Selasa, 15 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SUMBANGAN RM100 KEPADA PELAJAR DIPOLITIKKAN..?

Posted: 15 Nov 2011 03:16 AM PST


Pemberian wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dibayar pada dalam minggu ini iaitu sebelum cuti sekolah bermula. Tarikh tertentu telah ditetap kepada setiap sekolah untuk menyerahkan sumbangan kepada semua pelajar.

Bagi Daerah Hilir Perak sendiri, tarikh penyerahan sumbangan RM100 tersebut diadakan pada 17 dan 18 November.

Namun begitu, sumbangan tersebut kelihatan telah diperguna sebaik mungkin demi kepentingan politik BN. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, pada hari penyerahan itu pihak sekolah 'mesti' menjemput pemimpin politik dari UMNO/BN untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada ibu bapa pelajar di sekolah.

Ada ibu bapa yang bertanya, apa kaitannya pemberian sumbangan tersebut dengan ahli politik ? Menurut mereka, adalah lebih wajar dan sesuai jika pemberian tersebut melibatkan hanya pegawai-pegawai yang terlibat seperti Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)   atau dari Jabatan Pelajaran Perak sendiri ?

Nampaknya UMNO/BN begitu amat terdesak sehingga sanggup mempergunakan program sekolah demi kepentingan politik sempit mereka. Ataupun, pemberian sumbangan RM100 tersebut memang dirancang demi survival politik UMNO/BN yang melibatkan jutaan ringgit wang kerajaan.

Apa rasionalnya menjemput seorang ahli politik dari UMNO/BN untuk menyampaikan sumbangan ? Mereka tidak boleh mendabik dada bahawa sumbangan tersebut daripada UMNO/BN kerana ia adalah dari kerajaan yang mana terdiri daripada seluruh rakyat bukan hak UMNO/BN semata-mata. Kecuali jika sumbangan itu datang dari sumber yang lain.

Apa yang penting kepada para ibu bapa ialah ambil sahaja pemberian sumbangan itu kerana itu hak mereka sebagai rakyat Malaysia demi anak-anak yang sedang belajar. Berbelanjalah dengan penuh berhemah dan tabungkan sebahagiannya demi anak-anak.

'Orang bagi, kita ambil tetapi pangkah (undi) adalah rahsia.'

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang