Khamis, 15 Disember 2011

Khalid Samad

Khalid Samad


DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Posted: 15 Dec 2011 01:30 AM PST

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di'kenakan' imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di'kena'kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Debat Hudud MCA-DAP

Posted: 14 Dec 2011 08:50 PM PST

Kebiasanya di dalam sesuatu debat ada pihak penyokong dan pihak pembangkang, maka barulah boleh disebut sebagai 'debat'. Oleh itu, saya agak terkejut apabila mendengar cabaran CSL kepada LGE untuk berdebat atas isu Hudud. Mungkin setelah diadakan Seminar Hudud yang dihadiri penasihat agama MB Terengganu (UMNO), CSL pun tahu bahawa UMNO pun anti-Hudud dan dianggap DAP lebih pro-hudud berbanding UMNO. Mungkin itulah sebabnya orang yang dicabar adalah LGE!

Tidak sangka pula CSL begitu buta politik! Ini kerana DAP sudah nyatakan pendirian mereka. Mereka tidak pro-hudud tetapi mereka hormati hak PAS untuk memeperjuangkan keyakinan PAS dan ummat Islam. DAP hormat hak PAS dan ummat Islam tetapi DAP tidak setuju. Ia juga merupakan hak DAP yang PAS juga hormati. Yang tidak pandai menghormati hak orang lain nampak gayanya ialah MCA dan UMNO juga apabila diterima CSL sebagai Tok Guru mereka.

Maklumlah hanya MCA yang mampu anjurkan Seminar Hudud. UMNO tidak mampu. UMNO hanya mampu menghantar ahli panel untuk meng'iyakan' kata-kata Tok Guru CSL. Sedih, sepatutnya UMNO yang anjurkan Seminar Hudud dan MCA dijemput hadir. Ini sebaliknya. Jelas sekali siapa pakar hudud dalam BN.

Dari sudut pendirian parti, amat jelas MCA jauh lebih ekstrim berbanding DAP. Mungkin CSL takut bahawa dia pun akan dikenakan hudud selepas tersiarnya video adegan panas beliau beberapa ketika dahulu. Tetapi CSL tidak perlu khuatir, hukuman hudud bukan untuk dia.

Dalam soal cabar berdebat ini, sepatutnya MCA menjemput pihak yang pro-hudud untuk berdebat bukan yang tidak sokong. Selain dari PAS yang jelas pendiriannya terhadap isu hudud, MCA boleh juga menjemput UMNO. Ini adalah untuk menjelaskan lagi pendirian UMNO samada mereka menyokong atau tidak undang-undang hudud. Kekeliruan wujud disebabkan ada ketikanya UMNO mengatakan bahawa mereka menyokong dan ada ketikanya mereka perlekehkan apa yang dinyatakan oleh PAS.

Debat sebegini akan juga memberi peluang untuk UMNO menjelaskan hudud dari perspektif mereka dan bagaimana ianya berbeza dari apa yang diperjuangkan oleh PAS. Hudud yang diperjuangkan PAS dikatakan 'hudud PAS' bukan hudud Islam oleh wakil UMNO dalam Seminar tersebut. Debat ini akan memberi peluang kepada UMNO untuk menjelaskan hudud Islam yang difahami mereka dan sejauh mana mereka berusaha untuk melaksanakannya.

Oleh kerana dua-dua parti berada dalam BN, debat ini pasti lebih mesra dan tidak menjadi pertelengkahan politik. Oleh itu ianya lebih berpeluang untuk memberikan kefahaman kepada rakyat berhubung isu hudud tanpa adanya perbalahan politik.

Saya pun sebenarnya amat teringin melihat UMNO membela hudud dan Islam secara umumnya di hadapan MCA. Adakah UMNO akan membelanya atau adakah UMNO akan tunduk pada MCA?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang