Ahad, 1 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan

Posted: 31 Dec 2011 10:40 PM PST


KUALA LUMPUR, 1 Jan 2012 : PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakwa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7336-insiden-upsi-pas-desak-kpn-menteri-letak-jawatan

http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=11462

Temui Bob Lokman 7 Jan 12 di Tampin, N9

Posted: 31 Dec 2011 10:14 PM PST


CERAMAH PERDANA
Bersama : Bob Lokman, Chegubard, YB Veerapan, Ust Khairil Anwar Wafa, Hj Razakek
Tarikh : 7 Jan 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Anak Air Durian Pondoi,
Tampin, N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Iskandar 019-2223231

Premis judi Internet diserbu

Posted: 31 Dec 2011 09:11 PM PST


Akhirnya beberapa premis judi internet di Seremban Jaya diserbu polis setelah pendedahan dibuat oleh media internet.

Premis judi Internet diserbu

Mingguan Malaysia 1 Jan 2012

SEREMBAN 31 Dis. – Kegiatan perjudian Internet yang dijalankan di sekitar Taman Seremban Jaya dekat sini berjaya dilumpuhkan selepas polis menyerbu tiga buah premis petang semalam.

Serbuan pada pukul 6 petang itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPK) selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Zazali Hashim berkata, dalam serbuan itu, lapan pelanggan yang sedang leka bermain judi di premis berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

"Dalam operasi ini, polis merampas 48 unit komputer yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di tiga premis berkenaan.

"Semua pelanggan yang berusia20 hingga lingkungan 40-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal selepas menyedari premis berkenaan dikepung," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan itu juga, polis menahan tiga lelaki berusia 21 hingga dipercayai penjaga premis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, kesemua premis ini sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan sering dikunjungi kaki-kaki judi untuk melepaskan gian. Malah bagi tujuan keselamatan, pengusaha juga memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Zazali berkata, polis memandang serius kegiatan perjudian Internet ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Menurutnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun di bawah Seksyen 4B (a).

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6, pemilik premis boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

KULIAH Tuan Guru Tajuddin Jali 6 Jan 2012 di Senawang

Posted: 31 Dec 2011 09:07 PM PST


KULIAH AGAMA

Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali , Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak

Tarikh : 6 Jan 2012, Jumaat

Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib

Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah

Posted: 31 Dec 2011 02:47 AM PST


Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah - 31 Dis 2011

"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah."

JEMPOL: Kecewa dengan pengurusan Felda, 106 peneroka Felda Raja Alias 3 hari ini mengambil keputusan menebang sendiri pokok getah tanpa bantuan Felda.

Setiausaha Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Yaakob Mahmood yang mewakili 106 peneroka terbabit berkata akibat menunggu hampir dua tahun, pihaknya kini sudah mencari syarikat yang bersedia untuk menebang pokok getah dan membeli kayu getah berkenaan.

"Selepas mendapat sebut harga dari beberapa syarikat, akhirnya kita mendapat harga terbaik dari sebuah syarikat pada RM9,800 setiap satu ekar.

"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah. Jika semua persiapan berjalan lancer proses penebangan pokok getah ini akan dilakukan pada bulan Januari depan.

"Selepas mesyuarat, 106 peneroka ini sebulat suara setuju menguruskan penebangan pokok getah dan menjual kayu getah dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada Felda.

"Kita ada bukti hitam putih persetujuan daripada syarikat terbabit untuk melaksanakan proses penebangan pokok getah tersebut", kata Yaakob dalam sidang media hari ini.

Wakili semua peneroka

Menurut Yaakob keseluruhan peneroka tanah rancangan ini adalah 259 peneroka dan terpulang kepada mereka untuk sertai kami atau pun tidak kerana kita mewakili semua peneroka tanpa mengira parti.

" Setelah semua proses ini selesai, dijangka pada bulan Jun depan akan bermula proses tanam semula di kebun masing-masing.

"Saya mendesak Felda memberi kebebasan dan hak kepada peneroka terbabit untuk memilih tender mana yang lebih sesuai yang menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

"Saya berharap Felda memberikan segera surat kebenaran untuk tujuan tersebut dan tidak menafikan hak peneroka", tegas Yaakob lagi.

Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/31/peneroka-nekad-tebang-sendiri-pokok-getah/

Tiada ulasan:

Nuffnang