N50 Dun Sri Muda |
Posted: 01 Jan 2012 12:03 AM PST Program Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjelang 9 Januari 2012. "BEBASKAN ANWAR IBRAHIM" a) Selasa 3 Januari 2012 – Johor 9.00 mlm – Ledang – Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang 11.00 mlm – Muar – Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad, Muar b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka 9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9 11.00 mlm – Bukit Katil – Melaka c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan 7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor 10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya 9.00 mlm – Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ 11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu 7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang 3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan 9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas 11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan 7.00 ptg – Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut 9.00 mlm – Kampong Baru – Padang Kelab Sultan Sulaiman 11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan. g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM 8.00 pagi – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta |
Posted: 31 Dec 2011 11:56 PM PST KENYATAAN AKHBAR 29 DISEMBER 2011 ISU BANJIR KAMPUNG BATU 5, JALAN BUKIT KEMUNING, SHAH ALAM Saya merujuk kepada artikel Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, laporan TV3 dan RTM bertarikh 25 Disember 2011 berjudul "Mana Wakil Rakyat?" dan artikel daripada sumber yang sama bertarikh 27 Disember 2011 berjudul "Banjir: Kerajaan Selangor didesak tunai janji". Kes ini memaparkan rungutan awam berkenaan masalah pengairan yang tidak berupaya menyalurkan air hujan dengan efektif hingga menyebabkan berlakunya banjir kilat. Pertamanya, perlu ditegaskan disini bahawa lokasi terlibat BUKAN di dalam kawasan DUN Sri Muda, lalu saya tidak memahami apakah sebenarnya niat para demonstran dan khususnya individu-individu subversif yang seakan-akan menangguk di air keruh menulis nama saya di kad pemidang semasa berdemo dan bertanyakan kemana ADUN? Patutlah para demostran cari tak jumpa, saya tidak pernah berkempen disitu. Ia bukan di kawasan saya! Namun begitu, perkara tersebut telah diambil perhatian dan tindakan selanjutnya akan dibuat dengan seberapa segera oleh agensi berkaitan. Di ulangi, walaupun ia bukan di kawasan saya, saya sudah memanjangkan aduan berkenaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Kerja Raya Selangor untuk di beri perhatian segera. Saya juga ingin tampil menyatakan bahawa pentadbiran negeri Selangor akan lebih maju dan efektif sekiranya dana pembangunan tidak disekat oleh Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO dan BN. Sejumlah RM2.71 billion wang pada rakyat Selangor telah dirampas daripada pentadbiran YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar Selangor dan disalurkan pula kepada badan-badan kerajaan persekutuan yang tidak diberi mandat untuk memerintah negeri naungan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sekiranya wang tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri, maka rakyat Selangor akan menikmati lebih banyak manfaat, lebih banyak pembaikan dalam masa yang lebih cepat dan lebih banyak prasarana untuk kemudahan mahupun keselesaan rakyat keseluruhannya. Masalah banjir, khususnya banjir kilat dan lebih-lebih lagi dengan sistem pengairan dan saliran lapuk yang diwarisi daripada kerajaan UMNO dan BN, sememangnya diduga, malah hakikat ini terbukti apabila melihat kegagalan UMNO dan BN dalam perlaksanaan projek terowong SMART yang mencecah belanja RM1.887 bilion namun gagal mengawal banjir di Kuala Lumpur. Mengapa pula B.Kalai Vanar mahupun UMNO Kota Raja tidak mengkritik terowong tersebut? Kenapa UMNO di Johor, Pahang dan Sabah tidak mengkritik kerajaan negeri mereka yang dilanda banjir sekarang? Apakah banjir disana jauh lebih 'indah' dari di Batu 5? Yang nyata dan lebih jelas membazir wang rakyat disamping menjadi 'satu lagi projek UMNO dan BN' yang gagal adalah terowong SMART! Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor senantiasa dirakyatkan dan terbukti dengan perlaksanaan program Geran RM300 juta SelangorKu demi kebaikan rakyat disamping mendahului kerajaan UMNO dan BN yang lebih berminat membeli rumah agam dan kondo bernilai jutaan ringgit. Saya ingin memberi amaran keras kepada sesiapa yang memalit nama saya dengan tohmahan yang tidak berasas, lebih-lebih lagi di kawasan yang jelas bukan dibawah kawasan saya, agar berhenti daripada membuat fitnah dan menghasut demi kepentingan diri. Peguam saya meneliti setiap laporan media dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika nama saya terus dikaitkan secara salah. Kepada Utusan Malaysia, TV3 dan RTM, sudah sudahlah menjadi 'lebih sudu dari kuah'. Rakyat terbanyak lebih mengenali siapa "pembelit fikiran rakyat" yang sebenarnya. Kepada B.Kalai Vanar, hentikan menjadi 'hero filem hindustan' seperti ketam yang mengajarkan anaknya berjalan. Berapa upah untuk kamu lakukan tugasan kali ini? Shuhaimi Haji Shafiei ADUN Sri Muda Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan