Khamis, 9 Februari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Siri ke 4 SPIN @ Putar Alam dari Kepala Putar

Posted: 08 Feb 2012 08:26 PM PST

Pagi ini saya dihubungi beberapa wartawan dan rakan yang bertanyakan mengenai apa yang di tulis di sebuah blog terkenal. Blog terkenal ini menjadi lebih dikenali bila penulisnya terjun ke bidang lawak jenaka secara serius lewat setahun dua ini.

Blog ini amat popular sebagai blog 'spin' atau bahasa kasarnya 'putar alam' dan lewat waktu ini diingati kerana gaya penulisan penulisnya yang sudah bertentangan dari sebelum ini. Ada sesuatu yang di kejar penulisnya mungkin. Duit? Kebebasan? Free thinker? Freemason?

Antara pertanyaan yang diajukan, 'betul ke apa yang ditulis?' Sebelum menjawap saya bertanya dahulu kepada mereka, 'apakah saudara percaya kepada penulis cerita ini? Dari lima orang yg bertanya itu, semuanya menjawap tidak, lalu tidak perlulah saya mengulas panjang. Kreadibiliti penulisnya sudah tidak dipercayai lalu apa perlu saya menjawap pertanyaan yang dikemukakan?

Dalam dunia hari ini objek manusia, gambar dan apa sahaja bahan 'spin' boleh direka cipta dan di solek menjadi seperti asli. Apatah lagi dokumen asli untuk maksud lain bisa sahaja di salah guna bagi menjadikan tujuan 'spin' dapat dibuktikan seyakin mana yang boleh.

Pada saya inilah tugasan dan kontrak terkini yang dianugerahkan kepada penulis blog ini sebagai tukaran kepada kebebasan dan mungkin juga wang.

Kita tunggu pula siri ke 5 dari puluhan siri ,spin, yang direncanakan. Persoalannya, siapakah akan percaya? Hanya golongan seperti penulis sahaja yang akan mempercayainya. Berapakah beliau di bayar bagi menjalankan fitnah ini?

Saya diberitahu oleh seseorang yang dekat dengan penulis blog ini bahawa beliau perlu mencari 'pokok' baru selepas 'pokok' tempat beliau bergantung harap selama ini sedang 'mereput' masalah kewangan hingga terpaksa membubarkan parti yang baru setahun jagung ditubuhkan. Untuk mendapat 'pokok baru' yang 'berakar subur' mestilah mendapatkan di tanah yang sudah subur. Maka tidak hairan jika 'spin' yang di tulis bergantung kepada 'besarnya pokok baru' yang dihinggap.

Hanya 'jauhari yang mengenal manikam' dan masa akan membuktikan kebenarannya!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Nuffnang