Jumaat, 20 Januari 2012

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Elected Public Officials Should Put Their Country First And Not Endanger Malaysia By Taking The First Necessary Step To Publicly Declare Their Assets To Promote Transparency And Accountability(en/bm/cn)

Posted: 19 Jan 2012 07:16 PM PST

Press Statement By Penang Chief Minister And DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 20.1.2012

Elected Public Officials Should Put Their Country First And Not Endanger Malaysia By Taking The First Necessary Step To Publicly Declare Their Assets To Promote Transparency And Accountability

DAP urges BN to take a bipartisan approach towards promoting transparency and accountability in Malaysia by publicly declaring their assets. Whilst revealing the asset declarations of ministers and their immediate family members to the public may endanger the individuals concerned, as a first step those holding public office should disclose their assets publicly.

In the interest of bipartisanship, DAP is willing to start only with Ministers, Deputy Ministers or state excos publicly declaring their assets instead of their family members. Declaring to the Prime Minister alone or only to the Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC) is not enough.

For this reason, the refusal of MACC to openly endorse the principle of public declaration of assets by Ministers, Deputy Ministers and state EXCOS deserve strong condemnation. I can understand BN's concerns that such asset declarations may endanger public officials. However BN should also understand public concerns that failure to do so may also endanger Malaysia.

Those aspiring to be leaders should put their country first by being more willing to endanger themselves than endangering Malaysia. For this reason, a public declaration of assets by Ministers, Deputy Ministers and state excos is a necessary first step towards ensuring that public interest is protected over and above any private benefit.

Penang state EXCO members created history last week by being the first elected public officials in Malaysia to publicly declare their assets. Information about the EXCO members' liabilities or loans and that the source of income were from their statutory allowances were also disclosed.

The Penang state EXCO public allowances as EXCOs and ADUNs can be referred from the Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri(Saraan) 1980, which was also uploaded. Such information were even made available on the Penang state government website of www.penang.gov.my. This marks an important milestone towards ensuring that there is no accumulation of unexplained and extraordinary wealth by elected public officials.

The Penang state government took a further step in appointing the internationally renowned accounting and audit firm, KPMG and its senior partner Chartered Accountant Ooi Kok Seng, for the verification exercise and to formulate the template of asset declaration. Ooi was present at the press conference on 12 January 2012 in Penang publicly declaring the assets, where he said that KPMG is required to uphold professional standards of compliance with the principles of objectivity, independence and no conflict of interest before undertaking any task.

The Penang state government's faith in the MACC has been shaken by MACC's perceived failure to act against BN's leaders involved in questionable deals and contracts as well as their perceived willingness to be used by BN for political purposes and lack of independent action. Penang state government's lack of faith in MACC's commitment to fight corruption is evident not only by their failure to act against various reports made by me in the past but also by the present Penang state government to the MACC.

The deteriorating state of corruption in Malaysia is highlighted by the decline in Malaysia's rankings in the Transparency International's Corruption Perception Index from No. 37 in 2003 to No. 60 last year. For this reason, verification by an internationally renowned audit and accounting firm would attract greater credibility and reliability than by MACC.

Lim Guan Eng

—- BM Translation—-

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 20.1.2012

Anggota-Anggota Pentadbiran Yang Dipilih Harus Mengutamakan Negara Dan Tidak Membahayakan Malaysia Dengan Mengambil Langkah Pertama Untuk Mengisytiharkan Harta Secara Terbuka Demi Menggalakkan Ketelusan Dan Kebertanggungjawaban.

DAP menggesa BN untuk mengambil pendekatan dwipartisan untuk menggalakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam Malaysia dengan mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Walaupun pengisytiharan harta secara terbuka oleh menteri-menteri serta keluarga terdekat mungkin membahayakan bagi individu-individu tersebut, sebagai langkah pertama hanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta secara terbuka.

Demi kepentingan dwipartisan, DAP boleh terima sebagai permulaan jika hanya menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri sahaja yang mengisytiharkan harta. Ahli keluarga mereka boleh dikecualikan. Sekadar mengisytiharkan kepada Perdana Menteri seorang atau pun kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memadai.

Atas sebab ini, keengganan pihak SPRM untuk mengiktiraf prinsip pengisytiharan harta secara terbuka oleh para menteri, timbalan menteri dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri perlu dikecam. Saya memahami kebimbangan BN bahawa pengisytiharan harta mungkin akan membahayakan penjawat-penjawat awam tersebut, namun BN juga harus memahami kebimbangan umum bahawa kegagalan untuk mengisytiharkan harta mungkin akan membahayakan Malaysia.

Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pemimpin harus mengutamakan negara mereka dan harus rela untuk membahayakan diri sendiri daripada membahayakan Malaysia. Oleh itu, pengisytiharan harta secara terbuka oleh menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah langkah pertama yang wajar untuk memastikan bahawa kepentingan umum akan terpelihara.

Minggu lepas, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang telah mencipta sejarah dengan menjadi anggota-anggota pentadbiran dipilih yang pertama di Malaysia untuk mengisytiharkan harta secara terbuka. Maklumat mengenai pinjaman-pinjaman dan liabiliti-liabiliti Ahli-Ahli EXCO telah didedahkan. Pendapatan mereka juga jelas diperolehi daripada satu sumber sahaja, iaitu elaun sebagai wakil rakyat dan badan-badan berkanun.

Elaun untuk Ahli-ahli EXCO Pulau Pinang boleh dirujuk daripada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, yang turut dimuat naik. Maklumat ini boleh didapati di laman sesawang Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my. Ini adalah satu pencapaian dalam usaha untuk memastikan tidak berlaku pengumpulan harta yang luar biasa dan yang tidak dapat dijelaskan oleh anggota-anggota pentadbiran.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah yang lebih dengan melantik firma akauntan dan audit antarabangsa yang terkenal iaitu KPMG dan rakan kongsi kanannya Akauntan Bertauliah Ooi Kok Seng, untuk mengesahkan dan menetapkan templat yang akan dipaparkan kepada umum. Ooi juga hadir semasa sidang akhbar pada 12 Januari 2012 di Pulau Pinang apabila pengisytiharan harta itu dibuat dan telah berkata bahawa KPMG telah mendukung standard profesional yang tertinggi untuk memastikan pematuhan kepada prinsip-prinsip keobjektifan, kebebasan dan tiada konflik kepentingan sebelum menjalankan apa-apa tugasan.

Kepercayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam SPRM sudah pun terhakis berikutan apa yang dilihat sebagai kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin BN yang terlibat dalam kontrak-kontrak yang mencurigakan serta apa yang dilihat sebagai tindak-tanduk mereka yang seolah-olah tidak bebas dan sanggup digunakan oleh BN bagi tujuan politik. Ketidakpercayaan Kerajaan Negeir Pulau Pinang terhadap komitmen SPRM untuk menangani rasuah adalah jelas bukan sahaja kerana kegagalan mereka untuk bertindak atas laporan-laporan yang dibuat oleh saya tetapi juga oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kemerosotan Malaysia dalam hal rasuah ini juga terserlah dengan penurunan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International dari tangga ke-37 pada tahun 2003 kepada tangga ke-60 tahun lepas. Oleh itu, pengesahan daripada sebuah firma audit dan akauntan antarabangsa yang terkemuka adalah lebih dipercayai dan boleh diharap berbanding dengan SPRM.

Lim Guan Eng

— Mandarin Translation–

槟州首席部长兼民主行动党秘书长林冠英于2012年1月20日在吉隆坡发表声明:

民选官员应该以国家利益为先,采取必要的措施,公开财产,促进透明度及公信力。

民主行动党促请国阵领袖采纳两党磋商方式公开财产,促进透明度及公信力。尽管公布部长及他们直系亲属的财产可能危害他们的人身安全,但是那些拥有官职者应该踏出第一步,公布财产。

基于两党合作的利益,行动党愿意先让部长、副部长或州行政议员公开财产,而不是他们的家人。仅仅对首相一人,或是只对马来西亚反贪污委员会公开财产是不够的。

因此,我们强烈谴责反贪委不支持部长、副部长及州行政议员对外公开财产。我明白国阵担忧公开财产将威胁公职人员的人身安全。但是,国阵也应该明白人民的忧虑,他们不这么做可能危及马来西亚。

那些国家领袖应该以国家利益为先,宁可让自己受威胁也不可以危害国家。因此,正副部长及州行政议员应该踏出第一步,公开财产,确保公众利益受到保护,而不是任何私人利益。

槟州行政议员上个星期公开财产,而马来西亚第一批公开财产的民选公职人员。他们公布本身的负债、贷款、以及法定收入来源。
槟州行政议员及州议员的津贴可以从1980年行政议员及州议员(津贴)法令得知。这些资料已经上载至州政府网站: www.penang.gov.my. 这是一个重要的里程碑,确保民选的公职人员没有累积来历不明的财富。

槟州政府选择了国际著名的会计公司毕马威(KPMG)及其资深会计师黄国成, 进行查证及设计公布财产的格式并公布给公众。做为独立的稽查公司,毕马威在接下任务前,必须维护其最高的专业水平,以确保其工作符合目标与原则,保有独立性及没有利益冲突。

对于大马反贪委会一直无法对国阵领袖涉及可疑的交易及合约采取行动,也仿佛愿意被国阵当时政治工具、无法独立运作,让槟州政府对大马反贪委员会的信心再次动摇。槟州政府不只因反贪污明显反贪无力而失去信心,也对我之前所做的数宗投报以及槟州政府最近所做的投报皆没有下文,而失去信心。

马来西亚在国际透明贪污印象指数的排名从2003年第37名、下滑至去年第60名。有鉴于此,与其叫大马反贪污委员会负责核实公开财产,倒不如叫国际著名的稽查及会计公司负责,这样反而更加有公信力、更可靠。

林冠英

Tiada ulasan:

Nuffnang