Isnin, 19 Disember 2011

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


DENGAR TITAH TUANKU

Posted: 19 Dec 2011 10:21 AM PST



Assalamualaikum..

ApabilaDuli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkanrasa kecewa kerana masih ada kampung yang mempunyai dua masjid dalam satukariah, ia kembali menarik perhatian.

DiTerengganu isu ini bukan baharu. Ia telah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu.Malah sebelum ini, bukan sahaja berlaku dua masjid dalam satu kariah tetapijuga dua imam dalam satu masjid.

Umumsedar, hal ini berlaku disebabkan faktor politik sempit pembangkang, danditambah dengan fatwa-fatwa politik sehingga segelintir umat Islam telahterpedaya dengan mereka. Akibatnya, umat Islam bersengketa sesama mereka,manakala sekumpulan umat Islam yang lain dengan terang menafikan keislaman umatIslam yang lain.

Akibatdaripada keadaan inilah, maka berlakunya kejadian dua imam dan dua masjid dalamsatu kariah.

Sebagaiumat Islam, saya juga turut sedih dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Hanyadisebabkan cara berpolitik yang sempit, maka tergamak umat Islam berkenaanmenimbulkan perpecahan dengan mewujudkan masjid lain di kawasan yang sama.

Sayamasih ingat, sebelum PRU 1999, pemimpin Pas khususnya selalu melabelkan solatdi masjid yang dibina kerajaan BN tidak Islam, tidak sah kononnya hasil duitjudi dan sebagainya. Maka ramai pengikut yang tidak solat di masjid yang ada.

Peliknyaselepas mereka menang pada PRU 1999, semua masjid yang dulu dihina, dilabelkandengan begitu buruk telah menjadi halal.

Maksudnyadi sini, masalah atau isu dua masjid dalam satu kariah boleh selesai jikapemimpin mereka memainkan peranan dengan memperbetulkan keadaan. Ini soal hokumyang tidak boleh dibuat main-main.

Justeru,saya melihat, apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan mengenai perkaratersebut menggambarkan betapa hal itu sememangnya dalam pengetahuan Baginda.

TitahBaginda juga seharusnya dipandang serius oleh seluruh umat Islam agar segeramenanganinya agar tidak terus berlarutan.

Marilahsebagai umat Islam kita bersatu, dan cukuplah dengan perpecahan yang sekianlama berlaku ke atas kita sehingga kita mudah dipermainkan oleh musuh Islam.

Sayaberdoa, semoga titah Baginda Tuanku itu menjadi permulaan yang penting ke arahmengembalikan keadaa yang ada kepada sedia kala demi perpaduan dankesejahteraan hidup umat Islam keseluruhannya, insya'Allah.

Tiada ulasan:

Nuffnang