Selasa, 17 Januari 2012

n12selinsing

n12selinsing


PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENDAPAT PERHATIAN

Posted: 16 Jan 2012 11:47 PM PST


16 Januari 2012 ;Sekali lagi YB Husin Din berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak sekolah yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan membeli pakaian dan keperluan sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2012 yang baru bermula kira-kira 2 minggu yang lalu.

Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah di DUN Selinsing yang telah dipilih telah dibawa bersama wakil Muslimat PAS DUN Selinsing ke sebuah kedai menjual kelengkapan persekolahan di Bazar Melayu Taiping bagi memilih sendiri pakaian dan keperluan sekolah mereka dan merasai keceriaan memilih pakaian seperti murid-murid lain yang datangnya dari keluarga yang berkemampuan.

Ketibaan rombongan YB bersama "anak-anak" dan petugas muslimat disambut ceria oleh pekerja-pekerja kedai pakaian tersebut sambil bersama-sama meraikan "anak-anak" yang memilih pakaian.Bagi pihak YB dan seluruh jawatankuasa PAS MTD Selinsing kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik kedai pakaian " Ridzuan Uniform Taiping" diatas kesudian melayan kerenah "anak-anak" dan menaja pakaian dan kelengkapan yang dipilih oleh murid-murid tersebut.

Hampir 2 jam masa diperuntukan untuk "anak-anak" ini memilih pakaian dan kelengkapan sekolah. Sebelum berangkat pulang rombongan YB sempat singgah di kedai makan T&T Nasi Ayam di Lorong Persatuan Jalan Kampung Jambu Taiping yang turut menaja makanan dan minuman untuk rombongan dan jutaan trima kasih juga diucapkan kepada pemilik kedai makan tersebut di atas kesudian menaja makanan. Sepanjang sesi membeli belah dan juga perjalanan pergi dan balik jelas terpancar wajah keceriaan diwajah "anak-anak" terpilih ini kerana diberi peluang merasai nikmat berpakaian baru bagi meneruskan sesi persekolahan 2012.

Berikut ialah paparan gambar sekitar sesi membeli belah tersebut yang sempat di rakamkan oleh krew YB Haji Husin Bin Din sebagai kenangan dan juga tatapan pengunjung-pengunjung blog ini :




HIMPUNAN 1K PETUGAS PILIHANRAYA DUN SELINSING

Posted: 16 Jan 2012 06:57 PM PST


Selinsing 14hb Januari 2012 - Memandangkan bahang pilihanraya ke 13 ( PRU 13 ) semakin panas terasa, pihak jawatnkuasa Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kawasan Selinsing sekali lagi mengorak langkah mempersiapkan petugas-petugas Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) bagi kawasan DUN Selinsing dengan mengadakan kuliah magrib khas 'Jihad' dan kemudiannya disusuli dengan satu sesi motivasi khas menghadapi pilihanraya.

Kuliah Maghrib khas berkisarkan jihad telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahir Hasan Al- Kurauwi dengan penuh semangat dan memberi penekanan mengenai konsep jihad yang diperjuangkan oleh PAS dan bertujuan menaikkan serta mengekalkan semangat juang bagi keseluruhan petugas-petugas parti yang hadir meliputi berbagai peringkat usia.

Selesai sesi kuliah, petugas-petugas berjemaah solat fardhu isyak dan sedikit jamuan disediakan seterusnya program diteruskan dengan sesi motivasi khas petugas jentera pilihanraya yang disampaikan oleh saudara Nik Nor Azman dari Taiping.

Sesi motivasi yang mengambil pendekatan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) ini adalah satu benda baru kepada petugas - petugas yang hadir dan melalui pengamatan yang dijalankan semua petugas memberi kerjasama yang baik dan bersemangat tinggi mengikuti permintaan yang dibuat oleh saudara Nik Nor Azman sepanjang sesi motivasi yang bermula jam 9.40 malam dan berakhir hampir jam 12.00 malam.

Secara keseluruhan pihak urusetia dan AJK MTD Selinsing berpuas hati dengan sambutan serta kehadiran petugas-petugas bagi program yang dijalankan walaupun tanpa ganjaran wang ringgit mahupun material lain diberikan kepada petugas dan diharapkan semua petugas telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 sekalipun ianya akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

berikut ialah galeri gambar sepanjang program Himpunan 1K Petugas Pilihanraya DUN Selinsing untuk dikongsi bersama :















Tiada ulasan:

Nuffnang