Jumaat, 25 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pilihanraya Umum ke 13 selepas Mei 2012?

Posted: 25 Nov 2011 01:42 AM PST



Apakah Pilihanraya Umum ke 13 akan hanya diadakan selepas bulan Mei 2012 kerana dari sekarang hingga Mei 2012 para pengguna komuter KTMB akan dibebani dengan perkhidmatan yang sering tergendala, lewat dan sebagainya?

Train schedule getting worse

KTMB aware of poor commuter service, promises upgrade with new coaches
Friday, November 25th, 2011 - Malay Mail

KLANG: The never-ending problems plaguing Keretapi Tanah Melayu Berhad's (KTMB) commuter service are a constant frustration to passengers relying solely on it everyday.

One of them, Shanaz Zainuddin, 35, claims there have been numerous service disruptions in the Port Klang-Batu Caves line since October.

"It seems the service is getting worst. Some of the problems we endure are the constant delays caused by lack of punctuality or broken down trains and even faulty air-conditioning. What is more, these happen during peak hours."

Shanaz remembers an occasion in October when she was forced to wait when not one, but two trains were cancelled, and another day when the 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm and 6.15pm services were cancelled.

She says these delays cause her to reach home late and she is tired of waiting.

Shanaz claims her many complaints on the matter to KTMB have come to a naught.

"KTMB owes me an explanation and I really hope it will takes passengers' plight into consideration and take the steps to improve its service."

KTMB corporate communications executive Siti Badariah Wan Hanafi apologises to SHANAZ and other passengers for the level of service they have to endure.

"We have been aware of the situation, and are in the process of upgrading and improving the commuter services to meet passengers' demands.

"We have to admit KTMB is experiencing commuter coach shortage as most coaches are more than 15 years old."

Siti Badariah says their daily operations are affected by technical problems and service cancellations.

She says the Transport Ministry has bought 38 six-coach trains, which are expected to be operational next year.

"The first train arrived on Sept 22 and is being tested for three months, while the second arrived on Oct 19. Four more will arrive in December."

Siti Badariah says the remaining 32 trains will be arriving by May 2012.

http://www.mmail.com.my/content/86646-train-schedule-getting-worse

JOM Intip Remaja 28 Nov ke 4 Dis 2011 di N.Sembilan

Posted: 25 Nov 2011 01:19 AM PST



INTIP 2011
INtegrasi Ilmu dan Penghayatan
Tarikh : 28 Nov - 4 Dis 2011
Lokasi : Sekitar N.Sembilan
Peserta : Remaja 13 - 16 tahun
Yuran hanya RM40

Untuk pertanyaan atau penyertaan sila hubungi Afif 013-3582870, Fatimah 013-6767087

Pelbagai aktiviti menarik :
- Malam Bina Iman dan Taqwa
- Daki Gunung
- Futsal Ukhuwwah
- Remaja Urus Jenazah
- Fikir Hebat
- Seronoknya Boling
- Prihatin Palestin
- Chef Muda
- Dan banyak lagi …

Anjuran : Remaja IKRAM N.Sembilan

Maklumat lanjut di http://negeri9.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=124%3Aintip-2011-&catid=3%3Aberita&Itemid=7

Sampai bila graduan UPSI tiada tempat mengajar

Posted: 24 Nov 2011 07:34 PM PST



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Nov 2011 : Kerajaan BN diminta membatalkan sahaja kursus perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jika tiada penempatan mengajar kepada para graduannya.

Sekiranya langkah itu tidak dilakukan, ia hanya akan menyusahkan para pelajarnya, sedangkan mereka telah menghabiskan masa beberapa tahun untuk menamatkan pengajian masing-masing.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, para graduan UPSI yang masih belum mendapat peluang mengajar pasti amat kecewa dengan kejadian itu, pada hal nasib buruk sedemikian tidak seharusnya diterima oleh mereka.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya telah membincangkan secara terperinci perkara itu dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasinya.

Katanya, namun sehingga kini masalah ketiadaan peluang mengajar bagi graduan-graduan UPSI itu masih berterusan dan kejadian seperti itu juga pasti akan turut dialami oleh para pelajar baru nanti sekiranya pihak kerajaan terus gagal menyelesaikannya dalam masa terdekat.

"Pihak kerajaan sepatutnya telah membincangkan perkara ini dengan baik agar mereka mempunyai penempatan. Kalau tiada penempatan untuk mereka, lebih baik dibatalkan sahaja kursus perguruan di UPSI," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Perkara itu turut disuarakan oleh beliau ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pengajan Tinggi pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.

Dalam perbahasan itu, beliau turut menarik perhatian kementerian terbabit mengenai prosedur yang digariskan oleh kementerian itu untuk setiap universiti membuka kursus atau kos baru kepada para pelajar.

Katanya, sehingga kini terdapat beberapa kursus di beberapa buah pusat pengajian tinggi yang masih tidak diiktiraf oleh JPA dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Kursus-kursus tersebut termasuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ijazah Kewangan Islam (Takaful) di Kolej Universiti Islam Selangor dan Medical Program di Insaniah.

"Adakah pihak kementerian sedar wujudnya beberapa kursus yang masih tidak diiktiraf oleh MQA dan JPA itu? Jika sehingga graduasi, kursus yang diambil oleh pelajar masih tidak diiktiraf, bagaimana pelajar-pelajar itu ingin mendapatkan pekerjaan?" tanyanya.

Pihak kementerian, tambahnya, sewajarnya tegas dengan isu tersebut dan beliau mencadangkan agar hanya kursus yang telah diiktiraf sahaja yang dibenarkan dibuka untuk pelajar universiti atau pusat pengajian tinggi.

Sebelum itu, beliau turut menyentuh tentang Program Mybrain15 dengan meminta pihak kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar bagi dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar termasuk bagi MyMaster dan MyPhD.

Beliau juga turut mendesak agar Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan kerana akta tersebut ternyata sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan kini.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan turut memutuskan akta tersebut yang melarang mahasiswa menzahiirkan sokongan atau bangkangam dalam politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Katanya, keputusan tersebut sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula keempat-empat penuntut itu.

"Saya menghayati pendirian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang komited bahawa AUKU perlu dipinda, tetapi kami dari Pakatan Rakyat lagi komited bahawa AUKU ini perlu dimansuhkan terus dalam sejarah hidup mahasiswa di universiti," tegasnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6699-sampai-bila-graduan-upsi-tiada-tempat-mengajar

ADUN BN N.Sembilan yang berfikiran kotor dan lucah?

Posted: 24 Nov 2011 07:16 PM PST



Free Malaysia Today
24 Nov 2011

Ketika itu Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May "Mambau masuk bilik Lobak kah?".

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/24/sidang-dun-adun-wanita-dap-serang-menteri-besar/

Keadilan Daily
27 April 2011

Sesi Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.

Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.

"Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam)," ujarnya.

Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa Tamil kepada salah seorang Adun berketurunan India.

Sumber : http://www.keadilandaily.com/adun-bn-mencarut-titah-perbahasan-diraja/

Adun wanita DAP `serang’ Menteri Besar N.Sembilan

Posted: 24 Nov 2011 01:45 AM PST



Adun wanita DAP `serang' Menteri Besar N.Sembilan
Zefry Dahalan
November 24, 2011

Berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah.

SEREMBAN: Sidang DUN Negeri Sembilan hangat seketika apabila Adun wanita Wong May May (DAP-Mambau) "menyerang" Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan kadang kala jenayah juga berpunca daripada kecuaian orang ramai yang tidak mengunci pintu dan meletakkan tong gas di belakang rumah mereka.

Mohamad (BN-Rantau) berkata demikian ketika menjawab soalan asal P Gunasekaran (DAP-Senawang) yang meminta kes jenayah perlu dibanteras secepat mungkin agar orang awam bebas bergerak dan berada di dalam situasi yang selamat.

Jawapan itu membangkitkan kemarahan May May apabila beliau mendesak Mohamad meminta maaf kerana menyalahkan mangsa jenayah.

"Jawapan ini menghina dan meletakkan kesalahan pada mangsa jenayah sedangkan peratusan mangsa cuai adalah amat kecil.

"Malah rumah Adun Lobak, Loke Siew Fook sendiri pernah dipecah masuk sehingga pintu bilik beliau turut dipecah walaupun rumah beliau mempunyai tiga kunci dan bilik juga berkunci", kata May May.

Ketika itu Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) mencelah dengan bertanya pada May May "Mambau masuk bilik Lobak kah?".

Desak minta maaf

Pertanyaan yang berbaur lucah tersebut membuatkan wajah May May agak berang. Bagaimanapun May May tidak menghiraukan Zainal Abidin dan terus mengasak Mohamad dengan mendesak meminta maaf.

May May juga turut mempertikaikan jawapan Mohamad bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 20 peratus.

May May berkata kadar jenayah tidak turun tetapi mungkin ramai yang tidak mahu membuat laporan polis kerana hilang keyakinan ke atas pihak polis .

"Ada mangsa yang membuat lima hingga enam laporan polis tetapi tiada tindakan.Kadang kala terpaksa menunggu sehingga berjam-jam untuk membuat laporan polis dan menunggu pegawai penyiasat (IO).

"Mangsa yang dalam keadaan seperti ini sudah tentu akan hilang keyakinan kepada pihak polis", ulas May May lagi.

Mohamad bangun dan menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud meletakkan kesalahan kepada orang ramai yang cuai sebagai punca jenayah tetapi sekadar mengingatkan bahawa tanggungjawab untuk memastikan tahap jenayah terkawal itu adalah tanggungjawab bersama dan bukan seratus peratus diletakkan di atas bahu pihak berkuasa semata-mata.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/24/sidang-dun-adun-wanita-dap-serang-menteri-besar/

Tiada ulasan:

Nuffnang