Nurul Izzah Anwar |
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Posted: 19 Jan 2012 10:31 PM PST Tahun ini, kita menyaksikan si naga mewakili kedatangan Tahun Baru Cina – sambutan terpenting bagi masyarakat Cina seluruh dunia. Simbol naga ini merupakan simbol yang begitu bermakna memandangkan tahun kelahiran Ibu saya adalah pada tahun naga – signifikasi besar pabila diangkat permulaannya dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ayahanda kami, pada 9 Januari 2012. Bagi kami, pembersihan nama ini merupakan simbol terpenting di dalam sambutan Gong Xi Fa Cai. Pembersihan digambarkan menerusi tradisi setiap keluarga yang membersihkan rumah mereka untuk membuang malang atau malapetaka daripada perkarangan kediaman yang mereka kasihi. Samalah jua jikalau kita menyayangi Tanah Air kita yang satu ini – seharusnya kita nyahkan, bersihkan Malaysia daripada segala rasuah, salah guna kuasa dan politik kotor demi masa depan yang lebih baik untuk semua. Di peringkat Lembah Pantai, mesej saya mudah – kehadiran Pakatan Rakyat berjaya memaksa kerajaan sedia ada menerima hakikat bahawa keluarga dengan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan wajib dibantu. Paras garis kemiskinan terdahulu – di bawah RM800 sebulan – sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Dan walau sekelumat sahaja jumlah hamper yang merupakan sumbangan tahunan daripada saya dapat diberikan, ianya adalah daripada gaji saya berserta bantuan teman-teman seperjuangan, bukannya hasil rompakan negara yang menjadi mangsa keluaran wang haram sebanyak RM1 trillion! Bayangkan, jikalau Malaysia dibersihkan daripada pemimpin Maha Korup lagi Maha tidak bertanggungjawab, RM1 trillion akan bakal menjadi hak milik Rakyat. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina! |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan