Selasa, 13 Disember 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Ikrar Khalid Teruskan Pentadbiran Cemerlang

Posted: 11 Dec 2011 02:00 AM PST

KLANG, 11 DIS: Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar meneruskan pentadbiran negeri ini dengan mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih daripada amalan kronisme dan rasuah.

Beliau berkata, kesan daripada reformasi politik dan ekonomi yang diamalkan sejak mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, ianya memberi keuntungan yang berlipat ganda malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk dinikmati olek rakyat negeri Selangor.

Hasil penjimatan yang dilaksanakan, katanya, Kerajaan Negeri berjaya melunaskan RM173 juta pada tahun lalu daripada lebih RM800 juta hutang tertunggak yang ditinggalkan pentadbiran lalu kepada Kerajaan Persekutuan.

"Jumlah pelaburan negeri Selangor Darul Ehsan pula setakat September melebihi RM6.4 bilion manakala simpanan tetap negeri sehingga Ogos ini melonjak kepada RM1.25 bilion. Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling cemerlang dalam tempoh 28 tahun. Ia juga bermakna pentadbiran negeri Selangor sekarang berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan tanpa bantuan mahupun perlu meminjam dari Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Katanya, program kebajikan dalam dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES) sejak Jun 2008 dengan pemberian air percuma 20 meter padu yang telah dinikmati lebih empat juta daripada 5.3 juta penduduk di seluruh Selangor pada setiap bulan.

Menurutnya, program lain seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), anak keluarga yang mendapat tempat belajar di universiti menerima Hadiah Wang Tunai RM1000 seorang serta warga emas yang meninggal dunia mendapat pembiayaan pengurusan jenazah atau khairat kematian sebanyak RM2,500.

Katanya program Jom Shopping dengan dana RM2 juta turut diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pemberian kupon RM100 seorang.Setakat ini lebih 20,000 warga emas telah menikmatinya

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri juga membantu 140 projek perumahan terbengkalai yang kebanyakannya akibat dari pemaju yang tidak bertanggungjawab.

"Alhamdulillah setakat ini sebanyak 23 projek rumah terbengkalai melibatkan lebih 10,000 unit rumah dapat diselesaikan dan tujuh projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah kini sedang dalam proses pemulihan.

"Menerusi Program Kerajaan Prihatin, sebanyhak 398 buah rumah dibina untuk fakir miskin dan 465 buah rumah lagi dibaiki. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk kegiatan pertanian," katanya.

Menurutnya, Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta manakala Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBar) sebanyak RM20 juta yang sehingga kini dimanfaatkan lebih 1,500 peminjam tanpa faedah.

Kata Khalid slogan 'Selangorku' yang merupakan program sosiaoekonomi tiga tahun dari 2011 hingga 2013 ada 16 September lalu bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri sekarang terhadap kebajikan rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah juga merangka dua bentuk belanjawan bagi 2012 iaitu bagi Selangorku : Hasil Negeri Untuk Rakyat berjumlah RM1.6 bilion manakala bagi Geran Selangorku sebanyak RM300 juta yang mana jumlah keseluruhan adalah RM1.9 bilion.

"Belanjawan 2012 ini sebagai kesinambungan dan pengukuhan usaha-usaha untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.
Selain itu katanya, program pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrstruktur sukan, program dari kebajikan kepada pekerjaan, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program penerangan maklumat negeri serta pembaikan infrastruktur yang kesemuanya melebihi RM200 juta juga sedang dilaksanakan.


Sumber: TVSNEWS

Tiada ulasan:

Nuffnang