Selasa, 21 Februari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Swastakan Loji Benih Padi, Petani Derita

Posted: 20 Feb 2012 11:19 PM PST

Swastakan Loji Benih Padi, Petani Derita
Oleh Nazli Ibrahim (TVS)
21/02/2012
24 View
Share

PERMATANG, 21 FEB: Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menswastakan loji benih padi di Negeri Selangor bukan sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli harga benih tinggi.
Demikian menurut Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri ketika dihubungi Selangorkini baru-baru ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut menyebabkan pesawah-pesawah di Tanjung Karang termasuk di Dun Permatang terpaksa membeli benih padi pada harga RM28 berbanding sebelum penswastaan RM22 tetapi dibekalkan benih yang tidak berkualiti.

"Dahulu kerajaan ada memiliki loji benih padi sendiri, jadi pesawah dapat beli benih padi dengan harga RM22 sahaja bagi setiap kampit 20kg.

"Tetapi apabila Datuk Seri Noh Omar jadi Menteri Pertanian, dia swastakan loji benih padi di sini dan menyebabkan pesawah terpaksa beli dengan harga RM28.

"Malangnya, sepatutnya apabila diswastakan kualiti benih dan sistem pembekalan jadi lebih baik tetapi menjadi teruk dan kucar kacir dan mampu menjejaskan pengeluaran padi negara ini," ujar Yahya.

Tegasnya, Inilah jadinya apabila kerajaan memberikan tanggungjawab ini kepada syarikat yang kurang pengetahuan dan keupayaan teknikal dalam mengeluarkan benih padi.

Yahya turut mendesak menteri terbabit yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang agar menjelaskan butiran subsidi RM20 bagi setiap kampit yang diberikan kepada pegusaha loji terbabit.

"Selain harga RM28 yang dibayar oleh pesawah, kerajaan turut membayar subsidi sebanyak RM20 kepada pengusaha logi benih terbabit bagi setiap kampit seberat 20kg.

"Kita menyokong subsidi untuk meringankan beban pesawah, tetapi soalnya subsidi RM20 itu adalah tinggi, tetapi tiada perincian untuk menampung kos apakah subsidi itu diberikan," katanya lagi.

NOH OMAR USAH BERPOLITIK MURAHAN, SAHUT CABARAN DEBAT TERBUKA JIKA IKHLAS!

Posted: 20 Feb 2012 04:30 AM PST

Saya ingin menjawab kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato Seri Noh Omar dalam akbar Sinar Harian bertarikh 16 Februari 2012 yang mengatakan ingin mengajak rakyat Selangor untuk perbicaraan terbuka dalam 'mahkamah rakyat' berhubung kononnya ada penyelewengan dalam isu pasir di Selangor.
Sejak awal saya mengatakan isu ini sengaja dibangkitkan bagi mengalihkan tumpuan rakyat pada pecah amanah duit rakyat yang didakwa turut mengaitkan seorang menteri. Saya tegaskan untuk kesekian kalinya, saya sudahpun disiasat sepenuhnya sejak hampir dua tahun lepas dan sebaiknya semua pihak menunggu hasil perbincangan semula jawatankuasa khas SPRM sebelum membuat sebarang rumusan apatah lagi spekulasi liar.
Telahan itu benar kerana sebaik sahaja tuduhan jahat ini dilakukan ia di sambut oleh Noh Omar. Laporan polis dan pada SPRM dibuat walaupun telah diumumkan jawatankuasa akan bersidang pada 23 Februari depan. Jelas 'plot' ini disambung UMNO Selangor semata mata untuk merosakan nama saya dan Pakatan Rakyat.
Saya ingin nyatakan kepada Noh Omar saya setuju untuk beliau mengheret sebarang isu demi kepentingan rakyat ke 'mahkamah rakyat' atau ke ruang 'public opinion' kerana saya percaya sebarang isu yang melibatkan kepentingan rakyat sewajarnya diberi perhatian dan wajar diambil tindakan proaktif. Sebelum saya menjelaskan fakta dan angka kejayaan pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, suka untuk saya bertanya;
I) Apakah Noh Omar masih belum menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke 'mahkamah rakyat' yang diarah oleh Perdana Menteri untuk Noh Omar pantau dalam skandal Lembu Fidlot NFC memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan Asas Tani? Arahan memantau oleh PM kepada Noh saya lihat seperti 'memberi tugasan menjaga bank kepada penyamun'
2) Apakah Noh bersedia untuk bersemuka di 'Mahkamah Rakyat' berhubung skandal NFC, skandal PKFZ, skandal tanah ADUN UMNO dan lainnya?
Dalam perkembangan terkini yang saya ikuti sewaktu Noh Omar ditanya wartawan berhubung perkembangan skandal Lembu Fidlot NFC yang meilbatkan RM250 Juta wang rakyat, saya melihat beliau terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan dalam mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa terdapat pecah amanah dana rakyat dalam pembelian aset NFC.
Jawapan yang diberi Noh Omar berhubung isu salahguna skandal Lembu Fidlot NFC adalah; 'saya tidak tahu'. Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC?
Inilah penyakit sebenar Noh Omar , selalu ingin menyibuk dalam urusan yang sebenarnya bukan di bawah tugasannya sedangkan apa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau dijawab 'tak tahu'.
Apakah Noh Omar tidak sedar selama hampir 4 tahun pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, angka dan statistik telah menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran cacamarba UMNO Selangor dahulu. Angka dan statistik ini beliau perlu teliti semula sebelum bercakap merapu tidak tentu hala. Janganlah terlalu berpolitik hingga mengelapkan pandangan resional dan bukti berfakta yang tidak dipesongkan. Kelemahan memangnya ada, tetapi merumuskan semuanya negetif adalah tidak adil kerana isu pasir ini sudah lebih 30tahun bermula. Bukan sahaja di Selangor bah juga di Johor, Negeri Sembilan dan Perak. Mana suara pimpinan UMNO dalam isu yang sama di negeri lain?
Saya cabar beliau belaku jujur dan teliti semula kes penyelewengan yang melibatkan kerugian jutaan ringgit kepentingan rakyat dalam skandal PKFZ di Pelabuhan Klang. Mengapa isu yang lebih besar seperti ini yang melibatkan ribuan ekar tanah dipandang sepi oleh beliau? Mana laporan oleh UMNO? Apakah kerana takutkan pemimpin 'taiko' MCA hal ini didiamkan?
Saya juga tidak mahu sebut mana-mana pemimpin UMNO Selangor yang terlibat tapi cukuplah saya nyatakan bahawa PKNS terpaksa menanggung jutaan ringgit kerugian kerana terpaksa membeli tanah milik seorang ADUN UMNO Selangor satu masa dahulu dan sehingga sekarang tiada siasatan pihak berkaitan. Saya yakin seluruh rakyat Selangor tahu mengenai perkara ini.
Kalau Noh Omar mahu mengheret Menteri Besar dalam 'mahkamah terbuka', maka dengan ini saya cabar Noh Omar untuk debat secara terbuka dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor, termasuk isu pasir semasa zaman UMNO BN memerintah Selangor dahulu. Kita lihat siapa 'penyangak' sebenar! Noh Omar usah bercakap dengan bukti yang dipalsukan dan ugut mengugut untuk dedah penyelewengan. Ayoh! Jika ikhlas, kita debat secara terbuka. Tidak perlu libatkan Menteri Besar dalam cabaran ini. Noh Omar tentukan masa dan tempat, hatta di Tanjong Karang sekalipun saya akan turun untuk berdebat dengan beliau. Biar rakyat Selangor menjadi hakim!
Usah berdolak dalik, jika benar beliau jujur, sambut cabaran debat dengan saya. Beliau Ahli MKT UMNO, saya Ahli MPP Pusat. Saya tunggu kalapangan masa beliau. Jika cabaran ini gagal disambut, bererti beliau Ketua UMNO yang bacul dan hanya seperti seekor 'ayam jantan yang kuat berkokok, tapi ekor bergelumang dengan najis'.

Shuhaimi Hj Shafiei
ADUN SRI MUDA /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Polis didakwa sengaja biar provokasi samseng Umno di Parlimen Sembrong

Posted: 20 Feb 2012 12:00 AM PST


(Sidiqin Omar - Suara Keadilan
KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut jaminan polis bahawa program anjuran Pakatan Rakyat selamat dari sebarang gangguan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nausution Ismail.

"Kita kenal pasti 50 hingga 100 motosikal melibatkan kumpulan samseng upahan berusia antara 15 hingga 18 tahun. Melalui penduduk tempatan mereka ini samseng Umno.

"Apakah jaminan polis untuk pastikan program politik Anwar Ibrahim dan lain-lain jika polis berpihak seperti ini?" katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam kejadian malam semalam, sekumpulan samseng Umno membaling batu hingga cermin kereta Anwar retak manakala pintu kanan dan kiri kereta kemek akibat ditendang.

Beliau kesal kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan walaupun laporan polis sudah dibuat Ketua Cabang KEADILAN Sembrong, Mohd Yusof di balai polis Kluang, pagi tadi.

"Kayu, batu, telur busuk dan mercun bola dibaling melepasi kepala polis," katanya sambil menyifatkan krebiliti polis sangat memalukan.

Mengikut laporan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Saifuddin berkata, lebih 20 anggota polis bertugas ketika kejadian sekaligus bermakna bilangan anggota tidak berseragam adalah tiga kali ganda.

"Apakah kerana kawasan yang kita masuki itu kawasan Menteri Dalam Negeri, polis membenarkan tindakan ganas semata-mata untuk lindungi kedudukan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Parlimen Sembrong?

"Apakah ketakutan mereka hilang sokongan sehingga terpaksa bertindak secara ganas terhadap program Pakatan Rakyat?" katanya.

Saifuddin menegaskan, serangan samseng Umno itu tidak menggentarkan mereka, bahkan KEADILAN akan terus menggandakan program penerangan.

"Tindakan ganas tak akan menyekat penerangan kita. Johor negeri paling berpotensi untuk Pakatan Rakyat. Kita tetapkan program gerak tumpu setiap minggu tanpa henti," katanya

Tiada ulasan:

Nuffnang