Jumaat, 24 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH JUMAAT ADUN CHANGKAT JONG DI KG. BANJAR

Posted: 24 Feb 2012 07:36 AM PST


TELUK INTAN, 24 Februari - Jumaat kali ini (24.2.2012) ADUN Changkat Jong telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Banjar. Peluang tersebut telah diambil oleh YB Hj. Mohd. Anuar Sudin untuk beramah mesra dengan para jemaah masjid. Turut hadir sama ialah Pembantu Khas beliau, Hj. Mohamad Akram Mohd. Ayub  dan Pengarah Pilihan Raya kawasan Hj. Mohd. Azhar Rafiei merangkap imam bagi masjid tersebut serta Ketua PAS Cawangan Kg. Banjar, Sdr. Mokhtar.
YB Anuar dan Hj. Azhar bertanya khabar seorang warga emas.

Sentuhan rasa yang memberikan kesinsafan.

Seusai solat Jumaat, YB Anuar dan rombongan telah dibawa menziarahi dua orang warga emas di kampung tersebut. Antaranya ialah seorang warga emas berusia 75 tahun yang baru terkena strok. Rombongan kebajikan  telah disambut baik oleh ahli keluarga warga emas tersebut.
Pertemuan yang penuh kemesraan.



Menyantuni serta beramah mesra dengan orang yang diziarahi telah mewujudkan suasana ceria antara ADUN Changkat Jong dengan rakyat yang sedang menderitai sakit dan kesusahan. Di akhir pertemuan, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada mereka.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang