Jumaat, 13 Januari 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Exco Selangor Kecam Laporan Media Tuduh Peserta Dalang Letupan

Posted: 12 Jan 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 12 JAN: Laporan palsu pihak media yang tidak bertanggungjawab menuduh peserta perhimpunan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebagai dalang letupan dikecam Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini.

"Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kejadian tersebut, tiga letupan berlaku dan mengakibatkan lima orang cedera dan mengakibatkan kerosakan harta benda terutamanya kenderaan.

Letupan yang pertama berlaku bersebelahan dengan kenderaan Exco Selangor sehingga mengakibatkan kereta tersebut mengalami kerosakan manakala kereta milik Zakaria Abdul Hamid, pengarah PKOM Selangor, yang diletak di belakang turut menerima mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis untuk menyiasat perkara ini dengan terperinci dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan agar kejadian sebegini tidak berulang.

Tanbahnya, pelepasan bom-bom ini boleh dianggap sebagai tindakan pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.

Sementara itu, Exco Selangor Dr. Xavier Jayakumar mengesa polis segera menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia bertajuk " Peserta Bawa Bom" yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.

"Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis 'mengheret' wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Lantaran letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus 'merobek' kredibiliti dan 'ketidak upayaan' pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.

Dr Xavier turut mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui 'kecekapan' polis dalam 'menjamin' keselamatan negara.


Sumber: TVSNEWS

Kes Letupan Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Posted: 11 Jan 2012 11:00 PM PST

Pihak Polis digesa segera menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia bertajuk "Peserta Bawa Bom" yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.

Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis 'mengheret' wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kita menganggap isu letupan yang berlaku Isnin lepas semasa 'Himpunan 901' sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.

Kejadian 3 letupan ini sangat mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah dibawah pengawasan ketat pihak Polis sehinggakan  sebuah helikopter Polis dilihat berlegar-legar mengawasi pergerakan perhimpunan tersebut.

Kita juga menganggap beratus-ratus anggota polis berseragam atau berpakaian preman berada di situ dan kita percaya ramai anggota polis berpakaian preman  berada di kalangan  orang ramai di kawasan tersebut. 

Yang lebih meragukan kita ialah letupan berlaku bukan SATU tetapi 'TIGA' berselang beberapa minit antara satu sama lain.

Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di 'orkestra' kan  dan telah dirancang terlebih awal (well- planned) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ianya bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa.

Kita melihat kejadian letupan ini harus pandang dengan amat serius kerana pada hari tersebut hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan bertumpu untuk membuat liputan kes mahkamah tersebut.


Lantaran letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus 'merobek' kredibiliti dan 'ketidak upayaan' pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.  

Ini juga sedikit sebanyak menghakis tanggapan Pelabur-pelabur asing terhadap 'keupayaan' pihak Polis menjaga serta menjamin keselamatan aset pelaburan mereka di Negara ini.

Harus dingat selain kes kematian Altantuya yang  mati dengan penggunaan bahan peledak C4, kita jarang sekali mendengar penggunaan sebarang bom atau bahan letupan terhadap orang perseorangan atau orang ramai di negara kita sejak Merdeka. 

Kita juga mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui 'kecekapan' pihak Polis dalam 'menjamin' keselamatan Negara.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor  
Tarikh : Khamis 12 Januari 2012

Masalah Sampah Selesai 24 Jam Selepas Aduan

Posted: 11 Jan 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 11 JAN : Setiap aduan berkenaan masalah sampah yang dilaporkan ke talian bebas tol 1800-88-2824 akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

"Selepas daripada pukul 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya.

"Saya juga ingin meminta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula," jelasnya.

Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memaklumkan, perkhidmatan talian bebas tol akan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mahupun cadangan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Beliau berkata, talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut Menteri Besar apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima.

Jelasnya, dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan menggunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.

Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang bantahan yang dikemukakan Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat (protem) bersama 70 kontraktor lain terhadap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kerana menawarkan tender baharu kepada orang luar, Ronnie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan mengikut proses tender.

Katanya, dakwaan kontraktor terbabit bahawa tindakan yang dilaksanakan MPKj itu adalah semata-mata mahu mengambil syarikat kroni dan parti politik tertentu dan mengetepikan peranan mereka dalam urusan pungutan sampah dan sebagainya juga adalah tidak benar.

"Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak.

Mereka perlu mengikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Tiada ulasan:

Nuffnang