Ahad, 20 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


KEM HUFFAZ CILIK

Posted: 19 Nov 2011 06:22 AM PST



KEM HUFFAZ CILIK
Tarikh : 21 - 25 November 2011 (5 hari)
Tempat : Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan.
Kumpulan Sasaran : Pelajar-pelajar berumur 8 – 13 tahun.

AKTIVITI
Hafazan ayat-ayat lazim daripada surah-surah juz 30.
Hafazan surah-surah pilihan iaitu surah Yasin, Al-Waqiah, As-Sajadah, dan lain-lain.
Solat Sunat Dhuha
Slot pengisian minda seperti tayangan multimedia, video dan ceramah kesihatan, cerita para sahabat/tokoh Islam.
Slot Uji Minda
Smart Sifir

Maklumat lanjut di http://surauimpian.blogspot.com/

KEM TAHFIZ AL-QURAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN

Posted: 19 Nov 2011 06:21 AM PST



KEM TAHFIZ AL-QURAN SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN
Tempat : Surau Taufiqiyah, Taman Pinggiran Senawang
Tarikh : 21 November 2011 hingga 31 Disember 2011
Masa :
8.00 pagi hingga 10.30 pagi ( Sesi 1)
11.00 pagi hingga 12.30 tengahari (Sesi 2)

Maklumat lanjut di http://surautaufiqiyah.blogspot.com/

Duit habis, rumah tak nampak

Posted: 19 Nov 2011 04:54 AM PST



Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 19, 2011

ULU JELEBU - Seorang ­warga emas melahirkan rasa kecewa apabila usahanya ­untuk membantu anak ­lelakinya yang kelainan upaya (OKU) untuk memiliki sebuah rumah PPRT tidak kesampaian.

Maimon Ali, 70, berkata, anak lelakinya yang mengalami kecacatan di kaki kanan akibat terjatuh pokok kira-kira tiga tahun lalu kini menumpang di rumah milik anak sulungnya.

Menurutnya, sejak kemalangan itu, anaknya, Mazlan Asri @ Jani, 47, tidak lagi ­bekerja dan bergantung ­sepenuhnya kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai tukang masak.

"Mazlan menumpang di rumah kakaknya sejak 12 ­tahun lalu yang juga merupakan rumah PPRT.

"Kakaknya memberikan keizinan untuk menumpang di sini memandangkan Mazlan tidak memiliki rumah dan tidak bekerja," katanya.

Bagaimanapun, ­katanya, anak sulungnya itu berhasrat untuk kembali ­menetap di rumah berkenaan dalam masa terdekat.

"Sepanjang menetap di sini, Mazlan dan isterinya, Zaitun Ismail, 44, membayar sewa sebanyak RM50 kepada anak sulung saya.

"Kini, saya sedang mengusahakan untuk mendapatkan rumah PPRT untuk Mazlan dan sudah pun berbincang dengan kepimpinan kampung," katanya.

Maimon berkata, dia dan Mazlan telah diminta untuk ­menyiapkan pelbagai dokumen sebelum Ramadan yang lalu.

"Untuk mendapatkan rumah terbabit, saya meminta bantuan anak keenam yang menetap di Johor.

"Malahan, saya juga mengeluarkan wang simpanan ­sebanyak RM4,000 untuk mengupah kontraktor membersihkan kawasan sebelah rumah saya untuk didirikan rumah PPRT buat Mazlan," katanya.

Namun katanya, selepas Aidilfitri lalu, apabila dia bertanyakan kembali status rumah berkenaan, mereka menyatakan peruntukan itu telah ­dibawa ke Simpang Durian.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Sudahlah wang saya habis digunakan, malah kawasan yang dibersihkan juga sudah ditumbuhi semak samun.

"Saya turut dimaklumkan bahawa surat permohonan memiliki rumah itu telah diserahkan kepada penghulu Dun dan sudah lulus namun, surat itu perlu diserahkan kepada Risda sebelum dimaklumkan peruntukan berkenaan sudah dibawa ke tempat lain," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/duit-habis-rumah-tak-nampak-1.6465

Jelajah Anwar Ibrahim di N.Sembilan 21 Nov 2011

Posted: 19 Nov 2011 02:09 AM PST



MENGOMBAK KEMENANGAN RAKYAT
Tarikh : 21 November 2011, ISNIN
Masa : 8 malam
Tempat : Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah
Bersama :
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Sdr Ibrahim Yusof , Ketua Penerangan PKR NS
Sdr Nazree Yunus , Ketua AMK NS

SEMINAR ADAT PERPATIH & JAMUAN RAKYAT
Tarikh : 21 November 2011, ISNIN
Masa : 3 ptg - 7 mlm
Tempat : Pekan Seri Menanti, Kuala Pilah

HIMPUNAN WARGA PENEROKA & PELANCARAN MANIFESTO PRU
Tarikh : 21 November 2011, ISNIN
Masa : 8.30 malam
Tempat : Felda Palong 6, Jempol
Bersama :
Dato' Seri Anwar Ibrahim
T.Kumar , Timbalan Setiausaha Agung PKR
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR NS
Sdr Rebin Birham Naib , Ketua PKR Jempol

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sumber : http://pkrn9.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Nuffnang