Sabtu, 10 Disember 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Kenyataan Akhbar - Sekolah Effingham, Bandar Utama

Posted: 09 Dec 2011 11:57 PM PST

6 November 2011





Kenyataan Akhbar





MENDESAK SUPAYA TANAH SEKOLAH – SRJK(T) EFFINGHAM – DIKEMBALIKAN OLEH MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC ) KEPADA PIHAK SEKOLAH





Isu SRJK Effingham merupakan suatu masalah penyelewengan besar berkaitan dengan tanah yang dihadapi di kawasan Parlimen Subang untuk satu tempoh masa yang agak lama.



2.         Tanah seluas 6 ekar telah diperuntukkan kepada pihak sekolah oleh pemaju Bandar Utama iaitu See Hoy Chan Holdings Group mengikut peraturan dan dasar Kementerian Pelajaran dan juga peraturan perancangan bandar.   Semua sekolah lain di kawasan yang dibangunakan oleh pemaju tersebut hari ini adalah di tapak sekurang-kurang 6 ekar.



3.         Namun begitu, SRJK Effingham hanya didirikan dalam kawasan seluas 3 ekar.



4.         Baki 3 ekar didapati dimiliki oleh Dato Seri Samy Vellu  dan pemimpin MIC.  Siasatan kami menunjukkan ini berlaku selepas pemimpin MIC telah memohon untuk dan mendapat tanah ini yang diperuntukkan untuk sekolah.



5.         Saya menegaskan bahawa baki 3 ekar tanah sekolah tersebut yang dimiliki oleh Dato Seri Samy Vellu dan MIC wajib dikembalikan kepada pihak sekolah atas sebab – sebab berikut:



a)    Sekolah Rendah sepatutnya mempunyai keluasan seluas 6 ekar mengikut dasar dan peraturan Kementerian Pelajaran tetapi SRJK Effingham hanya mempunyai 3 ekar.



b)    Kawasan sekolah terlalu sempit di mana tiada pembaharuan untuk sekolah dapat dilakukan.



c)    Waktu rehat adalah 2 sesi kerana ruang kantin tidak dapat menampung bilangan pelajar berehat pada waktu yang sama.



d)    Bilik guru terlalu sempit. Seramai 34 tenaga pengajar terpaksa berkongsi bilik yang agak kecil.



e)    Tempat letak kereta yang terhad disebabkan keluasan yang tidak mencukupi. Kebanyakkan tenaga pengajar menggunakan kereta menghadapi masalah untuk meletak kereta mereka.



f)     Sebuah dewan sedang dirancang untuk dibina. Dewan ini akan dibina di atas kantin. Pada dasarnya pembinaan kantin sendiri tidaklah begitu memberangsangkan. Tambahan pula, pembinaan dewan di atas kantin adalah kerana keluasan 3 ekar untuk sekolah tersebut tidak mencukupi.



g)    Kawasan padang adalah terhad. Pelajar tidak dapat berlari 100m seperti pelajar – pelajar lain kerana keluasan yang tidak mencukupi. Mereka hanya boleh berlari 75m dari hujung ke hujung padang.





Maka, sebab – sebab di atas wujud kerana keluasan tanah sekolah tersebut hanya 3 ekar. Jika sekolah itu mempunyai 6 ekar seperti sekolah sekolah lain, masalah – masalah seperti ini tidak akan wujud dan dapat dielakkan.



Saya, dengan tegasnya medesak bahawa Dato Seri Samy Vellu dan MIC kembalikan baki 3 ekar tanah untuk sekolah tersebut. Ini adalah kerana pelajar – pelajar sekolah tersebut memerlukan suasana pembelajaran yang sempurna seperti pelajar - pelajar di sekolah – sekolah lain.



Kami sanggup  membayar balik kepada Dato Seri Samy Vellu dan MIC semua wang yang dibayar kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk tanah 3 ekar tersebut.



Kami yakin masyarakat India dan semua rakyat Malaysia yang mencintai keadilan sanggup menyumbang dana untuk tujuan tersebut supaya mengekkan keadilan dan memperbetulkan satu penyelewengan besar.



R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Subang

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan:

Nuffnang