Selasa, 3 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PROGRAM GUNTING RAMBUT UMNO JEJASKAN PENDAPATAN TUKANG GUNTING

Posted: 02 Jan 2012 09:07 PM PST


TELUK INTAN, 3 Januari - Beberapa orang tukang gunting di sekitar bandar Teluk Intan merungut kerana pendapatan mereka pada penghujung cuti sekolah kini merosot begitu banyak. Ini adalah akibat daripada program seorang pemimpin UMNO  bahagian Teluk Intan yang telah mengadakan program gunting rambut percuma kepada murid-murid sekolah yang tanpa disedari telah menjejaskan periuk nasi sesetengah tukang gunting di sekitar bandar Menara Condong ini.

Menurut sumber, program gunting rambut tersebut adalah ditaja sepenuhnya oleh 'orang nombor dua' UMNO Teluk Intan yang mana beliau sendiri mengaku bahawa telah menggunakan kewangannya sendiri di mana orang ramai melihat ia adalah sebagai satu usaha mempromosi supaya beliau menjadi calon di DUN Changkat Jong. 
Gambar suasana program tersebut. Berbaju kuning penganjur program tersebut.

Menurut salah seorang tukang gunting yang ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, semenjak program tersebut dijalankan, pendapatan hariannya telah terjejas teruk. Biasanya, pada penghujung cuti sekolah ini, saya akan mendapat ramai pelanggan terutamanya murid-murid sekolah dan memperoleh purata pendapatan RM200 sehari.

"Namun amat menyedihkan bagi saya dan rakan-rakan tukang gunting yang lain. Semenjak program gunting rambut percuma dijalankan, saya hanya mendapat pendapatan sekitar RM40 sehari sahaja. Sedangkan saya sendiri seperti ibu bapa yang lain memerlukan wang lebih untuk persiapan anak-anak ke sekolah nanti," keluh beliau.

Menurut Hadi lagi, mereka bukan tidak bersetuju dengan program kebajikan itu tetapi biarlah pelaksanaannya memberi manfaat kepada semua pihak.

"Memanglah program ini baik untuk rakyat tetapi pihak ini perlu mengambil kira pendapatan kami kerana kebanyakan lokasi program tersebut adalah datang dari kawasan pelanggan kami. Antaranya ialah Kg. Bahagia, Kg. Padang Tembak, Selabak, Taman Cicely dan lain-lain lagi.

"Sekarang ini, mereka hanya mengupah beberapa orang tukang gunting sahaja dengan kadar upah sehari RM200 bagi program tersebut. Apa salahnya, demi keadilan dan kebajikan, pemimpin UMNO ini mengeluarkan kupon kepada murid-murid sekolah dan terpulang kepada mereka untuk menggunting rambut di kedai yang biasa mereka gunting. Kemudian, kupon percuma ini akan kami kumpul dan kami tuntut bayaran kepada pihak beliau." tambah beliau lagi. 

Apa yang beliau bimbangkan ialah sekiranya program sebegini akan diteruskan pada musim-musim lain seperti perayaan dan sebagainya. Maka yang menjadi mangsa ialah para tukang gunting rambut yang telah kehilangan pelanggan tetap.

Beliau berharap akan mendapat perhatian daripada beberapa pihak.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang