Khamis, 9 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


POLIS RAMPAS BLACKBERRY KHALID SAMAD

Posted: 09 Feb 2012 02:21 AM PST


SHAH ALAM, 9 Feb: Anggota Parlimen Shah Alam umpama patah tangan apabila terpaksa melepaskan telefon bimbit Blackberry beliau untuk tujuan siasatan.

Petang ini, seorang pegawai polis menemui beliau dan 'merampas' telefon itu untuk tujuan siasatan.

"Ia berkaitan dengan kes Teoh Beng Hock yang saya tweet setahun lalu melalui telefon itu," kata Khalid kepada Harakahdaily.

"Saya x boleh tweet lagi hingga BB dpulangkn. Istilah rampas adalah istilah yang diguna polis. Jam 2.30 Chief Inspector akan datang. WasSalaam.
"Sekadar nak maklum nombor baru. Akan dpulang bila selesai siasat," tulis Khalid dalam twitternya hari ini.

Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, beliau sendiri tidak ingat bilakah beliau membuat tweet berkaitan kes Teoh Beng Hock itu.

"Sudah beberapa kali polis datang nak ambil telefon tu tetapi saya berjaya tangguhkan. Hari ini tidak boleh lagi, kena serah," katanya.(HARAKAHDAILY)

Tiada ulasan:

Nuffnang