Ahad, 20 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Gempa bumi 5.1 magnitud gegar pantai timur Jepun

Posted: 20 Nov 2011 01:54 AM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan pantai timur Jepun pagi tadi, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Kejadian itu dengan kedalaman enam kilometer, melanda pantai Honshu, pulau terbesar Jepun pada kira-kira jam 4.27 pagi tadi iaitu kira-kira 91 kilometer dari Tokyo.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. - AFP

Dua maut, 100 cedera dalam tunjuk perasaan di Mesir

Posted: 20 Nov 2011 01:30 AM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Dua orang terbunuh dan beratus yang lain cedera di Mesir selepas polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang bertindak ganas mendesak pilihan raya pertama diadakan sejak kejatuhan pentadbiran Hosni Mubarak.

Beratus penunjuk perasaan menangis sambil memegang sepanduk "Jatuh bersama Tantawi" di Dataran Tahrir, Kaherah, merujuk kepada pemerintah tentera, Hussein Tantawi sambil membaling batu dan melemparkan objek lain ke arah anggota polis yang bersenjata.

Pasukan perubatan mengumumkan kematian Ahmed Mahmoud, 23, yang mengalami kecederaan di dadanya dalam kejadian di Kaherah dan Baha Eddin Mohamed Hussein, 25, terkena peluru getah di Alexandria ketika tunjuk perasaan merebak dari ibu negara berkenaan.

Tunjuk perasaan bermula semalam di Medan Tahrir apabila anggota polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan kekecohan yang dirancang oleh pemberontak yang menggulingkan Mubarak pada Februari lalu. - AFP

Tiga maut dalam kemalangan di Perak

Posted: 20 Nov 2011 01:20 AM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN: Tiga terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di sini, malam tadi dan Kerian, awal pagi ini.

Dalam kejadian di sini, dua beradik yang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler dan bas di persimpangan empat Jalan Padang Tembak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada jam 8.10 malam tadi ialah pemandu kereta, Abdullah Hanifah, 34, dan kakaknya, Samiah Ariffin, 57. Kedua-duanya berasal dari Kampung Batu 8 Hujan Melintang.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Goh berkata, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Abdullah dalam perjalanan ke majlis perkahwinan saudaranya di sini dirempuh sebuah lori yang mengekorinya ketika kereta mangsa berhenti di persimpangan empat untuk membelok ke kanan jalan.

Bagaimanapun, kereta mangsa kemudian terbabas ke tengah jalan lalu dirempuh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta jenis Proton Wira itu terperosok ke bawah bahagian depan bas berkenaan, katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang tersepit, meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk dihantar ke hospital.
Kedua-dua jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Hutan Melintang, di sini, hari ini, selepas solat Zohor.

Pemandu lori dan pemandu bas bersama 37 penumpang dari Melaka yang membawa rombongan ke satu majlis perkahwinan di sini tidak mengalami kecederaan, katanya.

Bagaimanapun, pemandu treler melarikan diri tanpa membuat sebarang laporan di balai polis di sini dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan untuk siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6299222 atau Insp. Mohd Azli Abdul Wahab di talian 019-3765513 untuk membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian lain, seorang pemandu lori terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 201 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa Ng Tong Sooi, 52, berasal dari Bukit Mertajam yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 2 pagi tadi ketika lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari utara ke selatan dikatakan terbabas ke kanan jalan lalu digesel sebuah bas yang juga dari arah yang sama menyebabkan lori berkenaan terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.

Mangsa yang tercampak di tepi jalan kemudian dihempap lori yang membawa muatan dedak ayam dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, katanya. - BERNAMA

7 Golongan Yang Allah Naungi di Hari Kiamat

Posted: 19 Nov 2011 07:53 PM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:


سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا


"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

1. Pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan 'ibadah kepada Rabbnya.

3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.

5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah'.

6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

7. Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis."
(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)

Penjelasan:

Ketujuh orang yang tersebut dalam hadits di atas, walaupun lahiriah amalan mereka berbeda-beda bentuknya, akan tetapi semua amalan mereka itu mempunyai satu sifat yang sama yang membuat mereka semua mendapat naungan Allah Ta'ala. Sifat itu adalah mereka sanggup menyelisihi dan melawan hawa nafsu mereka guna mengharapkan keridhaan Allah dan ketaatan kepada-Nya.

1. Pemimpin yang adil.

Dia adalah manusia yang paling dekat kedudukannya dengan Allah Ta'ala pada hari kiamat. Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash radhiallahu anhuma dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan Ar-Rahman Azza wa Jalla -sedangkan kedua tangan Allah adalah kanan semua-. Yaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka." (HR. Muslim no. 3406)

2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan 'ibadah kepada Rabbnya.

Hal itu karena dorongan dan ajakan kepada syahwat di masa muda mencapai pada puncaknya, karenanya kebanyakan awal penyimpangan itu terjadi di masa muda. Tapi tatkala seorang pemuda sanggup untuk meninggalkan semua syahwat yang Allah Ta'ala haramkan karena mengharap ridha Allah, maka dia sangat pantas mendapatkan keutamaan yang tersebut dalam hadits di atas, yaitu dinaungi oleh Allah di padang mahsyar.

3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.

Sungguh Allah Ta'ala telah memuji semua orang yang memakmurkan masjid secara umum di dalam firman-Nya:

"Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas." (QS. An-Nur: 36-38)

Terkaitnya hati dengan masjid hanya akan didapatkan oleh siapa saja yang menuntun jiwanya menuju ketaatan kepada Allah. Hal itu karena jiwa pada dasarnya cenderung memerintahkan sesuatu yang jelek. Sehingga jika dia meninggalkan semua ajakan dan seruan jiwa yang jelek itu dan lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah, maka pantaslah dia mendapatkan pahala yang sangat besar.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.

Kedua orang ini telah berjihad dalam melawan hawa nafsu mereka. Hal itu karena hawa nafsu itu menyeru untuk saling mencintai karena selain Allah karena adanya tujuan-tujuan duniawiah. Makna 'mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah' adalah keduanya bersatu dan bermuamalah karena keduanya mencintai Allah. Karenanya kapan salah seorang di antara mereka berubah dari sifat ini (mencintai Allah), maka temannya itu akan meninggalkannya dan menjauh darinya karena dia telah meninggalkan sifat yang menjadi sebab awalnya mereka saling menyayangi. Sehingga jadilah ada dan tidak adanya cinta dan sayang di antara keduanya berputar dan ditentukan oleh ketaatan kepada Allah dan berpegang teguh kepada sunnah Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam.

5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah'.

Yakni: Dia diminta oleh wanita yang mengumpulkan status social yang tinggi, harta yang melimpah, dan kecantikan yang luar biasa untuk berzina dengannya. Akan tetapi dia menolak permintaan dan ajakan tersebut karena takut kepada Allah. Maka ini tanda yang sangat nyata menunjukkan dia lebih mendahulukan kecintaan kepada Allah daripada kecintaan kepada hawa nafsu. Dan orang yang sanggup melakukan ini akan termasuk ke dalam firman Allah Ta'ala:

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya." (QS. An-Naziat: 40)

Dan pemimpin setiap lelaki dalam masalah ini adalah Nabi Yusuf alaihissalam.

6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Yakni dia berusaha semaksimal mungkin agar sedekah dan dermanya tidak diketahui oleh siapapun kecuali Allah, sampai-sampai diibaratkan dengan kalimat 'hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya'.

Karenanya disunnahkan dalam setiap zakat, infak, dan sedekah agar orang yang mempunyai harta menyerahkannya secara langsung kepada yang berhak menerimanya dan tidak melalui wakil dan perantara. Karena hal itu akan lebih menyembunyikan sedekahnya. Juga disunnahkan dia memberikannya kepada kerabatnya sendiri sebelum kepada orang lain, agar sedekahnya juga bisa dia sembunyikan.

7. Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.

Ini adalah amalan yang sangat berat dan tidak akan dirasakan kecuali oleh orang yang mempunyai kekuatan iman dan orang yang takut kepada Allah ketika dia sendiri maupun ketika dia bersama orang lain. Dan tangisan yang lahir dari kedua sifat ini merupakan tangisan karena takut kepada Allah Ta'ala.

Kemudian, penyebutan 7 golongan dalam hadits ini tidaklah menunjukkan pembatasan. Karena telah shahih dalam hadits lain adanya golongan lain yang Allah lindungi pada hari kiamat selain dari 7 golongan di atas. Di antaranya adalah orang yang memberikan kelonggaran dalam penagihan utang. Dari Jabir radhiallahu anhu: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang memberikan kelonggaran kepada orang yang berutang atau menggugurkan utangnya, maka Allah akan menaunginya di bawah naungan-Nya." (HR. Muslim no. 5328)

Sumber: http://al-atsariyyah.com/7-golongan-yang-allah-naungi-di-hari-kiamat.html

Bola sepak : Malaysia layak ke pertandingan akhir Sukan SEA Ke-26

Posted: 19 Nov 2011 06:34 PM PST


24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Pemain negara, Ahmad Fakri Sharani (kanan) menanduk bola ke arah gawang gol Myanmar ketika perlawanan bola sepak separuh akhir menantang Myanmar sempena Sukan SEA Ke-26 di Gelora Bung Karno di sini, Sabtu. Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 dan layak ke pertandingan akhir.

Tidak cukup media pengampu, BN politikkan program serahan RM100

Posted: 19 Nov 2011 06:23 PM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sebelum ini saya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini, dan telah disiarkan dalam Harakahdaily (sini).

Tindakan terdesak BN yang telah memperkudakan Kementerian pendidikan dengan arahan surat dibawah adalah sesuatu yang sangat memalukan.

PautanPhotobucket

Photobucket

Photobucket

Najib pulang dari menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19

Posted: 19 Nov 2011 06:17 PM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SUBANG 20 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang hari ini dari menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan berkaitan selama tiga hari di Bali, Indonesia.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di malam tadi.

Sidang kemuncak itu juga dihadiri Rakan Dialog ASEAN, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

52 kenderaan berlanggar di autobahn Jerman, 3 terbunuh

Posted: 19 Nov 2011 06:11 PM PST

Gambar kemalangan besar melibatkan 52 buah kenderaan di autobahn Jerman

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BERLIN 20 Nov. - Tiga orang terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam satu kemalangan besar melibatkan 52 buah kenderaan di autobahn, atau lebuh raya. yang diselubungi kabus di barat Jerman, semalam.

Pelanggaran tersebut berlaku malam Jumaat lalu berdekatan sebuah bandar Muenster selepas kabus menyelubungi sepanjang lebuh raya.

Siasatan berhubung kejadian tersebut masih disiasat dan beratus-ratus pekerja bantuan dikerah ke lokasi kemalangan.

Laluan lebuh raya sepanjang 10 kilometer terpaksa ditutup sehingga tengahari semalam. - Reuters

Mahkamah Itali jatuhkan hukuman penjara ke atas 110 ahli mafia

Posted: 19 Nov 2011 06:06 PM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROME: Mahkamah di utara bandar Itali, Milan menjatuhkan hukuman penjara sehingga 16 tahun ke atas 110 orang dalam perbicaraan besar-besaran membabitkan ahli mafia Calabrian.

Tertuduh mengejek peguam mereka sendiri sambil bunyi bising sebagai bantahan ketika hukuman dijatuhkan selepas mahkamah mendapati mereka melakukan kesalahan yang mempunyai kaitan dengan keahlian mafia.

Hukuman paling berat dijatuhkan ke atas dua ketua keluarga mafia yang bekerja di Milan iaitu Alessandro Manno yang dipenjara 16 tahun manakala Cosimo Barranca pula dikenakan 14 tahun. - AFP

13 terbunuh dalam keganasan terbaru di Syria

Posted: 19 Nov 2011 06:03 PM PST

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

NICOSIA: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di Syria, semalam, ketika tempoh yang diberikan oleh Liga Arab kepada negara tersebut untuk menghentikan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan bakal berakhir.

Aktivis kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata enam orang awam mati ditembak pasukan keselamatan dalam beberapa operasi di wilayah Homs, Hama dan Idlib.

Katanya, empat ejen perisikan turut terbunuh selepas ditembak oleh seorang lelaki bersenjata dan dua tentera pembelot maut susulan serangan meriam yang dilancarkan di tengah pekan Shayzar.

Manakala seorang lagi individu dibunuh penembak tepat di Homs. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang