Jumaat, 25 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Sidang DUN Perak ditangguhkan pada jam 8.30 malam

Posted: 25 Nov 2011 04:37 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sidang DUN Perak yang berlangsung sehingga 5 hari berakhir sebentar tadi dengan pengumuman dari Speaker Dewan dengan menangguhkan sidang kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Usul kenaikan Ahli Dewan Negeri Perak ditolak.

Posted: 25 Nov 2011 04:04 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Usul yang dibawa oleh YAB Pangkor itu di sokong oleh Wakil Bercam yang telah mengajukan soalan berkaitan kenaikan elaun itu pada sidang 15 Ogos 2011 lepas pada awalnya akhirnya ditarik balik oleh pihak kerajaan selepas dibahas oleh beberapa orang.




Pemuida PAS Sarawak tuntut Alfred Jabu mohon maaf dan tarik balik kenyataan

Posted: 25 Nov 2011 03:58 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK

1. Merujuk ucapan Timb Ketua Menteri, Alfred Jabu ketika persidangan DUN Sarawak semalam, Pemuda PAS Sarawak kesal dengan sikap Alfred Jabu yang tidak sensitif terhadap umat Islam dengan mengaitkan Hudud dengan 'politik kotor' dan 'keji'. Alfred Jabu menggunakan istilah 'hudud politik' yang secara terang-terangan menghina dan mempermainkan hudud.

2. Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan aggresif, sedangkan pada waktu yang sama, menghina dan mempermainkan hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam. Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan Rakyat. Alfred menggambarkan Pakatan Rakyat datang ke Sarawak, membawa budaya politik pelik. Alfred lupa bahawa Pakatan Rakyat Sarawak merupakan terdiri daripada rakyat Sarawak yang bosan dengan pemerintahan BN selama ini, dan bukannya orang luar.

3. Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini. Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau.

4. Pemuda PAS Sarawak kesal dengan ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam terutama Ketua Menteri sendiri yang tidak bangkit menegur kenyataan bodoh Alfred Jabu ini. ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam sepatutnya membela agama Islam dan menegur Alfred yang tidak sensitif terhadap agama Islam. Pemuda Sarawak menyeru ADUN-ADUN PBB yang penakut ini, untuk memberi ruang kepada PAS jikalau tidak mampu membela agama sendiri dalam dewan undangan negeri.

5. Pemuda PAS Sarawak menuntut Alfred Jabu membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan beliau itu.

MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
(KETUA PEMUDA PAS SARAWAK)

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 berlarutan sehingga ke malam.

Posted: 25 Nov 2011 03:49 AM PST


29 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Sidang DUN hari ke berlarutan sehingga ke malam dan perbahasan berlanjutan dalam meluluskan beberapa enekmen baru selepas lewat petang tadi dewan Perak meluluskan Bajet 2012.

Speaker memberi laluan kepada Anggota Dewan untuk menunaikan solat maghrib secara bergilir-gilir sebagaimana yang dicadangkan oleh wakil Pengkalan Hulu. Sebelum itu wakil dari Titi Serong bangun mengingatkan dewan mengenai waktu sembahyang maghrib telah masuk dan mencadangkan supaya sidang ditangguhkan.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Dewan Perak luluskan Pembubaran Undang-Undang Kolej Islam Darul Ridzuan 2011.

Posted: 25 Nov 2011 03:10 AM PST

Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dewan Perak pada hari ini meluluskan Pembubaran Undang-Undang Kolej Islam Darul Ridzuan 2011. Berikutan dengan itu ianya diganti dengan Kolej milik Kerajaan Perak itu akan dikenali dengan nama baru iaitu Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Usul Pembubaran itu dibentang oleh Wakili dari Kamunting dan mendapat persetujuan dewan sebulat suara.

Naib Presiden SPDP dipecat

Posted: 25 Nov 2011 03:08 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUCHING 25 Nov. - Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu hari ini kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan.

Beliau adalah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Marudi.

Empat pemimpin yang menyokong beliau terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan ADUN kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.

"Hari ini merupakan hari paling sedih dalam kerjaya politik saya. Selepas melalui proses dan perbincangan dengan Majlis Tertinggi, saya dengan rasa sedih, mengumumkan bahawa Entri bukan lagi anggota SPDP berkuat kuasa serta merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP selama jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan "calon boleh menang", kata Mawan. - Bernama

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Dewan Perak luluskan Bajet 2012

Posted: 25 Nov 2011 02:55 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dewan Undangan negeri perak yang bersidang pada hari ini telah meluluskan Bajet 2012 dengan mendapat kelulusan majoriti anggota dewan.

Bajet yang telah dibentang oleh YAB dari Pangkor pada isnin lepas telah dibahas oleh 28 ADUN BN dan PR sehingga kelmarin dan telah digulung oleh pihak kerajaan sebelum dilulus kan oleh Dewan perak lewat petang ini.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Isu Tahun Melawat Perak 2012

Posted: 25 Nov 2011 02:41 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ADUN Pasir Panjang DS Nizar mempersoalkan mengenai kelewatan pelancaran logo Tahun melawat Perak yang agak lambat.

Disamping itu dia mempertikaikan mengenai satu delegasi untuk memanjat Gumung Kinabalu untuk mempromosi Tahun Melawat Perak dan apakah alasannya serta bertanya berapakah jumlah yang digunakan untuk tujuan itu.

YAB dari Pangkor menjawab bahawa promosi mengenai Tahun Melawat Perak juga dilakukan juga ke destinasi negeri lain seperti ke kedah dan sebagainya.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Bantuan kebajikan kemasyarakatan

Posted: 25 Nov 2011 02:25 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Peruntukan sebanyak 25 juta ringgit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat perhatian dengan dibahas oleh beberapa ADUN .

ADUN Setiawan mendedahkan mengenai wanita MCA yang dilantik berkerja di Pejabat kebajikan masyarakat.

ADUN Buntong pula menjelaskan mengenai aduan dari pemohon yang telah diluluskan tidak dibayar pembayaran dengan alasan kewangan tidak mencukupi supaya diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Mangsa banjir meningkat.

Posted: 25 Nov 2011 02:13 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,892 orang pagi ini, berbanding 1,420 malam tadi ekoran hujan berterusan yang mengakibatkan kawasan rendah terus dinaiki air.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata Pasir Mas kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka di daerah itu setakat ini.

"Jumlah pusat pemindahan yang dibuka (di seluruh negeri) semakin bertambah daripada 28 buah malam tadi kepada 32 buah pagi ini," katanya.

Beliau berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, berada pada paras bahaya manakala laluan di Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas.

Di Machang, laluan yang ditutup ialah Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu; manakala di Tanah Merah jalan yang ditutup ialah Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di Tumpat pula, tiga laluan yang ditutup ialah di Km 3 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti, Km 2 Jalan Keselamatan (Kesban)-Pengkalan Kubor - Kampung Jambu dan Km 3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,236 pagi ini berbanding 2,404 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.

Di PAHANG, 11 orang dari dua keluarga di Kampung Chendor Baru dekat Cherating yang dipindahkan akibat banjir sejak semalam, masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Mereka yang terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditempatkan di Balai Raya Kampung Chendor.

Menurut jurucakap bilik gerakan polis rumah mereka masih ditenggelami air pada paras 0.5 meter. - BERNAMA

Angkasawan negara kutip dana bina hospital Palestin

Posted: 25 Nov 2011 02:10 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU: Majlis Perundingan NGO Islam Malaysia (MAPINM) akan meneruskan siri penjelajahan ke seluruh negara untuk mengumpul derma bagi mengisi tabung bantuan rakyat Palestin, terutama pembinaan hospital kanak-kanak terbesar di negara itu membabitkan kos sebanyak RM100 juta.

Angkasawan Negara yang juga pengerusi jawatankuasa pengumpulan dana majlis itu, Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, berkata Kelantan adalah antara negeri yang dikunjungi bagi menjayakan misi itu.
"Selepas ini kita akan meneruskan siri penjelajahan ke negeri lain, termasuk Pulau Pinang dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, hari ini.

Sheikh Muszaphar Shukor berkata, MAPINM sudah menghulurkan bantuan AS$60,000 kepada Kerajaan Palestin melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh, baru-baru ini.

Majlis Perundingan itu adalah badan induk yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh negara, termasuk Cakna Palestin yang diwujudkan Kerajaan Negeri Kelantan tiga tahun lalu.

Beliau berharap penduduk Gaza akan menikmati penjagaan kesihatan lebih sempurna apabila hospital 10 tingkat itu yang akan mula dibina dengan bantuan Kerajaan Malaysia pada tahun depan, siap sepenuhnya.

Katanya, matlamat beliau dalam program penjelajahan itu bukan sahaja bertujuan mengumpul dana, malah untuk berkongsi pengalaman sebagai Angkasawan Negara yang berkait rapat dengan ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata, untuk merealisasikan lagi harapannya beliau bercadang menubuhkan Yayasan Angkasawan yang kini masih di peringkat kajian.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata sebagai Menteri Besar beliau amat bersyukur dapat menemui Angkasawan Negara itu di samping berkongsi pengalaman dengan rakyat negeri ini sebagai angkasawan kerana bidang keilmuan astronomi itu mempunyai kaitan rapat dengan ilmu Islam yang terkandung dalam al-Quran.

Katanya, angkasawan itu akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan rakyat negeri ini sepanjang kunjungan selama dua hari ke Kelantan.

"Melalui program yang diatur itu, kita dapat mengumpul lebih banyak dana menerusi Jawatankuasa Misi Bantuan Cakna Palestin yang ditubuhkan tiga tahun lalu," katanya. - BERNAMA

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Sidang ditangguh untuk solat Asar.

Posted: 25 Nov 2011 02:04 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Speaker mengumumkan sidang ditangguh selama 20 minit sehingga jam 6.00 petang untuk memberi laluan kepada ADUN dan pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan solat Asar.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Jabatan Mufti dicadang tingkat pengurusan kewangan

Posted: 25 Nov 2011 01:36 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ADUN Lubuk Merbau, YB. Hj Zainuddin Yusoff mencadangkan supaya pengurusan cuma 2 bintang yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara terhadap Jabatan Mufti Perak pada tahun 2010 perlu diambil perhatian supaya pengurusan kewangan yang diperuntukkan sejumlah 1,787,900 ringgi yang diperuntukkan dalam bajet 2012 untuk jabatan itu diurus dengan lebih baik.

Angin kencang, laut bergelora diramal sehingga Selasa

Posted: 25 Nov 2011 01:23 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.

Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kawasan Pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan angin kencang dan ombak kuat yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - BERNAMA

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Titi Serong mohon kebajikan pegawai pindah diambil perhatian.

Posted: 25 Nov 2011 01:04 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Wakil Titi Serong memohon Kerajaan negeri mengambil perhatian mengenai kebajikan berupa pampasan kepada Pegawai Kerajaan yang tinggal di kauters kerajaan Negeri perak lama ke kauters baru di jalan Sekolah.

Beliau mencadangkan dengan peruntukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kerian supaya Pegawai yang terlibat di beri pembayaran lebih awal dan jumlah yang sewajarnya kerana ada yang tinggal melebih 20 tahun di kauters lama berkenaan.

Menurutnya pembayaran mesti didahulukan untuk kegunaan pegawai berkenaan untuk menyewa kenderaan untuk memindahkan barang masing-masing.Imbang Penuh

Syarikat kutip organ palsu manusia

Posted: 25 Nov 2011 01:00 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEBUAH kotak yang mengandungi organ palsu manusia berada di tepi seorang pekerja di syarikat OrthoMetals di Zwolle, Belanda pada 14 November lalu.

ZWOLLE, Belanda - Sebuah syarikat di sini mengumpul dan menjual organ palsu manusia sebagai barang lusuh untuk dikitar semula.

Syarikat OrthoMetals mendapat bekalan organ palsu manusia daripada 450 rumah pembakaran mayat di 15 buah negara Eropah secara percuma.

Pengarah OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, antara organ palsu yang diasingkan sebelum mayat dibakar pada suhu 900 darjah Celsius itu termasuk paha, lutut dan implan logam.

Menurutnya, keluarga dan saudara-mara si mati lebih rela melihat organ palsu orang kesayangan mereka dikitar semula daripada ia dibuang ke tong sampah.

Verberne berkata, sejumlah 200 tan logam berharga dikumpul dari rumah-rumah pembakaran mayat di Eropah pada setiap tahun.

Di gudang syarikat tersebut, pelbagai peralatan palsu itu diasingkan mengikut kategori seperti besi, titanium dan kobalt kromium dan kemudian dijual kepada pembeli barang lusuh dengan mengikut harga pasaran. - AP

'Hudud politik': PAS selar kenyataan TKM S'wak

Posted: 25 Nov 2011 12:55 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PAS Sarawak menyelar kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkaitan hukum hudud yang didakwanya secara "terang-terangan menghina" dan mempermainkannya.

bn candidates announcement pbb hq 030411 alfred jabu"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini," kata ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohammad Arifiriazul menuntut Alfred Jabu (kanan) membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohammad Arifiriazul mempertikaikan tindakan Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan agresif, sedangkan pada waktu yang sama, didakwa mempermainkan hukum yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam.

"Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan," katanya lagi.

Segi tiga 'politik hudud'

Dewan itu juga menyatakan kekesalannya terhadap ADUN Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ketua menteri yang beragama Islam tetapi tidak menegur kenyataan "sensitif" itu.

Akhbar tempatan The Borneo Post semalam melaporkan Alfred Jabu menyifatkan Pakatan bersama-sama terbabit dalam memainkan segi tiga "politik hudud".

Menurut menteri pembangunan luar bandar itu, ia dilihat apabila PKR mahukan hukum hudud sementara sebagai balasan DAP mahu mengenakan "politik hudud" terhadap PKR dan PAS.

"Rakyat sendiri telah menyaksikan situasi menarik ini. Di Sarawak sejurus sahaja pilihan raya negeri (PRN) selesai pada April lalu, DAP telah mengambil sekurang-kurangnya dua calon PKR yang bertanding pada PRN," beliau dipetik sebagai berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan DUN di Kuching.

Sebagai contoh, katanya, calon PKR di Meluan dan Bukit Begunan yang tewas diambil oleh DAP.

Bukan itu sahaja katanya, pencalonan bagi jawatan senator yang dicadangkan oleh Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) kepada ahli DAP yang baharu dan bekas calon PKR di Meluan (John Brian Anthony) turut ditolak dengan menyaksikan calon BN Lihan Jok mendapat jawatan itu.

"Ramai di kalangan rakyat Sarawak kini menyatakan bahawa ia merupakan cara yang kejam oleh DAP apabila melaksanakan politik hududnya dalam politik PKR, yang mereka anggap sebagai rakan dalam Pakatan," beliau dipetik sebagai berkata.

malaysiakini/-

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Dewan Perak dicadangkan setiap ADUN kemudahan ICT

Posted: 25 Nov 2011 12:42 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Wakil Kerajaan dari Kubu Gajah mencadangkan supaya kemudahan komputer di meja Exco Kerajaan negeri di dalam Dewan Negeri Perak diperluas ke semua meja ADUN seperti yang terdapat di Parlimen Malaysia.

Cadangan dari Kubu gajah disokong oleh wakil Pakatan Rakyat dari Pasir Pinji dan beliau meminta supaya kemudahan itu mesti di lengkapkan juga dengan kemudahan WIFI dalam dewan yang perlu ditingkatkan juga.

Selain itu Pasir Pinji juga mendedahkan bilik rehat ADUN Perak di Aras 2 tidak mempunyai kerusi sofa untuk berehat.

A.Samad Said :Kongres Di Johor Simbolik Perubahan Pilihanraya

Posted: 25 Nov 2011 12:30 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JOHOR BHARU, 25 NOV : Penganjuran Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-lapan di kubu kuat Umno ini disifatkan sebagai simbolik jelas bahawa negeri itu bakal ditakluki Pakatan Rakyat menerusi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, jelas Sasterawan Negara, A.Samad Said.

"Saya merasa aneh juga kenapa kongres ini dilakukan di Johor, setelah itu saya mula memahami ia adalah langkah simbolik.

"Sedia maklum Johor adalah akar kepada Umno, kehadiran Pakatan Rakyat khususnya Keadilan (PKR) adalah untuk mencabut akar itu,"katanya.

A.Samad Said ketika ditemui TVSelangor sejurus selepas mendeklamasikan sajak pada majlis perasmian kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan di Pulai Springs Resort, disini hari ini.

Mengulas lanjut, A.Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad menzahirkan rasa senang hati diatas kesudian PKR menjemput dirinya.

A.Samad Said juga menyifatkan jolokan Sasterawan Rakyat yang diberikan oleh rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat keapdanya adalah satu penghargaan buat dirinya.

"Saya merasa senang, setidak-tidaknya saya dapat mengikuti apa yang sedang berkembangan pada hari ini, ini juga jelas adalah satu kesungguhan untuk terus bergerak dan melakukan pertukaran pemerintahan,"katanya.

TV NEWS/-

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Zambry nafi tuntutan RM 80 satu kepala ?

Posted: 25 Nov 2011 12:19 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Selepas sesi penggulungan Bajet Negeri Perak 2012 oleh wakil pangkor mewakili Kerajaan negeri penggundian secara suara diadakan oleg Speaker Dewan dan diterima selepas suara mengatakan bersetuju lebih banyak.

Seterus Speaker mengumumkan Dewan Negeri bertukar menjadi Jawatankuasa untuk meluluskan

Pasir Panjang mendedahkan mengenai keraguan mengenai peruntukan kepada Pejabat menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri sebanyak 34,819,000 yang memerlukan jaminan supaya tidak adalah penyalahgunaan seperti yang pernah berlaku di PRK Bukit Gantang.

DS Nizar juga mendedahkan dalam PRK Bukit Gantang dengan bukti yang ada ADUN dari Canning telah membuat laporan kepada Polis dan SPRM. Penjelasan itu bagi menjelaskan persoalan dari ADUN Slim yang mempersoalkan kenapa Pakatan Rakyat tidak membuat laporan kalau mengandungi bukti.

Wakil Pasir Panjang juga mendedahkan bagaimana terdapat maklumat bahawa berlaku tuntutan yang terlalu tinggi untuk majlis jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Puasa MB dengan tuntutan oleh pembekal makan dengan harga RM 80 satu kepala. Beliau memohon penjelasan adakah benar maklumat tersebut. Dakwanya ianya tidak sanggup dibayar oleh Pegawai Kewangan kerana terlalu tinggi.

Menjawab persolan tersebut, MB Zambry telah menafikan mengenai jumlah tuntutan tersebut dan akan mendedahkan jumlah yang sebenarnya.

Duit siling kuno ditemui di Baitulmuqaddis

Posted: 25 Nov 2011 12:15 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SALAH satu duit siling kuno yang ditemui di belakang Tembok Ratapan di Bandar Lama, Baitulmuqaddis dipamerkan kepada wartawan kelmarin.

BAITULMUQADDIS, Israel - Sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sejumlah duit siling kuno dekat Tembok Ratapan di Bandar Lama di sini.

Beberapa ahli arkeologi berkata, duit siling berkenaan yang digunakan sekitar 15 Tahun Masihi ditemui di dalam tempat mandi orang Yahudi di kaki dinding barat Kuil Kedua.

Menurut mereka kelmarin, kuil itu dimusnahkan oleh tentera Rom pada tahun 70 Tahun Masihi.

Semasa penggalian dilakukan, ahli-ahli arkeologi menemui tempat mandi itu yang digelar mikveh.

Ia ditutup dengan batu-bata untuk memberi laluan kepada pembinaan tembok tersebut yang dibina di atas tempat mandi berkenaan.

Siling kuno itu ditemui di bahagian tempat mandi yang tidak ditimbus.

"Sehingga hari ini, adalah dipercayai bahawa semua tembok berkenaan telah dibina oleh Raja Herod," kata seorang pakar arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shakoun yang mengetuai kerja-kerja menggali bersama Profesor Ronny Reich dari Universiti Haifa.

"Apabila kami menemui duit siling ini yang bertarikh 20 tahun selepas kematian Raja Herod, kami merumuskan bahawa bukan raja berkenaan yang membina bahagian tembok ini," katanya. - AFP

Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman

Posted: 25 Nov 2011 12:00 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Empat tahun selepas "Walk for Justice" 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai "Walk for Justice", di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes 'Pita Lingam'.

Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

MALAYSIAKINI/-

Penyerang tampar menteri India

Posted: 24 Nov 2011 11:50 PM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

NEW DELHI: Seorang penunjuk perasan menampar pipi Menteri Pertanian India, Sharad Pawar yang juga Presiden Majlis Kriket Antarabangsa semalam dalam protes terhadap rasuah.

Penyerang yang dikenali sebagai Harvinder Singh, menampar pipi Pawar sebelum ditarik kakitangan keselamatan. Dia kemudian mengacu sebilah pisau kecil sambil memaki menteri itu yang tidak mengalami kecederaan.

"Kamu semua penyeleweng, rakyat sudah tidak tahan," kata Harvinder yang menambah Kerajaan India perlu melaksanakan undang-undang tegas terhadap amalan rasuah yang masih dipertimbangkan penggubal undang-undang.

Harvinder sebelum itu memberitahu wartawan bahawa dia cuba menumbuk bekas menteri telekom, Sukh Ram yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 1996 dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Pawar bagaimanapun menganggap kejadian itu sebagai 'perkara kecil'. – AFP

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Ambil poket kiri masuk poket kanan

Posted: 24 Nov 2011 11:49 PM PST

Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Isu mengenai persoalan dari ADUN Pantai Remis mengenai hutang kerajaan negeri yang dijawab oleh MB Perak diselitkan dengan soalan tambahan oleh ADUN berkenaan dengan bertanyakan kepada Kerajaan Negeri mengenai kedudukan hutang kerajaan dari 903 juta pada tahun 2010 kepada 975 juta pada tahun 2011 iaitu dengan pertambahan 72 juta ringgit.

MB Perak menjawab hutang itu bertambah dan ianya merupakan hutang berjadual dan pertambahan sebanyak 72 juta ringgit itu adalah untuk perumahan.

Pantai Remis mempersoalkan sejumlah 72 juta ringgit itu besar dan mana perumahan yang telah dibangunkan untuk rakyat yang disifatkan jumlahnya besar. Beliau sempat menyebut sikap kerajaan negeri dalam isu hutang negeri seperti mengambil dari poket kiri dan masukkan ke poket kanan.

Penjelasan dari MB Perak tidak memuaskan Pantai Remis dimana adalah tidak wajar bila hutang yang berjadual yang dia faham kalau hutang dibayar dengan berjadual taan berkurang sedang jawapan yang diberikan hutang makin bertambah.

Wakil Setiawan menjelaskan hasrat sebenar soalan dari Pakatan Rakyat ialah untuk keadaan kewangan negeri yang selamat dengasn jumlah hutang semakin mengecil dan kita akan ada simpanan keewangan yang banyak dan satu masa nanti denngan harapan supaya pengarah-pengarah dan pegawai kerajaan akan menikmati gaji sehinggga mungkin RM 30,000 sebulan.

Wakil Pantai Remis juga mengigatkan bahawa hutang negeri dan negara dalam amalan biasa mestilah tidak melebihi 55 % dari KDNK dan kalau lebih dari itu akan mendedahkan resiko negara dan negeri kepada muflis.

Lelaki maut, kereta bertembung MPV

Posted: 24 Nov 2011 11:40 PM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUANTAN — Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Km 34, Jalan Temerloh Bandar Jengka, dekat Maran semalam.

Mohd Sham Md Saad, 38, dari Jengka 15, yang duduk di sebelah pemandu maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka akibat cedera parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 4.20 petang itu, mangsa dari arah Temerloh menuju ke Bandar Jengka.

"Tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.

"Kereta terbabit kemudiannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah MPV yang datang dari arah Bandar Jengka," katanya, di sini hari ini.

Zainalabidin berkata pertembungan itu mengakibatkan Mohd Sham tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaikinya.

Rakan mangsa dan pemandu MPV terbabit hanya cedera ringan, katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Tiada ulasan:

Nuffnang