Jumaat, 20 Januari 2012

.

.


Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh?

Posted: 20 Jan 2012 06:22 AM PST


Hutan Simpan Kekal Kemasul diceroboh?

Khairil Abdul Rahim, 20 Jan 2012

BENTONG, 20 Jan: Kerajaan Negeri Pahang digesa mendedahkan bagaimana boleh meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul dekat sini sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata rakyat perlu tahu bagaimana khazanah alam itu boleh dimusnahkan dengan rakus sedangkan kesannya boleh menjadi malapetaka besar kepada generasi akan datang

"Berdasarkan aktiviti penggondolan yang boleh disaksikan dengan jelas, mustahil pihak berkuasa tidak tahu. Memang ada diletakkan nombor lesen kelulusan iaitu proses untuk menghalalkan pembalakan tapi siapa pula yang meluluskannya?

"Justeru PAS Pahang berharap Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Daerah Bentong tidak memejamkan mata terhadap aktiviti pembalakan dan penggondolan yang begitu rancak pada masa ini, sebelum berlaku malapetaka akibat kerakusan," katanya ketika melawat sendiri kawasan berkenaan.

Turut mengiringi ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Abdul Hamid Bahatim.

Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal.

Roslan berkata, lebih mendukacitakan kawasan tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tetapi yang peliknya tersergam papan tanda Hutan Simpan Kekal di situ.

"Kami mendapat aduan aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan kampung Chemomoi dan Felda Bukit Mendi termasuk pada waktu malam.

"Di sini terdapat Sungai Pertang dan Sungai Triang. Sejak beberapa bulan lalu penduduk telah mengadu air begitu keruh akibat pembalakan di kawasan ulunya.

"Namun yang lebih ditakuti ialah akan berlaku krisis bekalan air di sini, seperti yang berlaku kepada empangan Sungai Langat akibat aktiviti yang sama," katanya.

Justeru bagi pihak PAS Pahang Roslan mahu pihak berkuasa diminta bertindak segera sebelum terlambat atau kehidupan generasi akan datang terus terancam menghadapi kepupusan sumber air.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7688-hutan-simpan-kekal-kemasul-diceroboh

Gambar Dr Rani dgn Yunus

Posted: 19 Jan 2012 03:28 PM PST

Gambar Dr Rani dgn Yunus

TO: You + 23 More
Show Details

Malaysia


New Selangor executive councillor Dr Ahmad Yunus Hairi (left) is congratulated on hi appointment by PAS Selangor Commissioner Rani Osman, in Shah Alam January 18, 2011. — Picture by Jack Ooi
New Selangor executive councillor Dr Ahmad Yunus Hairi (left) is congratulated on hi appointment by PAS Selangor Commissioner Rani Osman, in Shah Alam January 18, 2011. — Picture by Jack Ooi Read More

Source: http://themalaysianinsider.com/malaysia

Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang - Politik

Posted: 19 Jan 2012 03:20 PM PST

Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang - Politik


Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang
Wartawan Sinar Harian
January 19, 2012
Dr Abd Rani Osman

SHAH ALAM - Keputusan menukar portfolio di bawah rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri semalam bukan satu isu kerana ia dicapai menerusi perbincangan antara kepimpinan pentadbiran negeri dan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, perkara tersebut telah dibincangkan oleh PKR dan parti Islam itu.

Malah kata Dr Rani, pihaknya juga diberi jaminan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa jika ada isu-isu besar membabitkan Islam dan Muslim, beliau akan mengadakan perbincangan kepimpinan Pas.

"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul soal Pas telah tunduk kepada kepada tekanan komponen lain dalam Pakatan Rakyat ekoran perubahan portfolio berkaitan hal ehwal Islam.

"Tidak timbul soal Pas dibelakangkan. Kita memang sudah berbincang, sudah dibincangkan oleh kepimpinan Pas," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-rani-tukar-portfolio-bukan-isu-sudah-dibincang-1.19062?localLinksEnabled=false

Tiada ulasan:

Nuffnang