:: cina islam | 2011 :: |
- Pak Syed selamat disemadikan bersama rakannya
- Saman: Kayveas berdepan kemungkinan bankrap
- Amaran hujan lebat di Pahang, Terengganu dan Johor
- 14,000 pelajar terjejas akibat AirAsia X henti laluan London
- Apple tangguh penjualan iPhone 4S di China
- Ibu Kugan fail saman RM100 juta terhadap Khalid, empat individu
- Hukum penggunaan wang Zakat
- Model unik Metropolis II
- Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12
- Malaysia bakal jadi pengeluar kondom utama dunia
- Pembeli rumah lapor SPRM
- Kepala hancur digilis lori
- Reka bentuk baru didedah
- Bagaimana Menambah Nikmat Allah
- Lawatan penjara Tahun Baru Cina 25-26 Jan
- PAS Padang Serai perlu dana baiki markas
- Khatam Quran puncak gunung
- Sultan perkenan gugur Hasan Ali
- “Ada pihak halang saya guna dakwat” – Bekas Pengerusi SPR
- Panggilan Allah
- Memohon Perlindungan
- Membuka Pintu Maaf
- Bieber lancar robot menari
- 4 pegawai kerajaan dijadikan tebusan kumpulan militan Somalia
- PM Jepun bakal gugur dua menteri
Pak Syed selamat disemadikan bersama rakannya Posted: 13 Jan 2012 03:25 AM PST Safar 1433H. [MOD] -
GOMBAK, 13 Jan: Jenazah petugas veteran pejabat Agung PAS, Drs Syed Muhamad Syed Hasan selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman Batu Muda dekat sini. (Gambar: Datuk Dr Haron Din mengimamkan solat jenazah untuk Pak Syed) (Gambar: Perjalan terakhir seorang pejuang) (Gambar: Semasa hayatnya tugas Pak Syed berbagai-bagai termasuk melayani kanak-kanak ini) Sementara itu, Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah pula menceritakan bahawa beliau mengenali Allahyarham sejak masih di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi. "Pak Syed seorang pejuang Islam yang sejati.Saya kenali beliau sejak saya di Abim lagi.Allahyarham sering menjadi rujukan kepada orang-orang baharu yang menyertai PAS dan duduk di Pejabat Agung PAS," katanya. Pendek kata, pemergian Allahyarham Pak Syed amat-amat dirasai lebih-lebih lagi yang mengenali beliau. Sekalung Al-Fatihah dari Harakah dan Harakahdaily kepada Allahyarham Pak Syed agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Harakahdaily/- | ||
Saman: Kayveas berdepan kemungkinan bankrap Posted: 13 Jan 2012 02:11 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 13 Jan: Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng hari ini mendedahkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas sedang berdepan kemungkinan jatuh bankrap. Beliau berkata, Kayveas dan isterinya, Datin Seri Blanche O' Leary pernah disaman oleh sebuah syarikat kontraktor, Peninsular Concord Sdn Bhd pada tahun 1997 kerana gagal membayar ganti rugi bernilai RM470,000 kepada syarikat tersebut. "Pada 1 Februari 1997 Peninsular Concord bayar RM470,000 kepada Kayveas dan isteri sebagai 'stakeholder' untuk satu projek. "Tapi projek itu terbengkalai dan Peninsular minta balik duit tersebut tapi kayveas enggan bayar balik," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Parlimen Segambut, hari ini. Pada 28 Julai tahun lalu, mahkamah memutuskan Kayveas mesti membayar balik wang tersebut berserta interest dan tiada perintah mahkamah menyebut kes ini ditangguh. Walaupun Kayveas dan isteri mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, namun kes ini masih dalam perbicaraan. "Kayveas kena bayar balik walaupun telah failkan rayuan. "Peninsular Concord pula telah memfailkan notis bankrapsi terhadap Kayveas," jelasnya. Semalam, Kayveas yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan bahawa namanya tidak terdapat dalam senarai bakal calon PPP untuk pilihan raya umum ke-13. Menjelaskan perkara itu, Kayveas seperti dilaporkan media berkata, beliau menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional. PPP telah mengemukakan hasrat bertanding di empat kawasan Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri kepada Najib. Pada pilihan raya umum lalu, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kawasan Parlimen Taiping dan kawasan DUN Pasir Bedamar. Di Taiping, Kayveas tewas kepada calon DAP Nga Kor Ming dengan 11,298 undi manakala bagi kerusi Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada Seah Leong Peng daripada DAP dengan 7,914 undi. Harakahdaily/- | ||
Amaran hujan lebat di Pahang, Terengganu dan Johor Posted: 13 Jan 2012 02:04 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 13 Jan. - Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa daerah di Pahang, Terengganu dan Johor dijangka berterusan sehingga esok, yang akan menyebabkan banjir di kawasan rendah. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, amaran hujan lebat peringkat jingga itu melibatkan Kuantan, Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang; Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Mersing dan Rompin (Johor). Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga Sabtu, yang juga boleh menyebabkan banjir. Daerah yang terlibat di Kelantan ialah Kota Baharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang (Terengganu); Rompin, Temerloh, Lipis, Bera, Bentong, Raub dan Cameron Highlands (Pahang) serta daerah Segamat, Johor. Di Perlis, daerah yang terlibat adalah Kangar, Padang Besar dan Arau; daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Langkawi (Kedah); Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak); manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Timur Laut dan Barat Daya. Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 60km/j dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North dan Layang-Layang, yang dijangka berterusan sehingga esok. Kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. Dalam pada itu, jabatan berkenaan turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua apabila angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60km/j dengan ombak mencapai 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Reef North, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga esok. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. | ||
14,000 pelajar terjejas akibat AirAsia X henti laluan London Posted: 13 Jan 2012 02:01 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - LONDON 13 Jan. - Keputusan AirAsia X untuk menghentikan laluan Kuala Lumpur-Londonnya mulai 30 Mac dijangka memberi kesan kepada lebih 14,000 pelajar Malaysia yang meneruskan pengajian mereka di United Kingdom (UK). Sejak memulakan laluan itu pada bulan Mac 2009, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah ini telah menjadi pilihan ramai kepada mereka yang mahu kembali ke tanah air dari UK memandangkan tambangnya yang amat berpatutan dan disertai dengan perkhidmatan yang baik. Pengerusi United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal Hafriz Abdullah berkata, pemberhentian ke atas laluan ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai pilihan penerbangan yang sedikit. "Kebanyakan kami memang tidak sabar-sabar untuk menyertai keluarga dan mereka yang tercinta terutamanya pada musim-musim perayaan," kata beliau kepada Bernama. Pelajar tahun dua di London School of Economics berkata, beliau berharap AirAsia X akan menarik balik penggantungan ini dan menyambung semula penerbangannya ke London secepat mungkin. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong berkata, ketibaan rakyat Malaysia telah meningkat ekoran pengenalan AirAsia X ke UK. "Ini termasuklah pelajar Malaysia di UK yang mahu pulang ke tanah air. Tiada alternatif penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur. Pergerakan antara kedua-dua negara akan terjejas oleh penutupan ini," kata beliau. Selain London, AirAsia X turut mengumumkan pada hari Khamis yang ia akan menggantungkan penerbangan ke Paris pada 31 Mac dan Mumbai dan New Delhi pada 31 Januari. Menurut AirAsia X, sebab di sebalik penggantungan ini ialah kerana pelaksanaan skim perdagangan emisi dan duti penumpang udara di UK, yang semakin meningkat di United Kingdom dan akan dinaikkan sekali lagi pada April. Sebab lain ialah kebimbangan terhadap peruntukan dan dipengaruhi pula oleh situasi tidak menentu ekonomi global dan harga bahan bakar jet yang melambung meskipun AirAsia X mencatatkan faktor beban melebihi 80 peratus untuk penerbangan London dan Parisnya pada tahun 2011. — BERNAMA | ||
Apple tangguh penjualan iPhone 4S di China Posted: 13 Jan 2012 01:49 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - BEIJING 13 Jan. - Apple Inc. menangguhkan penjualan iPhone 4S di China berikutan penggemar telefon itu yang berang dan membaling telur kedai berkenaan setelah gagal dibuka. Kejadian itu berpunca daripada kedai berkenaan gagal dibuka pada pukul 7 pagi, sedangkan ratusan orang ramai telah beratur dari malam, dalam cuaca yang membeku. Syarikat itu menjelaskan penangguhan itu adalah kerana bimbangkan keselamatan orang ramai yang berbaris dalam kesejukan serta keselamatan kakitangan di kedai berkenaan. Bagaimanapun orang ramai di China masih dapat membeli telefon itu secara online. - Agens | ||
Ibu Kugan fail saman RM100 juta terhadap Khalid, empat individu Posted: 13 Jan 2012 01:46 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ibu kepada seorang tahanan polis yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, A Kugan, hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain kerana didakwa gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lalu. Pentadbir estet, N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 9 pagi. Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Jan 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis. Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan-defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya. Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab/liabiliti dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka. Wanita itu menuntut ganti rugi RM100 juta, serta ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. Pada 28 Januari tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan. Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009. - BERNAMA | ||
Posted: 13 Jan 2012 01:00 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - 1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya. Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa; تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ "Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)" (al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti). Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata; إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه، فإن خالفه لم ينفذ "Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan" (al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138). 2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina 'Umar pernah menegaskan; إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم. "Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim". Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya; إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً (Surah an-Nisa', ayat 10) Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; "Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka" (al-Majmu', kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188). 3. Golongan yang berhak menerima zakat Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan; 1. Untuk golongan fakir 2. Untuk golongan miskin 3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama 4. Untuk 'amil-amil yang dilantik menguruskan zakat 5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya 6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang 7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah) 8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan. إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ "Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (at-Taubah: 60) 4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi. (al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514). Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita? 5. Pengertian Sabilillah Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab; "Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai')" (al-Muhazzab, Kitab az-Zakah). 6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya; "Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi'ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik" (al-Majmu', Imam an-Nawawi). 7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع): Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)". 8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha' yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum". (Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689). 9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah "Fi Sabilillah", penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; "Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….". (Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692). 10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; "Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja" (Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139) Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | ||
Posted: 13 Jan 2012 12:50 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - SEORANG pekerja sukarela melihat model bandar raya Metropolis II di Muzium Seni Los Angeles kelmarin. LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan. Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan. Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia. Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya. Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri. Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - Agensi | ||
Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12 Posted: 13 Jan 2012 12:50 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, "Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?" yang diadakan di sini malam tadi. (Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi) Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12. "Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat. "Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah," kata Rashid dalam forum itu. Pada masa ini, Husam mencelah, "Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?" Rashid pula membalas, "SPR tak ada kuasa." Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa. Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi. "Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal," terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan. Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya. "Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali," sindir Nazri. Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, "Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi." Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet. "Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam," kata Husam. Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini. "Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan. "Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong," selar Husam. Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0. "Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini. "Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini," tambah beliau lagi. Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya. "SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas," kata beliau. Keterangan Rashid dipersetujui Husam. "Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya)." harakahdaily/- | ||
Malaysia bakal jadi pengeluar kondom utama dunia Posted: 13 Jan 2012 12:40 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - NEW DELHI 13 Jan. - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC). MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion. "Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama. Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005. Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan. Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. "Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Yoke Kiew. Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu. Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. — BERNAMA | ||
Posted: 13 Jan 2012 12:30 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - HAMIZUN (kanan) berbincang dengan sebahagian pembeli rumah sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam. Desak siasat lelaki menyamar pegawai MB ambil deposit RM1.5 juta PUTRAJAYA: Sekumpulan pembeli rumah kos rendah di Taman Harmoni, Balakong; Taman Cheras Intan, Cheras; Taman Mulia, Selayang dan Taman Botanik, Klang yang mendakwa ditipu lelaki menyamar pegawai di pejabat Menteri Besar, melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat masalah terbabit. Kumpulan itu diwakili Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin, berkumpul semalam bagi membuat laporan terhadap lelaki yang mengakibatkan mereka kerugian RM1.5juta hasil kutipan wang pendahuluan serendah RM2,100 setiap pemohon. Hamizun berkata, selepas 45 laporan polis dibuat di empat ibu pejabat polis daerah (IPD), pembeli mengambil keputusan membuat laporan ke SPRM bagi menyelesaikan masalah penyelewengan terbabit. "Tempoh dua minggu diperlukan bagi menyiasat semua bukti penyelewengan berdasarkan laporan pembeli dan kita berharap satu siasatan telus dapat dilaksana," katanya di sini, semalam. Berita Harian sebelum ini menyiarkan keluhan 686 pembeli rumah kos rendah melalui skim kerajaan negeri yang ditipu selepas lelaki diharapkan lesap, sekali gus membebankan kebanyakan pembeli berpendapatan rendah. Ada yang mengeluarkan simpanan untuk membayar wang pendahuluan tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah mengikut sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Wakil pembeli, Azlan Lam, 37, yang dijanjikan unit rumah di Taman Harmoni, Balakong, berkata pihaknya mempercayai ketelusan siasatan SPRM yang berjaya menyelesaikan masalah sama. berita harian/- | ||
Posted: 13 Jan 2012 12:00 AM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - SELAT KLANG - "Arwah sempat menyiapkan bekalan nugget pada adik bongsunya sebelum bertolak ke tempat kerja, bekalan itu hampir tertinggal, tetapi dia cepat-cepat mengambil lalu diserahkan kepada adiknya sambil tersenyum," demikian cerita Mohd Fauzi Abdul Kadir, 54, bapa kepada Faziatul Zainiza yang maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Delek, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu, Faziatul, 26, maut setelah kepalanya hancur digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk ke tempat kerjanya di kilang Ayamas, Pelabuhan Klang. Mohd Fauzi berkata, sikap anak keempatnya itu agak menghairankan kerana kebiasaannya tidak berperangai sedemikian. Menurutnya, pada hari kejadian, arwah Faziatul bangun awal dan menggoreng nugget, apabila ditanya, dia memberitahu untuk dijadikan bekalan adik bongsunya ke tempat kerja. "Namun, belum pun sempat adik bongsunya itu menjamah hidangan, arwah terlebih dahulu meninggalkan kami," katanya sebak kepada Sinar Harian, semalam. Difahamkan, setiap kali ke tempat kerja, Allahyarham akan menunggang motosikal seorang diri ke rumah rakan sekerja di Kampung Sungai Sireh sebelum menumpang rakannya itu menaiki kereta untuk ke tempat kerja. Allahyarham Faziatul yang juga ibu dua kanak-kanak masing-masing berusia lima tahun dan enam bulan dalam proses perceraian dengan suami. Mohd Fauzi berkata, sebelum ini, arwah sempat mendaftarkan anak sulungnya yang mempunyai hilang keupayaan bercakap ke sebuah pusat pendidikan swasta berhampiran rumah mereka kerana teringin melihat anaknya itu bersekolah seperti kanak-kanak lain. "Namun apakan daya, semua hasratnya tidak kesampaian, apa yang menyedihkan kami sekeluarga, dia meninggal dalam keadaan tragis dan menyayat hati. "Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, kami reda dengan pemergiannya," katanya. Jenazah selamat dikebumikan di Jerantut, Pahang yang merupakan kampung halaman datuk dan nenek arwah, lewat petang semalam. Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, insiden itu berlaku di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala ke Kampung Sungai Sireh. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke bahagian laluan jalan. "Dia kemudiannya digilis sebuah lori yang membawa muatan gas yang dipercayai gagal mengelak menyebabkan kepala mangsa pecah. "Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan sehingga kini, kita masih mengumpul maklumat mengenai kejadian ngeri ini," katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. sinar harian/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 11:40 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Pelan dan reka bentuk surau baru di kompleks beli belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah dipersetujui Kerajaan Negeri Jumaat lalu, selepas beberapa pindaan dibuat. Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden ini menggunakan cermin separa lut sinar yang dibina atas keluasan 4,800 kaki persegi. "Saya harap dengan adanya ilustrasi reka bentuk surau ini akan melenyapkan segala tohmahan terhadap Kerajaan Negeri kononnya masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina. "Kedudukan surau ini seolah-olah berasingan walaupun ia adalah sebahagian daripada kompleks beli belah itu. Selain menampakkan ciri-ciri Islamik di bahagian hadapan dan tepi, surau ini dibina dengan kelebihannya iaitu boleh diakses dari luar tanpa perlu masuk ke dalam bangunan kompleks," katanya. Amiruddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkata, sebuah kubah dan menara turut dibina pada sisi hadapan surau yang bercirikan Timur Tengah di bahagian luar. Menurutnya, amat jelas imej surau itu adalah tempat beribadat umat Islam, dengan kapasiti yang mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa. "Ia lebih menyerupai sebuah masjid berbanding peranannya sebagai surau. Surau ini termasuk tempat wuduk dibahagikan kepada dua bahagian berasingan untuk lelaki dan wanita, menjadikannya sebuah surau yang selesa untuk beribadah. "Kesemua jemaah solat di tingkat bawah, manakala bahagian atas berkeluasan 1,600 kaki persegi menempatkan ruang bermesyuarat, aktiviti, stor termasuk pejabat pengurusan surau," katanya. Mengenai kerja merobohkan bangunan Plaza Tunku Yaacob terbengkalai lebih 30 tahun lalu, Amiruddin berkata, ia kini berjalan lancar dan dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina. "Kesemua bangunan lama terbengkalai akan dirobohkan dahulu dan dijangka selesai sebelum perayaan, manakala bangunan perabot bersebelahan menyusul selepas itu. Bangunan Madrasah Salihiah paling akhir dirobohkan," katanya. Menurutnya, difahamkan pemaju akan memulakan kerja menanam cerucuk terlebih dahulu sebelum melakukan kerja merobohkan bangunan terakhir, yang dijangka dijalankan sekitar Mac. sinar harian/- | ||
Bagaimana Menambah Nikmat Allah Posted: 12 Jan 2012 11:25 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - Nikmat itu terbahagi tiga: 1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba. 2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba. 3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya. Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan. Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan. Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu. Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya. Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: "Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi Sumber: I Luv Islam.Com | ||
Lawatan penjara Tahun Baru Cina 25-26 Jan Posted: 12 Jan 2012 11:00 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara membenarkan keluarga banduan daripada kalangan kaum Cina untuk melawat mereka di penjara sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan. Timbalan Komisioner Kanan Penjara, Supri Hashim, berkata lawatan dibenarkan pada 25 dan 26 Januari kerana semua penjara termasuk pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney ditutup pada hari pertama dan kedua sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini. "Bagaimanapun, keluarga bagi tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh melakukan lawatan di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting pada 23 dan 24 Januari sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Waktu perjumpaan ditetapkan antara 8.15 pagi dan 4.15 petang. Pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan. Namun, mereka tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman semasa bertemu banduan kerana juadah boleh dibeli di kantin penjara. Supri berkata ahli keluarga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan semasa lawatan memandangkan segala kemudahan asas disediakan oleh Jabatan Penjara. "Sekiranya pelawat hendak berbuat demikian atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi daripada penjara sebagai akuan penerimaan," katanya. - BERNAMA | ||
PAS Padang Serai perlu dana baiki markas Posted: 12 Jan 2012 10:50 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - PADANG SERAI, 13 Jan: Menjelang pilihan raya umum ke 13, semua pihak dalam PAS sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik. Antara yang perlu dipersiapkan adalah markas atau pusat aktiviti kempen pilihan raya ini. Di Padang Serai, Kedah, antara markas PAS yang sedang diperkemaskan adalah markas tarbiyah Tuan Guru Haji Khatib Sarbini, Padang Ubi, Labu Besar dekat sini. Menurut setiausaha kerja markas ini, Anwar Md Hashim, markas ini masih berfungsi namun keadaannya menyedihkan dengan lantainya uzur, PA system kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak, tingkapnya terbuka menyebabkan air hujan dapat memasuki melaluinya, kayu dimakan anai-anai, dimamah usia dan sebagai. Ekoran itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk membaikpulihnya menjelang pilihan raya akan datang ini. Sehubungan itu, sumbangan diperlukan untuk membaiki. Kepada yang sudi, sila masukkan sumbangan anda melalui akaun Surau Haji Khatib Sarbini BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 02 – 05702 – 228785 – 1. harakahdaily/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 10:30 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, namun 23 peserta dari Maahad Tahfiz Daril Naim, Melor, di sini tetap berjaya menawannya dengan khatam 30 juzuk al-Quran. Pengarah ekspedisi, Muhammad Izzat Che Husin semasa menceritakan pengalaman berkenaan berkata, usaha yang dijalankan itu sebagai menghargai maahad (pondok) tersebut yang sudah 10 tahun dibina. "Semasa perjalanan mendaki gunung, ada di kalangan peserta yang mengalami kekejangan otot, pening dan loya akibat suhu di kawasan pergunungan yang sejuk. "Cuaca serendah empat darjah celcius pada hari kedua juga menguji tahap mental dan fizikal peserta terutama ketika mendaki cerun gunung yang berbatu dan licin menggunakan tali," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau berkata, tekanan udara yang rendah menyebabkan pernafasan peserta terganggu, namun acara khatam al-Quran sebanyak 30 juzuk berjaya dilaksanakan pada jarak 200 meter dari puncak gunung. Menurutnya, usaha berkenaan melahirkan semangat juang dalam diri peserta bagi menyempurnakan misi khatam al-Quran di puncak Gunung Kinabalu. "Ia sebagai bukti dan kemampuan peserta kepada peserta lain supaya tidak gentar menghadapi apa jua cabaran bagi meraih kejayaan," katanya. Katanya, dengan adanya cabaran pendakian untuk perjuangkan misi maahad di mata dunia, ia diharap menjadi contoh kepada institusi pendidikan lain untuk menyahut cabaran. sinar harian/- | ||
Sultan perkenan gugur Hasan Ali Posted: 12 Jan 2012 08:34 PM PST Sultan Selangor hari ini bersetuju untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor. Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini. "Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau. "DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi. Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru. "Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya. Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan. | ||
“Ada pihak halang saya guna dakwat” – Bekas Pengerusi SPR Posted: 12 Jan 2012 08:30 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 13 Jan: "Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang. Kata beliau kalau kerajaan hendak buat sekarang elok benarlah kerana cadangan itu sudah cuba dilakukan SPR pada pilihan raya umum lepas namun ada halangan tertentu. Isu penggunaan dakwat menghangatkan Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Abdul Aziz cuba berdalih setelah pekungnya didedah Abdul Rashid. Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu bersama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa juga bertindak sebagai ahli panel pada wacana siri ke-9 terbabit. Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator. Dewan konvensyen penuh sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan. Pihak penganjur, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terpaksa memasang layar di luar dewan, menyebabkan orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Nazri menyebut ketika itu kerajaan tidak dapat melaksanakan penggunaan dakwat pada hari mengundi kerana ada percanggahan dengan perlembagaan dan ada pihak yang menganggap sebagai meragukan. Sebaliknya, Abdul Rashid mempertahankan hujah penggunaan dakwah pada jari pengundi tidak perlu kepada pindaan perlembagaan, dan ia sekadar melibatkan peraturan di peringkat SPR sahaja. "Sama seperti arahan setiap pengundi perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum diberi kertas undi. Syarat itu hanya peraturan di peringkat SPR sahaja dan tidak perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya. Malah Husam mengambil peluang mencelah dengan menjelaskan JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan dakwat boleh digunakan pada hari mengundi sejak 2007 lagi. Abdul Rashid juga seakan-akan meluah rasa kecewa memandangkan SPR tidak diberi kuasa penuh bagi mengendalikan pilihan raya secara lebih berkesan, sambil menyifatkan apa yang cuba dilakukan kerajaan sekarang sekadar merubah di bahagian ekor dan bukannya kepala. "Kepala tidak disentuh hanya ekor sahaja disentuh melalui Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Sepatutnya perubahan perlu dibuat secara lebih menyeluruh. Perubahan perlu kepada political will. "Apa yang perlu diubah macam tidak disentuh. Sepatutnya kita perdalamkan perbincangan mengenai demokrasi itu sendiri. SPR sejak 1959 hanya berkongsi kuasa dengan pihak lain dan tidak mempunyai kuasa penuh. "SPR berkongsi kuasa dengan pihak polis, Jabatan Penerangan dan jabatan-jabatan lain lagi. Kuasa yang ada pada SPR tidak kuat," ujarnya mendapat sokongan gemuruh orang ramai. harakahdaily/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 08:20 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal" (QS. Al Anfal: 2). Manusia termasuk makhluk yang banyak mendapat panggilan dari Allah. Mulai dari panggilan untuk hidup di dunia ini, panggilan untuk shalat pada waktunya, panggilan untuk berhaji pada bulannya, panggilan untuk mati untuk kembali ke alam baka, hingga panggilan di hari pengadilan di akhirat kelak untuk diadili. Namun kenyataannya, tidak semua panggilan itu dipenuhi sebahagian manusia, terutama panggilan untuk melaksanakan ibadah shalat melalui azan. Padahal menurut para ulama, walaupun dikumandangkan oleh manusia, azan sebenarnya merupakan panggilan dari Allah. Lafaznya yang sama di seluruh dunia, meskipun manusia memiliki berbagai macam bahasa. Manusia-manusia beriman di belahan bumi manapun berada, akan tersentuh hatinya dan bertambah keimanannya tatkala mendengarnya. Hati menjadi bergetar untuk segera bangkit untuk menyucikan diri untuk segera menghadapNya tanpa perantaraan. Dan bahkan ada rasa penyesalan bila tak sempat memenuhinya. Bila ada yang tak tersentuh, atau bahkan merasa jengkel tatkala suara azan bergema, maka itu bisa jadi suatu pertanda bahwa hatinya telah menjadi keras, sempit, dan gelap. Hati yang seperti ini tak akan mampu lagi menampung kebenaran atau panggilan-panggilan untuk menuju kepada kebenaran. Makanya, timbul rasa berat untuk bangkit dari tempat duduk atau tempat tidurnya, meskipun untuk menghadap Allah. Bila hati orang beriman bergetar tatkala mendengar nama Allah, maka yang tak bergetar tentunya adalah orang yang sebaliknya. Tapi perlu diingat bahwa panggilan ini akan memberi pengaruh besar terhadap panggilan-panggilan yang mesti dipenuhi selanjutnya. Yaitu, panggilan untuk kematian yang datangnya tak disangka-sangka dan panggilan di akhirat kelak. Serambi/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 08:20 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah, ya Allah, kehidupan ini penambah kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala kejelekan" (HR. Muslim). Di atas adalah permohonan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sungguh ini suatu permohonan yang amat penting dimohon setiap insan yang masih hidup di dunia yang sebentar lagi akan ditinggalkan untuk selamanya. Lebih-lebih di zaman yang sudah diperintah hawa nafsu seperti sekarang ini. Banyak hal sudah diukur berdasarkan pemuas nafsu. Tidak sedikit orang yang hanya mau bergerak berbuat bila didorong materi pemuas nafsu. Berbuat karena didorong niat yang ikhlas sudah menjadi hal yang langka. Kecenderungan untuk tergerak berbuat karena hawa nafsu bisa mengenai siapa saja, terutama yang keyakinan terhadap nilai-nilai agama sudah luntur dalam dirinya. Berbeda-beda tingkat keparahannya. Yang sudah parah malah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Karena itu, sepatutnya kita menyempatkan diri memohon perlindungan kepada Allah. Yaitu, memohon agar ajaran-ajaran agama bukan sekedar menjadi hafalan semata. Tetapi mampu menjadi benteng yang melindungi diri kita dari hal-hal yang menjerumuskan ke dalam kesesatan dan mengikuti hawa nafsu. Bukan hanya itu, juga memohon agar hidup ini produktif dalam menghasilkan kebaikan walaupun kecil, bukan kerusakan. Apalagi sudah terbukti dalam sejarah panjang manusia di bumi ini, orang-orang yang produktif dalam menghasilkan kerusakan pasti berujung pada kecelakaan hidup sekaligus matinya. Semoga dengan permohonan ini, setiap kita mampu memperbaiki ibadah masing-masing dan mengokohkan amalan. Yang juga penting adalah menjadikan permohonan atau doa sebagai rutinitas yang dicintai. Serambi/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 08:07 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya" (QS. Ali 'Imran: 159). Manusia adalah makhluk yang sangat lengkap, baik fisik maupun non fisik. Termasuk dilengkapi dengan kemampuan untuk memberi maaf kepada sesama manusia. Kemampuan ini juga banyak digunakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam semasa hidupnya. Bahkan, menurut Aisyah r.a., suka memaafkan termasuk sifat utama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Sifat itu juga ikut membantu dalam memajukan Islam ke berbagai negara. Ini adalah suatu isyarat bahwa kalau ingin maju, kita harus selalu siap menggunakan kemampuan memberi maaf. Namun kenyataannya, banyak yang sulit membuka pintu maaf, terutama di saat merasa dirinya sangat kuat. Ini pertanda bahwa ada kesulitan dalam memanfaatkan kemampuan yang sudah dimiliki. Padahal Rasulullah mengingatkan betapa besar kebaikan yang akan diperoleh orang-orang yang mau memaafkan. Katanya, "Siapa saja yang mampu memberi maaf ketika dia mampu membalas, maka Allah akan mengampuninya saat ia mengalami kesukaran. Dan orang yang memaafkan terhadap kezaliman, karena mengharapkan kerizaan Allah, maka Allah akan menambah kemuliaan kepadanya di hari kiamat." Bukan hanya itu, dalam sejumlah ayat Alquran (Al-Araf 199, Al-Hijr 85, dan Asy-Syura 43), Allah menganjurkan hamba-hambaNya untuk senantiasa membuka pintu maaf. Seruan yang lebih dari sekali ini akan membuat hati manusia, kecuali hati yang sudah sulit untuk dimasuki petunjuk. Dan jika firman Allah tak mampu lagi mempengaruhi hati untuk memberi maaf, lantas apalagi yang akan membuat hati berubah? Serambi/- | ||
Posted: 12 Jan 2012 08:00 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - JUSTIN BIEBER meletakkan mikrofon dekat dengan pembesar suara yang terdapat pada robot dengan disaksikan Ho Vinh Hoang (dua dari kiri) dan Allison Hagendorf. LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul pada Pertunjukan Pengguna Elektronik Antarabangsa di sini kelmarin. Bieber, 17, yang popular dengan lagu Baby melancarkan robot menari yang dilengkapi pembesar suara mudah alih keluaran syarikat TOSY Robotics JSC dari Vietnam. Dia yang terkenal dengan lagu Baby melancarkan robot itu yang dikenali mRobo dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TOSY Robotics JSC, Ho Vinh Hoang dan wartawan muzik, Allison Hagendorf. Bieber yang memakai jaket Louis Vuitton sempat meluangkan masa untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat. Harga robot itu tidak didedahkan dan jumlah bayaran yang diberikan kepada penyanyi itu kerana melancarkan robot berkenaan juga tidak diketahui. - Agensi | ||
4 pegawai kerajaan dijadikan tebusan kumpulan militan Somalia Posted: 12 Jan 2012 07:42 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - GARISSA: Sekurang-kurangnya empat pegawai kerajaan termasuk pegawai daerah menjadi tebusan kumpulan militan Somalia dalam serangan di utara Kenya yang mengakibatkan sekurang-kurangnya enam nyawa terkorban. Pesuruhjaya Polis Wilayah Utara Timur, James ole Seriani, berkata tiga anggota polis termasuk penjawat awam dan guru sekolah rendah adalah antara enam terbunuh dalam serangan lewat petang semalam. Sementara itu, seorang saksi berkata, seorang wanita yang sarat mengandung juga dibunuh kumpulan militan terbabit. Bagaimanapun, jumlah sebenar tebusan dari bandar utara Gerille itu tidak dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan militan, al-Shahab. Menurut kenyataan itu, berdasarkan serangan agresif yang diterima masyarakat Islam di Somalia, tentera khas dari unit elit Al Mujahideen Harakat Al-Shabaab menyerang khemah Pentadbiran Polis Kenya. - AP | ||
PM Jepun bakal gugur dua menteri Posted: 12 Jan 2012 07:40 PM PST 19 Safar 1433H. [MOD] - TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bakal menyingkir dua menteri dalam pengumuman rombakan kabinetnya hari ini dalam usaha memantapkan lagi jentera pentadbiran yang dipegangnya sejak dua bulan lalu. Noda akan menggunakan kuasanya untuk menggugurkan dua rakan kabinetnya ketika pentadbirannya berdepan masalah peningkatan kadar cukai dan memastikan pertumbuhan ekonomi Jepun, khususnya daripada masalah bebanan hutang. Laporan media hari ini menyebit semua menteri kabinet dijangka hadir dalam mesyuarat pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing bagi memberi laluan kepada pembentukan kabinet baru. Bagaimanapun, majority menteri kabinet terbabit akan dipilih semula. Media dalam laporannya semalam menyebut, Noda akan melantik semula dua orang kanannya, Menteri Pertahanan, Yasuo Ichikawa dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Kenji Yamaoka. Beberapa menteri bakal digantikan tetapi menteri kanan seperti Menteri Luar dan Menteri Kewangan dijangka tidak berubah. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan