. |
Nasrudin: Anak muda Islam boleh rai Hari Kekasih jika... Posted: 10 Feb 2012 07:36 PM PST Nasrudin: Anak muda Islam boleh rai Hari Kekasih jika...Nasrudin: Anak muda Islam boleh rai Hari Kekasih jika... Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Menulis tulisannya di Harakahdaily dan turut dimuat dalam blognya, beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah: a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram; b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama "Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan," katanya. Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. "Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan. "Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka," tambahnya. Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. "Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. "Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan," katanya. Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. "Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan. "Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat. "Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati. "Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. "Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya. "Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. "Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi. "Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar," jelasnya. Source: http://malaysiakini.com/news/188626 |
Posted: 10 Feb 2012 02:32 PM PST INILAH MANIFESTASI CINTA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA) Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod hidup yang diselit unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Derita kerana cinta ada kelazatannya yang luar biasa. Sakit kerana cinta ada rasa yang berbeza. Gembira meraikan cinta tidak sama dengan gembira biasa. Korban cinta, indah pada cerita dan rasa. Manifestasi itu muncul dalam kehidupan dan memberikan nilai dan rencah yang pelbagai rupa, warna dan rasa. Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta. Ini mengingatkan kita kepada rangkap puisi yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafi'e (meninggal 204H) :
Manifestasi Cinta Demikian manifestasi cinta itu boeh menjelma dalam pelbagai rupa. Banyak tindakan yang luarbiasa boleh terhasil dari cinta. Sehingga kadang-kala tidaklah dapat difahami oleh akal yang memikirnya tanpa melihat dari jendela kasih. Saya merenung riwayat Abu Ya'la yang dinilai sahih oleh al-Hafizd Ibn Hajar al-'Asqalani dalam al-Isabah daripada Anas bin Malik r.a yang menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Pengislaman beliau agak lewat. Abu Bakar r.a memang begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam. Menariknya, pada hari Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya: "Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?". Jawabnya: "Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam". Demikian halusnya perasaan Abu Bakar, kegembiraan bapanya menganut Islam itu tenggelam apabila mengenang Nabi s.a.w tidak memperolehi kegembiraan yang sama disebabkan bapa saudara kesayangan baginda (Abu Talib) tidak menganut Islam. Abu Bakar membayangkan alangkah baik jika Abu Talib yang berada di tempat bapanya ketika itu. Itulah cinta. Itulah berkorban apa sahaja. Tiada rasa gembira jika kekasih berduka. Tiada rasa gembira jika kekasih tidak kongsi bersama. Kehidupan Abu Bakar; tindakan dan pergerakannya adalah manifestasi cinta yang sangat dalam dalam terhadap seorang rasul. Dia telah memenuhi makna sabda Nabi s.a.w:
Justeru itu, fahamlah kita makna kemanisan bercinta kerana Allah dan RasulNYA. Cinta seperti itu telah mencetuskan pelbagai keajaiban dan kehairanan manusia biasa sepanjang sejarah kemanusiaan. Sanggup berkorban dan terkorban sebagai manifestasi cinta. Para sahabah sanggup meninggalkan keluarga dan sahabah handai. Sanggup kehilangan harta dan nyawa. Semuanya kerana cinta. Pada mata manusia mereka menderita. Di lubuk jiwa, mereka sedang tenggelam dalam satu kemanisan yang sukar hendak digambarkan dalam tulisan dan perkataan. Kemanisan iman! Inilah yang disebut oleh Nabi s.a.w:
Cinta Menafikan Cinta Cinta juga menafikan cinta. Jika kita benar-benar sayang kepada seseorang, sudah pasti kita tidak akan menyayangi orang yang membenci kekasih kita tanpa sebab yang benar. Sudah pasti kita dapat menerima orang memusuhi kekasih kita tanpa suatu alasan yang boleh dimaafkan. Bagaimana boleh berhimpun dua kekasih yang bermusuhan dalam satu perasaan, melainkan kadar cinta kita itu tidak memenuhi ruang. Di sinilah yang al-Quran tegaskan bahawa tidak mungkin seseorang yang mencintai Allah dan RasulNYA, tetapi dalam masa yang sama menyayangi mereka yang memerangi Allah dan RasulNYA. Firman Allah: (maksudnya)
Islam tidak menyuruh kita memerangi bukan muslim tanpa sebab yang diiktiraf oleh agama. Kita mungkin boleh duduk berbincang dengan bukan muslim, atau muslim yang tidak kuat berpegang dengan agama. Bersimpati dengan mereka, berkawan dan bertukar manfaat kehidupan dunia. Menyampaikan pandangan dan pendapat dan saling menghormati. Ini selagi mana mereka semua tidak menzahirkan peperangan, penghinaan dan pencercaan terbuka terhadap Allah dan RasulNYA. Jika itu berlaku, tidak mungkin ada berhimpun dalam suatu jantung cinta Allah dan sayangkan penentang Allah. Maulid Saya tidak mahu membahaskan tentang maulid sebab saya telah sebut dalam artikel yang lain tentang perbahasan dan perbezaan para sarjana mengenai tarikh kelahiran Nabi s.a.w dan pandangan terhadap sambutan itu sendiri. Setiap tempat mungkin ada penilaian yang berbeza berdasarkan perbezaan cara dan maksud. Cumanya, hubungan muslim dengan Nabi mereka bukan seperti hubungan antara kita dengan tokoh-tokoh dunia yang lain yang di sambut sekadar mengenai jasa atau sekadar satu pesta. Hubungan kita dengan baginda adalah hubungan cinta yang menzahirkan manifestasinya. Para sahabat Nabi s.a.w tidak ada sebarang perayaan mengenai Nabi s.a.w tetapi manifestasi cinta itu menjelma saban hari dan waktu dalam kehidupan mereka. Mereka berjaya membawa obor iman dalam kehidupan sekalipun tanpa perayaan. Sedangkan kita dengan segala perayaan gagal menunai manifestasi cinta itu. Bahkan dalam perayaan kita, orang-orang besar, menteri dan raja hadir dengan penuh gaya dan pakaian kesombongan yang sama sekali berbeza dengan kehadiran Nabi s.a.w semasa hayatnya ke dalam majlis para sahabat tercinta! Cinta melahirkan manifestasinya. Source: http://drmaza.com/home/?p=1758 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan