Selasa, 17 Januari 2012

.

.


Pas Bukan Alat Mana-Mana Pihak Ketegasan Abdul Hadi Tepat

Posted: 16 Jan 2012 07:04 PM PST

Pas Bukan Alat Mana-Mana Pihak
Ketegasan Abdul Hadi Tepat


Penjelasan dan ketegasan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengatakan Pas tidak pernah tunduk kepada kehendak dan tekanan mana-mana pihak termasuk DAP adalah satu realiti yang ada dalam perjuangan parti itu.

Bukan saja Pas tidak tunduk kepada rakan DAP yang dilihat banyak mempunyai persamaan dari segi ideologi politik itu tetapi parti itu juga tidak pernah tunduk kepada mana tekan dan kehendaki peribadi mana-mana indidivu.

Atas sifat Pas yang tegas dan konsisten begitulah menyebabkan Pas dapat bertahan sebagai parti yang bermaruah disegani. Abdul Hadi menegaskan demikian pada ceramah perdana di perkarangan stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star dihadapan lebih 30,000 hadirin malam kelmarin.

Ia semua pihak perlu faham dan menerima hakikat apa yang ditegaskan Abdul Hadi itu. Ketegasan yang beliau sebutkan itu terutama dalam mendokong konsep perjuangan Pas bukan menunjukkan Pas keras yang tersalah anggap sebelum ini tetapi demi memastikan Pas tetap utuh dengan perjuangan asalnya.

Hal ini sebenarnya boleh dilihat, Pas tidak pernah mengubah perlembagaan parti seperti mana yang asal termasuk mengenai cita-cita dan matlamatnya. Ketegasan itu adalah keberanian dan keyakinan Pas dengan perjuangannya.

Akhir-akhir ini ada pihak mengatakan Pas kini sudah berubah dan menjadi alat kepadsa DAP dan juga Anwar Ibrahim. Sebenarnya tuduhan itu adalah tanggapan dari mereka yang jahil politik atau berjiwa kecil dan masak berpolitik. Orang yang tidak dapat menyelami perjuangan Pas dan melihat realiti Pas saja beranggapan demikian.

Umno selalu menggunakan alasan itu. Pemimpin Umno yang mengaku bijak dan hebat dalam politik terperangkap dalam tuduhan itu kepada Pas. Sikap ini juga ada kena mengena dengan keadaan Umno yang kehabisan modal.

Mereka dengan mudah mengambil kira apabila Pas menolak untuk berkerjasama politik dengan mereka tetapi boleh duduk bersama DAP, lontaran itu dilakukan kepada Pas. Menuduh Pas telah menjadi kuda tunggangan kepada DAP.

Mereka yang celik politik dan bijak membaca politik Pas sama sekali tidak menerima tuduhan kalangan pemimpin Umno. Sebaliknya mereka memulangan buah keras itu kepada Umno keengganan Umno mengubah perlembagaan dan pendekatan politik itulah menunjukkan Umno ditunggang.

Begitu juga dengan tuduhan mengatakan Pas mendengar kata Anwar Ibrahim juga tidak benar. Adalah dayus kalau Pas yang mempunyai pemimpinnya sendiri tetapi terpaksa mengikut arahan telunjuk orang lain. Orang bijak politik dapat membaca bagaimana Anwar begitu berceramat dan berdiplomasi dengan Pas kerana bimbang kehilangan sokongan Pas. Hakikat politik dalam Pakatan Rakyat hari baik parti Anwar itu banyak menerima bantuan dan pertolongan Pas.

Apa yang Anwar inginkan daripada Pas sehingga Pas mengorbankan prinsipnya yang telah dilakukan oleh Pas? Jawabnya tidak ada. Pas berkawan dan menumpang aura Anwar bukan bererti Pas telah mengorbankan prinsipnya, tetapi itulah kebijaksanaan siasah yang ada kepada Pas kini. Fahaman dan pendekatan Pas dalam hasrat mengimplimentasikan harat perjuangan mereka sudah ke depan waktu ini.

Hendaknya apa yang dijelaskan Abdul Hadi itu disemak dan dihayati oleh semua orang terutamanya orang Pas. Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku sebaliknya baik Anwar atau DAP banyak berlunak dengan Pas kerana menyedari Pas adalah rakan yang akan memberi sumbangan untuk kemenangan.

Persefahaman politik di antara ketiga itu juga, Anwar, DAP dan Pas tidak akan mengorbankan mana-mana pihak sebaliknya keuntungan yang diraih nanti adalah keuntungan bersama. Kalau pun mereka berkorban adalah pendekatan-pendekatan dan cara mereka berpolitik sebelum ini yang telah menyebabkan UBN mendapat kemenangan, dan itu masih boleh dimaafkan dan satu keperluan semasa. [wm.kl.16/01/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/sesudah-subuh_16.html

Hadi: PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa termasuk DAP

Posted: 16 Jan 2012 02:06 PM PST

Hadi: PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa termasuk DAP


January 15, 2012

KUALA LUMPUR, 15 Jan — PAS menegaskan parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik.

Menurut Ahli Parlimen Marang ini, konsep ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.

"Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.

"Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA," katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Alor Setar, Kedah.

Dipetik Sinar Harian, Hadi (gambar) berkata Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam.

"Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya," katanya.

Beliau turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Malaysia serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.

"Bahasa Malaysia terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza," katanya.


Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-pas-tidak-pernah-tunduk-kepada-sesiapa-termasuk-dap/

8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf

Posted: 15 Jan 2012 09:05 PM PST

8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf


8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf
Posted on Wednesday, January 11 @ 00:46:25 PST
Dilulus untuk paparan oleh cosa

Berita Oleh: amkns

"Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

Apakah tujuan utama PLKN ini? Jika salah satu objektif PLKN ialah untuk melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri, apakah selepas mereka menjalani latihan 3 bulan PLKN mereka akan cerdas, boleh membaca dan mengira , sedangkan setelah 6 tahun mereka berada di alam persekolahan rendah dan 5 tahun mereka berada di alam persekolahan menengah, mereka ini masih buta huruf?

Apakah kegagalan ini dimana 8 peratus pelatih PLKN ini buta huruf berpunca dari kelemahan dasar sistem pelajaran negara?

Apa pula kriteria mereka yang dipilih sebagai pelatih PLKN agar ianya tidak menjejaskan modul latihan PLKN? Apakah kemahiran 3M tidak diambil kira langsung dalam memilih pelatih PLKN atau hanya bergantung kepada sistem komputer untuk memilih pelatih PLKN secara rawak tanpa mengambil kira kesihatan mental, kesihatan dan keadaan fizikal serta kecerdasan otak pelatih PLKN?

********

Program khas bantu pelatih PLKN kuasai kemahiran 3M

Utusan Malaysia 11 Jan 2012

PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun langkah itu agak terlewat tetapi ia penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci dari PLKN untuk mengenal pasti latar belakang pelajar termasuk jenis sekolah serta kedudukan mereka sama ada di bandar atau luar bandar.

''Dari situ kita akan susun balik, mungkin sekolah-sekolah yang dikenal pasti dan kalau perlu ada program khas untuk atasi masalah itu, kita akan laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baru di Majlis Perutusan Khas Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis.

Keputusan itu berdasarkan satu projek perintis menggunakan satu modul yang dipanggil I-Smart yang dijalankan ke atas kumpulan ketiga pelatih PLKN pada Ogos tahun lepas.

Muhyiddin berkata, pihak beliau menyifatkan penemuan oleh PLKN itu adalah penting kerana dalam rekod kementerian terdapat sebilangan kecil pelajar yang sudah di tingkatan lima masih menghadapi masalah membaca dan menulis.

Atas sebab itulah, beliau menambah, pihaknya memperkenalkan program literasi dan numerasi (LINUS) untuk menguji tahap kefahaman dan keupayaan pelajar termasuk dari segi fizikal, pendengaran, penglihatan sejak darjah satu lagi.

''Tahun lepas program itu amat berkesan sekali kerana lebih 90 peratus telah dapat menerima proses pembelajaran dengan baik selepas menyertai LINUS," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

http://www.scribd.com/doc/72111147/Kenyataan-Akhbar-Mengenai-SPM-2011

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut :

1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.

5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

http://www.khidmatnegara.gov.my/?page_id=23 "


Source: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11704

Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula

Posted: 14 Jan 2012 09:00 PM PST

Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula


Ustaz Hadi mahu jadi nelayan semula

Subky Latif,

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.

Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.

Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.

Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.

Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.

Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.

Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/7528-ustaz-hadi-mahu-jadi-nelayan-semula

Penyelewengan Wang Zakat. Siri 2

Posted: 14 Jan 2012 07:00 PM PST

Penyelewengan Wang Zakat. Siri 2

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat penjelasan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali yang merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh bahawa penggunaan wang zakat kes guaman adalah dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam merupakan suatu kenyataan yang amat pelik dan mengelirukan.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, DPPM merasa kesal kerana Che Mat begitu mudah menghalalkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Seri Jamil Khir dan MAIWP dengan alasan 'mempertahankan kedaulatan Islam'.

Katanya, DPPM mempersoalkan, bagaimana Che Mat boleh mendefinasikan kes penggunaan wang zakat sebagai 'mempertahankan kedaulatan Islam'.

Ini, ujarnya kerana saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap individu terbabit kerana beliau mahu membawa kesnya di mahkamah syariah sebaliknya ia dinafikan dan akhirnya ia dibawa ke mahkamah sivil.

"Adakah usaha mempertahankan kes Anwar daripada dibawa ke mahkamah syariah juga boleh dikategorikan sebagai 'mempertahankan kedaulatan Islam'?

"Bukankah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dianggap 'mempertahankan kedaulatan Islam' kerana mahu membawa kesnya ke mahkamah syariah dengan mengikut undang-undang Islam, tetapi haknya dinafikan sehingga beliau diheret ke mahkamah sivil?" soalnya.

Selain itu, kata beliau sekiranya benar duit zakat yang digunakan oleh Datuk Seri Jamil Khir adalah 'untuk mempertahankan kedaulatan Islam', mengapa duit zakat itu dipulangkan balik.

Soalnya lagi, mengapa ia tidak terus dianggap sebagai asnaf yang layak mendapat zakat.

Beliau berkata, pemulangan duit zakat itu menunjukkan seolah-olah MAIWP bersetuju bahawa duit zakat itu tidak patut digunakan untuk kos guaman maka ia perlu dipulangkan balik setelah mendapat peruntukan kerajaan.

"Adakah dengan kenyataan Datuk Che Mat menunjukkan MAIWP mengakui bahawa kos pendahuluan untuk kes guaman tersebut menggunakan duit zakat?" katanya.

Jika begitu, kata beliau mengapa daripada awal MAIWP dan Jamil Khir menafikan penggunaan duit zakat sebaliknya menjelaskan ia diambil dari peruntukan kerajaan.

Jika Che Mat mengakui demikian, ujar beliau ia bermakna MAIWP dan Jamil Khir telah berbohong kepada rakyat sehingga akhirnya terpaksa mengakui malah membenarkan penggunaan duit zakat atas alasan untuk 'mempertahankan kedaulatan Islam'.

"Sudahlah berbohong, menghalalkan penggunaan duit tersebut pula demi mendaulatkan Islam, seolah-olah bagi Datuk Che Ali, duit itu adalah halal untuk kegunaan kos guaman Datuk Seri Jamil Khir dan beberapa orang yang lain," ujarnya.

DPPM, ujarnya musykil adakah dengan kenyataan itu ia bermaksud mereka yang mempunyai kes mahkamah dengan isu yang sama seperti Jamil Khir berhak mendapat zakat sebagaimana keistimewaan yang diterima oleh beliau.

Jika demikian, tambah beliau DPPM akan mewar-warkan kepada umat Islam yang mempunyai kes mahkamah atas isu yang berkaitan boleh memohon zakat kerana alasan 'ingin mempertahankan kedaulatan Islam'.

"Mungkinkah umat Islam boleh mendapat hak dan layanan yang sama seperti yang dinikmati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri?" tanya beliau.

Source: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150469902537312&id=303331692311

Bersihkan Malaysia: Moto Konvensyen PR Ke-3

Posted: 13 Jan 2012 11:46 PM PST

Bersihkan Malaysia: Moto Konvensyen PR Ke-3

Saturday, 14 January 2012 | Ruangan: Berita

Oleh Mat Zahari Bin Ali

ALOR SETAR, 14 JANUARI : Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang berlangsung di sini menjadikan moto "Bersihkan Malaysia" sebagai sebuah akur janji bagi memastikan segala hak rakyat akan dapat dinikmati secara adil dan harmoni.

Moto ini bertepatan dengan hala tuju PR disaat negara sedang mengalami pelbagai kepincangan akibat amalan rasuah, kronisme, salah guna kuasa, ketirisan dan pemborosan yang berluasa berlaku dalam kerajaan.

Pada hari ini dijangkakan lebih 600 perwakilan dari ketiga-tiga gabungan PR selain 200 pemerhati akan menyertai konvensyen sehari di sini.

pic.twitter.com/PWIVCwYK

Fokus utama yang akan diperbincangkan antaranya termasuklah isu-isu berkaitan Pilihanraya Umum, Sistem Kehakiman, Fedaralisme, Rasuah, Felda dan penjawat awam selain isu-isu masyarakat.

Majlis akan bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan pembukaan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.

Kemudiannya di ikuti ucapan ketiga-tiga Setiausaha Agong parti, Mustafa Ali (PAS), Saifuddin Nasution Ismail (PKR) dan Anthony Loke (DAP).

Ini akan di ikuti dengan ucapan suara hati nurani rakyat Malaysia yang terdiri dari wakil-wakil negarawan budaya, warga Felda, penjawat awam, ahli akademik, NGO, pelajar dan wakil dari Sabah dan Sarawak.

Antara tokoh yang akan memberi ucapan adalah Sasterawan negara, Datuk A Samad Said, Prof Dr Aziz Bari, Datuk Ambiga dan Safuan Anang yang mewakili wakil pemida dan pelajar.

Perbahasan akan bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan lima pembentang utama. Antaranya oleh S.Sivarasa, Suhaimi Said, Dato Husam Musa , Liew Chin Tong dan Nurul Izzah Anwar.

Manakala ucapan penggulungan pemimpin akan bermula pada 2.30 petang. Turut memberi penggulungan adalah, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Datuk Seri Hadi Awang, Karpal Singh, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di majlis pembukaan, para pemimpin dan seluruh perwakilan akan melafazkan ikrar Pakatan Rakyat.

Kandungan Ikrar tersebut mengandungi lima teras utama antaranya mempertahankan Perlembagaan persekutuan, meningkatkan mutu perkhidmatan, perkukuh kerjasama PR, Menghindar sogokan yang menjurus kepada pengkhianatan kepada rakyat dan membina negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Sementara itu pada malamnya, Rapat Rakyat Perdana akan di adakan di Stadium Sultan Abdul Halim, lokasi di mana konvensyen diadakan.

Semua pimpinan tertinggi PR akan menyampaikan ucapan pada malam ini.


Source: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/36203

Konvensyen PR: Undi Pakatan Rakyat Sebelum Malaysia Dibankrapkan BN

Posted: 13 Jan 2012 11:31 PM PST

Konvensyen PR: Undi Pakatan Rakyat Sebelum Malaysia Dibankrapkan BN

Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.

Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat

"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.

"Kalau diberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, kami pun tak nak sebab kami tak mahu dikatakan kerajaan bankrap," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Katanya, setiap rakyat negara ini perlu sedar, menurutnya, kenyataan mengenai Malaysia akan bankrap bukan rekaan tetapi ia diramalkan oleh tokoh ekonomi sendiri, Datuk Idris Jala dan kejadian itu diramalkan berlaku pada tahun 2019 nanti jika langkah-langkah mengatasinya tidak dilakukan.

Ramalan tersebut dibuat berdasarkan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pemerintahan BN yang penuh rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat sehingga hutang negara semakin meningkat melebihi RM450 bilion sekarang.

Mohamad Sabu menambah, ramalan Datuk Idris itu jelas menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada para pemimpin Umno BN untuk memerintah negara ini kerana mereka ternyata gagal menyelamatkan negara dari bankrap.

"Sebaliknya jika BN menang dalam pilihan raya nanti, Malaysia akan bankrap. Kata-kata ini mesti diratib selalu kepada orang ramai bagi menyedarkan rakyat mengenai perkara itu untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan jika terus menyokong Umno BN," ujarnya.

Konvensyen tersebut dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -HD













sumber: pelbagai

Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/01/bergambar-konvensyen-pr-undi-pakatan.html

Hukum Penggunaan Wang Zakat

Posted: 13 Jan 2012 07:36 PM PST

Hukum Penggunaan Wang Zakat : Lampiran Khas 1

1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.

Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;

تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

"Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).

Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;

إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ

"Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).

2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina 'Umar pernah menegaskan;

إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.

"Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim".

Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً

(Surah an-Nisa', ayat 10)

Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; "Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka"

(al-Majmu', kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).

3. Golongan yang berhak menerima zakat

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk 'amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(at-Taubah: 60)

4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.

(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).

Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?

5. Pengertian Sabilillah

Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;

"Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai')"

(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;

"Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi'ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik"

(al-Majmu', Imam an-Nawawi).

7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):

Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)".

8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha' yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum".

(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah "Fi Sabilillah", penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; "Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….".

(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; "Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja"

(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Source: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150471131802312&id=303331692311

Tindakan disiplin satu tarbiah

Posted: 12 Jan 2012 07:12 PM PST

Tindakan disiplin satu tarbiah



Idris Ahmad,

Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh Nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.

Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah Nabi SAW yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah.

Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain baginda menerima dari alasan mereka.

Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan nabi SAW. Beliau menyangka baginda tidak tahu, sangkaan beliau meleset kerana baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.

Apabila baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW di masjid untuk meminta maaf, maka baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Syam datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Syam kerana sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengambil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam.

Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang bertemu Rasulullah SAW lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!"

Isteri Hilal menjelaskan, "Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!". Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.

Selama lima puluh hari lima puluh malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada baginda SAW memberi tahu bahawa Allah SWT telah mengampunkan mereka bertiga.

Mendengar berita itu Kaab terus sujud syukur kepada Allah.

Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya "Bergembiralah kau pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!"

"Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?" tanyaku sabar.

"Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!" jawab Rasul SAW.

Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah SAW."

Ka'ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang." (At-Taubah: 118)

Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta'ah yang membocor rahsia mengenai persiapan baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpedapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan: Ya . kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT, bermaksud:

"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang" (al-Taubah 9:102)

Pernah berlaku kepada seorang aktivis PAS di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu PAS dan menghadiri program PAS walaupun beliau bukan ahli PAS. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.

Rumusannya:

1. Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.

2. Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri

3. Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.

4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.

5. Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.

6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.

7. Allah akan menguji kepada kita sama ada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh PAS yang sentiasa mencari peluang.

8. Contohilah seorang ahli biasa PAS di Pasir Salak walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada PAS.

9. Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7541-tindakan-disiplin-satu-tarbiah

Majlis Fatwa: Guna dakwat kekal harus, dibenar

Posted: 12 Jan 2012 02:44 PM PST

Majlis Fatwa: Guna dakwat kekal harus, dibenar


Majlis Fatwa: Guna dakwat kekal harus, dibenar
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lalu, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis "silver nitrate" akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya.

Source: http://malaysiakini.com/news/186319

Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Posted: 12 Jan 2012 02:40 AM PST

Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Gambar: Barisan peguam membantah qazaf yang dipohon oleh Anwar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Setelah sebelum ini pihak Jamil Khir dan MAIWP menafikan ada menggunakan wang zakat untuk kos guaman membantah permohonan qazaf ke atas Saiful, dan telah dibuktikan bahawa penafiannya itu tidak sejajar dengan dakwaan jabatan Audit Negara, kini tampil Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kenyataan Mufti berkenaan adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Dengan menjadi alasan "fisabilillah" adalah tidak tepat kerana fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah, tetapi apa yang dilakukan oleh MAIWP adalah disebaliknya, berjuang untuk menghalang hukum Allah iaitu menghalang qazaf dari dilaksanakan.

Sekalipun mufti berkenaan menyatakan bahawa tafsiran adalah luas yang menurutnya turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan, tetapi di dalam soal penggunaan wang zakat untuk menghalang qazaf dilaksanakan apakah itu "fisabilillah"?

Sepertimana yang rakyat semua sedia maklum bahawa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya telah dibantah oleh MAIWP melalui peguam mereka yang diketuai oleh Zainul Rijal Abu Bakar.

Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Bantahan peguam MAIWP pula tidak pula enjurus kepada sebarang nas tetapi adalah kepada persoalan teknikal semata-mata.

Bantahan MAIWP berasaskan tiga alasan:

1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.

2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.

3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Justeru itu, adalah kesasar untuk meletakkan bayaran guaman "menentang qazaf" sebagai jihad fisabilillah.

Tuan Mufti, ilmu kami tidak setinggi kamu, tetapi "kebenaran" itu tidak wajar untuk dipermainkan oleh kalangan berilmu.

Kita bersetuju supaya kes ini dibawa ke muka pengadilan dan pihak MAIWP perlu menjawab di mahkamah bukan mempertahankan tindakan mereka di media massa.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/01/tuan-mufti-apakah-menghalang-menentang.html

Penyelewengan Wang Zakat. Siri 1

Posted: 11 Jan 2012 10:45 PM PST

Penyelewengan Wang Zakat. Siri 1

Yb. Datuk Jamil Khir Baharom
Mesti Meletakkan Jawatan

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yb. Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak boleh lari dari tanggungjawab setelah berdepan dengan dakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa. Paling ringan, tanggungjawab yang mesti diambil oleh mereka ialah meletakkan jawatan. Perletakan jawatan itu kelak akan memudahkan proses siasatan diambil apabila dakwaan rasmi telah dikemukakan ke atas salah laku mereka.

2. Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu perbuatan tercela justeru ia melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan.

[ Merujuk kepada laporan Ketua Audit :

a] 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari.

b] Datuk Che Mat Che Ali Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP] telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan Am pada 28 Januari 2010. Geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

c] MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.]

3. Timbul beberapa persoalan besar yang jelas bertentangan dengan nilai integriti dan tanggungjawab seorang pemegang amanah.

a] Mereka tiada hak dan kelayakan menggunakan wang zakat justeru mereka bukanlah asnaf yang berhak menerimanya . Persoalan dan kedudukan hukum ini akan saya jelaskan dalam kenyataan saya pada siri kedua nanti.

b] Berlaku Penyalahgunaan kuasa apabila yang meluluskan sejumlah wang zakat tersebut atas nama Setiausaha MAIWP kepada Pengarah JAWI untuk pembiayaan kos guamannya, sedang pemegang kedua - dua jawatan itu adalah orang yang sama iaitu Datuk Che Mat Che Ali.

4. Kelihatan Yb Datuk Jamil Khir cuba untuk melarikan diri dari isu ini apabila menuding kononnya ini adalah propaganda pembangkang. Sedang isu ini adalah jelas bagaimana beliau menggunakan wang zakat dan ternyata beliau tidak boleh menafikan kesohihan dakwaan tersebut.

5. Lebih kesal apabila mufti turut diseret oleh beliau untuk mengeluarkan kenyataan mempertahankan kebathilan yang dilakukan oleh beliau selaku Menteri Agama iaitu orang yang bertanggungjawab terhadap amanah ummat Islam. Mufti selayaknya mengeluarkan kenyataan untuk memelihara dan memihak kepada kebenaran bukan mencari aqal untuk membebaskan salah laku mereka yang bertaraf menteri.

Tugas utama Mufti ialah jaga agama bukan jaga menteri.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Salam Perjuangan dari Tantawy's Device

MASALAH DALAMAN JAMA'AH . . . . . .aDAKAH iTU SUNNN

Posted: 11 Jan 2012 03:04 PM PST

ITULAH SUNNAH PERJUANGAN!


WALAU MENDUNG MENYELUBUNGI, MENTARI TETAP BERSINAR.. HILANG KABUT TAMPAKLAH IA!


Menyelusuri sunnah perjuangan, hari tidak selalunya cerah... Ada ketikanya mendung berarak kelabu... Ada ketikanya ribut, banjir kilat tidak menentu... Namun bertenanglah! Mentari tetap terus bersinar... hilang kabut, tampaklah ia...


MEHNAH ADALAH SUNNAH

Bilakah jalan perjuangan sepi dari mehnah atau tribulasi? Kalau ada orang yang ingin berjuang dan bersungguh-sungguh membariskan dirinya dalam sebuah saf perjungan Islam, tetapi nafsunya ingin agar sentiasa nyaman tanpa sebarang mehnah, sesungguhnya dia bermimpi dan berangan-angan.

Tanpa mehnah,tribulasi, ibtila', ujian atau apa istilah sekali pun, bagaimana seorang pejuang Islam dapat merealisasikan erti jihad dan pengorbanan, menghayati makna thabat dan sabar. Itulah sunnah perjuangan. Mehnah akan datang dengan pelbagai wajah dan arah. Atas bawah, kiri kanan, dalam dan luar…

Kadang-kadang ia datang seperti angin ribut yang menggemparkan, kadang-kadang ia bertiup halus seperti bayu lembut yang menghanyutkan. Kadang-kadang ia menerpa ganas dari luar, sesekali menikam senak dari dalam. Adakah memang terlalu susah untuk memahami hakikat ini? Ataukah sudah terlalu lama tercicir usrah sehingga atas bawah semua melatah?

Lupakah kita pada teks usrah fiqh sirah? Atau sudah terlalu jauh berlalunya diskusi Al-Hujurat? Ke mana menghilangnya ingatan kita terhadap pengajaran Peristiwa Ifk (fitnah Aisyah)? Bercempera seperti tiada pedoman, bertempiaran umpama hilang akal, tersesat seperti hilang arah! Sekali lagi, Tarbiyah! Tarbiyah! Tarbiyah!


INGATAN BUAT YANG TERLUPA

Jamaah Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sepanjang 23 tahun menghadapi mehnah demi mehnah bertali arus. Jika kita meneliti catatan sirah, membacanya sahaja pun kita sudah merasa letih. Alangkah hebatnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat generasi awal Islam mengharungi badai perjuangan dengan penuh kesabaran demi kesabaran.

Mehnah bukan sahaja datang dari musuh luar internasional, dari kalangan Empayar Kristian Rom dan Majusi Parsi malah di peringkat nasional, Musyrikin serta ahli kitab Yahudi dan Nasrani samada di Makkah atau Madinah. Juga tidak sedikit ketenangan jamaah pimpinan Nabi s.a.w. berkocak di sebabkan oleh konflik yang ditimbulkan tidak putus-putus oleh musuh dari dalam jamah di kalangan munafik samada dalam peristiwa Fitnah Ifk yang melibatkan Ummul Mukminin Aisyah, jarum halus yang memecahbelahkan kesatuan jamaah di saat-saat genting dalam Perang Uhud, agenda jahat dalam pembinaan Masjid Dhirar dan sebagainya.

Tidak kurang juga mehnah atau konflik yang timbul disebabkan oleh sikap negatif dan kesilapan yang dilakukan oleh ahli jamaah sendiri dari kalangan orang-orang yang beriman seperti hampir tercetusnya pertembungan semula di antara Aus dan Khazraj, kealpaan dalam melaksanakan arahan seperti Kaab Bin Malik dan 2 orang sahabat dalam peristiwa Perang Tabuk, pembongkaran rahsia oleh bekas pejuang Badar – Hatib bin Abi Balta'ah, sesetengah sahabat yang terpedaya dengan fitnah ke atas Aisyah dan lain-lainnya.

Lebih dari itu, dalam mengharungi ranjau perjuangan, terkadang kesilapan turut berlaku di kalangan Kibar As-Sohabah (sahabat besar) selaku pimpinan kanan yang bersama Nabi s.a.w. seperti tindakan tidak puas hati Saiyyidina Umar dan beberapa orang sahabat dalam peristiwa MOU Hudaibiyah. Malah jika kita meneliti lebih jauh, Nabi s.a.w. yang terpelihara dari dosa itu pun ditakdirkan Allah s.a.w. untuk melakukan beberapa kesilapan yang terkandung padanya hikmah dan pengajaran yang sangat banyak.

Jika anda memahami hakikat tersebut, pelik sangatkah anda bila melihat berlakunya konflik, fatal dan kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan sesebuah jamaah? Boleh untuk merasa sedikit terganggu, tetapi jangan berlebih-lebihan sehingga menghilangkan fokus kerja yang perlu dilunaskan di peringkat masing-masing. Orang-orang yang memahami serta menghayati tabiat dan sunnatullah ini, mereka mendepani dan menanganinya mengikut panduan wahyu. Tidak cepat melatah bersama-sama orang-orang yang latah.

Mungkin antara hikmahnya, Allah s.w.t. ingin mendidik pimpinan dan anggota jamaah bagaimana kaedah yang paling baik untuk menangani konflik seperti ini sebelum di beri kuasa sepenuhnya oleh Allah s.w.t. Mungkin juga Allah s.w.t. sedang melakukan proses penapisan berperingkat bagi menjernihkan saf dari sebarang virus lantas memperteguhkan bangunan jamaah. Boleh jadi juga berlaku check and balance dalam isu-isu yang dibangkitkan, moga sesetengah kita tidak hanya terpegun dengan keindahan sinar bulan hingga terlupa kegelapan pekat di belakangnya.

Firman Allah s.w.t., mafhumnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [Al-Ankabut : 2-3]

Firman Allah s.w.t., mafhumnya : "Maka sesungguhnya pada setiap kesulitan pasti akan muncul sesudahnya kemudahan. [Al-Insyirah : 5]

Dan firmanNya lagi, mafhumnya : "Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar [Al-Baqarah : 153].

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya : "Siapakah manusia yang paling banyak diuji Allah?" Nabi menjawab : "Para Nabi." Baginda ditanya lagi : "Kemudian siapa lagi?" : Jawab Nabi : "Orang-orang soleh". Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda : "Semakin kuat pegangan agama seseorang, maka semakin banyak ujian yang akan dihadapinya." [HR Tirmidzi – Sahih]


PEDOMAN WAHYU MENDEPANI KRISIS DALAMAN

Pedoman (1)

Firman Allah Subhanahu wa Taala Mafhumnya : "Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya ; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (para pemimpin) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." [Surah An-Nisa': 83]

Pengajaran dari ayat tersebut secara ringkasnya ialah :

1. Kita dari kalangan penyokong, ahli, pendokong, penggerak atau pimpinan peringkat bawahan kumpulan Islam tidak sepatutnya melatah, terlalu cepat mengeluarkan kenyataan, memberi komentar atau segera menyebarkan sesuatu isu yang berlaku melibatkan kepentingan jamaah.

2. Kita sewajibnya merujuk kepada pimpinan tertinggi atau menunggu kenyataan rasmi pimpinan dalam isu-isu seumpama ini. Kenyataan rasmi kepimpinan tertinggi yang disokong oleh badan tertinggi (majlis syura ulama') adalah menjadi sikap dan pendirian kita. Ulasan dan komentar kita setelah dari itu mesti selari dan dipastikan tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi tersebut walaupun berbeza dengan pandangan kita secara peribadi!

3. Kita wajib bermuhasabah dengan apa yang berlaku. Jauhnya sikap dan tindakan kita berbanding panduan nas Al-Quran tersebut. Ada yang bermulut lancang meremehkan si A atau si B sedangkan dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci isu sebenar dari sumber yang pertama.

Pedoman (2)

Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11] Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12] Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13] Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14] (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15] Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar."[16]

Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :

1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu

Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota. Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.

2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif

Salah satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik) kepada saudara kita sesama mu'min – siapa pun dia dan dari kelompok apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat memelihara hati kita dari kotor dan prasangka. Kemungkinan pimpinan tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka terhadap perjungan???

3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf

Mana-mana ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad, pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi'i rahimahulLah ; "Ra'yi shawaab walakin yahtamilul khatha' wa ra'yu ghairi khatha' walakin yahtamilush shawaab (pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar). Kepimpinan peringkat mana pun mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang melayakkan dia duduk di level tersebut…

4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar

Menganggap sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin mencabar!

Pilu rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan, menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya! Marilah kita kembali kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang, thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting mendahului segala-galanya..


LEBIH SUDU DARI KUAH

Khusus bagi anggota jamaah di peringkat bawahan dan menengah, tidak perlulah kita bersikap lebih sudu dari kuah. Berilah mandat kepada pucuk pimpinan yang tertinggi dan badan yang berautoriti mencari jalan menyelesaikan isu-isu berbangkit. Demikian juga jangan cepat kita menghukum sebelum bukti, kenyataan, saksi dan penghakiman dijalankan. Usah ambil jalan mudah dengan menghukum si A tidak taat arahan jamaah, si B tidak sayang pada patuh pada pimpinan dan pelbagai lagi cercaan demi cercaan yang tidak menguntungkan sesiapa dan apa-apa melainkan sekadar melempiaskan kepuasan nafsu kita sahaja.

Muhasabahlah diri masing-masing adakah kita sendiri itu sudah cukup wala'nya? Hebat ketaatannya? Sempurna komitmennya? Ataukah berapa banyak arahan pimpinan di peringkat masing-masing yang kita engkar? Berapa kali arahan mesyuarat yang kita tidak hadir dengan sengaja? Berapa kali arahan hadir usrah yang kita tidak komit kerana memilih rehat walau pun lapang? Berapa banyak tuntutan jamaah di peringkat masing-masing yang kita sendiri pun taat dan komit secara berpilih? Tepuk dada tanyalah diri masing-masing..

Kemudian renunglah dengan jujur, adakah dengan bercempera membawa mulut ke hulu ke hilir, menulis di sana di sini, menjaja ke selatan ke utara, sms ke timur mms ke barat, komen di facebook kutuk di twiter akan dapat menyelesaikan isu yang berlaku? Atau menambah hangatkan suasana? Mungkin bara hampir padam, ramai pula yang curah minyak! Di antara keelokan seorang Islam itu ialah, meninggalkan apa-apa yang sia-sia (tidak ada makna). Kalau dengan melatah itu tidak boleh menyumbang apa-apa, diam lagi baik.. kerana anda pendokong jamaah Islam!


PANDANGAN MASYARAKAT LUAR

Mungkin inilah yang dirungsingkan oleh pendokong jamaah di atas konflik dan isu yang berlaku. Munasabah untuk merasa bimbang, namun jangan resah dan rungsing yang tidak berpedoman kerana kita sudah sepatutnya faham bahawa itulah sunnah dalam perjuangan. Soalnya sekarang, apa yang terbaik boleh kita lakukan untuk jamaah dan perjuangan Islam, bukan untuk merosakkan jamaah atau memuaskan hawa nafsu amarah kita? Kepada sesama ahli jamaah, panduan di atas jadikan sebagai sandaran dan panduan. Ada pun kepada masyarakat awam di luar, pelbagai pendekatan boleh digunakan, antaranya :

1) Nyatakan pada mereka bahawa jangan mudah percaya kepada kesimpulan dan rumusan yang dijaja oleh media masa perdana yang menjadi penyambung lidah-lidah syaitan. Sifat prejudis, berlebih-lebihan dan berniat jahat yang menjolok mata dalam pemberitaan mereka sudah tersedia maklum.

2) Pimpinan jamaah bukan maksum dan terpelihara dari berbuat silap. Perjuangan Islam, dasar dan prinsip berjamaahnya lebih utama dari pandangan seseorang walau siapa pun dia. Dalam perjuangan, pemimpin boleh datang dan pergi, tokoh boleh timbul dan tenggelam. Walau pun kita tidak menginginkannya, itu semua boleh berlaku kerana ia pernah tercatat dalam tinta sejarah perjuangan Islam. Namun kebenaran bukan berasaskan individu atau batang tubuh sesiapa, kebenaran adalah pada kebenaran itu sendiri.

3) Perbezaan pendapat boleh berlaku di mana-mana. Di dalam mana-mana kumpulan. Salah atau benar bukan disebabkan oleh perbezaan pendapat dalam sesebuah organisasi. Tetapi kebenaran adalah pada apa yang diperjuangkan. Perjuangan Nabi s.a.w. yang bertunjangkan wahyu tetap benar, walau ada orang seperti arab badwi yang kencing di dalam masjid, walau ada pembocor rahsia seperti Hatib Bin Abi Balta'ah, walau ada golongan munafik menganggotainya. Adakah Islam tidak benar hanya kerana keburukan sebahagian penganutnya? Perjuangan Islam dianggotai oleh manusia, bukan para Malaikat!

4) Ini bukan bermakna kita bersikap Tabrir (membenarkan) sesiapa yang melakukan kesalahan. Sesiapa sahaja di dalam Islam dan jamaah Islam berisiko terjebak di dalam kesalahan dan dosa. Si A mahupun si B, si C atau si D semuanya mungkin melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu adalah kesilapan batang tubuhnya bukan kesilapan Islam atau Jamaah Islam yang bertunjangkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias, berasaskan konsep syura yang dibimbing oleh para Ulama' Amilin. Masakan pendapat individu lebih utama dari semua kekuatan tersebut! Dalam setiap organisasi ada badan yang berautoriti untuk menangani isu tersebut, makan biarlah mereka yang menanganinya.

5) Jangan hilang fokus kepada usaha menentang kezaliman, penyelewengan kuasa yang menjolok mata, penipuan dan korupsi yang berleluasa, penghinaan terhadap hukum Islam yang bermaharaja lela dan lain-lain isu besar negara dan bangsa yang perlukan pembelaan sewajar dan sewajibnya! Masakan hanya kerana masalah sikap sebahagian pemimpin atau tokoh dalam Jamaah Islam, menjadikan pencabulan hak, kezaliman, penyelewengan kuasa, penindasan, kemungkaran, penolakan dan pelecehan terang-terangan terhadap hukum Islam oleh segerombolan penjahat menjadi halal dan baik??? Mudah benar sifirnya? Masakan dengan menyiarkan muka depan isu ada orang tidak puas hati dengan pendekatan terkini Jamaahnya menjadi lebih berat dan mudharat dari berbilion harta awam dibaham oleh kroni?


KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT

Kepercayaan sepenuhnya wajar diberikan kepada pimpinan tertinggi jamaah yang telah diberi mandat dengan bimbingan majlis syura di kalangan para Ulama' Amilin untuk menangani permasalahan tersebut dengan kaedah yang terbaik dan berhikmah serta memohon petunjuk Ilahi di atas setiap keputusan yang dilakukan. Siiruu ala BarakatilLah, usah bimbang dan usah berdukacita.. sesungguhnya Allah bersama-sama kita… Marilah secara terpimpin, kita bersama harungi dugaan ini.. Allahuakbar!


PAS melencong perjuangan asal?

Posted: 10 Jan 2012 02:27 PM PST

PAS melencong perjuangan asal?

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS? Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.
Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah: (i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B): "Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS." Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan. Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman. PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah. Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah 'Baldatun Tayyibah' sebagaimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." (Surah Saba' ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar. Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima. Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.

Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.
Antaranya dahulu, mereka menyatakan, 'Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).' Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka. PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya."

Wallahua'lam.


Oleh DATO' HARON DIN

Source: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=18738

Media dan pilihan raya adil

Posted: 09 Jan 2012 02:46 PM PST


Media dan pilihan raya adil

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 09 January 2012
Demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim dalam sistem politik moden, sebagai satu proses untuk memilih kepimpinan mereka. Terminologi akar umbi "dēmokratía" yang berasal dari bahasa Greek ini memberi maksud – "rule by the people" atau "pemerintahan oleh rakyat". Pemahaman terhadap maksud demokrasi ini yang pada pandangan Barat tidak mempunyai kaitan dengan Tuhan Yang maha Pencipta, telah diperkembangkan dan disuntik roh hubungan manusia-Tuhan menerusi pandangan para sarjana Islam dalam bentuk penulisan di sepanjang zaman kegemilangan Islam. Antaranya kitab-kitab hasil karangan para ulama Islam dalam aspek politik seperti karya tersohor Muqaddimah karangan Ibnu Khaldun (1332-1406 M), Al Mawardi (972-1058 M), Al Ghazali (1058 - 1111M), Imam Al Haramain Al Juwayni (1028 -1085M ), Ibnu Taimiyyah (1263 -1328M), Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1292-1350M) dan lain-lainnya yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Encyclopaedia Britannica (15th ed.,Vol.9, p.148) antaranya memuatkan testimoni ahli sejarah British, Arnold J.Toynbee, memperakukan bahawa karya Muqaddimah adalah "membicarakan aspek falsafah sejarah yang paling hebat pernah ditulis oleh sesiapa di sepanjang zaman".

Sebelumnya negara-negara Eropah yang dihimpit kezaliman terpaksa melakukan revolusi berdarah yang mengorbankan raja, pemimpin dan rakyat.

Sekiranya kita mengkaji hal ini secara lebih jauh dan mendalam, Al-Quran sebenarnya telah menceritakan kisah-kisah benar perjuangan para Rasul A.S. berdakwah, umpamanya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS, para nabi ini dalam masa yang sama menentang kerajaan yang zalim, menindas dan memperhambakan rakyat, serta menyalah gunakan harta negara mengikut hawa nafsu. Walau pun tamadun kebendaannya tersergam menakjubkan, seperti 138 buah binaan Piramid di Mesir, Petra di Jordan, yang kesemuanya masih menjadi kesan sejarah yang dibanggakan sehingga zaman terkini, tetapi dilupakan betapa tamadun itu dibina di atas mayat-mayat rakyat yang diperhambakan.

Semua kerajaan zalim ini dinamakan jahiliyyah, walau pun dianggap bertamadun, semuanya berakhir dengan kejatuhan yang meninggalkan nama-nama buruk yang dikutuk dalam catatan sejarah, walau pun meninggalkan bangunan dan binaan yang indah. Ramai yang tidak menyedari bahawa Allah SWT mengutuskan para Rasul memimpin rakyat menentang kerajaan-kerajaan yang sangat zalim itu.

Apabila Nabi Muhammad SAW berjaya menegakkan negara dengan petunjuk Al Quran dengan sempurna sehinggalah wafat meninggal dunia, Baginda SAW telah berjaya mendidik para sahabatnya. Dalam sejarah generasi awal Islam, khususnya di zaman Khulafa Rasyidin yang paling banyak menjadi teladan, setiap tokoh Khalifah yang dipilih secara musyawarah menyampaikan ucapan, bahawa ketaatan kepada pemimpin adalah tidak mutlak, dinyatakan syarat yang tegas, selagi pemimpin itu tidak zalim dan tidak menyeleweng daripada perintah Allah dan Rasul.

Para ulama tafsir Al Quran, Hadith, sehingga ilmu Tasawuf yang paling teliti mengecualikan takrif mengumpat yang dikira dosa besar, apabila mendedahkan kejahatan yang membawa fasik daripada seseorang yang bertaraf pemimpin di kalangan ulama dan umara (ketua negara), kerana kejahatan kalangan ini sangat mempengaruhi masyarakat umum. Mereka menamakan perkara Al Jarhu wa Ta'dil, sehingga menjadi istilah ilmu Asanid (untuk mensahihkan sesuatu riwayat) dalam meriwayatkan hadith dan lain-lain sumber ajaran Islam.

Para ulama Islam dengan tegas menyatakan pendedahan kejahatan dan kebaikan seseorang menjadi hukum wajib apabila menjadi saksi di mahkamah, bagi menjamin berlakunya keadilan kepada hakim yang membuat keputusan. Saksi bohong pula berdosa besar dan boleh dijatuhkan hukuman mengikut ukuran sesuatu tuduhan.

Sistem Demokrasi Moden melantik rakyat menjadi hakim bagi menentukan pemimpin atau parti yang memerintah negara. Mengikut ajaran Islam pula, urusan politik memilih pemimpin adalah amanah yang sangat besar. Maka pilihan raya adalah mahkamah rakyat dalam menunaikan amanah besar ini.

Semua negara yang maju menjadikan pilihan raya sebagai peluang untuk memilih kerajaan yang adil dan mampu memajukan negara serta membela rakyat. Setiap kelemahan dan kesilapan menyebabkan kerajaan dan pemimpin akan dihukum oleh rakyat dengan adil dan telus. Para pemimpin pula mempunyai maruah tinggi dan berjiwa besar, rela dihukum dalam pilihan raya atau meletakkan jawatan sebelum pilihan raya, kalau betul-betul bersalah atau walau pun tidak bersalah. Kalau sebab fitnah maka nilai tambahnya sangat besar, kalau pun bersalah maka peluang ini dimanafaatkan untuk bertaubat dan membaiki imej.

Dalam amalan Demokrasi adil, peranan media disemua lapangan, dikira sangat penting bagi pilihanraya yang adil, kerana mereka meletakkan media sebagai saksi kepada mahkamah rakyat untuk mejatuhkan hukuman dengan adil, kerana pengundi yang membuat keputusan adil wajib mendapat maklumat yang benar dan teliti. Adalah tidak adil bagi pengundi untuk membuat keputusan dengan kempen sebelah pihak sahaja dengan pihak satu lagi mempunyai peluang yang sangat terhad, atau peluang yang tidak sama rata, tidak saksama dan adil. Keadaan terus menerus menjadi penyakit lebih parah hingga merosakkan negara kalau berlaku politik wang rasuah bagi mengabui pemikiran rakyat.

Maka cara yang benar dan adil ialah media diberi peluang secara bebas kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya, sama ada kerajaan atau pembangkang. Sehingga bertaraf sama di sepanjang masa, supaya rakyat sentiasa melakukan muhasabah terhadap kerajaan, parti dan wakil rakyat mereka. Tuduhan yang benar terimalah hukuman dengan adil, tuduhan fitnah pula terimalah padahnya, sama ada melalui undang-undang pengawalan dan pengawasan media atau keputusan rakyat dalam pilihan raya.

Ada negara yang memberi peluang secara lebih terperinci, dibuka peluang semua pemimpin utama parti berhujah dalam media, samada secara debat atau berdailog secara lansung dan terbuka. Semua pihak bukan sahaja boleh menonton dalam kaca TV, bahkan boleh melibatkan diri dengan berbagai-bagai soalan. Seluruh rakyat boleh menilai secara langsung terhadap ketokohan dan peribadi pemimpin atau bakal pemimpin dengan lebih teliti, kerana memilih pemimpin adalah amanah yang sangat berat.

Selepas pilihan raya media tetap diberi hak sepanjang masa melakukan muhasabah bagi pihak rakyat dan negara. Pihak media yang salah laku juga boleh dihukum dengan tindakan undang-undang yang adil atau dipulau oleh rakyat.

Dalam sejarah Islam, apabila Khalifah Abu Bakar RA dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. beliau menyampaikan ucapan sulungnya :

"Wahai tuan-tuan !, Saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, pada hal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya berlaku baik tolonglah saya, sekiranya saya melakukan kesilapan perbetulkan saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat ".

Inilah contoh keterbukaan seorang pemimpin yang menjadi teladan, meminta semua pihak berlaku ikhlas dan berani, jangan mengampu sehingga berbohong, yang betul dibantu, yang salah diperbetulkan, yang silap ditegur secara beradab, kalau menjadi makhluk perosak maka diturunkan dengan cara setimpal .

Para ulama melaporkan dalam kitab-kitab karangan mereka, banyak contoh di zaman keemasan sejarah Islam, apabila penganutnya disemua peringkat, pemimpin dan rakyat bersikap terbuka memberi nasihat dan teguran menunaikan kewajipan muhasabah. Hasil penulisan yang berharga ini dipungut oleh para orientalis sehingga mempengaruhi perubahan Demokrasi Moden daripada Demokrasi purba.

Kita menyaksikan berlaku berbagai-bagai peristiwa dalam dunia terkini, sejak masa terdekat di abad yang lalu dan yang paling mutakhir, apabila negara-negara dunia yang bertanggungjawab sentiasa mengislahkan (menambah baik) amalan Demokrasi masing-masing. Demokrasi pilihanraya pula bukanlah semata-mata memangkah kertas undi, tetapi hak demokrasi berpilihan raya menjangkaui semua proses pendaftaran pengundi, peraturan yang adil, media yang bebas, pihak berkuasa yang berkecuali, sehinggalah kepada kebebasan rakyat memilih tanpa sebarang elemen rasuah yang boleh mempengaruhi mereka.

Di negara Eropah dan Amerika, mereka melaksanakan hak media menjadi saksi adil kepada rakyat, termasuklah juga di negara Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Rakyat menukarkan kerajaan berbagai parti silih berganti melalui pilihan raya, sehingga tidak ada parti yang boleh memerintah dalam tempoh yang terlalu lama apabila melakukan kesilapan atau mengalami kelemahan. Ada juga berlaku parti yang memerintah mengundurkan diri lebih awal, apabila dituduh dalam perkara besar, memberi peluang diadakan pilihanraya semula untuk mendapat kepercayaan rakyat seperti yang berlaku di Itali dan Greece beberapa bulan lalu.

Ada yang sekadar mendapat kepercayaan di parlimen sahaja dengan memberi hak tanpa paksaan kepada wakil rakyat termasuk daripada parti kerajaan yang memerintah. Ada juga presiden atau perdana menteri atau menteri kabinet meletakkan jawatan lebih awal. Semuanya berlaku apabila terdapat pendedahan media secara adil kepada rakyat dan semua pihak merasa bertanggungjawab menunaikan amanah.

Ada negara yang berani memberi kebenaran kepada Parti politik daripada media cetak sehinggalah memiliki stesyen TV yang boleh menyatakan dasar dan perjuangan dan perbezaannya dengan kerajaan dan Parti lain. Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri, atau semua media ini diselia menerusi undang-undang yang mengawasinya.

Malangnya masih banyak kalangan negara membangun termasuk Malaysia, ada yang mendakwa sudah bertahap maju, pada hal tercorot, bukan sahaja tercorot dalam bidang ekonomi mengisi perut rakyat, bahkan tercorok juga dalam bidang minda kefahaman berpolitik sehingga membodohkan rakyat dengan kawalan media supaya berpihak kepada parti yang menjadi kerajaan sehingga rakyat menjadi jahil murakkab (jahil yang tidak tahu dirinya jahil dan merasa bijak). Maka berlakulah minda tertutup dan terkongkong. Mana-mana pihak yang menegur kerajaan termasuk dalam kerajaan sendiri pun tidak diberi hak yang sewajarnya untuk membuka minda yang bijak memperkasakan rakyat dan kerajaan sendiri. Maka jadilah kerajaan itu Maha Suci daripada segala sifat kekurangan, walau pun pemimpinnya adalah makhluk manusia, cuma berada di singgahsana dan kerusi memerintah negara berlagak seperti Tuhan.

Menyekat kebebasan media boleh melemahkan kerajaan sendiri kerana sentiasa syok sendiri, tanpa menyedari kesilapan dan kelemahan, atau menutup kelemahan dan kesilapan secara degil, atau sentiasa menipu diri sendiri menggunakan media, akhirnya tamat riwayat cara memalukan dan terkutuk sehingga telah mati tanpa taubat, dan berada dalam kubur terus dikutuk masyarakat yang dizaliminya.

Peranan media mengikut Islam ditempatkan dalam medan Jihad Akbar sekiranya berani menyatakan benar dan adil, menentang kezaliman, kerana pengaruhnya yang besar dalam masyarakat awam yang lemah. Banyak negara melahirkan tokoh media yang berani sehingga dibunuh dan dipenjara, seperti di negara komunis di zaman tabir dan kuku besi, negara barat dan negara Asia dan Afrika juga melahirkan tokoh Islah di kalangan media.

Bagi umat Islam kerajaan dan pemimpinnya adalah ujian dalam kehidupan dunia, sebelum dicabut nyawa dan disumbat kedalam kubur, memasuki alam akhirat. Maka menjadi hikmat besar apabila seseorang Islam disunatkan berwirid selepas solat dengan firman Allah SWT :

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26) تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27 ) آل عمران .

Maksudnya : "Katakanlah: "Wahai Tuhanku yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau beri rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".

Menunjukkan bahawa Allah SWT tidak mengekalkan kerajaan yang memerintah selama-lamanya, sama ada adil atau zalim, yang kekal hanya kerajaan Allah yang mencipta dan memiliki seluruh alam. Kerajaan yang silih berganti adalah ujian menunaikan amanah dalam kehidupan dunia. Kerajaan yang adil menjadi teladan, kerajaan yang zalim menjadi iktibar.

Peranan Media wajib menjadi saksi yang adil kepada rakyat, menyatakan yang benar dan meyebarkannya dan mengkritik membina dan akhirnya mendedahkan kesilapan dan kezaliman, mengambil peluang fadilat sabda Rasulullah S.A.W. : "Jihad paling besar pahalanya ialah menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim ".

Kalangan ulama soleh menegaskan;"Orang yang diam menyembunyikan yang benar adalah syaitan bisu".

Presiden PAS


Bersiap sedia untuk PRU – Tuan Ibrahim

Posted: 08 Jan 2012 11:45 PM PST

Bersiap sedia untuk PRU – Tuan Ibrahim

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Sambil mengalu-alukan keputusan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli PAS agar bersedia untuk bertempur dalam pilihanraya.

"PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

"Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri," kata Tuan Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya untuk membawa kemenangan kepada parti pada PRU13.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga berharap dengan keputusan mahkamah hari ini, nama baik Anwar akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan.

"Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan Anwar hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak," tegas beliau.

PAS, katanya juga menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

BN tetap bersalah

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Aziz Bari (gambar) berkata dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang.

"Malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa," kata beliau yang dipetik Merdeka Review.

Tetapi Aziz berpendapat pembebasan Anwar hari ini akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah.

"Mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan," soal beliau.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini, tegas Aziz Bari bahawa BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

"Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah," kata beliau.

Mahkamah maih belum bebas


Seiring pendapat dengan presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa kehakiman negara sudah pulih, Aziz Bari berkata badan kehakiman masih belum bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

"Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa," terang beliau lagi.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7470-bersiap-sedia-untuk-pru--tuan-ibrahim

Kenapa polis membenarkan perhimpunan aman 901?

Posted: 08 Jan 2012 01:22 PM PST

Kenapa polis membenarkan perhimpunan aman 901?

1. Akur sekatan dan halangan tidak membawa apa2 erti..rakyat semakin ditekan, semakin melawan..buktinya, peristiwa BERSIH 2.0 walau disekat, rakyat ttp turun..
2. Pengalaman hitam pihak polis pada demo/himpunan yg lepas, terutamanya BERSIH 2.0 tempoh hari, yg akhirnya membawa imej buruk pd pihak polis sendiri, baik dr dalam dan luar negara...
3. P...ihak polis akhirnya 'akui', UMNO tidak mampu membersihkan imej mereka selepas tragedi, maka kali ini polis cuba bertindak 'melampaui' arahan pimpinan..(POLIS 'letih' asyik mengikut arahan, dan kali ini cuba berdiri atas kaki sendiri)...
4. Pemerhatian meluas dunia terhadap kes Anwar Ibrahim ini...andai mereka (polis/UMNO) menyekat dan 'melawan' rakyat pada perhimpunan itu, sudah pastinya kerajaan mendapat imej yg paling buruk..dan kritikan serta tekanan demi tekanan diterima dripada luar negara.

# Kesan perhimpunan 901 di'HALAL'kan di perkarangan Mahkamah:

1. Menunjukkan bahawa demontrasi/perhimpunan aman sebenarnya boleh sahaja dibenarkan dlm negara kita..ianya selaras dgn demokrasi dan hak berhimpun..sebelum2 ini 'mereka' sengaja je sebenarnya....
2. Menunjukkan bahawa perhimpunan/demontrasi boleh sahaja di buat diluar STADIUM..bukan sebagaimana dakyah pimpinan Umno, hanya stadium tempat berhimpun dan berdemontrasi...
3. Menunjukkan demontrasi tidak semuanya NEGATIF, dan ia sebenarnya 'budaya negara kita' sejak merdeka...kerana itu polis mengizinkan...=)

# MARUAH utk kedua-dua pihak:

1. Perhimpunan aman 901 ini menjadi KAYU PENGUKUR atau indikator PENTING, baik kepada imej/maruah polis (dan kerajaan Umno), DAN imej/maruah Pembangkang (Pakatan Rakyat)..
2. Jika perhimpunan ini BERJAYA di adakan secara AMAN dan TERATUR..ia menjadi MODAL berharga kepada PR bahawa demo dan himpunan yg mereka dilakukan adalah secara aman dan harmoni, jika pihak polis memberi kerjasama..tidak seperti yg diwar2kan pihak media UMNO..
3. Ianya juga menjadi BUKTI, perhimpunan/demontrasi yg kononnya huru-hara sebelum2 ini hanya disebabkan sekatan/halangan/provokasi/lepas tangan pihak keselamatan terhadap peserta...jika mereka membenarkan, kemudian membantu mengawal pergerakan massa, pastinya ianya tidak berlaku huru-hara..
3. NAMUN, jika perhimpunan esok berlaku perkara tidak diingini, kecoh dan huru-hara, maka ianya menjadi MODAL berharga pula kepada pihak polis/UMNO pula menghentam pembangkang dan PR, kon onnya PR mahu menghuru-harakan negara...

# WASPADA himpunan 901 esok!:

1. AWAS kepada pihak penganjur!..KETAHUILAH, pihak 'mereka' pastinya telah dan sedang merancang provokasi pada hari kejadian!...YAKINLAH mereka tidak akan membenarkan himpunan 'HALAL' ini berjalan dgn aman dan teratur!!!!
2. Pihak2 provokator ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok manusia..yg pertama dari ahli/penyokong UMNO yg menyamar peserti himpun...dan yg kedua, datangnya dr pihak agen/SB polis sendiri!!!!
3. OLEH ITU, dinasihatkan pada marshal/petugas/UNIT AMAL (UA) Pakatan Rakyat yg bertugas, agar dpt memastikan perjalanan perhimpunan esok dpt berjalan dengan aman dan lancar...Caranya ialah:

a) Pastikan setiap marshal/petugas/UA yang terlatih dan berpengalaman shj mengendalikan himpunan esok (dgn pakaian khas, dan ketua unit dibekalkan dgn walkie talkie)!
b) WAJIB setiap dr mereka membawa atau dibekalkan video kamera atau apa2 sahaja bahan elektronik utk MERAKAM setiap detik perhimpunan esok..(tumpu pada manusia2 yang dilihat berpotensi membuat provoke/huru-hara)...
c) Mesti membahagi/meletakkan setiap unit marshal/petugas/UA di setiap penjuru lokasi perhimpunan, hatta jalan2 yg menuju tempat berhimpun..(termasuk tempat parkir).
d) Memerhatikan/mengawasi individu2 yg cuba mengangkut/membahagikan poster/banner/kain rentang yang berupa PROVOKASI kepada peserta2 HIMPUNAN 901..ingat ini PENTING bg mengelakkan salah tanggapan org luar terhadap perhimpunan ini!!
e) AWASI individu2 yang memakai topeng muka, ATAU cermin mata HITAM!!!..rakam setiap gerak geri mereka!!!..

~JUMPA ESOK DI DATARAN MAHKAMAH JALAN DUTA!~

Source: https://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311

TERAS BANTAH PENYENARAIAN ASET FELDA DALAM PASARAN SAHAM

Posted: 08 Jan 2012 01:19 PM PST

Kenyataan Media TERAS

7hb Januari 2012

TERAS BANTAH PENYENARAIAN ASET FELDA DALAM PASARAN SAHAM



TERAS membantah keputusan kerajaan memindahkan aset Koperasi Pelaburan Felda (KPF) kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk kemudian menyenaraikannya di Bursa Malaysia sebagai tindakan yang didakwa akan memberi kebaikan untuk peneroka.



Walaupun PM mendakwa ini adalah untuk kebaikan peneroka namun keputusan itu dibuat dengan mendedahkan 200,000 peneroka kepada risiko yang besar dalam pasaran Bursa yang tidak menentu.



Keputusan yang dibuat dalam Budget 2012 pada Oktober 2011 yang lalu tidak dibahaskan secara terperinci.. Adalah tidak mencukupi PM hanya meluahkan janji memastikan masa depan mereka lebih terjamin, malahan "durian runtuh" dalam empat hingga lima bulan.



Akan tetapi hal ini nampaknya tidak dibahaskan dengan halusi dan memberi peluang kepada peneroka untuk menelitinya dengan cermat. .



Sesungguhnya dengan nilai aset yang sedemikian besar dan penyenaraiannya dalam cara yang memungkin turun-naik harga saham akan mendedahkan Felda kepada pindah milik yang besar.

TERAS tidak yakin lonjakan kedua untuk peneroka itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang didakwa akan menjana dividen tinggi . Tren saham yang terlalu dipengaruhi oleh aliran ekonomi dunia akan menyebabkan asset Felda mudah bertukar tangan kepada kuasa asing.



Apatahlagi pasaran global sangat terdedah kepada manipulasi syarikat-syarikat gergasi dunia.

Soalnya apa perlu aset peneroka diapungkan kepada ekonomi pasaran yang tidak menentu dan apa jaminan kerajaan kepada peneroka jika pasaran saham merudum dan syarikat luar mengambil kesempatan membeli saham FGVH.



Jika benar aset Felda sudah mantap , Felda tidak perlu mengambil rsisiko dalam pasaran saham.



TERAS ingin tahu asset koperasi Negara manakah yang ada disenaraikan dalam bursa seperti yang akan dilakukan kepada FGVH apatahlagi yang berkaitan dengan asset tanah yang luas seperti Felda?



Untuk meyakinkan peneroka bahawa mereka tidak perlu risau hanya kerana ia akan diuruskan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia tidak meyakinkan.

Ternyata PM memperjudikan aset peneroka Felda hanya dengan dakwaan penyenaraian ini perlu dilakukan kerana ia akan meletakkan Felda ini sebagai satu organisasi dalam keadaan lebih mantap lagi.


Apatah lagi bila PM menyatakan FGVH akan mendapat rakan kongsi yang merupakan syarikat antarabangsa. Kami berpendapat ia sangat berisiko terutama syarikat seperti dari Eropah dan China kini banyak berhadapan dengan krisis kewangan akibat sistem institusi kewangan yang gagal dipertahankan.


Dengan hanya mengumumkan bahawa orang yang mempersoalkan dan membantah keputusan penyenaraian ini sebagai tidak mempunyai kefahaman yang mencukupi tidak boleh dijadikan alasan untuk meneruskan pengapungan aset Felda.

PM hanya mendakwa aset tanah Felda akan diurus dengan lebih "professional" tidak meyakinkan kami. Bukankah banyak agensi yang kononnya diurus dengan professional telah lingkup kerana salahurus?



Alasan untuk menguasai pasaran global tidak cukup menjaminkan kerana pasaran global sangat tidak menentu.



Rancangan untuk menyerah 51% hakmilik Felda Holdings dengan mendapat 61 % saham dalam FGVH tidak diterangkan secara terperinci bagaimana aset ini tidak akan terlepas kepada pemodal luar jika ia diapung dalam pasaran saham.



Pada hal banyak anak syarikat FGVH diperingkat antarabangsa pada tahun 2010 telah kerugian yang mencecah RM500 juta .


PM cuba meyakinkan peneroka dengan mengatakan bonus tahunan , duit raya dan pinjaman perbaikki rumah RM40,000 dan dana untuk projek sosio-ekonomi akan diteruskan.



Akan tetapi bukankah itu bermakna kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sedangkan asset Felda Holdings pula diserah kepada FGVH .


TERAS membuat kajian dan mendapat maklumat sektor koperasi sedang menjadi alternatif kepada ekonomi arusperdana dunia sekarang . Tiba–tiba KPF (Koperasi Pelaburan Felda) mahu dilupuskan harta untuk diapung dalam saham di Bursa Saham KL



Padahal koperasi kini dilihat sebagai penyelesaiaan kepada cabaran global semada ekonomi , sosial mahupun alam persekitaran. Ahli ekonomi dunia mengakui ekonomi berdasarkan pasaran saham sangat terdedah kepada spekulasi dan manipulasi harga yang tidak menentu.



Malah kejatuhan ekonomi berdasarkan saham di bursa saham seluruh Eropah merudum akibat dari spekulasi dalam sistem kewangan yang berlegar dalam pasaran saham.



Berdasarkan prinsip koperasi , tatacara operasinya sangat dikawal oleh struktur pemilikkan oleh ahli koperasi . Walaupun koperasi berjalan secara konservatif , akan tetapi ia kurang terdedah kepada risiko seperti pinjaman yang tidak terkawal bila ia disenaraikan dalam pasaran Bursa .



Malah koperasi tidak sentiasa menumpu kepada mengejar keuntungan berbanding yang wujud dalam syarikat yang disenaraikan dalam pasaran saham.



TERAS juga mendapat maklumat dalam krisis ekonomi Eropah , masalah hutang luar telah mengakibatkan langkah menyelamat (bail out) Negara-negara yang terlibat terpkasa diambil dan mereka kini disaran agar kembali kepada ekonomi koperasi sebagai alternatif.



Ekonomi yang lebih plural – iaitu gabungan antara kerajaan , syarikat dan koperasi akan mengimbangan ekonomi pasaran yang bersifat kapitalistik.



Langkah mengumpulkan dana dengan cara penyenaraian dalam bursa ("capitalization of cooperatives") sangat perlu diteliti secara halus walaupun dalam syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dikatakan lebih mudah mengumpul modal . Ini adalah kerana modal yang terkumpul sering terdedah kepada pemindahan kepada pemodal yang tidak menentu.



TERAS mengesa supaya penyenaraian FGVH dikaji semula dan tidak diteruskan sehingga kajian dan perbincangan yang lebih teliti dilakukan . Prinsip koperasi yang memberi hak kepada ahli untuk menentukan perjalanan perniagaan koperasi Felda hendaklah dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Hadi: Ketepikan soal siapa calon PM tapi fokus untuk tumbangkan Umno-BN

Posted: 07 Jan 2012 02:07 PM PST

Hadi: Ketepikan soal siapa calon PM tapi fokus untuk tumbangkan Umno-BN


Oleh Syed Mu'az Syed Putra
January 07, 2012

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti perikatan itu memberikan tumpuan untuk "menumbangkan" Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon perdana menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara.

Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Dalam satu tulisan di laman sosial Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting sebaliknya Pakatan Rakyat harus menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Apa yang penting kita mesti menangkan dulu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

"Soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah," kata Ahli Parlimen Marang ini.

Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri.

Satu perhimpunan aman menyokong Anwar akan diadakan di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini.


Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-ketepikan-soal-siapa-calon-pm-tapi-fokus-untuk-tumbangkan-umno-bn/

AMANAH PALING BESAR ialah DAULAT SYARIAT ALLAH

Posted: 06 Jan 2012 10:01 PM PST

Amanah paling besar daulat syariat Allah
Khairul Azlam Mohamad

HULU TERENGGANU, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam bahawa amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan syariat-Nya.

Katanya, perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk karangan Ustaz Abu Bakar Abdullah.)

"Kita sedang menyambut 100 tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak, adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.

"Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta'ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh nabi-nabi dan rasul," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi.

Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

"Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan.

"Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas 'Batu Bersurat' dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini," jelasnya di hadapan hampir 10,000 hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, 'hilangnya' amanah tersebut setelah kedatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam.

Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia.

"Mereka lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam, pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi," ujarnya.

Sempena majlis tersebut, Presiden PAS turut melancarkan buku Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk karangan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7438-amanah-paling-besar-daulat-syariat-allah

Kuliah Maghrib dan Subuh diharamkan di Masjid Daerah Taiping?

Posted: 05 Jan 2012 08:49 PM PST

Kuliah Maghrib dan Subuh diharamkan di Masjid Daerah Taiping?

Portal PAS Perak melaporkan:
TAIPING: PAS Perak mendesak sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping ditarik balik.

Setiausaha Pemudanya, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat terkejut dengan surat yang ditampal di masjid tersebut.

"Saya sendiri terkejut apabila terbaca notis yang ditampalkan di papan kenyataan masjid tersebut ketika saya singgah menunaikan solat di situ," katanya ketika ditemui Harakah.

Tambahnya, PAS memohon dengan kadar segera penjelasan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak terhadap penangguhan tersebut.

"Pihak kami berasa terpanggil tentang masalah ini dan bimbang suasana yang sedang berlaku tersebut kerana usaha ini secara jelas menghalang program atau aktiviti ilmu yang sepatutnya tidak disekat sama sekali," ujarnya. - PAS Perak.
Masjid Daerah Taiping ni memang dah terkenal sejak dulu lagi jadi tempat penceramah hebat-hebat bagi kuliah. Hebatnya Masjid ni walaupun berstatus Masjid Daerah tapi puak-puak United Malay National Organisation gelar masjid PAS.

Dengar ceritanya dah banyak kali puak-puak penchachai United Malay National Organisation cuba nak ambilalih pentadbiran masjid ni sebab nak sekat ustaz-ustaz berkenaan bagi kuliah sebab tapi sampai sekarang nampaknya masih tak berjaya.

Jadinya takdak cara lain, kali ni depa cuba gunakan kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui Pegawai Penyelaras Masjid yang memang soheh orang United Malay National Organisation.

Puak-puak penchachai United Malay National Organisation ni memang suka kalau semua masjid dan surau takdak kelas pengajian agama. Bila takdak kelas agama maknanya ahli jamaah akan jadi jahil, bila jahil senang la dilembukan oleh penchachai United Malay National Organisation.

Tapi aku tak rasa ahli jamaah Masjid Daerah Taiping tu akan tunduk. Aku yakin puak-puak yang cintakan ilmu dan orang alim ni akan lawan habis-habisan.

Apa pun nantikan perkembangan selanjutnya, kita tengok sapa yang menang.




Source: http://cenangau.blogspot.com/2012/01/kuliah-maghrib-dan-subuh-diharamkan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29

Kajian: PAS diyakini mampu jaga kepentingan Melayu

Posted: 05 Jan 2012 08:39 AM PST

Kajian: PAS diyakini mampu jaga kepentingan Melayu | Print |
Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya terhadap negeri Selangor, daripada 795 orang responden berbilang kaum, 32 peratus dari mereka yakin PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu.

27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti.

Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno.

Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti.

Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di Selangor.

Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7422-kajian-pas-diyakini-mampu-jaga-kepentingan-melayu?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Himpunan Aman 901 - Jika KDPPM turun.

Posted: 04 Jan 2012 08:56 PM PST

Himpunan Aman 901

12:50:00 AM

Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

Himpunan Aman 901

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Source: http://www.eperjuangan.com/2012/01/himpunan-aman-901.html

Insafi kezaliman sebelum ‘melutut’ di depan Allah

Posted: 02 Jan 2012 05:24 PM PST

Insafi kezaliman sebelum 'melutut' di depan Allah | Print |
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 2 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru semua pihak sama ada kerajaan, pegawai atau peringkat individu agar menginsafi terhadap kezaliman yang dilakukan.

Katanya, sebelum tiba saat manusia dituntut 'melutut' dari Allah termasuk mereka yang dizalimi, tindakan sedemikian dihentikan segera.

"Saya tidak tuju pada siapa-siapa, tetapi setiap mereka yang melakukan kesalahan, sama ada individu, kerajaan, pihak berkuasa dan sebagainya perlu memohon maaf dari orang yang dikhianati," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pada masa yang sama Tuan Guru berkata, tidak kira pelajar, orang tua atau sesiapa sahaja sekiranya mereka menuntut hak masing-masing, golongan itu tetap berdosa sekiranya hukuman diberikan di luar batas keagamaan dan kemanusiaan.

Ini kerana, katanya menganiaya fizikal, spiritual adalah berdosa di sisi Allah kerana Islam itu sendiri telah meletakkan jalannya agar manusia itu mengikutnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kecederaan yang berlaku terhadap mahasiswa yang berhimpun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

Katanya lagi, satu perkara yang perlu diingat, Allah adalah pencipta manusia sama ada mereka itu golongan yang berpangkat atau lemah.

"Bila buat aniaya pada manusia, taraf kita di sisi Allah sama sahaja, turut mendapat balasan pedih di akhirat nanti walaupun kita ni berpangkat dengan pelbagai bintang, berserban labuh semuanya akan dibalas," ujarnya.


Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7368-insafi-kezaliman-sebelum-melutut-di-depan-allah

MAHASISWA KENA BELASAH? Tolonglah yang kena zalim dan yang zalim

Posted: 02 Jan 2012 05:11 PM PST

1521 حَدِيثُ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : اقْتَتَلَ غُلَامَانِ غُلَامٌ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَغُلَامٌ مِنَ الْأَنْصَارِ فَنَادَى الْمُهَاجِرُ أَوِ الْمُهَاجِرُونَ يَا لَلْمُهَاجِرِينَ وَنَادَى الْأَنْصَارِيُّ يَا لَلْأَنْصَارِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا هَذَا دَعْوَى أَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ قَالُوا لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا أَنَّ غُلَامَيْنِ اقْتَتَلَا فَكَسَعَ أَحَدُهُمَا الْآخَرَ قَالَ فَلَا بَأْسَ وَلْيَنْصُرِ الرَّجُلُ أَخَاهُ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا إِنْ كَانَ ظَالِمًا فَلْيَنْهَهُ فَإِنَّهُ لَهُ نَصْرٌ وَإِنْ كَانَ مَظْلُومًا فَلْيَنْصُرْهُ *

1521 Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar. Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak. Wahai orang Muhajirin! Manakala kaum Ansar berteriak. Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahilyah ini؟ Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa, wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyebunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya *

[Bergambar] Mahasiswa Kritikal Dibelasah Polis

Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian dan nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Gambar: Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini di Hospital Slim River

Pada sambutan tahun 2012 malam tadi, kira-kira 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim. Mahasiswa yang ditahan ini kemudiannya telah dibelasah ketika di dalam tahanan polis.

Kesan dari pembantaian itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini, dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap. -pulakdah

Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS


Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! -fightforjusticeforever


Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!

Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH

Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.

Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.

Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim...

Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan!


Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/01/bergambar-mahasiswa-kritikal-dibelasah.html

Tiada ulasan:

Nuffnang