ke hospital melalui helikopter. - AFP

26 maut, 54 cedera dalam serangan bom di Peshawar

Posted: 17 Feb 2012 02:53 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PESHAWAR 18 Feb. - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan 54 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati yang menaiki motosikal bertindak meletupkan diri di sebuah pasar di barat laut Pakistan, semalam.

Seorang jurucakap di Kuram, Shahab Ali Shah berkata, letupan itu berlaku berhampiran sebuah masjid di Parachinar, tempat berbahaya bagi keganasan mazhab antara penganut Sunni dan Syiah di sempadan Afghanistan itu.

Jelasnya, ia merupakan serangan dahsyat di Pakistan sejak insiden letupan bom alat kawalan jauh yang membunuh sekurang-kurangnya 35 orang di Khyber pada 10 Januari lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang