Adun PAS nafi terlibat projek Lynas Posted: 14 Dec 2011 03:46 PM PST
| TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini. Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas. Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar harian berkenaan.
"Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan. "Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan. "Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya," katanya mengulas laporan yang disiar Berita Harian.
Beliau juga kesal dengan sebuah blog yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan namun yang menyedihkan gambar yang disiarkan kononnya bagi mengaitkan saya dengan Lynas ialah gambar yang tidak ada kena mengena langsung kerana ia gambar sewaktu kempen pada Pilihan Raya Kecil Kerdau. "Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak disiarkan. "Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira. "Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran. "Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media," katanya.
Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat. Sementara itu menjawap soalan pemberita beliau tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggapnya sebagai salah faham semata-mata. |
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7057-adun-pas-nafi-terlibat-projek-lynas |
Isu Dzulkifli: Kesatuan Felda sedih, mahu temu PM Posted: 14 Dec 2011 08:42 AM PST Isu Dzulkifli: Kesatuan Felda sedih, mahu temu PM December 14, 2011
KANGAR, 14 Dis – Kesatuan Pekerja-pekerja Felda (KPF) akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung isu cuti Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.
Setiausaha agungnya Dr Faudzuli Jaafar berkata, pihaknya sedih dengan arahan bercuti selama sembilan bulan itu kerana Dzulkifli mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman di sini, Faudzuli berkata kesatuan itu tidak pernah dimaklumkan mengenai arahan itu.
"Kami tidak tahu arahan cuti itu daripada siapa dan mengapa. Apa yang kami tahu bilik Pengarah Besar Felda kini dikosongkan," katanya dipetik Bernama Online.
Sehubungan itu, KPF akan berjumpa Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda untuk mendapat gambaran jelas mengenai arahan itu.
Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs turut terkejut dengan arahan bercuti itu ketika perkhidmatan Dzulkifli masih diperlukan oleh Felda.
"KPF akan mengutus surat kepada Datuk Seri Najib melalui Cuepacs berhubung perkara ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata, Cuepacs bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu. Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-dzulkifli-kesatuan-felda-sedih-mahu-temu-pm/ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan