Khamis, 9 Februari 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Najib dinasihat henti cakap soal Negara Berkebajikan

Posted: 09 Feb 2012 01:00 AM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya berhenti dari bercakap soal agenda Negara Berkebajikan PAS kerana beliau jelas tidak faham apa yang dimaksudkan PAS.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nampak jelas sangat Najib tidak faham "samada tak membaca atau tidak diberikan maklumat yang betul tentang hal tersebut."

Bagi beliau, tindakan Najib yang mengulangi lagi bahawa negara berkebajikan PAS itu sama dengan Welfare State di negara Barat atau Scandinavian kerana beliau mengulangi lagi bahawa negara akan mengalami masalah kewangan dan kegawatan ekonomi kalau dilaksanakan bahkan boleh bankrap.

"Najib wajar diperingatkan bahawa Negara Berkebajikan PAS mempunyai falsafah, prinsip, program dan cara perlaksanaan yang jauh berbeza dengan Welfare State di Barat yang seluruhnya berteraskan sistem pencukaian pendapatan yang tinggi.

"Meskipun di sudut-sudut kebajikannya ada persamaan namun ia tidak serupa - sama tapi tak serupa!" tegas Dr Dzulkefly yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Bagi beliau, Najib sewajar memberi perhatian terhadap laporan terkini ekonomi dan kewangan negara seperti yang disiarkan dalam The Edge Financial Daily semalam.

(Dr Dzulkefly nasihatkan Najib agar jangan komen kalau tidak faham)

"Para penganalisa cemas dengan persoalan hutang awam dan juga hutang swasta di negara kita. Ya , kita mungkin sahaja boleh bankrap dengan beban hutang ini, dan bukan kerana perlaksanaan Negara Berkebajikan PAS atau Pakatan Rakyat!" tegas beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor.

Bagi beliau, kemungkinan bankrap itu ditambah dengan urus-tadbir yang tempang, tiris dan bocor sarat dengan rasuah dan amalan kronisme, monopoli yang kesemuanya menjadikan pasaran atau 'market'' tidak efisien bahkan dihalang dari berperanan dengan berkesan.

Ia ditambah lagi dengan campurtangan atau intervensi kerajaan dalam bentuk penglibatan kepentingan kerajaan melalaui GLCs yang mengherotkan lagi pasaran dan persaingan, katanya.

"Najib wajar diperingatkan bahawa setelah banyak yang dislogankan dengan GTP, ETP dan MEB sebagainya, ekonommi negara masih di ambang ancaman besar kerana urus-tadbir tempang dan ketidaktentuan ekonomi global," katanya berhujjah dengan tuduhan Najib kepada dasar PAS itu.

Fakta Hutang Negara

Mengikut Laporan IMF (International Monetary Fund - "Ëconomic Outlook) bulan September 2011, kedudukan hutang negara sangat membimbangkan.

1. Hutang awam kerajaan Malaysia (gross) adalah 56 % dari KNDK adalah tertinggi berbanding dengan negara ASean-5 iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia, yang purata adalah 30 % dari KDNK.

2. Hutang isi-rumah Malaysia telah melonjak dari 69 % KDNK dalam tahun 2006 ke paras 76 % dalam tahun 2010 dan kini melonjak terus keparas 78 % KDNK.

Dalam jumlah absolutenya, hutang isi-rumah adalah 47 % atau RM583.3 bilion dalam tahun 2010 berbanding RM395.5 bilion pada 2006.

Namun yang melegakan sedikit adalah kerana hutang tak berbayar masih pada paras rendah iaitu 2.3 % dalam tahun 2010 berbanding 7.1 % pada tahun 2006.

3. Pinjaman Kerajaan Pusat dalam tahun 2010 adalah 53.2 % KDNK dan terus meningkat ke paras 55 % dengan defisit fiskal dalam lingkungan 4-5 % setiap tahun.

Dalam laporan yang sama Defisit Fiskal Asean-5 adalah pada paras 2.4 % KDNK.

Sekali lagi Malaysia adalah tertinggi dari segi Fiskal Defisitnya berbanding ASEAN-5! Sementara negara Asean yang membangun yang lain juga adalah pada paras 2 % KDNK!

harakahdaily/-

Pembunuh orang utan didakwa

Posted: 09 Feb 2012 12:40 AM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TERTUDUH (dari kanan) Phuah, Widiantoro, Imam Muhtarom dan Mujianto di Mahkamah Daerah Tenggarong, Kalimantan Timur, semalam.

SAMARINDA (Kalimantan Timur): Empat lelaki dibicarakan di mahkamah semalam atas tuduhan membunuh orang utan dan pelbagai primat terancam di sebuah ladang kelapa sawit di Borneo.

Pendakwa berkata, pengurus ladang warga Malaysia itu, Phuah Chuan Hun, dan pekerjanya, Widiantoro, mengupah dua lelaki lain membunuh primat berkenaan.

Mereka dan pembunuh primat itu - dikenali sebagai Imam Muhtarom dan Mujianto - berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan.

AFP melaporkan, pendakwa, Suroto, memberitahu Mahkamah Daerah Tenggarong, Imam dan Mujianto diupah RM338 bagi setiap orang utan berjaya dibunuh, selain kira-kira RM68 untuk primat lain.

Katanya, Imam dan Mujianto menggunakan senapang angin kaliber 4.5 milimeter untuk menembak orang utan di atas pokok sebelum enam anjing pemburu mengejar haiwan itu.

"Tertuduh kemudian memukul orang utan berkenaan dengan batu atau kayu sebelum membungkus bangkai haiwan itu untuk diambil gambar sebagai bukti," katanya.

Semua empat tertuduh ditahan November lalu apabila gambar mereka membunuh haiwan liar - termasuk monyet berhidung panjang yang hanya ada di Borneo - beredar di kalangan penduduk kampung.

Mereka didakwa membunuh seekor anak dan dua ekor orang utan dewasa.

Bagaimanapun, polis percaya sekurang-kurangnya 20 ekor primat dibunuh berdasarkan resit dikeluarkan syarikat perladangan itu menunjukkan nilai hampir RM8,459.

Ketika ini, pakar percaya hanya ada antara 50,000 hingga 60,000 orang utan hidup dalam hutan dan 80 peratus daripadanya ada di Indonesia, manakala selebihnya di Malaysia.

Aktiviti pemburuan haram dan kemusnahan hutan akibat pembukaan ladang menyumbang kepada kepupusan haiwan itu. - DM

Kenyataan Noh Omar jadi titik penting isu NFC

Posted: 09 Feb 2012 12:30 AM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

malaysiakini/-

Ahli parlimen laung azan di Parlimen

Posted: 09 Feb 2012 12:00 AM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Speaker Parlimen Mesir, Saad al-Katatni menegur seorang ahli parlimen kerana melaungkan azan semasa persidangan Dewan Rakyat sedang berjalan, kelmarin.

Teguran itu mencetuskan perbalahan antara wakil Parti Salafi, Mamdouh Ismail dan Saad semasa sesi itu disiarkan secara langsung di televisyen kerana Mamdouh didakwa melanggar peraturan dewan.

"Ini adalah dewan untuk perbincangan. Jangan jadikan ia sebagai pentas untuk menarik perhatian media," menurut Saad selepas menegur perbuatan Mamdouh.

Parti Islam di Mesir memenangi 70 peratus daripada kerusi di Parlimen negara itu dalam pilihan raya bebas pertama sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, tahun lalu.

sinar harian/-

PAS kutuk keganasan Syria bunuh rakyatnya

Posted: 08 Feb 2012 11:55 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Feb: PAS melalui Lajnah Hubungan Luar dan Hal Ehwal Antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan pemimpin dan pihak berkuasa Syria dalam menangani kebangkitan rakyat di negara itu.

Tindakan tidak sepatutnya oleh pihak keselamatan negara itu yang sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat amat dikesali sehingga mengakibatkan beribu kematian di kalangan orang awam.

Setiausaha Lajnah Hubungan Luar dan Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Mohd Faiz Mohd Nawi berkata, pihaknya amat prihatin dengan penderitaan dan ketidakadilan yang dialami oleh rakyat Syria dalam usaha mereka menuntut hak dan kebebasan di negara mereka.

Menurutnya, Lajnah Hubungan Luar dan Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat menggesa institusi serantau dan antarabangsa Islam seperti Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam agar segera menjalankan peranan mereka sebagai orang tengah yang boleh mendamaikan kemelut yang semakin bertambah serius itu.

"Lajnah Hubungan Luar dan Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat menolak semua bentuk campur tangan asing di Syria," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya turut mengingatkan kepada semua pihak yang terbabit dalam kemelut itu agar dapat menghentikan segera tindakan keganasan bagi memulihkan kembali keamanan di bumi yang berkat itu.

"Kami meminta pihak pemerintah di negara itu agar mengembalikan semula hak rakyat melalui proses demokrasi yang lebih telus," tegasya.

Tindakan tersebut, tambahnya, perlu dilakukan segera oleh pemerintah Syria sejajar dengan hasrat rakyat negara itu yang bangkit menentang segala macam penindasan sejak sekian lama.

Bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Syria, pihaknya menyeru orang ramai hadir ke perhimpunan aman yang akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria, Jalan U Thant, di sini, esok, 10 Februari, selepas solat Jumaat.

Untuk mengikuti perhimpunan aman itu, katanya, orang ramai boleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid yang berdekatan sebelum berarak ke Kedutaan Syria.

Semalam Harakahdaily telah melaporkan mengenai himpunan aman yang akan diadakan itu yang akan dipimpin oleh pemimpin PAS, pimpinan NGO dan aktivis-aktivis masyarakat yang prihatin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan antara lain dilaporkan berkata, himpunan tersebut diadakan bagi membantah dan mengecam pembunuhan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar al-Assad yang semakin meningkat.

Semalam, enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing yang berada di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.

GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS, NGO-NGO dan seluruh rakyat prihatin agar keluar beramai-ramai untuk berhimpun menyatakan solidariti kita bersama rakyat Syria yang tertindas," kata Nasrudin kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Selangor lancar Kempen Anti Zina 11 Feb

Posted: 08 Feb 2012 11:53 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil inisiatif untuk melancarkan gerakan pencegahan zina sempena Hari Kekasih.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, gerakan itu akan menumpukan kawasan-kawasan yang selalunya menjadi tumpuan anak-anak muda memadu asmara seperti pusat membeli-belah, kawasan tasik dan dataran di sini.

"Kita akan adakan ekspedisi dakwah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pasangan muda-mudi.

"Pada malam itu juga penguatkuasa Jais, pihak polis serta penguatkuasa PBT akan melakukan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan-kawasan tersebut," katanya di Bangunan SUK, di sini semalam.

Menurutnya, kempen yang telah memasuki fasa keenam itu bukan sahaja melibatkan kepimpinan peringkat negeri dan daerah tetapi menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

"Untuk mengatasi masalah secara menyeluruh tentulah pemimpin kawasan masing-masing seperti jawatankuasa masjid dan surau perlu terlibat membantu menjayakan gerakan ini," katanya.

Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang menambah, mereka bukan sahaja paling berupaya melakukan follow-up, malah juga follow-through secara berkesan.

Katanya, sepanjang lebih kurang dua tahun penganjuran kempen di bawah kelolaan Generasi Idaman Selangor (GEMS), kempen itu dilihat berjaya menarik pelbagai pihak bekerjasama mendidik masyarakat mengatasi gejala sosial khususnya zina.

"Mereka ini makin bersemangat, proaktif, berani dan positif kerana mereka merasakan bahawa mereka juga telah memberikan impak yang besar bagi masyarakat.

"Dengan usaha mempromosikan kempen Anti Zina, sekurang-kurangnya mereka menyedarkan orang ramai tentang bahaya zina, dan saya yakin selama ini ramai pihak yang tidak peduli untuk atasinya," ujarnya.

Menurutnya, program yang diatur bukan sekadar mencegah perbuatan terlarang seperti zina, tetapi juga untuk mendekati dan mendidik golongan muda dengan menyediakan mereka alternatif lain bagi bersantai dan berhibur dengan cara yang betul dan tidak dimurkai Allah SWT.

"Contohnya seperti Sambutan Tahun Baru pada malam 1 Januari lalu, kita lihat hampir pukul 12 tengah malam, barisan pimpinan bersama artis-artis, bersama Ustaz Azhar Idrus, Zizan menyanyikan Asma Ul-Husna dan ditutup dengan doa oleh Ustaz Azhar.

"Inilah gambaran yang kita mahu beri kepada golongan muda bahawa kita faham yang kamu mahu iaitu seni, muzik, hiburan lawak dan sebagainya. Namun semua ini harus dilakukan dengan beradab dan tidak melebihi batas," ujarnya.

Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Keenam akan diadakan pada 11 Februari ini di Unisel Bistari Jaya, jam 3 petang.

Harakah Daily

Rakan menjerit

Posted: 08 Feb 2012 11:50 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DI SINI...tempat mangsa maut tersepit dalam mesin pemampat sampah. Gambar kecil, Kamarudin Hussin.

PUTRAJAYA: "Selepas mendengar seorang rakan menjerit, saya segera mematikan enjin dan bergegas ke belakang lori. Saya terkejut apabila melihat seorang pekerja tersepit sebahagian badan di mesin pemampat sampah dalam keadaan tidak sedar," kata pemandu lori syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Osman, 39.

Dia menceritakan kejadian rakan sekerjanya yang maut di bahagian belakang lori ketika memunggah sampah di Apartmen Fasa 4, Presint 9, semalam.

Ketika kejadian pada jam 11 pagi itu, Kamarudin Hussin, 41, berada di bahagian kanan belakang lori pengangkut sampah sebelum dia terjatuh ketika mesin itu sedang bergerak memampatkan sampah dalam lori berkenaan.

Seorang rakan yang berada di sebelah kiri belakang lori bersama mangsa menjerit meminta enjin dimatikan.

Mohd berkata, dia menghubungi penyelia sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan.

"Kejadian ini memang tidak terduga, malah mangsa juga seorang yang rajin bekerja. Kami tidak bersarapan bersama sebelum melakukan tugasan kerana mangsa membawa bekal sendiri.

"Cuma apa yang saya perasan mangsa kelihatan berpakaian lebih kemas, berbanding sebelum ini. Biasanya, jaket dipakai dibiar terbuka, tetapi kali ini zipnya ditarik dengan kemas," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan sudah mengambil keterangan pemandu dan pekerja Alam Flora yang lain.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi punca kejadian masih disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan," katanya.

Jurucakap Alam Flora ketika dihubungi berkata, pihaknya bersimpati atas kemalangan yang menimpa pekerja itu dan berharap kejadian tidak berulang.

"Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Pada masa sama kami menasihati pekerja lain supaya utamakan keselamatan kerana nyawa lebih penting daripada segala-galanya," katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Azuan Abdul Rahman, 32, berkata, dia sekeluarga terkejut dan trauma dengan kejadian tragis itu.

Menurutnya, dia menerima berita mengenai kejadian itu pada jam 11.20 pagi dan menelefon beberapa ahli keluarga termasuk adiknya yang juga isteri mangsa, Noraziah Abdul Rahman, 30, untuk mengesahkan kejadian itu.

"Selepas adik ke Hospital Putrajaya, baru saya betul-betul percaya adik ipar sudah tiada.

"Apa penting sekarang, kami sekeluarga perlu memberi semangat kepada adik dan dua anaknya yang kehilangan orang tersayang," katanya.

Mohd Azuan berkata, arwah bekerja lebih lima tahun dengan Alam Flora dan kali terakhir mereka berjumpa arwah dua minggu lalu.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, dekat Kuala Lumpur.

metro/-

Bungkus bayi dalam plastik

Posted: 08 Feb 2012 11:45 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DI SINI...Fredly (kanan) menunjukkan lokasi dia menemui bayi perempuan berkenaan.

TAWAU: "Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini," kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

"Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.

"Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.

Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.

"Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan," katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.

"Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar," katanya.

"Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan.

"Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.

"Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

"Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Napas Terakhir

Posted: 08 Feb 2012 11:45 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sepulang sholat di masjid entah kenapa leher dan punggungunya terasa sakit. Sudah dibawa ke dokter namun tak kunjung sembuh. Istrinya selalu saja mengingatkan agar bersabar dan berusaha membesarkan hatinya. 'Ini ujian Pak..' Kata Istrinya. 'Kenapa aku selalu bernasib buruk? Apakah Allah dendam padaku?

' ucap Laki-laki tua itu sambil menangis putus asa. "Istighfar Pak, Allah tidak pernah dendam kepada kita. Untuk apa? Allah tidak membutuhkan apapun." Lanjut Istrinya.

"Tapi mengapa Allah menghukumku? Bukankah itu berarti Allah membenciku?' Isak tangisnya terdengar. 'Bukan benci Pak, itu tandanya Allah sayang ama kita. Allah mengingatkan agar kita segera bertaubat. Mungkin kita pernah melakukan perbuatan dosa yang tanpa kita sadari.'

'Aku banyak berdosa, istriku.' kata beliau, setelah itu terdiam membisu. Istri yang mendengar apa yang diucapkan suaminya menangis tersedu-sedu. Laki-laki tua itu mengelus kakinya yang terasa sakit luar biasa. Tiba-tiba mengatakan sesuatu. 'Aku melakukan perbuatan dosa yang begitu banyak.

Aku hanya ingin bertaubat sebelum ajal itu tiba.' Istrinya tak kuasa membendung tangis berlari meninggalkan dalam kesendirian. Sepeninggal istrinya, matanya menerawang bagaikan rekaman yang diputar ulang, makin lama bayangan itu makin terlihat jelas.

Satu persatu wajah terlihat jelas. Wajah-wajah itu tersenyum mengejeknya. Ditangannya terselip amplop dengan nilai rupiah, izin proyek dua milyar, fee bertemu dengan kepala negara satu milyar, makelar kasus tiga milyar, uang jasa memenangkan tender satu juta US Dolar. Bayangan wajah- wajah menyeramkan itu menghilang berubah menjadi lorong bercahaya.

'Astaghfirullah, ampunilah aku Ya Allah..'ucapnya lirih pada tarikan napas terakhirnya, dengan wajah penuh dengan air mata kemudian terdiam untuk selamanya.

posted by :agussyafii

Syria bedil Homs lagi

Posted: 08 Feb 2012 11:30 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IMEJ yang dihantar oleh Jawatankuasa Kerjasama Tempatan di Syria semalam menunjukkan ramai penduduk Syria menghadiri pengebumian mangsa-mangsa yang mati dibunuh tentera Syria di Maart al-Noman, Idlib, Syria.

BEIRUT - Tentera Syria semalam mengebom kawasan kejiranan kediaman di pusat bandar Homs di negara itu buat hari kelima berturut-turut yang telah mengorbankan berpuluh-puluh orang.

Para aktivis yang menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, ia merupakan tindakan terakhir rejim itu untuk menawan kembali kawasan yang dikawal oleh para penentang.

Keganasan tersebut berlaku apabila rejim Bashar semakin dipinggirkan Barat ekoran keganasan pihak tentera ke atas para penentangnya.

Lima negara Eropah dan enam negara Teluk Arab telah menarik keluar duta masing-masing dari Damsyik, Syria manakala Amerika Syarikat (AS) telah menutup kedutaannya di Syria.

Namun, Bashar telah mendapat sokongan daripada Rusia kelmarin.

Sokongan itu ditunjukkan dengan lawatan Menteri Luar Rusia, Sergey Sergey Lavrov dan ketua perisikan negara, Fradkov Mikhail melawat negara tersebut.

Dalam perbincangan di Damsyik, Rusia mendesak satu penyelesaian terhadap krisis Syria yang melibatkan pembaharuan rejim Bashar dan dialog dengan pihak pembangkang tetapi bukan meminta Bashar meletakkan jawatan.

Bashar menyatakan Syria bertekad untuk mengadakan dialog kebangsaan dengan pembangkang dan tokoh-tokoh bebas.

Menurut Bashar, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam usaha-usaha bagi meningkatkan kestabilan di Syria, lapor agensi berita SANA. - Agensi

Orang Asli lapor SPRM paip dimusnah

Posted: 08 Feb 2012 11:15 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TEMERLOH, 9 Feb: Penduduk daripada tujuh perkampungan Orang Asli di Bera, semalam tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini bagi meminta siasatan kejadian memusnahkan saluran paip air akibat perbalahan antara kontraktor dan subkontraktor projek berkenaan.

Mereka mendakwa, akibat kemusnahan tersebut menyebabkan penduduk yang terdiri daripada 240 keluarga Orang Asli Semelai di kampung-kampung Kuala Serting, Lubok Perah, Lengot, Patir, Lubok Tambangan, Pasal dan Bukit Ngeri terputus bekalan air bersih yang diperolehi mereka sebelum ini.

Jurucakap kumpulan tersebut Bob Manolan berkata, kejadian merosakkan paip air oleh subkontraktor yang tidak berpuas hati kerana mendakwa tidak menerima bayaran daripada kontraktor utama itu, berlaku antara 6 hingga 12 Januari lepas.

"Pada hari tersebut subkontraktor telah menggunakan jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam lalu dipecah dan dimusnahkan.

"Bayangkan, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air tapi bila dah siap dimusnahkan pula. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja," katanya.

Tambah Bob, projek membina pam air dan saluran paip daripada sumber galian bawah tanah untuk perkampungan Orang Asli tersebut dianugerahkan kepada syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) pada 27 Julai 2009 melibatkan perkampungan Orang Asli seluruh Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM113.8 juta.

Projek tersebut menerima peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW).

Dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru turut menyebut tentang kelemahan syarikat RCSB ini untuk menyiapkan projek bekalan air luar bandar.

Sementara itu Menteri KPLBW Datuk Shafie Apdal dalam kenyataan medianya disiarkan dalam Tv3 pada 6 Februari lepas, berkata kementeriannya telah membuat pembayaran penuh kepada RCSB.

Jelas Bob, sebelum itu pihak RCSB telah menafikan mereka tidak membuat bayaran kepada subkontraktor seperti yang disiarkan dalam Tv9 pada 31 Januari dan akhbar New Srraits Times (NSTP).

"Persoalannya sekarang kenapakah subkontraktor mendakwa mereka tidak dibayar lalu memusnahkan paip-paip air yang telah dipasang sekali gus menganiaya penduduk?

"Sebab itu kita mahu SPRM siasat di mana tirisnya kerana peruntukan ini melibatkan wang negara dan kementerian yang terlibat tidak berlepas tangan dan tanggungjawab mereka sepatutnya memantau projek dan syarikat yang dilantik.

"Sekarang penduduk kampung yang dahagakan kemajuan dan keceriaan untuk menikmati air yang bersih tidak kesampaian disebabkan perbalahan antara kontraktor hanya kerana ketiadaan pemantauan daripada kementerian," katanya.

Tambahnya, laporan telah dibuat di balai polis Bera dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) minggu lalu walaupun dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan.

Sementara itu Exco PAS Pusat Mazlan Aliman yang turut mengiringi penduduk, menganggap perbuatan memecah dan memusnahkan paip air sebagai harta awam adalah khianat dan pecah amanah.

"Bagi saya yang paling utama dipersalahkan ialah Kementerian Luar Bandar kerana tidak bertanggungjawab sehingga berjuta-juta wang rakyat dibazirkan begitu saja dan inilah akibatnya apabila projek diagihkan kepada kroni.

"Saya diberitahu untuk baiki kerosakan di Kuala Serting saja perlukan wang sebanyak RM2.1 juta. Jadi berapa banyak lagi wang yang perlu dihabiskan hanya kerana kelemahan kerajaan?


"Yang pelik lagi, pihak berkuasa negeri seperti JBA dan Jakoa berkata pihak mereka tidak mengetahui tentang projek tersebut. Jadi siapa yang nak bertanggungjawab?" soalnya.

Harakah Daily

PAS Negeri Sembilan tidak sentuh isu perkauman

Posted: 08 Feb 2012 11:14 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pemimpin parti politik berhak mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi semangat kepada jentera parti, selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama dan perkauman.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, tiada salahnya PAS berceramah dan berkempen mengenai tawaran parti itu kepada rakyat Negeri Sembilan, sambil menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbau perkauman seperti didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"PAS telah melakukan gerak kerja pilihan raya di Negeri Sembilan, jadi apa salahnya saya mengeluarkan kenyataan untuk menaikkan semangat dan memberi keyakinan kepada jentera parti bahawa PAS boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mohamad Hasan seperti dilaporkan media semalam berkata, Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan apa yang diperkatakan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Taufek baru-baru ini yang menyatakan PAS telah mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.

Membalas kenyataan itu, Taufek berkata, sebagai pemimpin politik, beliau harus mempunyai keyakinan untuk menawan sesebuah kerusi sejajar dengan gerak kerja yang dilakukan.

"Saya tidak tahu beliau merujuk kepada kenyataan saya yang mana satu, tapi memang saya ada sebut tentang lapan Dun berpotensi itu.

"Jadi apa masalahnya? Saya bercakap berdasarkan gerak kerja yang dilakukan. Kalau dahulu tiada siapa menjangka Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Selangor daripada BN. Jadi di Negeri Sembilan, tidak mustahil perkara itu berlaku. Kenapa perlu ada yang tersinggung sedangkan saya tidak sebut isu sensitif pun," katanya.

Adun Paroi itu juga berkata, Mohamad Hasan seharusnya turut menasihatkan pemimpin-pemimpin BN agar tidak mengeluarkan kenyataan berkempen yang menyentuh isu perkauman.

Katanya, apa yang dilakukan beliau selari dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga turun ke negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk berkempen.

"Pakatan Rakyat tidak seperti BN yang sering mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman. DAP ancam Melayu dan sebagainya.

"Perdana Menteri sendiri pernah turun ke Kelantan dan kata yakin boleh rampas Kelantan. Tentulah ada rakyat Kelantan yang tersinggung. Jadi Mohamad Hasan perlu nasihatkan Najib jugalah agar tidak berkempen," sindirnya.

Harakah Daily

Bazar Jelantek ditutup kerana gagal tarik pengunjung

Posted: 08 Feb 2012 11:12 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Bazar Larut Jalan Jelatek Ampang ditutup serta merta kerana gagal menarik pengunjung.

Penganjur bazar itu pula, Persatuan Wanita Ampang diarah membayar wang deposit berjumlah RM16,160 kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Kerajaan Negeri juga mengarahkan MPAJ mengutip semua hutang tertunggak daripada Persatuan Wanita Ampang yang diketuai Puan Salmah Ismail, walaupun terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 21 Disember 2011 selepas mendapati Bazar Larut Malam itu gagal mencapat matlamat asal.

"MPAJ juga diberi amaran keras agar tidak lagi membenarkan mana-mana persatuan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) menganjur projek serupa sebelum mengenalpasti kemampuan pemohon/penganjur.

"Keputusan tegas ahli MTES antara lain mengingatkan semua PBT untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayaai mana-mana persatuan atau NGO untuk mengendali projek tanpa menyelidik kebolehan persatuan tersebut," kata Faekah.

Beliau mengulas surat pembaca yang ditulis oleh Hakim Joe yang disiarkan di laman portal berita Malaysia Today yang bertajuk Power vs Authority yang disiarkan semalam. Hakim Joe mendakwa wujudnya pengaruh politik dalam pemberian konsesi pengendalian pasar malam atau bazar tersebut dan terdapat pengaruh parti politik dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika membendung salah guna kuasa yang dikatakan telah berlaku.

"Penjelasan ini membuktikan tiada salah guna kuasa yang dikatakan cuba ditutup oleh kerajaan negeri, tiada panggilan dan penyelesaian belakang yang dilakukan oleh Presiden mahupun Ketua Umum Parti Keadilan dalam menentukan keputusan seperti yang dikatakan penulis. Kalau tidak, masakan keputusan tegas boleh diambil melalui mesyuarat terbuka MTES," kata Faekah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai jika terdapat salah guna kuasa untuk memastikan negeri ini ditadbir dengan telus dan bertanggungjawab tetapi perlu disertakan dengan fakta-fakta tepat untuk mengelak fitnah.

"Menuduh Menteri Besar tunduk dengan arahan pimpinan parti yang mahu menutup amalan rasuah adalah tuduhan yang sangat berat dan tidak adil. Kerajaan Selangor sedang dengan segala daya melaksanakan prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran negeri dan parti yang mana kita lihat telah gagal dilaksanakan pemerintahan BN sehingga membawa kepada kejatuhannya di beberapa negeri termasuk Selangor," katanya.

Faekah secara terbuka mengakui sukar melakukan reformasi dalam pentadbiran apabila terlalu banyak kepincangan sepanjang 52 tahun pemerintahan Barisan Nasional tetapi yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya dengan usaha beterusan dan sokongan rakyat.

Harakah Daily

Babi boleh disamak, zina wajib hudud

Posted: 08 Feb 2012 11:11 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Feb: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari (gambar) berkata, "babi boleh disamak, hukuman kepada penzina, wajib hudud!," tegas beliau.

Ini merujuk kepada keresahan umat Islam terhadap penemuan kepala babi di dua masjid berasingan dalam tempoh kurang seminggu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan bahawa para ilmuan zaman silam telah berjaya memberi kefahaman kepada umat Islam tentang status pengharaman anjing dan babi kerana ia melibatkan najis berat, iaitu najis 'mughallazah' – kaedah pembersihan dengan membasuh tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.

Sementara itu, beliau menjelaskan, "babi kalau dalam darurat, masih boleh dimakan sekadar untuk hidup. Tapi, mereka yang syirik kepada Allah, menolak ayat Al-Quran, melakukan zina dan membuat fitnah wajib dikenakan hukuman," ujar beliau dalam memberi respon terhadap isu lain yang cuba diselindungkan dalam realiti masyarakat.

Sambil menyifatkan ia tindakan pengecut sesetengah pihak menggunakan kepala babi sebagai bahan provokatif sekaligus cuba mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi contoh-contoh lain yang memberi kesan langsung dalam masyarakat.

Perbuatan zina misalnya, boleh meruntuhkan institusi masyarakat bilamana anak tidak sah taraf ini dipinggirkan dan dibuang.

Jelas ia bertentangan dengan tujuan sebenar untuk berzuriat sebagaimana yang termaktub dalam maqasid syariah yang mengangkat kedudukan penjagaan keturunan dalam Islam.

Namun, lebih dari itu, mengapa program-program yang mendekatkan anak remaja kepada zina dan sebaran-sebaran fitnah menerusi media massa masih dibiarkan berleluasa mengambil tempat dalam masyarakat?

Fitnah terhadap individu atau kumpulan boleh memecah-belahkan masyarakat sepertimana yang dirakamkan dalam sejarah bilamana Tun Mutahir menyambut baik kehadiran Portugis ke Melaka atas tujuan perdagangan. Hal ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar.

Beliau telah berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka. Lantas, Sultan Mahmud mengutuskan Tun Sura untuk membunuh Tun Mutahir.

Selain itu, Dr. Yaakob turut mengingatkan tentang Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam pada itu, amalan rasuah juga semakin membarah dalam masyarakat, perlu diingat, budaya ini pastinya akan menjejaskan integriti pentadbiran sekaligus merosakkan ekonomi negara.

Gejala ini mampu menjatuhkkan mana-mana pemimpin walau banyak manapun sumbangan mereka. Tumbangnya bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dalam kes 'scandal watergate' juga kerana rasuah.

"Umat Islam cukup takut dengan babi ni, haram kata mereka. Tapi mengapa amalan mengambil rasuah, berzina, dan buat fitnah dianggap biasa dalam masyarakat? Sedangkan itu juga haram," tegas beliau sambil mengingatkan masyarakat agar perkara pokok lain yang lebih berat (syirik, rasuah, zina, fitnah) juga perlu diambil kira dan diberi penekanan yang serius.

Harakah Daily

Himpunan bantah penyenaraian FGVH 30 Mac

Posted: 08 Feb 2012 11:08 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 9 Feb: Satu himpunan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVHB) akan diadakan pada 30 Mac depan di Masjid Putrajaya sebelum penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, himpunan itu adalah sebagai rasa tanggungjawab menjaga khazanah negara dan juga masa depan peneroka agar tidak diperjudikan oleh kerajaan di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Katanya lagi, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas penyenaraian yang mana merujuk kepada jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi amat diragui.

"Ini adalah kerana pada masa ini kos operasi Felda adalah sebanyak RM1.9 bilion setahun, bermakna Felda akan menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.

"Dengan keadaan ini pastinya akan merencatkan pelbagai aktiviti termasuklah urusan pentadbiran, kebajikan dan pembangunan sosio-ekonomi warga Felda, tambahan pula sehingga kini tidak ada jaminan bertulis yang dibuat mengenai perkara perjanjian pajakan tanah antara Felda dan FGVHB," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Tambah Suhaimi lagi, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut Felda dikatakan akan memajak seluas 830 ribu ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20 ribu ekar tanah-tanah yang tidak mempunyai geran kepada FGVHB yang mana ia bertentang dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.

"Keputusan penyenaraian ini tidak mempunyai tujuan yang jelas, dan melihat kepada apa yang dikatakan oleh Najib pada lawatan beliau di Felda Gedangsa 6 Januari tempoh hari, kenyataan beliau terlalu umum dan menunjukkan bahawa Perdana Menteri sendiri tidak bersedia untuk melakukan penyenaraian.

"Dalam pada itu pihak FGVHB sendiri tidak pernah membentangkan apa-apa kertas cadangan projek penyenaraian yang menunjukkan perancangan perolehan.

"Sebagaimana kita maklum bahawa penyenaraian adalah bertujuan untuk mendapatkan modal dengan menjual unit-unit saham dan melepaskan kepentingan kepada orang luar," sambungnya lagi.

Beliau juga menekankan agar rakyat perlu tahu apakah tujuan sebenar penyenaraian FGVHB sehingga sanggup memperjudikan masa depan warga Felda.

Kempen bantahan penyenaraian itu juga turut mengumpul 100 ribu tandatangan rakyat Malaysia bagi menyatakan bantahan hasrat penyenarai tersebut.

Kempen yang bermula hari ini akan digerakkan ke seluruh negara selain hasrat mengumpul seramai mungkin rakyat yang akan berhimpun di perkarangan Masjid Putra di Putrajaya pada 30 Mac, jam 2.30 petang sebelum berarak ke Pejabat Perdana Menteri bagi menyerah memorandum dan tandatangan bantahan penyenaraian.

Kempen itu merupakan kerjasama antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan juga Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Harakah Daily

Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu?

Posted: 08 Feb 2012 11:06 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.

(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.

"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.

"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.

Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini.

Harakah Daily

Keuntungan 83,233% bagi segelas air 300 ml?

Posted: 08 Feb 2012 11:04 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menguatkuasakan dengan segera Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 terhadap kedai, restoran dan kedai kopi yang mengenakan bayaran yang tinggi untuk air minuman.

"Pihak kementerian tidak seharusnya menunggu pengguna untuk membuat laporan dikenakan bayaran berlebihan tetapi menggunakan kuasanya di bawah Akta itu untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu," kata presidennya, S. M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Daripada laporan media, katanya dinyatakan bahawa pengguna dikenakan bayaran sehingga RM1.50 untuk segelas air sedangkan menurut Syabas, mereka mengenakan caj RM2.00 bagi 1,000 liter air di Selangor.

Berdasarkan kepada caj itu, tambah beliau segelas air (300 ml) yang biasanya berharga 50 sen di beberapa kedai sepatutnya hanya berharga RM0.0006.

"Ini bermakna restoran dan kedai memperolehi keuntungan 83,233% bagi setiap gelas air yang dijual. Ini merupakan satu rompakan di siang hari," ujarnya.

Katanya, pihak restoran berkata harga air meningkat memandangkan mereka terpaksa mengambil kira kos yang ditanggung, bagaimanapun, CAP merasakan ia bukanlah alasan yang wajar kerana sekalipun perbelanjaan yang ditanggung diambil kira, harganya masih tinggi.

Sebaliknya, kata beliau sudah menjadi satu kebiasaan di sesetengah restoran dan kedai untuk menghidangkan air sebaik sahaja pelanggan mereka duduk.

"Dalam kebanyakan kes, air tidak diminum memandangkan pelanggan memesan minuman lain dan air itu dibuang begitu sahaja. Dalam keadaan ini, air seharusnya dihidangkan jika pelanggan memintanya," katanya.

Oleh sebab itu, ujarnya CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak teragak-agak untuk menguatkuasakan Akta itu.

Harakah Daily

Muhammad Edrus raih pingat emas pertama Malaysia

Posted: 08 Feb 2012 11:00 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Selepas hambar tanpa sebarang kilauan pingat pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 semalam, Muhammad Edrus Md Yunos memberi keceriaan kepada skuad negara hari ini.

Pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Muhammad Edrus mencatat masa terpantas acara 1km ujian masa lelaki elit dengan catatan 1 minit 06.647 saat.

Beliau berjaya mengatasi saingan terdekat, Mahmoud Parash dari Iran dengan hanya perbezaan 0.439s.

"Saya tidak menyangka yang saya boleh meraih pingat emas. Sudah lama saya tidak bertanding dalam acara 1km ini. Kejayaan pingat emas ini boleh dikatakan sebagai bonus kepada saya.

"Sebelum bertanding pun saya tidak letak sebarang sasaran dan hanya mahu melakukan yang terbaik. Jurulatih saya, John Beasley sasar pingat sebarang warna," katanya. — BERNAMA

2 pegawai didakwa manipulasi senarai jemaah haji

Posted: 08 Feb 2012 10:57 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Dua pegawai Lembaga Tabung Haji dituduh di Mahkamah Jalan Duta hari ini berhubung kesalahan memanipulasi pangkalan data untuk menjangkau giliran ke tanah suci bagi menunaikan haji.

Kedua-dua mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, masing-masing melakukan empat kesalahan membabitkan nilai rasuah antara RM6,750 dan RM20,000.

Tertuduh pertama, Roslan Mohamed Som, 47, seorang kerani, didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM, melakukan kesalahan pada 15 Julai 2010 antara jam 3.30 hingga 4.00 petang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Dia dituduh menerima rasuah menerima suapan RM6,750 daripada Samsudin Ibrahim, sebagai upah untuk melakukan satu perkara iaitu untuk tolong menguruskan nama-nama jemaah haji yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 supaya dapat pergi menunaikan haji tahun yang sama.

Tertuduh kedua, Afizul Md Yasin, 34, seorang juruanalisa sistem didakwa di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana menggunakan program khas tanpa kuasa dalam pengubahsuaian kandungan pengkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji.

"Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di lantai 13 Jabatan Teknologi Maklumat Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur, apabila menggunakan komputer yang didaftar dengan membuat capaian ke Pengkalan Data Tabung Haji dan memasukkan rekod jemaah haji dengan menggunakan program khas 'Win SQL' tanpa kuasa akan menyebabkan pengubahsuaian kandungan pengkalan data sistem haji untuk Lembaga Tabung Haji," kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah, tertuduh didakwa membuat kesalahan tersebut pada tiga tarikh berbeza iaitu 10 Jun 2010, 12 Julai 2010 dan 14 Julai 2010.

"Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan minta untuk dibicarakan," tambah kenyataan itu.

Kes mereka akan disebut semula pada 23 Februari ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulqarnain Hassan di hadapan Hakim Rozilah Salleh manakala kedua tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Sinar Harian

Cuepacs Bentang Kertas Cadangan SBPA 22 Februari Ini

Posted: 08 Feb 2012 10:55 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dijadual membentangkan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat ketiga pasukan itu yang dijadualkan 22 Feb ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kertas cadangan komprehensif itu yang disediakan Jawatankuasa Bertindak SBPA yang diwujudkan khas oleh Cuepacs, dijangka siap sepenuhnya sebelum tarikh mesyuarat berkenaan.

"Selepas pembentangan itu (pada 22 Feb) barulah kita dapat memberikan gambaran awal sama ada semua tuntutan penjawat awam berhubung SBPA dapat ditunaikan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua pasukan petugas khas di sini, Rabu.

Beliau berkata tiada perkara baru yang dibincangkan pada mesyuarat, Rabu dan hanya meneruskan agenda mesyuarat pertama selain menumpukan kepada lima tuntutan yang dikemukakan Cuepacs sebelum ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

"Sebab itu mesyuarat tidak bangkitkan isu-isu baru dan hanya tumpukan kepada lima tuntutan itu sahaja dengan harapan segala perbincangan mengenainya dapat diselesaikan lebih awal dan tidak perlu berlanjutan sehingga tiga bulan," katanya.

Pada masa sama, Omar turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan persetujuan kerajaan membenarkan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu untuk menganggotai pasukan petugas khas itu.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadangkan ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor dan mereka telah menerima surat pelantikan masing-masing pada Rabu. - BERNAMA

Huang, ketua sindiket tipu RM10b diberkas

Posted: 08 Feb 2012 10:54 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.

Difahamkan, Huang ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.

Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai "Penipu Macau" dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa)telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan. - Bernama

Sinar Harian

Bekas naib pengerusi Koswip didakwa rasuah

Posted: 08 Feb 2012 10:52 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bekas Naib Pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (Koswip) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menerima rasuah RM270,000 berhubung kontrak bernilai RM1.5 juta, tujuh tahun lalu.

Sharuddin Abdul Malek, 49, didakwa menerima cek RM100,000 daripada pengarah urusan syarikat CAE Technologies Sdn Bhd, Mokhtar Ismail di Pasaraya Big 7, Wisma Mais, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, di sini antara 17 dan 19 September 2005.

Dia yang pada masa itu ahli lembaga koperasi didakwa sekali lagi menerima cek RM120,000 dan RM50,000 daripada Mokhtar di tempat sama antara 30 September dan 21 Disember 2005.

Wang suapan tersebut didakwa sebagai upah Sharuddin untuk mendapatkan kontrak bagi syarikat Mokhtar menjalankan kerja-kerja membekal, membangun dan menyelenggara sistem rangkaian portal dan sistem maklumat koperasi.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Sophian Zakaria mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Seksyen tersebut dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohd Sophian memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin terhadap Sharuddin.

Bagaimanapun peguam Mohd Shahrullah Khan memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin dengan alasan Sharuddin kini bekerja ambil upah potong rumput dan perlu menyara isteri serta lima anak.

Hakim Asmadi Hussin menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan lapor diri pada Ahad pertama setiap bulan di Balai Polis Taman Dagang Ampang.

Kes ditetapkan 14 hingga 18 Mei depan untuk perbicaraan.

Sinar Harian

Guru sekolah memandu mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

Posted: 08 Feb 2012 10:50 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI - Seorang guru sekolah memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memberi suapan kepada seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu.

Seow Song Sun, 42, dituduh memberi suapan RM200 sebagai dorongan untuk membenarkan tenaga pengajar tanpa sijil mengajar (SM2/SPIM) memandu dan tidak mengambil tindakan kerana tidak memakai tali pinggang keledar, di Pintasan Barat di sini antara pukul 10 dan 11 malam, 12 Mei tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Hakim Norsalha Hamzah menetapkan RM4,000 sebagai jaminan dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya SPRM, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam S.P Raman.- Bernama

Sinar Harian

Kos tinggi: Syarikat bas paling lama di Sandakan hentikan operasi

Posted: 08 Feb 2012 10:47 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SANDAKAN - Setelah beroperasi sejak 56 tahun lalu, Labuk Road Bus Co Sdn Bhd, sebuah syarikat bas paling lama di sini akan menghentikan operasi syarikat ekoran kos operasi yang tinggi.

Pengurus syarikat berkenaan, Henry Chu berkata dengan jumlah penumpang yang yang semakin berkurangan menyebabkan syarikat itu tidak dapat menampung kos operasi syarikat itu.

"Kami cuba bertahan tetapi disebabkan kos operasi yang tinggi dan jumlah bas mini yang semakin banyak, sudah sampai masanya operasi syarikat dihentikan daripada terus menanggung kerugian.

"Sebagai sebuah syarikat paling lama beroperasi di daerah ini, sudah tentu saya tidak ingin menutup operasi syarikat tetapi saya tidak mempunyai pilihan," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya faktor persaingan daripada pengendali bas mini yang banyak beroperasi di daerah ini menjadi antara penyebab penumpang tidak lagi menggunakan perkhidmatan bas syarikatnya.

Henry bagaimanapun tidak menyatakan bila syarikat, yang mempunyai 30 bas beroperasi di laluan antara Bandar Sandakan hingga Kilometer 25 (Batu 16) dan mempunyai 60 pekerja, itu akan menghentikan operasinya tetapi menjangkakan ia dilakukan pada tahun ini.

Kebajikan 60 pekerja syarikat itu akan diberikan keutamaan sebelum operasi syarikat dihentikan, katanya.

Beliau berkata syarikat itu tidak pernah mengambil mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan termasuk berkaitan pengangkutan bagi membantu menangani kos operasi yang tinggi.

Henry turut berharap kerajaan dapat mengawal pengeluaran permit bas di daerah ini kerana jumlahnya kini yang sudah banyak.

Seorang pemandu bas di syarikat itu, Hussin Olong, 38, berasa sedih dengan keputusan majikannya mahu menamatkan operasi syarikat itu.

Dia yang bekerja di syarikat itu sejak 18 tahun lepas berharap majikannya dapat mencari jalan lain bagi mengatasi masalah kos operasi syarikat kerana di situlah punca pendapatan hidupnya sejak sekian lama.

Hussin berkata dia gembira dan bangga dapat bekerja di syarikat bas paling lama beroperasi di daerah ini. - Bernama

Sinar Harian

Sindiket dadah di Kampar tumpas, dadah lebih RM9.2 juta dirampas

Posted: 08 Feb 2012 10:43 PM PST

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini apabila merampas dadah bernilai lebih RM9.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dadah di Taman Malim Nawar, Kampar, Jumaat lepas.

Serbuan pada pukul 9 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak itu turut menahan seorang wanita yang ketika itu sedang memproses dadah di rumah terbabit, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan polis menemui 46.2 kilogram serbuk dipercayai ecstacy, 126 gm ketamin, dua botol plastik mengandungi cecair dipercayai asid, alat penimbang, ketuhar dan alat memproses dadah.

Keseluruhan berat dadah yang dirampas boleh menghasilkan 462,000 biji pil ecstacy yang dianggar bernilai lebih RM9.2 juta, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dan menyita sebuah kereta jenis Toyota-Vios bernilai RM40,000 daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu kini direman selama tujuh hari, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B akta Dadah Merbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Mohd Shukri berkata berdasarkan siasatan, polis percaya dadah yang diproses itu adalah untuk pasaran di negeri ini dan sindiket itu beroperasi sejak tiga bulan lepas.

Polis masih mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah itu selain mengenalpasti sama ada ia membabitkan sindiket di luar negeri ini, katanya.- Bernama

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang