N50 Dun Sri Muda |
Hasil Negeri Lebih Tinggi Dibawah Pakatan Posted: 14 Nov 2011 06:26 PM PST Hasil Negeri Lebih Tinggi Dibawah Pakatan Oleh Mohd Hafiizh Mokhtar 14/11/2011 287 View SHAH ALAM 14 NOV : Geran Selangorku yang mencecah RM300 juta ringgit ternyata mengejutkan bekas pentabiran Barisan Nasional Selangor yang lama dan mereka tidak habis menyoal bagaimana Kerajaan sekarang mampu menyediakan jumlah yang begitu besar. Malah ADUN BN di dalam perbahasan bajet 2012 sering kali menuduh berlakunya salahurus tadbir di anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah tidak mungkin jumlah itu mampu dihasilkan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei menjelaskan geran ini dikumpul dari hasil keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini lebih cekap dan lebih menguntungkan, selepas bebas dari kepentingan ahli-ahli politik. "Meraka yang bertanya ini sebenarnya terkejut. Semua hasil negeri dari sumber tanah, pasir, bahan batuan, hutan dan sebagainya kita kembalikan kepada rakyat. Dibawah pentadbiran terdahulu keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri dimasukkan dalam Hasil Disatukan pada jumlah yang kecil. Dalam perjalanan kepada kerajaan negeri itu, banyak 'tol-tol' yang perlu dibayar."Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Sasaran ditetapkan dimana mereka perlu menyerahkan sebahagian keuntungan mereka kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan dividen. Jelas Suhaimi dasar telus dan bertanggungjawab membolehkan royalti ini dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas. "Kumpulan Semesta pada tahun 2011 setakat 30 Oktober sudah memberi royalti lebih dari RM18 juta ringgit." "Semasa pemerintahan lama, paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam setahun adalah RM3.5 juta. Kita mengatasi mereka dengan lebihan RM15 juta.Dari sudut perniagaan pula, keuntungan Kumpulan Semesta mencecah RM28 juta daripada sasaran RM30 juta ringgit. Dicampurkan dengan royalti, kita berada di hadapan sebanyak 10 kali ganda." Suhaimi menegaskan belanjawan pro-rakyat seperti Belanjawan Selangor 2012 mustahil dirumus dibawah pemerintahan lama. Katanya Belanjawan Selangor 2012 menuntut iltizam kuat untuk mengagihkan kemewahan Selangor kepada rakyat terbanyak. "Apabila kita mengambil alih kerajaan selangor, kita kesan perjanjian-perjanjian perniagaan yang amat berat sebelah dirangka untuk memberi keuntungan kepada kroni terlibat." Beliau menambah Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah-besar untuk memperbetul kepincangan-kepincangan yang berlaku sepanjang Selangor diperintah Barisan Nasional. "Pernah suatu ketika kerajaan negeri tidak mempunyai rekod hutang atau jumlah perkongsian modal usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat terlibat."Kes hutang Talam Corporation yang kini berjaya dialihkan menjadi sumber pendapatan lumayan disebut Suhaimi sebagai contoh hasil-kerja kerajaan Pakatan yang berhemah. "Walaupun yang kita ambil-alih hutang itu, tetapi sebenarnya untuk masa jangka panjang ia adalah aset berharga. Nilai hutang dahulunya RM398 juta ringgit, hari ini nilai aset dinilaikan hampir RM600 juta ringgit."Tegasnya bukan sahaja keuntungan anak-anak syarikat negeri diserahkan semula melalui MES, tetapi juga setiap hutang turut dikejar untuk dipulangkan kepada rakyat Selangor. ends |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan