Jumaat, 27 Januari 2012

.

.


Larangan Berjahat Sangka- Buruk Sangka

Posted: 26 Jan 2012 08:46 PM PST

Assalamu'alaikum.


Jangan seronok nak bercakap aje, suka nak menggomel dalam face book, rasa tak sesuai dengan pendapat kita maka main hentam aje apa yang tak setuju .......ingat! Percakapan dan tulisan ada dosa pahalanya. Maka berhati-hatilah. JANGAN sampai buruk sangka atau menimbulkan buruk sangka kerana pena anda atau lisan anda. Maka bertalianlah penyakit hasad dengki, masam muka, berbalah dan macam-macam sifat mazmumah-hati yang jahat-keji.


RasuluLLAH saw mengingatkan kita semua;


Terjemahan Lengkap
Dari Abi Hurairah R.B. Nabi (S) bersabda: Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah kamu semua itu bersaudara mara.


Huraian Hadith
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian bolih membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat.

Dalam hadith di atas Rasul Allah mengingatkan orang-orang Islam beberapa sifat keji yang boleh mendatangkan perselisihan dan permusuhan. Mereka ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan pergaduhan, iaitu:

  1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
  2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHujurat Ayat 12.

﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُواْ وَلاَ يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ ﴾
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.

  1. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat.

Firman Allah dalam Surah AlHujurat ayat 6.


Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.

  1. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
    Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
  2. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
  3. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
    Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.

Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.



Pengajaran hadith

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadith di atas ialah:

  1. Orang-orang Islam dikehendaki hidup berbaik-baik di antara satu sama lain.
  2. Mereka dilarang keras berjahat sangka, berhasad dengki, bermasam muka dan sebagainya.
  3. Bermusuh-musuhan sesama sendiri akan membawa kepada keruntuhan dan perpecahan.
  4. Hidup berbaik-baik akan membawa kemajuan dan keteguhan.

ANAK dakwa Felda defisit 1.2b pajak tanah pada FGV

Posted: 26 Jan 2012 07:49 AM PST

ANAK dakwa Felda defisit 1.2b pajak tanah pada FGV


ANAK dakwa Felda defisit 1.2b pajak tanah pada FGV
Pakar ekonomi Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) Dr Rosli Yaacop mendakwa Felda mengalami defisit pendapatan kira-kira RM1.2 bilion dalam perjanjian Felda apabila memajak tanah kepada Felda Global Venture dalam usaha penyenaraian syarikat itu di Bursa Saham Malaysia.

Katanya, berdasarkan perbelanjaan Felda pada tahun 2010 adalah kira-kira RM 2 bilion, tetapi mendapat pendapatan hasil pajakan tanah sebanyak RM251 juta dan RM508 juta hasil keuntungan penjualan buah kelapa sawit segar.

"Kalau pendapatan kurang, tetapi perbelanjaan tinggi, kita mengalami defisit pendapatan.

"Felda nak ambil mana duit (yang selebihnya)... Felda tak mampu. Ini akan merugikan Felda dan rakyat akan menanggungnya.

"Sebab itu ia salah satu sebab mengapa kita menentang penyenaraian ini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam dalam satu sidang media hari ini.

Selain itu, Dr Rosli mendakwa dengan perjanjian itu juga, Felda akan kehilangan kuasa terhadap tanah-tanah yang diuruskan oleh Felda Plantation.

"Segala kuasa untuk mengurus (tanah) diserahkan bulat-bulat kepada Felda Global Venture.

"Tunggak (kuasa) dalam organisasi Felda, sebaik sahaja ditandatanagni, akan berpindah kepada FGV... (bagai) kepada datuk kepada cucu," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan hari ini mendedahkan isi perjanjian antara Felda dan Felda Global Venture (FGV) yang disifatkannya sebagai "tidak adil dan berat sebelah" dalam usaha penyenaraian syarikat tersebut di Bursa Saham Malaysia.

Katanya, pendedahan itu dibuat selepas cadangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut, tidak boleh diterima oleh kerajaan, selepas NGO tersebut memberi masa yang cukup untuk kerajaan menimbang hasrat untuk berbuat demikian.

Katanya, jika perjanjian itu ditandatangani, institusi tanah itu akan menjadi "simbol atau patung dan tidak ada kekuatannya lagi".

"Segala urusniaga akan ditandatangani oleh Felda Global Venture. Apa keistimewaan FGV sehingga mendapat kenikmatan aman sentosa.

"Macam tu sekali tingginya martabat Felda Global Venture," katanya.

Beliau turut mengedarkan kepada media, isi-isi terma-terma komersil dalam perjanjian tersebut.

"Kalau kami dianggap pengkhianat, membocorkan kandungan perjanjian ini, Gerakan Selamatkan Felda sedia menghadapi risiko.

"Kita sedia berdebat, dan akan menampilkan ahli panel, dan menentang apa yang kami sifatkan sebagai satu tindakan membunuh institusi orang Melayu," tegasnya.

Source: http://malaysiakini.com/news/187522

Jangan 'Sign'!

Posted: 26 Jan 2012 07:37 AM PST

Jangan 'Sign'!




Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat - Kedah, Selangor dan Kelantan- tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV). "Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan dalam sidang media.


Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar. "Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya.


Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.

Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu. "Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," katanya.

Berita Disini


Source: http://tanah.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=204%3Ajangan-sign&catid=14%3Aberita-lajnah&Itemid=62

Tiada ulasan:

Nuffnang