Saya mengalu-alukan hasrat Datuk Seri Noh Omar untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang. Tetapi ianya mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti.
Walau bagaimana pun terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Datuk Seri Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.
Pertama, laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF.
Pada lazim penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF diperolehi.
Bagi pembagunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan Bomba memerlukan masa untuk diperolehi.
Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.
Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat.
Telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih banyak dari di bawah Barisan Nasional.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
31 Januari 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan