Selasa, 15 November 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Penggulungan Belanjawan 2012: MB Dedah Lagi Penyelewengan Pemimpin BN

Posted: 15 Nov 2011 06:41 AM PST

–Kenyataan Akhbar–

Sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma.

 

Setelah empat tahun amalan reformasi, jelas memberi keuntungan yang nyata dan kita percaya ini adalah masa yang sesuai untuk memberi faedah yang dituai dari pentadbiran yang bersih dan telus kepada rakyat Selangor.

 

Saya kesal pembangkang gagal memahami pembaharuan yang dibawa, malah sanggup pula bersikap sinikal seolah-olah mereka bukan menjadi punca kepada masalah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

 

Sebagai contoh, saya mengingatkan Ketua Pembangkang tentang transaksi jualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada PKPS dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd yang mana Ketua Pembangkang; Datuk Satim Diman adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

 

Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang,  tanah itu dijual kepada PKNS berlipat kali ganda. Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera.

 

Perkara sama juga berlaku terhadap tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang mana mantan Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat mendapat beberapa lot tanah.

 

Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian.  Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan  rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium.

 

Kerajaan Negeri hari ini akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit membayar RM29 juta untuk tukar syarat dari pertanian kepada perindustrian.

 

Contoh ketiga, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti kes Science Park 2, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN.

 

Tiga contoh ini menunjukkan UMNO-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor.

 

Malah, PKNS yang dikatakan sebagai lambang perjuangan Melayu telah menganugerahkan 80 projek berjumlah RM6 billion kepada syarikat-syarikat tetapi tidak membawa keuntungan setimpal kepada PKNS.

 

Perkara ini telah kita perbetulkan apabila PKNS tidak lagi dibenarkan JV atas dasar tuan tanah, tetapi hanya boleh mengadakan usaha sama secara GDV supaya anak syarikat ini benar-benar mendapat keuntungan.

 

Ini menunjukkan kita tidak perjuangkan DEB tetapi hak Melayu tetap dipertahankan.  Rakyat sebenarnya mahu melihat kita mentadbir secara betul, telus dan bertanggungjawab.

 

Berdasarkan Laporan Kewangan pada 31 Mac 2008, rezab Negeri Selangor yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo hanyalah  sebanyak RM689.510 juta.

 

Justeru, tidak benar dakwaan ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus pada sesi perbahasan yang mendakwa rezab yang ditinggalkan oleh Dr Mohamad Khir berjumlah RM1.7 billion.

 

Menyentuh isu PKNS, pendapatan yang diterima oleh Pengurus Besar PKNS akan dinilai berdasarkan prestasi beliau dan PKNS itu sendiri. Sejak 2009 hingga 2011, pencapaian beliau dan PKNS boleh dikategorikan sebagai baik.

 

Di bawah kepimpinan semasa, keuntungan operasi ditingkatkan, berbanding dengan penjualan syer dan aset oleh kepimpinan terdahulu. Satu perjanjian kerjasama telah dibuat dengan Transparency International pada tahun lalu yang membolehkan beberapa jawatankuasa berkaitan Peningkatan Urustadbir Korporat dan Ketelusan dibentuk pada tahun ini.

 

Pada tahun 2009, simpanan yang dicapai melalui tender terbuka dan pengurusan yang cekap adalah pada kadar RM15.24 juta. Dengan menggunakan Pek Integriti, jumlah ini telah meningkat kepada RM115.15 juta pada tahun 2010. Dijangkakan jumlah ini akan meningkat kepada RM150 juta pada tahun ini.

 

Kerajaan Negeri Selangor berikrar untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih untuk memastikan kesilapan pentadbiran terdahulu tidak berulang dan rakyat mendapat manfaat hasil transformasi pentadbiran yang dijalankan ini.

 

 TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR 

Juadah Lynas: Masakan Cinta (Love Dish)

Posted: 15 Nov 2011 04:32 AM PST

Muhyiddin dan Tahun Kebankrapan

Posted: 15 Nov 2011 04:19 AM PST

Malaysia Chronicle

Pendirian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin “Pertama Melayu, Kedua Malaysia” telah pun merosakkan imej beliau di mata ramai rakyat Malaysia, tetapi beliau dan penasihat beliau sama sekali tidak percaya akan itu.

Mereka merasakan bahawa dengan memainkan sentimen perkauman, mereka masih boleh menang di Malaysia – sebuah negara yang mempunyai hampir 40 peratus penduduk bukan Melayu termasuk pribumi, Cina, India, Benggali, Pakistan, Eurasia dan banyak lagi kumpulan minoriti kecil yang lain. Ini boleh jadi sandaran beliau untuk membantu beliau merebut jawatan presiden Umno daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa pemilihan parti tahun depan.

Tetapi ia pasti tidak akan membantu mengubah arah penurunan jangka panjang Malaysia yang secara kebetulan bermula apabila ayah Najib, Abdul Razak Hussein mengambil alih sebagai Perdana Menteri kedua pada tahun 1970. Pada masa itulah dasar tindakan afirmatif bernama Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan tetapi ianya telah pun berubah seraya mengkhianati maksud asalnya untuk mengagihkan kekayaan negara kepada golongan miskin, tetapi sebagai pemberi manfaat kepada Umno terutama golongan pemimpin, ahli keluarga mereka dan kroni-kroni mereka.

Berapa lama boleh Muhyiddin bertahan?

Setelah beberapa tahun berlalu, beliau masih belum kenyang dan berehat seperti ular sawa yang sudah penuh, tetapi, ketamakkan beliau menjadi lebih teruk. Beliau tidak lagi mengambil beratus-ratus ribu tetapi beratus-ratus juta. Dan kini, jika anda tidak mempunyai sebilion dua, anda tidak layak digelar golongan elit Umno.

Semasa menjadi ketua menteri di Johor, beliau dituduh menerima rasuah secara besar-besaran, tetapi kerana sokongan kuat di bahagian-bahagian Johor, beliau dinaikkan pangkat ke menteri Kabinet persekutuan dan bukannya diserahkan kepada agensi anti-rasuah. Inilah cara permainan dalam UMNO dan BN sejak 1957, setelah merdeka daripada jajahan British.

Ini juga menjelaskan kenapa Muhyiddin merasakan beliau mempunyai peluang baik dengan menghidupkan semula semangat nasionalis di kalangan orang Melayu di negara ini, bukannya membuka minda masyarakat dan meyakinkan mereka untuk menjadi yang lebih inklusif. Analisis beliau nampaknya salah sama sekali.

Beliau gagal menyedari hakikat bahawa kekayaan negara telah hampir habis untuk beliau rebut-rebutkan lagi. Beliau juga enggan mengambil iktibar daripada Perdana ke-5 Menteri Abdullah Badawi dan ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kedua-duanya apabila sampai ke penghujung pemerintahan lebih kelihatan seperti badut kerana kebodohan mereka memilih untuk tidak memerangi pelampau tetapi minoriti yang berkuasa dalam Umno.

Berapa lama boleh Muhyiddin bertahan? Najib mungkin telah bersetuju untuk memberi laluan kepadanya tetapi jika Najib terpaksa membuat pusingan U dengan cuba menghidupkan dan meliberalisasikan ekonomi dan masyarakat, adakah Muhyiddin rasa beliau boleh berjaya dengan bersandarkan keengganan beliau mengakui hak-hak orang bukan Melayu? Adakah dia menyangka bahawa dengan melakukan itu beliau dapat dilihat sebagai pembela orang Melayu?

Jika dia berbuat demikian, pasti Malaysia akan bankrap sebelum 2019. Dapatkah dibayangkan sekiranya Muhyiddin dan geng sayap kanan beliau berjaya mengambil alih negara. Mereka ini masih hidup dalam dunia di mana mereka fikir tiada siapa pun boleh memberitahu mereka apabila mereka membuat tipu daya. Justeru tidak sedikit pun kredibiliti yang tinggal.

UMNO MLM

Umno-BN adalah seperti skim penipuan MLM gergasi. Yang terbaik dan yang menciptanya ialah Mahathir. Abdullah Badawi juga telah berjaya mendapatkan habuan yang baik, begitu juga dengan Najib. Tetapi Muhyiddin malangnya akan ditinggalkan dengan bayi! Dan, dia berhak mendapatnya.

Pada bulan Mac 2010, beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan beliau “Melayu” pertama dan bukannya “pertama Malaysia”. Beliau mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan bahawa tidak salah untuk kaum-kaum lain merasakan yang serupa. Jadi, orang Cina boleh mendakwa diri mereka sebagai “orang Cina yang pertama, kedua Malaysia” sama juga untuk orang India.

Orang-orang yang berfikiran bahawa tiada apa-apa yang teruk akan wujud hasil daripada kenyataan seperti itu haruslah mempertimbangkan bahawa bagi setiap tindakan, terdapat reaksi. Sudah terdapat berjuta-juta cauvinis bukan Melayu di bandar. Jika anda menggunakan api untuk melawan rakyat anda, sudah tentu mereka akan menggunakan api untuk memerangi anda kembali. Kemudian, Muhyiddin mungkin akan memikiran bahawa tidak mengapa, kita masih boleh menang kerana kita melebihi mereka dan keris berada di sisi kita. Sekarang, fahamkah anda mengapa pelabur akan lari jika Muhyiddin menjadi PM Malaysia, manakala mereka mungkin tidak akan peduli jika dia hanya presiden Umno!

Bagaimana pula dengan membiarkan Najib untuk terus memerintah? Adakah anda sudah gila? Mungkin kita boleh lihat ia dengan cara ini – bagaimana rakyat Malaysia mahu mati? Kematian yang lebih perlahan, lebih menyeksakan tetapi pasti-sepasti fajar akan menyinsing, aka cara Najib dan Rosmah? Atau dengan cepat dan kurang menyakitkan seperti serangan jantung secara tiba-tiba, yang merupakan cara Muhyiddin? Masih ada lagi pilihan lain, iaitu Pakatan Rakyat, dan Umno hanya ada wira palsu seperti Muhyiddin dan Mahathir yang telah mewarnai parti tersebut. Lihat sahaja, tempat sudah menjadi semakin sempit untuk mereka.

Menghalalkan rasuah?

Jangan silap, Muhyidden Yassin sebenarnya menanti masa sahaja. Beliau menjarakkan dirinya daripada penipuan Najib dan Rosmah. Beliau mengambil dan memilih isu untuk diulas dan beliau memastikan dirinya kekal kukuh di sebelah kanan. Seperti yang telah dikatakan, ini adalah baik untuk menjadi presiden Umno, tetapi tidak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia di mana hampir 40% daripada rakyat adalah bukan Melayu.

Salah satu kesilapan besar Muhyiddin adalah isu PPSMI, di mana keputusan beliau telah diolah semula oleh bos besar – Mahathir. Beliau telah membenarkan Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris semula. Ini menunjukkan beliau sama sahaja seperti Najib. Peristiwa ini telah mendedahkan kelemahan Muhyiddin.Tanpa wajah perkauman, beliau tiada apa –apa. Mungkin tiada bakat malah lebih rendah inteleknya daripada Najib.

Tetapi TPM tidak berputus asa. Sudah dia mengarahkan audit dilakukan atas penggunaan Bahasa Malaysia dan kita hampir pasti beliau akan menyokong penulisan semula Sejarah, memburuk-burukkan LGBT dan juga menghalalkan rasuah demi memenangi hati pemimpin-pemimpin UMNO yang tamak.

Reformasi versi yang amat berbeza

Di bawah Muhyiddin, politik perkauman, agama dan seksual mungkin akan terus menjadi modus operandi Umno-BN. Satu kaedah yang berkesan untuk menakut-nakutkan orang Melayu justeru mengekalkan cengkaman kuasa Umno. Ini adalah taman permainan Muhyiddin, di mana beliau cemerlang sebagai oportunis induk. Taktik untuk menggulingkan dan menjatuhkan pesaing-pesaing politik bukan perkara baru kepada manusia ini. Bukankah dengan cara ini beliau naik dalam politik?

Beliau pernah mengatakan bahawa pelan peralihan Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 adalah “terlalu panjang”.Semasa pilihan raya umum 2008, TPM berjaya mengekalkan kerusinya, tetapi beliau terkejut dengan keputusan pilihan raya tersebut. Beliau kemudian melaungkan reformasi tetapi apa yang dimaksudkan sebagai reformasi sangat berbeza dengan reformasi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Reformasi Muhyiddin tidak bermakna demokrasi yang lebih besar tetapi yang kurang. Reformasi tidak bermakna keadilan sosial atau kesaksamaan kaum, tetapi lebih besar ketidakadilan dan ketidaksamaan.

Sekarang, kerana tidak ada orang lain lagi di minda ahli-ahli Umno, Muhyiddin bagi mereka adalah pilihan yang jelas untuk menggantikan Najib atau untuk menggulingkan Najib. Masih kurang jelas sekiranya orang Melayu dalam Umno akan bangun dan sempat untuk menyelamatkan diri mereka dari kejatuhan. Jika ini berlaku, kaum yang paling sengsara ialah orang Melayu.Mereka bukan sahaja membentuk sebahagian besar penduduk tetapi dengan melibatkan diri dengan sentimen perkauman, ketaksuban agama dan sebagainya, mereka akan menjadi kaum yang paling kurang mobiliti dari segi profesionalisme di negara ini.

Tidak, Muhyiddin tidak ada bezanya dengan rakan-rakannya. Sebagai permainan dalam skim MLM Umno yang dimulakan oleh ayah Najib dan diperbesarkan oleh pemain utama seperti Mahathir dan Muhyiddin – jika beliau berjaya menjadi PM – beliau akan berada di puncak bab satu dalam sejarah Malaysia yang baru - Tahun Kebankrapan.

Pakatan Rakyat Lancar Jentera Pilihan Raya 14 Disember

Posted: 15 Nov 2011 04:10 AM PST

Keadilan Daily

Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya di Stadium Melawati Shah Alam pada 14 Disember depan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelancaran jentera pilihan raya itu katanya, sebagai antara persediaan Pakatan berdepan pilihan raya umum yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menjelaskan, ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Selepas pelancaran itu, jentera penerangan akan terus bergerak ke seluruh negara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan di pejabat ketua pembangkang di parlimen hari ini.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah Kit Siang, Abdul Hadi dan anggota majlis pimpinan Pakatan.

Saifudin menegaskan, buat permulaan, jentera pakatan akan difokuskan pada negeri-negeri yang ditadbir gabungan itu.

"Selepas itu, jentera akan menjelajah pula di negeri-negeri tumpuan untuk kita tawan termasuklah Johor, Negeri Sembilan dan Melaka," katanya.

Menurutnya, selain merapatkan pimpinan dengan rakyat, jentera pilihan raya itu juga akan berdialog dengan rakyat setempat agar segala penerangan sampai kepada sasaran.

"Kita akan terangkan, kejayaan dasar-dasar yang kita amal di negeri yang kita perintah yang lazimnya tidak disiar di media arus perdana.

"Kita juga akan menerangkan isu semasa termasuklah skandal kondominium lembu (National Feedlot Corporation) yang gagal dijawab oleh pentadbiran (perdana menteri) Datuk (Seri) Najib," katanya.

Sementara itu, Anwar dalam sidang media berkenaan berkata, Pakatan Rakyat sedia menyokong pindaan undang-undang bagi memastikan dakwat kekal digunakan pada PRU akan datang.

Anwar berkata, sebelum ini peguam negara memberi alasan kononnya dakwat kekal tidak dapat digunakan pada PRU lalu kerana ia memerlukan pindaan undang-undang.

"Walaupun begitu, kami mendesak agar cadangan itu segera dibawa ke parlimen dengan segera dan kami sedia menyokong pindaan itu.

"Namun kita berharap ini bukanlah helah untuk melengah2kan penggunaan dakwat kekal krn jika pindaan usul ini hanya dilulus selepas PRU, ia tiada makna lagi," katanya.

Umno Hanya Berselindung Atas Nama Mempertahankan Melayu Dan Islam

Posted: 15 Nov 2011 01:47 AM PST

Harakah

Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda 'tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung'.

Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

"Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

“Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Namun, apa yang penting ialah 'Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?” tanya beliau.

Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan.

Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah – sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Untuk Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

"Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?" tegas beliau.

Tuan Ibrahim turut menyifatkan parti komponen BN masih mengamalkan pemikiran sempit dari era sebelum merdeka.

"Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC," kata beliau.

Kini, kata Tuan Ibrahim rakyat negara dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Beliau turut mengingatkan hakikat bahawa kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia – ianya ketentuan Allah.

"Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya," terang beliau sambil bertanya, "Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?"

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam.

"Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

"Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa," tegas beliau lagi.

Dari Mana Anak Najib Peroleh RM1.7 Juta Beli Saham? – Shamsul

Posted: 14 Nov 2011 08:37 PM PST

Keadilan Daily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang masih terlalu muda.

"Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan," kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd.

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew,39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

"Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

"Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional," tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

"Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit," kata Shamsul

UKM4 Gambarkan Ditangkap Macam Drama Tamil

Posted: 14 Nov 2011 07:58 PM PST

Malaysiakini

Bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mahkamah menyifatkan penahanannya oleh polis semasa pilihan raya kecil tahun lalu umpama aksi drama Tamil.

NONEHilman Idham – kini pembantu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali – berkata, ketika insiden di Hulu Selangor itu, kira-kira sepuluh individu yang tidak dikenalinya, tiba-tiba tampil mencekupnya sewaktu ingin beredar dari sebuah kedai makan.

Menceritakan detik itu, Hilman berkata, beliau sedang beredar bagi mencari jalan membantu dua lagi rakannya – Ismail Aminuddin dan Woon King Chai – yang sudah ditahan polis semasa  sekatan jalan raya.

“Ini cerita macam drama tamil. Di kedai makan tu, tengah saya minum, Ismail SMS saya beritahu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dah datang. (Dia kata) macam mana ni. Ismail dah (risau). Saya kata, tak apalah, saya cari jalan macam mana nak tolong. Saya telefon peguam untuk bantu.

“Bila saya bangun dari tempat itu, kedai makan ini penuh (dengan pelanggan). Saya ini sudah pesan makanan. Air dah sampai, makan belum. Saya kata, tak boleh ini, kawan-kawan sudah kena tangkap ni, kita cari jalan macam mana nak bantu.

“(Saya cakap) kita keluar daripada situ sekarang. Kita batal (pesanan) makan, saya habiskan minuman saya, separuh sahaja. Saya bangun. Bila saya bangun, satu kedai, bangun tangkap saya. Saya rasa dalam lingkungan 10 hingga 12 orang,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditahan kali kedua

Selepas dibebaskan dengan jaminan, Hilman berkata beliau mengarahkan tiga lagi rakannya pulang sebelum beliau datang semula mengambil van pada keesokkan hari.

NONENamun, pada keesokannya, Hilman sekali lagi ditahan buat kali kedua. Ia berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang bersama pensyarahnya yang mahu membuat analisis pilihan raya itu.

Tindakan itu, dakwanya mencetuskan kemarahannya kerana undang-undang dan perlembagan negara  menjamin hak individu untuk berada di mana sahaja.

Susulan ditahan, mereka dihadapkan ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun selepas beberapa kali penangguhan prosiding, mahkamah universiti akhirnya memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan pada Julai lalu.

NONESementara Woon – kini bergiat sebagai pembantu kepada anggota parlimen MCA – yang hadir bersama Hilman turut ketawa mendengar semula kisah penahanan rakannya itu pada 22 April tahun lalu itu.

Menyambung kisahnya, Hilman berkata, ketika itu bukan sahaja beliau mahu menemui dua rakannya yang ditahan, tetapi pegawai KPT juga mencarinya sejurus sahaja turun daripada kereta.

“Hah, (pegawai KPT bertanya) mana Hilman? (Saya soal kembali) Hilman? (Saya) tak tahu,” celah Woon sambil memberitahu pegawai itu tidak percaya dengan jawapan itu.

Hilman mengandaikan mungkin terdapat operasi bersepadu Hal Ehwal Pelajar (HEP) semua universiti bagi memantau pelajar di sana.

Ini kerana, tambahnya, sebuah kereta Wira berwarna hitam tertulis “bahagian keselamatan Universiti Malaya” (UM) dilihat di kawasan berdekatan.

Sekatan polis

Bagi Woon pula, beliau tidak menjangkakan kali pertama menjejakkan kaki di Hulu Selangor dengan van sewa akan menyebabkannya ditahan polis.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 03“(Oleh) kerana kami bertiga tidak tahu tempat, tak tahu nak pergi mana. Hilman pun ajak seorang kawan dia untuk menjadi tukang tunjuk (jalan). Selepas (kami) datang dengan van, dia datang dengan kereta dia, penuh dengan risalah politik, sebab pemuda ini dah duduk lama di sana (untuk) berkempen.

“Jadi, kita minta Hilman dengan Azlin, pergi ke kereta dia. Takkan kita berempat nak ikut daripada belakang, tak sopanlah. Jadi, dia pun pindahkah risalah yang berbalut ke dalam belakang van kami. Dan Hilman dan Azlin tumpanglah kereta dia. Dia pun jalan.

“Jalan, jalan, sampai kepada sekatan polis, kereta dia lepas, van kami ditahan. Jadi, polis pun tanyalah, mana kad matriks. Dan kami pun tanya (balik), kad matriks apa? Tak ada, mana ada. Lepas tu kami pun bekerjasama dengan polis. Dia (polis) pun ambil kad pengenalan kami, ambil maklumat lengkap. Dia (polis) tahan kami lama, di tepi jalan,” katanya.

NONEMenurut Woon lagi, selepas 40 minit ditahan, pegawai UKM yang datang dengan beberapa buah kereta – didakwa bersama  penolong pendaftar dan dan pegawai keselamatan – muncul dan mahu mereka ditahan kerana pelajar universiti “tak patut berada di situ”.

“Jadi polis pun tengoklah, OK.  Dia pun kata, dia nak tengok van. Dia pun buka van, periksa  beg kami (dan) jumpa risalah. Dia kata, kenapa ada risalah politik  ini. Kamu datang berkempen ke? Kami kata tidak, ini bukan benda kami.

“Lepas tu, langsung saya hubungi kawan kami yang datang buat tunjuk (arah), untuk sahkah benda (risalah) ini dia punya. Dia tumpangkan sahaja,” katanya sambil menambah mereka kemudiannya dibawa ke balai polis selepas berbincang dan mengambil gambar.

Susulan itu, Woon menghubungi peguam Latheefa Koya untuk mendapat nasihat sehingga mereka menyedari bahawa penahanan mereka atas alasan tidak menyerahkan kad pengenalan.

Growth To Slow To 3.6pc In 2012, Says RHB

Posted: 14 Nov 2011 07:37 PM PST

The Malaysian Insider

The Malaysian economy could slow down to 3.6 per cent growth next year from 4.5 per cent this year despite estimates of stronger growth in the third quarter, says the RHB Research Institute.

The research house said that it expects that real Gross Domestic Product (GDP) growth has grown at a faster pace of 4.6 per cent in the third quarter compared with four per cent in the second quarter due to a stronger increase in exports and a sustained increase in consumer spending.

It forecasts the global economy to experience protracted slow growth however, causing export growth to slow down sharply.

"We believe private investment is likely to have moderated in the third quarter given rising economic uncertainties," said RHB in its report yesterday. "Growth, however, will likely be supported by the implementation of the Economic Transformation Programme projects."

The Najib administration has embarked on a drive to transform the country into a high-income nation by 2020 with economic and government transformation programmes costing RM1.4 trillion to produce a RM1.7 trillion then.

The programme began last year with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak giving almost monthly updates on new and recapped investments, with the private sector expected to account for 92 per cent of the investments.

The RHB report said that fixed capital formation was expected to moderate to 4.6 per cent in 2012, from five per cent estimated for 2011 and growth in public consumption to moderate to 4.9 per cent in 2012 compared with an estimated 6.5 per cent this year.

RHB is not the only research house to forecast growth at less than the government's target of 5-6 per cent for next year.

Bank of America Global Research estimated Malaysia's GDP to grow at 4.2 per cent in 2012 while Maybank Investment Bank said it expected Malaysia's GDP to expand at between 3.5-4 per cent. CIMB Investment Bank forecast a GDP growth of 3.8 per cent next year.

Tiada ulasan:

Nuffnang