Khamis, 15 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Motivasi Keluarga 24 Dis 2011 di Rembau

Posted: 15 Dec 2011 12:01 AM PST



BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 2 ptg - 5 ptg
Bersama Pakar Motivasi Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan

Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga

Yuran penyertaan RM10 seorang

Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar

Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.

Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi :
Sufian 013-3589328
Pn Wani 013-013-3851202
Hakki 013-3840022
Sahrizal 017-4680125
Shukur 017-3627238
Rozmal 012-2267406

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
Umur : 45 tahun
Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

Perkembangan Masjid Pedas Tengah, Rembau

Posted: 14 Dec 2011 11:15 PM PST



Ada sesiapa yang mempunyai maklumat perkembangan terkini mengenai Masjid Kampung Pedas Tengah di Rembau?

Khamis September 10, 2009

BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN

Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau, Seremban 2, Kampung Paroi, Kampung Gebok (Mantin), Kampung Melang, (Kuala Pilah), Pedas Tengah (Rembau) dan Taman Anggerik (Batu Kikir).

Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/9/10/mstar_manusia_peristiwa/20090910153348&sec=mstar_manusia_peristiwa

PEDAS, 19 Nov – Hajat dan hasrat Allahyarham Dato' Seri Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh untuk membina sebuah masjid di tanah yang diwakafkan olehnya akhirnya tercapai apabila pembinaan yang mengambil masa selama 14 bulan itu dapat direalisasikan pada hari ini setelah masjid yang menjadi inspirasi penduduk setempat tersergam indah di Mukim Pedas Hilir.

Pembinaan di atas tanah rizab di lot 3303 itu merupakan satu penghargaan penduduk khususnya bagi kariah Pedas Hilir di mana sebelum ini masjid yang diguna-pakai sudah tidak mampu lagi menampung kepadatan jemaah yang ramai berikutan pembangunan dan penempatan yang kian maju di sekitar daerah ini.

Umumnya, masjid kariah Pedas Hilir yang dinamakan Masjid Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh merupakan sebuah masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Dr Hj Mohammad Eusuff Teh. Menurut anak sulong allahyaraham, YBhg. Dato' Mohd Raihan Dato' Dr Hj Mohammad Eusuff Teh, pembinaan dilakukan berikutan amanat allahyarham yang ingin mewakafkan sebuah masjid bagi kegunaan masyarakat islam di negeri ini.

http://n9kini.com/14075/

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau

Posted: 14 Dec 2011 04:58 PM PST



Sekadar peringatan kepada pihak yang membuat janji dan mereka yang menagih janji.

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
Utusan Malaysia , 8 Mac 2011

REMBAU 7 Mac - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

Menurut beliau, pembinaan yang akan dibuat melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ini merupakan projek Kementerian Kesihatan untuk negeri ini dan akan menjadi tumpuan untuk kepakaran dalam bidang rehabilitasi.

''Dengan adanya Hospital Daearah Rembau, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di daerah Rembau yang berjumlah 60, 000 orang ketika ini. Lagipun daerah ini kini mempunyai tiga klinik dan 13 klinik desa dan sampailah masanya, ia mempunyai sebuah hospital yang selesa," kata beliau di sini hari ini.

Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.

Beliau juga mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan, supaya kepelbagaian dalam kepakaran di semua hospital daerah ini perlu ada pengkhususan tertentu.

''Contohnya di Kuala Pilah, kita sediakan perkhidmatan kepakaran telinga, hidung dan tekak. Di Rembau, kita ada kepakaran rehabilitasi, di Jelebu, ada kepakaran lain, di Tampin begitu juga dan di Seremban kita jadikan pakar rujukan.

''Kalau ini diterima, maka doktor yang bertugas itu pun tidaklah terkejar-kejar. Kita akan rujukan kes yang berkaitan di hospital berkaitan. Ini akan lebih tersusun," kata beliau.

Mohamad juga memaklumkan, Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban juga akan mempunyai blok baru untuk wad wanita dan kanak-kanak, di mana ini juga akan menambah bilangan katil serta keselesaan kepada pesakit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

Kuliah Maghrib Ustaz Nik Abduh 18 Dis 2011 di Senawang

Posted: 14 Dec 2011 04:58 PM PST


KULIAH MAGHRIB
Oleh Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Surau An-Nur, Taman Seremban Selatan Fasa 3, Senawang
Masa : 7.30 mlm

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


Ceramah Ust Nik Abduh 18 Dis 2011 di Jelebu

Posted: 14 Dec 2011 02:58 AM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : Balai Islam, Kg Kuala Pah, Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Masa : 9 mlm
Penceramah :
Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat
Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan.
Sdr Adli Azhari , Pesuruhjaya PAS Melaka.

Semua di jemput hadir

MAJLIS MINUM PETANG bersama Ustaz Nik Abduh

Posted: 14 Dec 2011 02:56 AM PST

MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang
Masa : Selepas Asar

Anjuran : PAS Cawangan Taman Pinggiran Senawang

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Sdr Husaini, Ketua Cawangan 017-3999122

Masalah bekalan air di Gemencheh

Posted: 14 Dec 2011 02:40 AM PST


Masalah bekalan air di Gemencheh
UM 14 Dis 2011

SAYA menetap di Kampung Sungai Dua, Gemencheh, Negeri Sembilan sejak tahun 2009 setelah bertugas hampir 10 tahun di Pasir Gudang Johor.

Masalah utama yang ingin saya utarakan ialah gangguan bekalan air yang tidak pernah putus sepanjang saya menetap di Kampung Sungai Dua. Dalam sebulan paling kurang tiga hingga empat kali gangguan bekalan air pasti berlaku. Ini agak menyusahkan bagi saya yang mempunyai anak kecil.

Saya difahamkan oleh wakil Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), semasa mesyurat JKKK bersama agensi kerajaan bahawa paip pair di sepanjang laluan Tampin Gemas sudah agak lama dan perlu diganti. Bagaimanapun pihak Sains tidak mempunyai cukup peruntukan.

Saya sebenarnya sudah penat hendak melaporkan mengenai gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan saya ini. Mungkin bagi sesetengah orang gangguan bekalan air ini adalah perkara remeh, tetapi bukan saya.

Perkara ini sudah berlanjutan agak lama. Saya sangat berharap pihak Sains akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

ZULKEFLI OMAR
Gemenceh, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Perbicaraan isu mengenai masalah bekalan air di Negeri Sembilan sebelum ini di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


Tiada ulasan:

Nuffnang