Jumaat, 13 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20

Posted: 13 Jan 2012 12:40 AM PST


Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Kini terdapat 52 orang pelajar di SRIIDU.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Sehubungan dengan itu SRIIDU membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bulanan sebanyak RM20 untuk kos pengurusan, makan minum para pelajar dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan sila hubungi :
019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi
019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau alamatkan ke :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk keterangan lanjut sila dapatkan di www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum


Keluhan pengguna komuter KTMB, Nilai ke Serdang

Posted: 12 Jan 2012 11:24 PM PST



Dari laman web Aduan Rakyat Online
Perkhidmatan KTMB sangat teruk - January 12th, 2012

Salam, Semalam 8 Jan saya berada di stesen Nilai pada pukul 7pm dan bertanya pada pekerja kaunter tentang waktu seterusnya komuter akan sampai dan beliau menjawab pukul 7:18pm dan saya bertanya lama waktu perjalanan dari stesen Nilai ke Serdang dan beliau menjawab mengambil masa 30 minit.

Waktu perjalanan seterusnya memang tertera 7:18pm tetapi hakikatnya ia hanya sampai di stesen Nilai pada 7:48pm lewat setengah jam dan menyebabkan pengguna-pengguna di dalam komuter telah ramai.

Dan paling teruknya ialah di Kajang terlalu ramai orang yang berpusu-pusu naik hinggakan terlalu sukar untuk bernafas.

Di tambah lagi lelaki juga tanpa segan silu menaiki koc wanita.

Saya dapati tiada pegawai-pegawai KTMB yang berjaga di setiap stesyen untuk mengarahkan orang lelaki supaya tidak memasuki koc wanita. Mereka hanya muncul di laluan tiket untuk mengutip tiket dari pengguna yang hendak keluar.

Dan kelewatan juga berlaku apabila saya sampai di stesen Serdang selepas 40 minit perjalanan. Mungkin komuter terlalu sarat dengan bebanan hingga tidak boleh bergerak.

Apa yang saya harapkan sebagai pengguna ialah agar KTMB berpegang pada jadual perjalanan kerana sedikit kelewatan akan menyebabkan kesesakan di dalam koc.

Juga diharapkan agar pegawai-pegawai KTMB menjaga di setiap stesen ketika pengguna menaiki koc dan mendidik pengguna-pengguna lelaki agar tidak memasuki koc wanita. Kebanyakan pengguna dari luar negara yang tidak mematuhi arahan ini.

Saya mengharap perubahan pada KTMB untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

By: Razimah Amran

http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-ktmb-sangat-teruk

Sudan boleh buat helikopter, kenapa Malaysia tidak?

Posted: 12 Jan 2012 11:05 PM PST



Demikianlah tajuk dari satu laporan blog yang bertajuk ; If Sudan Can, Why Not Malaysia? Sudan kini mengeluarkan helikopter dan kapal terbang ringan mereka sendiri untuk pelbagai kegunaan, awam, latihan dan ketenteraan.

Menurut laporan blog tersebut sehingga kini Malaysia belum mengeluarkan apa-apa jenis helikopter pun setakat ini. Sedangkan beberapa tahun lalu Universiti Teknologi Malaysia telah merekabentuk sebuah helikopter tetapi ianya hanyalah setakat kajian.

Apa yang menariknya, helikopter yang dikeluarkan oleh Sudan ini menggunakan petrol yang sama dengan kereta.

Ulasan blog tersebut di http://malfly.blogspot.com/2012/01/if-sudan-can-why-not-malaysia.html

SAFAT Aviation Debuts in Dubai with Light Airplane and Helicopter Dubai Air Show
November 13, 2011
by David Donald

Among this year's Dubai debutantes are a pair of light aircraft from Sudan. The SAFAT-02 is a light helicopter for training and the SAFAT-03 is a basic fixed-wing trainer. The aircraft are products of the SAFAT Aviation Complex (Stand W472), which was established at Khartoum Airport in 2004.

SAFAT began overhaul and maintenance activities in 2006, and now has more than 700 personnel working in 14 hangars and 50 specialized workshops. As well as its central workshops the company has three centers for heavy aircraft maintenance, helicopter maintenance and aircraft development/manufacturing.

The heavy aircraft division performs periodic maintenance under a joint venture with TAE from the Ukraine, working on a range of Antonov aircraft and Ilyushin Il-76s, plus the Tecnam P92-JS and P2002-JF light aircraft. The helicopter center handles Mi-8/17/24 and BO 105 work, while the SAFAT plant also performs work on the Sudanese air force's Shenyang F-6 and Nanchang A-5 fighters.

SAFAT's directorate of aircraft manufacturing and development (DAMD) was created with the objective of establishing a local industry that could meet some of the nation's aviation needs, especially in the field of training aircraft. The first product, the SAFAT 01, was a light aircraft based on the Piper Super Cub. It was shown off during the complex's official opening in June 2009, and was built to instill confidence in the country's ability to construct and fly aircraft.

That confidence has led to the construction of the SAFAT-03. This two-seat side-by-side trainer was based on the Serbian UTVA 75 design, and an initial batch was built for local training needs. SAFAT has subsequently introduced a new standard for future SAFAT-03 production.

SAFAT is also assembling a light utility/training helicopter, the Safat 02, based on the Aerokopter AK1-3 from Ukraine. This helicopter has a 2.5-liter Subaru EJ-25 engine that runs on automobile gasoline.

http://www.ainonline.com/?q=aviation-news/dubai-air-show/2011-11-12/safat-aviation-debuts-dubai-light-airplane-and-helicopter

Kapal TLDM terbakar lagi, kali ini KD Mutiara

Posted: 12 Jan 2012 05:59 PM PST



Sebuah lagi kapal TLDM telah terbakar. Kali ini ialah KD Mutiara yang sedang dalam proses baik pulih di Johor. KD Mutiara adalah merupakan kapal TLDM yang sudah pun berusia 35 tahun yang digunakan untuk tujuan pengukuran Hidrografi dan Oseanografi. Sebelum ini kapal TLDM KD Pari telah hampir tenggelam di Sabah, KD Serang pula mengalami kebakaran kecil manakala KD Todak pula telah mengalami kerosakan. Di samping itu negara kehilangan kapal pengangkut KD Sri Inderapura dalam satu kebakaran pada tahun 2009.

Sebelum ini Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion.





Navy ship under repair catches fire
NST 13 January 2012

PASIR GUDANG: A fire broke out onboard a 35-year-old Royal Malaysian Navy's survey vessel which was undergoing repairs at the Malaysian Marine Heavy Engineering shipyard here last night.

KD Mutiara, which is one of the two ships under the navy's National Hydrographic Centre, is believed to have suffered extensive damage. However, no casualty was reported.

A spokesman for the Johor Baru Fire and Rescue Department said they received a call at 8pm. As at press time, the firefighters were still trying to put out the blaze.

Seven fire engines from several stations in the vicinity were rushed to the scene.

It is learnt that workers were carrying out welding works on the ship when the incident occurred.

The ship, measuring 71m in length and 13m in width, was commissioned to the naval fleet in 1977, to carry out mapping work and general oceanography.

KD Mutiara is equipped with digital data gathering and processing systems, modern acoustic sensors and differential satellite position-fixing systems.

http://www.nst.com.my/local/general/navy-ship-under-repair-catches-fire-1.31691

Navy vessel breaks down while chasing ship
NST 19 Sep 2011

KD Pari sustained a dislodged shaft while pursuing a China-flagged ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday.

KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to abandon its operation after its engine room was flooded.

The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' after a slight mishap with a floating object two months earlier.

http://www.nst.com.my/nst/articles/13chase/Article

KD Sri Inderapura terbakar di Lumut

LUMUT 8 Okt. – Sebuah kapal pengangkut, KD Sri Inderapura terbakar ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini hari ini.

Menurut kenyataan Perhubungan Awam Markas Armada TLDM, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika terdapat seramai 77 anggota sedang bertugas termasuk enam pegawai dan 22 pelatih.

Katanya, kapal itu dijadualkan belayar ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, Sabah, pada Isnin ini.

''Kapal dari Skuadron LST (Kapal Pengangkut) itu dijadualkan belayar ke Malaysia Timur pada 12 Oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu.

''Kejadian tersebut merupakan kali kedua selepas terbakar pada 2002. Usaha memadamkan api telah dilakukan seawal kebakaran itu dikesan," kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kapal berkenaan yang dibina pada 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dan kini telah berusia hampir 40 tahun. Menurut kenyataan itu lagi, KD Sri Inderapura mempunyai kekuatan anggota seramai 324 orang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/184424

KD MUTIARA telah di bina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNG, yang berdimensi 71m panjang dan 13m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia mulai 18 Disember 1977 dengan nombor pennant A 255 juga merupakan ketua skuadron untuk Skuadron Hidrografi ke - 36.

Dengan dilengkapi 2 enjin utama jenis Deutz SBA 12M 528 yang bergerak dengan Kipas Pic Boleh Kawal (CPP) yang boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 16 knot dan dijana dengan 4 janakuasa utama serta 1 janakuasa kecemasan dan penujah haluan yang memberikan kebolehan pengoperasian untuk tempoh maksimum 3 bulan.

Ia turut dilengkapi dengan sistem pengukuran Hidrografi dan Oseanografi yang terkini serta dilengkapkan dengan 4 bot ukur serta 2 bot kerja. Ia memegang rekod pengukuran yang mengkagumkan yang mana telah menyumbang kepada penerbitan 50 carta nautika.

Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan kuasa Kawalan Markas Armada manakala segala aktiviti pengukuran adalah dari arahan Ketua Pengarah Hidrografi.

KD PERANTAU telah dibina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNF, yang berdimensi 67.8m panjang dan 13.3m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia mulai 12 Oktober 1988 dengan menggunakan nombor pennant A 151.

Kapal ini telah direka dan dilengkapi khusus untuk operasi pengukuran hidrografi dan melaksanakan pemerhatian meteorologi dan cerapan oseanografi. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengukuran terkini untuk navigasi dan hidrografi seperti Navigation and Command System (NACOS) dan Digital Survey and Mapping System 'HYDROMAP'. Alatan lain yang disertakan termasuklah Sistem Perbezaaan Pemposisian Sejagat (DGPS), Pemerum Gema Berbilang Sisi, Hull Mounted Acoustic Current Profiller (ADCP) dan kelengkapan lain untuk operasi oseanografi dan meteorologi. Kapal ini juga dilengkapkan 2 berukur.

Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan kuasa Kawalan Markas Armada manakala segala aktiviti pengukuran adalah dari arahan Ketua Pengarah Hidrografi.

http://www.hydro.gov.my/content/view/18/442/lang,ms/

Letupan 901 di KL oleh mereka yang amat pakar

Posted: 12 Jan 2012 05:23 PM PST



Tiga tajuk berita yang berlainan dalam isu ini. Akhbar NST bertajuk 'Explosives assembled by experts'. Mstar pula bertajuk 'Letupan Dilakukan Profesional, Bukan Polis'. Manakala Metro pula tajuknya "Bom 'cap ayam'". Apa pun yang dapat dirumuskan dari isi kandungan semua berita ini, 3 letupan yang berlaku berhampiran Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Jan 2012 dilakukan oleh mereka yang amat pakar dan terlatih serta telah mengalami membuat bom jangka yang seumpama sebelum ini.

Mereka yang boleh membuat bom jangka dari bahan yang sedia ada yang khusus untuk membuat bom ialah mereka yang pakar. Mereka yang boleh membuat bom jangka dari bahan yang mudah didapati di kedai-kedai ialah mereka yang amat pakar.

Kita harapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kes ini, kerana kita rakyat akan sentiasa memerhatikan dan menilai setiap lapuran yang dikeluarkan.

***********

Letupan Dilakukan Profesional, Bukan Polis - Ketua Polis KL
Mstar, Khamis Januari 12, 2012




Ketua Jabatan Pengurusan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (dua, kiri) menunjukkan hasil siasatan awal kepada media mengenai bahan letupan yang digunakan pada perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" lalu. Turut kelihatan Ketua Mohmad Salleh (kanan). Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lepas dilakukan golongan profesional dalam pembuatan bahan letupan dan bukan oleh polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati ia dilakukan dengan menggunakan bahan peledak dan kon yang mudah diperoleh.

"Ketebalan tapak kon juga berbeza di mana pada tapak letupan pertama dan kedua, kedua-kedua kon ketebalannya hanya 3 milimeter dan kon ketiga hanya 2 milimeter, manakala tapak kon polis adalah setebal 7 milimeter," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Dari Tabung Amanah Perwira Negara (TAPPN) kepada balu anggota polis yang terkorban ketika bertugas, di sini Khamis.

Mohmad berkata, tapak kon yang ditemui di lokasi kejadian ada yang berbentuk bulat dan segi empat manakala kon polis berbentuk segitiga.

Beliau juga mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahanletupan yang digunakan adalah daripada jenis 'Jerangkap Rekaan Elektrik' danbukan bom seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku pada perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas danmelepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd SaifulBukhari Azlan pada 2008.

Mohmad meminta mana-mana pihak yang mengetahui atau menyedari ada individumembeli komponen berkenaan dalam kuantiti lebih daripada tiga, memaklumkannya kepada balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946.

Beliau berkata setakat ini, tidak ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih diteruskan kerana polis hanya mempunyai rakaman selepas letupan itu berlaku.

Katanya, tiga siri letupan itu dipercayai dilakukan sekadar untuk mengucar-ngacirkan keadaan dan bukan untuk membunuh atau mencederakan mana-mana individu.

Mohmad juga kesal dengan spekulasi laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa peserta perhimpunan itu yang membawa bahan letupan berkenaan. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/12/mstar_berita/20120112170359&sec=mstar_berita

'Explosives assembled by experts'
NST , 13 January 2012

THE explosives which injured five people near the Jalan Duta court complex were assembled by experts, said police who have offered a RM10,000 reward for information leading to the arrests of the culprits.

(Clockwise from top left) This is how the improvised explosive device looked like. The police use triangular cones unlike the ones used in the explosion, the PVC pipe used as a container for the explosive and a sample of the 9V battery used to assemble the explosive.

In announcing the reward yesterday, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said the culprits had disrupted what was otherwise a peaceful rally on Monday.

"These people have tarnished the image of the country as we have always been recognised as peace-loving and harmonious.

"I appeal to anyone with information to come forward to facilitate in the investigations," Ismail said.

In Monday's incident, five people, including a lawyer, suffered minor injuries in three separate explosions which also damaged several vehicles.

The blasts, which went off in a space of 30 minutes, occurred not long after the acquittal of Datuk Seri Anwar Ibrahim of a sodomy charge.

The blasts disrupted what had been a peaceful rally by several thousand people who had gathered outside the court complex in support of Anwar.

In the aftermath of the incident, allegations arose blaming the police for the explosions.

"I am very hurt and disappointed that fingers have been pointed at the police force for the explosions.

"It seems that the police will always get the blame no matter what," Ismail said.

"We had been very lenient during the rally despite the supporters not adhering to the 10 conditions imposed prior to the gathering.

"We kept our pledge of allowing public gatherings and yet we are still getting blamed.

"These allegations are baseless and we want to nail those responsible," he told reporters at the senior officers mess in Bukit Aman yesterday.

Ismail was speaking to reporters after signing a memorandum of understanding (MoU) with University Kebangsaan Malaysia on the Masters in Policing Science.

This is the second time the police have signed the MoU.

Meanwhile, in a separate press conference, City Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah disclosed that the blasts were the work of experts.

He said nobody would be able to assemble an improvised explosive device (IED) without knowledge or experience.

"Even if someone had ben tutored on how to assemble an IED, that person would need experience to succeed.

"It is not something you can just assemble according to instructions," he said.

It is learnt that the explosives comprised simple materials including a PVC pipe, alarm clock, ball bearings, wires and batteries. The cost of one such device is about RM20.

The homemade explosive were hidden inside plastic traffic cones and placed at three different locations in the vicinity of the court complex.

Ku pointed out that the cones used by the culprits were different from the ones used by police.

"The cones used by police have a triangular base while those used in the explosions were square and round," he said, adding there have been no video recordings prior to the explosions.

"There were no closed-circuit television cameras in the area and the only recording we have is the one in the aftermath of the incident," Ku said.

Those with information on the incident can contact investigating officer Deputy Superintendent Yahya Abd Rahman at 019-4708946 or the nearest police station.

http://www.nst.com.my/local/general/explosives-assembled-by-experts-1.31725

Bom 'cap ayam'
Harian Metro 13 Jan 2012

KUALA LUMPUR: Polis mendapati komponen digunakan bagi membuat jerangkap rekaan elektrik (IED) yang mencetuskan tiga letupan ketika perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin lalu, diperbuat daripada beberapa barangan berkualiti 'cap ayam' kerana mudah dibeli di mana-mana kedai pada harga murah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (gambar) berkata, siasatan lanjut mendapati serpihan tiga unit IED itu terdiri daripada paip PVC 50 milimeter (mm) yang lazimnya digunakan untuk kerja saluran air, jam loceng berwarna merah berbentuk empat segi dan bateri berkuasa sembilan volt serta kon plastik yang dipercayai dicuri dari tapak projek pembinaan.

Menurutnya, pelakunya dipercayai membeli barangan berkenaan di kedai perkakasan pada harga kurang daripada RM20, selain serbuk peledak IED itu yang dipercayai hanya menggunakan belerang daripada mercun atau bunga api.

Katanya, binaan IED itu ringkas dan cara membuatnya boleh dipelajari di Internet.

"Walaupun polis sudah mengenal pasti bahan yang digunakan dan bagaimana ia meletus, kami belum mendapat petunjuk bagi menjejak pelakunya sama ada ia dilakukan secara individu atau berkumpulan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bom__8216_capayam__8217_/Article/index_html

5 pejuang PAS Tampin ditahan lokap polis makin bersemangat

Posted: 12 Jan 2012 05:31 AM PST


5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN BEBAS

12 Jan 2012 - Dari Blog Sokong PR


5 orang aktivis Pas Tampin yang ditahan reman sejak malam Isnin lalu telah bebas pada tengahari ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang yang tak dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan dengan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15 Januari ini di Dataran Gemas.

Orang yang tak dikenali itu akhirnya diketahui adalah kakitangan PBT Tampin. Kakitangan PBT ini tidak memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat.

Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Turut hadir di Balai Polis Tampin pada tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan, pimpinan Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta pimpinan Pas cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.

Yang ditahan ialah Zanil Suboh, Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.

Gambar-gambar sekitar pembebasan para pejuang PAS Tampin di http://sokongpr.blogspot.com/2012/01/5-tahanan-reman-aktivus-pas-tampin.html



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I got this web site from my pal who told me regarding this
site and now this time I am browsing this site and reading very informative articles or reviews here.
My web site - weight loss patch

Nuffnang